Chilleks

Kadang-kadang, ada benda yang buat kita tak pasti.

Kadang-kadang, ada benda yang buat kita ragu-ragu.

Betulkah ini? Patutkah ini?

Kadang-kadang, risau akan perkara di yang di luar kawal kita.

Bimbang tentang persepsi.

Kadang-kadang, perlu menanti kadang-kadang perlu mencari.

Lagi, tak pasti.

Ketidakpastian ini aku akhiri, dengan kata-kata seorang murabbi:

“Jika tidak dapat buat semua, jangan ditinggal semua!”

Chilleks dengan berhikmah. Moga-moga.

Allahu’alam.

Advertisements

Tarbiyyah : Walk the Talk?

Alhamdulillah, ingin berkongsi sedikit update bahawasanya sakit belakangku (yakni ligamen), sudah kurang rasa sakitnya. Sudah lama rasanya aku berehat dan melagha (bak kata Pacat), maka tidak boleh lama-lama begini. Pertamanya, terima kasih kepada kawan-kawan, sahabat-sahabat yang sentiasa ‘hidup’ dengan tanggungjawab masing-masing.

Walaupun kalian tidak perlu bicara apa-apa, melihat kesungguhan dan ketetapan (istiqamah & thabat) dari kejauhan ini, sudah cukup menjentik diri yang keras dan kaku. Memanaskan dan mencairkan kebekuan. Biar dari ais batu menjadi ais mencair lalu menjadi air yang mengalir.

Mudah-mudahan, biarlah menjadi air yang mengalir walaupun tidak deras, tidak juga terlalu perlahan tapi bukan air tasik yang statik namun air sungai yang mengalir dari hulu ke hilir (harap tak terbalik la).

Tarbiyyah

Beberapa ketika dahulu, aku mendengar satu pendefinisian tarbiyyah yang membawaku ke alam realiti. (huhu, sayang buku nota yang aku catatkan tentang itu ditinggalkan di sana). Aku harap aku ingat sedikit sebanyak tentang apa yang aku fahami tentang tarbiyyah ini.

Mungkin definisi yang aku beri bukanlah penterjemahan yang tepat dari segi bahasa mahupun istilahnya. Namun, aku cuba kongsikan apa yang aku fahami dari pengisian bermkana daripada tokoh ilmuwan tersebut.

Benarkah tarbiyyah itu adalah dengan banyaknya ke usrah-usrah, ke ceramah-ceramah, ke program-program kepimpinan Islam, dan lain-lain lagi? Ada juga mengatakan tarbiyyah itu apabila apa yang disampaikan itu mampu menyentuh hati (membuat hati tersentuh, rasa seperti mendapat pencahayaan agung dari langit, dsb).

Namun, apakah benar CUKUP sekadar itu untuk mereka yang cintakan tarbiyyah mengakui bahawa mereka telah cukup tarbiyyah hanya dengan ilmu-ilmu yang sarat di dada namun kurang diterjemahkan ke alam realiti?

Cukupkah dengan ‘khatam’nya kitab-kitab tazkiyatun-nafs untuk dikatakan lengkapnya tarbiyyah ruhiyah itu?

Cukupkah dengan ketekunan mendengar dari satu kepada satu ceramah-ceramah berunsurkan harakiyyah dikatakan lengkapnya tarbiyyah harakiyyah itu?

Atau dengan mudahnya, cukupkah dengan kita menghafal piramid makanan atau dengan kita mempunyai treadmill tercanggih untuk kita katakan lengkapnya tarbiyyah badaniyyah itu?

Treadmill tercanggih untuk exercise
Treadmill tercanggih untuk exercise

Read More »

Ligamen

Yosh! Alhamdulillah, dengan rasminya aku mengisytiharkan bahawa aku telah berada di Miri. Akibat inersia, setelah seminggu lebih semenjak aku sampai, barulah aku mendapat dorongan untuk membuat sedikit update. Perjalanan dari Bath ke London Heathrow ke Dubai International Airport ke Bandar Seri Begawan ke Miri amat ‘menyengalkan’ badan.

(-_-“) Aku kira, tatkala ini aku masih lagi dalam fasa recovery.

Muscles, Bones, or Ligaments?

Kira-kira seminggu selepas aku sampai,aku telah ke klinik. Hal ini kerana boleh dikatakan seminggu-minggu otot-ototku sengal dan belakang badanku sakit. Kalau boleh aku katakan, rasa seperti orang kena belasah (walaupun aku tak pernah dibelasah). 🙂

Fine, agak exaggerating. Lenguh-lenguh otot tangan dan badan tidaklah terlalu lama. Selepas 2, 3 hari sudah rasa ok. Namun, sakit belakang terus membelengguku seminggu-minggu itu hatta hendak ruku’ dalam solat terasa perit sekali. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk ke klinik.

Di klinik aku pun menyatakan permasalahanku kepada doktor. Kemudian, beliau melakukan pemeriksaan secara fizikal sahaja (no x-ray). Beliau bertanya puncanya, lantas kukatakan akibat mengangkut beg seberat 20kg. (lebih sebenarnya~) Sempat dia berseloroh, “20kg, mana ada berat tu!” Erk.

Dipendekkan cerita, beliau berkata nanti akan beliau berikan ubat dan perlu rehat. Aku yang ke’cuak’an lalu bertanya, “Muscles atau tulang doktor?” Doktor yang sedang menulis mengangkat muka dan tersenyum, “Ligaments.” Ada strain. Mungkin salah cara (baca: teknik) mengangkat beg dan memberi ketegangan pada ligamen, beliau menjelaskan.

Use right lifting posture
Use right lifting posture

Anyway, jika masih berterusan, we’ll arrange for an X-Ray, sambung doktor itu kemudian.

(orang yang dah lama tak belajar anatomi hanya terfikirkan muscles atau tulang. Outsmarted by the doctor who actually went to a medical school. I wonder what my friends who are doctors-to-be would suggest to the doctor if they were in my shoes in the clinic at that moment) 😛

Maka, jadilah aku pengguna ubat-ubatan preskripsi. Aku rasa ubat-ubat tu bersifat analgesik sahaja (i.e. pain killers) kerana salah satu pil yang aku dapat sama seperti pil migrain yang dipunyai oleh adikku. Allahu’alam. Tak berani nak komen, menginsafi bahawa aku bukan pelajar medik mahupun farmasi. 😐

Selamat Tinggal Bath

Agak sayu pada hari itu. Hari terakhir di bilikku E36.09, Eastwood A. Juga agak kalut. Dengan barang-barang yang perlu dipack untuk dipindah masuk ke rumah sewa juga yang perlu dibawa pulang. Tidak ketinggalan, ada sebahagiannya aku tinggalkan sahaja.

Masih kosong dan menanti untuk diisi
Masih kosong dan menanti untuk diisi

Akhirnya setelah selesai urusan mengangkut barang-barang ke rumah sewa, sebelum Maghrib (sekitar pukul 8pm lebih) aku keluar dengan 3 buah beg yang bakal mengiringi kembaraku itu. Ssebuah beg pakaian dengan berat 20 kg~, sebuah lagi beg roda dengan berat kurang 15 kg serta satu beg di tangan, aku membawa beg-beg itu turun dari tingkat 2.

Kosong
Kosong
Licin
Licin
.....
.....

Read More »