Survival Guide (?) 2

Baiklah, kali ini penulis ingin meneruskan satu dua perkara yang boleh diambil perhatian untuk survival pelajar yang berelaun tak setinggi elaun pelajar yang berelaun tinggi. (Sekuel bagi catatan Survival Guide (?))

Travel

Di bumi UK ini, tidak salah jika penulis katakan bahawa kemudahan untuk travel itu sangat banyak. Dengan sistem pengangkutan seperti bas, keretapi, mahupun kapal terbang ianya amat mudah.

Dengan persaingan sengit di pasaran pengangkutan, syarikat-syarikat pengangkutan menyediakan khidmat tambang murah yang boleh dikatakan menguntungkan pengguna (jika kena pada masanya).

Apa yang ingin penulis sampaikan ialah, jika seorang pelajar itu merancang untuk banyak berjalan (baca: mengembara) dan pada masa yang sama ingin bertindak bijak dalam membelanjakan elaun, maka apa yang boleh dibuat ialah merancang setiap perjalanan seawal mungkin.


Hal ini kerana, dengan perancangan awal, pelajar tersebut boleh mendapatkan harga-harga tiket bas, keretapi mahupun kapal terbang dengan harga yang amat menarik. Tambahan lagi dengan pelbagai jenis pengusaha servis pengangkutan, variasi pilihan harga itu ada. Apa yang diperlukan ialah kesungguhan dan kegigihan untuk mencari harga tiket terbaik!

Sebagai contohnya, untuk perkhidmatan bas selain National Express yang ada menawarkan funfare jikaΒ  booking dibuat dengan awal, ada juga servis Megabus.com yang menawarkan harga tambang yang amat murah sebagai contohnya London ke Manchester dengan hanya GBP 1!


Contoh bas Megabus.com

Sekali lagi, ingin penulis tegaskan bahawa harga-harga menarik ini boleh didapati jika booking dibuat seawal mungkin. insyaAllah.

Untuk keretapi pula, dengan adanya Railcard, pelajar boleh mendapatkan diskaun sebanyak satu per tiga daripada harga tiket tersebut. Kepada pelajar yang menjangkakan diri mereka akan banyak bergerak menggunakan keretapi, adalah satu kemestian untuk mempunyai Railcard dengan bayaran GBP 24 setahun.

railcard

*National Express pun ada Coachcard

Untuk kapal terbang pula, ada Ryanair, bmibaby.com, easyjet.com, dan err..(itu sahaja yang penulis tahu :|) Jika ingin dianalogikan, secara mudahnya bolehlah dikatakan seperti Airasia di Malaysia. Syarikat-syarikat penerbangan tersebut menyediakan penerbangan tambang murah. Seperti pengalaman penulis, pernah menjumpai tiket Bristol-Ireland sekitar 20pound lebih sahaja.

Biru Kuning si Ryanair

Namun begitu, diakui juga bahawa syarikat tambang murah ini amat licik. Walaupun tiket nampaknya murah, namun kadang-kadang ada surcharge yang mencabar emosi apabila berhadapan dengannya. Jadi, pelajar yang bercadang untuk travel menggunakan udara perlu memberi perhatian juga terhadap perkara-perkara sipi ini.

Antara yang pernah mengganggu emosi penulis ialah pengalaman ke Ireland dengan Ryanair dan limit saiz hand-carry-bag yang err agak kecil itu.Β  (nak jimat kos, maka sebab itulah tidak mengkargokan beg). Jika kargo, mahu mencecah GBP20 untuk satu beg! Kalau return GBP40! (-_-“)

Tapi, akhirnya…terpkasa juga dikargokan kerana tidak muat masuk di dalam ruang yang ‘kecil amat’ seperti dalam gambar di atas. (hakikatnya, penulis yang bak-kata-orang-Sarawak ‘mejal’ sebenarnya)

Dalam kulit kacang (i.e. in a nutshell), yang penting ialah pelajar perlu merancang awal akan destinasi yang ingin dituju lantas merajinkan diri membuat survey harga tiket yang terbaik, dan akhirnya membuat tempahan dengan kepuasan mendapat tiket yang berharga murah.

Penulis ada seorang kawan yang amat berpengalaman dalam hal ini. Sebarang tips dan pertanyaan lanjut bolehlah merujuk kepada beliau. Beliau boleh dihubungi di sini.πŸ™‚

Tips Tambahan Untuk Travel*

Memandangkan syarikat penerbangan yang amat kemut a.k.a lokek, maka pengendalian atau pengurusan barang yang perlu dibawa juga perlu bijak. (jika bercadang untuk tidak mengkargo) Antaranya:

1. Bawa persalinan pakaian yang sekadar cukup. Seluar dan baju dengan ratio 1:4 contohnya. Ataupun menggunakan kaedah pengulangan.πŸ˜›


2. Beg yang ingin dipakai pastikan boleh muat ke dalam ruang yang ditunjuk di atas itu.

3. Alatan-alatan mandi mungkin boleh ditinggalkan dan meminjam dengan pihak yang bakal ditumpang di tempat destinasi.

4. Menyorokkan beg di belakang tiang sementara check-in. (jikalau dah terlanjur beg hand-carry terlebih besar dan tiada sumber yang mencukupi untuk menanggung bayaran tambahan yang bakal dikenakan)

*Kaedah (1) memerlukan latihan yang berterusan dan pengalaman yang mapan.

*Kaedah (3) adalah bergantung. Jika dirasakan tidak patut, maka hindarkan.

*Kaedah (4) HANYA jika teramat desperate. huhu. Juga mungkin berisiko beg tidak dibenarkan masuk di balai perlepasan.

Duit & Sampul

Kaedah ini didapati penulis daripada seorang senior sepenaja beliau. Penulis mengucapkan terima kasih dan sekalung penghargaan atas tips yang dikongsikan oleh senior penulis tersebut.πŸ˜‰


Caranya ialah, sediakan satu sampul untuk setiap satu minggu (maksudnya, dalam sebulan perlukan 4 sampul sekurang-kurangnya). Untuk setiap sampul, pelajar terbabit perlu mengisikan jumlah pecahan elaun yang optimum* yang perlu dibelanjakan untuk satu minggu.

*terpulang kepada keperluan pelajar tersebut

Maka, dalam satu minggu yang tertentu, pelajar tersebut hanya boleh berbelanja (sama ada untuk makanan, alat tulis, pengangkutan, dsb) menggunakan sumber yang ada dalam sampul tersebut dan tidak sekali-kali mengganggu sampul-sampul yang lain serta meletakkan debit card dalam keadaan dorman (i.e. tidak digunakan).

Jika ada lebihan, bolehlah dibawa ke minggu berikutnya ataupun dimasukkan ke dalam simpanan.

Sesungguhnya, kaedah ini memerlukan mujahadah yang tinggi dalam kalangan pengamal-pengamalnya. insyaAllah.

Disclaimer

Catatan ini dan yang sebelumnya merupakan pemerhatian penulis terhadap orang sekitar beliau dan juga pengalaman seciput penulis yang kerdil selama lebih kurang 8 bulan berada di Tanah Besar Britain ini. Adalah diingatkan kembara penulis belum sampai ke benua Eropah. Berjalan pun hanya sekangkang kera dari daerah tempat beliau belajar.

Amat kerdil sekali.😐

Ini hanya sebahagian daripada apa yang penulis terfikirkan. Pengalaman jualah yang akan mengajar dan memberikan pelajaran berkesan dalam survival seorang pelajar. Perkongsian ini mungkin umpama ‘pemanas badan’ sebelum berjumpa dengan realiti yang sebenarnya!

Of course, ada ramai lagi insan di luar sana yang lebih arif terhadap perkara-perkara yang penulis coretkan. Sebarang penambahan yang bermanfaat berkenaan info tertulis adalah amat penulis alu-alukan.

Penutup

Lagi dan lagi peringatan buat diri. Semoga imaginasi menjadi realiti.

Semoga bermanfaat!

Allahu’alam.

syashot

8 thoughts on “Survival Guide (?) 2

  1. hehe.. daku yang jimat amat.. amat seswai untuk ditanya berkenaan berbelanja ni..πŸ™‚

    em, sya, nape ek mcm kita (atau ajah je) penah buat utk tip2 tambahan utk travel esp utk flight tu.. hihi. memang jimat le ajah ni..

    1. Yeah, Ajah, penulis dengan berbesar hati menjadikan Ajah pakar rujuk dalam isu ini. hehe.

      (walaupun Ajah tak sekategori dengan penulis-yang-berelaun-tak-setinggi-pelajar-yang-berelaun tinggi)πŸ™‚

      Terima kasih. Sebenarnya, daku pun banyak belajar dari sahabat sekeliling. (kata-kata first year yang naive & innocent)πŸ˜€

      Haha, tentang tips tambahan tu: Ajah kte sama2 membesar di UK ni. hehe. same2 pnah buat. (kecuali yang ke-4 tu)πŸ˜›

      (^_^)

  2. Salam Sya..
    hehe tergelak baca tips2 1 sampai 4 tu
    teringat masa puisi dulu
    nasib baik bilik sya dekat
    boleh a ketuk pintu sya nak pinjam sabun syampu selipar toilet segala.. kihkih serius jimat ;D

    hmm huhu. ttibe emo. kenangan ah travel ngan korang! dublin airport..cardiff.. we are survivor~ ^^ sehingga bertemu lagi, insyallah..

    1. Salam Kaamyl!

      hehe. aisehmen, no prob la Kaamyl. my pleasureπŸ˜‰

      hehe. yeah, seperti yang di’disclaimer’kan, isi2 catatan ini dari pengalaman sendiri juga.

      mengalami–>pengalaman

      huhu, jangan emo. nanti saya pun emo gak. insyaAllah Kaamyl insyaAllah. yeah, we are survivor indeedπŸ˜‰

      insyaAllah sehingga kita berjumpa and sama2 lambakkan pengalaman dan pengajaran untuk survive hidup ni dan ‘nanti’.

      Allahu’alam.

      (^_^)

  3. Salam!

    Heheh, kaedah no 4 ya amat berkesan.

    Kmkorg buat time mok balit riya atas pertolongan kakak senior. As long as confident bag sik besar gilak n sekda liquid or sharp things, tapok jak beg ya awal2. Mana2 airlines pun banyak songeh.

    Lol.

  4. Salam!

    Hehe, smart move mate!πŸ˜›

    Benar ya ehs, airlines tambang murah lagik2 la. (-_-“)

    Hehe. boleh guna taktik tok gik in the future.πŸ˜€

    (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s