Ligamen

Yosh! Alhamdulillah, dengan rasminya aku mengisytiharkan bahawa aku telah berada di Miri. Akibat inersia, setelah seminggu lebih semenjak aku sampai, barulah aku mendapat dorongan untuk membuat sedikit update. Perjalanan dari Bath ke London Heathrow ke Dubai International Airport ke Bandar Seri Begawan ke Miri amat ‘menyengalkan’ badan.

(-_-“) Aku kira, tatkala ini aku masih lagi dalam fasa recovery.

Muscles, Bones, or Ligaments?

Kira-kira seminggu selepas aku sampai,aku telah ke klinik. Hal ini kerana boleh dikatakan seminggu-minggu otot-ototku sengal dan belakang badanku sakit. Kalau boleh aku katakan, rasa seperti orang kena belasah (walaupun aku tak pernah dibelasah).πŸ™‚

Fine, agak exaggerating. Lenguh-lenguh otot tangan dan badan tidaklah terlalu lama. Selepas 2, 3 hari sudah rasa ok. Namun, sakit belakang terus membelengguku seminggu-minggu itu hatta hendak ruku’ dalam solat terasa perit sekali. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk ke klinik.

Di klinik aku pun menyatakan permasalahanku kepada doktor. Kemudian, beliau melakukan pemeriksaan secara fizikal sahaja (no x-ray). Beliau bertanya puncanya, lantas kukatakan akibat mengangkut beg seberat 20kg. (lebih sebenarnya~) Sempat dia berseloroh, “20kg, mana ada berat tu!” Erk.

Dipendekkan cerita, beliau berkata nanti akan beliau berikan ubat dan perlu rehat. Aku yang ke’cuak’an lalu bertanya, “Muscles atau tulang doktor?” Doktor yang sedang menulis mengangkat muka dan tersenyum, “Ligaments.” Ada strain. Mungkin salah cara (baca: teknik) mengangkat beg dan memberi ketegangan pada ligamen, beliau menjelaskan.

Use right lifting posture
Use right lifting posture

Anyway, jika masih berterusan, we’ll arrange for an X-Ray, sambung doktor itu kemudian.

(orang yang dah lama tak belajar anatomi hanya terfikirkan muscles atau tulang. Outsmarted by the doctor who actually went to a medical school. I wonder what my friends who are doctors-to-be would suggest to the doctor if they were in my shoes in the clinic at that moment)πŸ˜›

Maka, jadilah aku pengguna ubat-ubatan preskripsi. Aku rasa ubat-ubat tu bersifat analgesik sahaja (i.e. pain killers) kerana salah satu pil yang aku dapat sama seperti pil migrain yang dipunyai oleh adikku. Allahu’alam. Tak berani nak komen, menginsafi bahawa aku bukan pelajar medik mahupun farmasi.😐

Selamat Tinggal Bath

Agak sayu pada hari itu. Hari terakhir di bilikku E36.09, Eastwood A. Juga agak kalut. Dengan barang-barang yang perlu dipack untuk dipindah masuk ke rumah sewa juga yang perlu dibawa pulang. Tidak ketinggalan, ada sebahagiannya aku tinggalkan sahaja.

Masih kosong dan menanti untuk diisi
Masih kosong dan menanti untuk diisi

Akhirnya setelah selesai urusan mengangkut barang-barang ke rumah sewa, sebelum Maghrib (sekitar pukul 8pm lebih) aku keluar dengan 3 buah beg yang bakal mengiringi kembaraku itu. Ssebuah beg pakaian dengan berat 20 kg~, sebuah lagi beg roda dengan berat kurang 15 kg serta satu beg di tangan, aku membawa beg-beg itu turun dari tingkat 2.

Kosong
Kosong
Licin
Licin
.....
.....

Sesampai di pintu rumah, Robin yang mungkin kasihan melihat aku terkedek-kedek dengan beg-beg tersebut menawarkan untuk membantuku menarik beg pakaianku. Lantas, Stef dan Caryn turut sama-sama mengiringi ke bus stop. Kata mereka, batu-batakah dalam beg ini? aiseh.πŸ™‚

Underground Tube

Yeap, itulah ujian yang paling getir sekali dalam perjalananku hendak ke Heathrow Airport. Kerana pilihan yang paling murah pada ketika aku membuat survey harga ialah dengan menaiki tren, maka aku memilih perjalanan menggunakan tren instead of bas.

Underground
Underground

Namun, tidak kusangka proses pertukaran line di Underground Tube kota London amat mencabar sekali. Naik tangga dan turun tangga. (tanya orang London) Entah berapa anak tangga aku naik dan turun, DITAMBAH dengan 3 BEG yang aku sebutkan di atas tadi.😐

3 Beg
3 Beg

Sampai di London Paddington dari Bath Spa (kedua-duanya merupakan tren station), perlu menukar line (baca: laluan) lagi. Walaupun ada mencatat maklumat Underground Tube yang perlu aku naiki, namun aku masih kurang pasti.

Lalu, aku mendapatkan khidmat nasihat warga London yang belum pulang bercuti. Terima kasih kepada beliau dan all the best untuk exam beliau.

Akhirnya, melewati tengah malam, aku pun sampai di Heathrow Airport yangΒ  berlampu ungu. Alhamdulillah. Sepanjang malam itu, sehingga esoknya, Twitter menjadi permainanku bagi menghilangkan kebosanan.

Ungu
Ungu
Lone ranger or travelling alone?
Lone ranger or travelling alone?

Royal Brunei Airlines (RBA)

Boeing 767
Boeing 767

Yea, aku telah menggunakan penerbangan ini. Singgah di Dubai dalam sejam lebih (isi minyak) sebelum meneruskan perjalanan ke Brunei.

Dubai International Airport
Dubai International Airport

Antara pengalaman yang menarik juga kurang menarik sepanjang perjalanan dari Heathrow ke Brunei:

1. Berborak-borak dengan seorang warga India di Heathrow. (sama macam Kak Dayang jak..hehe)

2. Duduk di sebelah wanita warga Indonesia dalam flight dari Dubai ke Brunei. Awalnya, aku senang dengan beliau. Beliau bercerita mengenai pengalaman bekerja di Arab, mengajar sedikit bahasa Arab pasar, dsb.

Tapi, at one point and OUT OF THE BLUE, beliau berkata sesuatu yang menyeramkan.

Yuk, ikut saya pulang. Nggak perlu balik rumah kamu. (lebih kurang maksudnya)

Allah! Wasn’t that scary? Kemudian, aku telah menjadi sisi bekuku (stone cold). Selepas itu aku terus sahaja menutup mata dan mengurangkan perbualan dengannya. Tsk2.πŸ˜•

3. Dalam flight RBA, pada skrinΒ  di hadapan tempat duduk sentiasa ditunjukkan arah kiblat relatif dengan kedudukan semasa Boeing 767 tersebut.

4. Sebelum penerbangan dimulakan, doa naik kenderaan telah dikumandangkan di dalam penerbangan tersebut.

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!

5. I’m pretty sure that no alcoholic drinks were sold in the flight. Kudos RBA!

6. Some of the above points were in comparison with MAS, of course.

Di Rumah

Berkenaan langkah berjaga-jaga H1N1, kami cuma perlu mengisi borang dan ditahan sekejap sahaja sesampainya di airport Brunei. Doakan mudah-mudahan tiada antara penumpang penerbangan tersebut yang terjebak dengan wabak tersebut. Ameen.

Allahumma ‘afini fi badani, Allahumma ‘afini fi sam’i, Allahumma ‘afini fi basori, Allahumma ameen.

Pengajaran

Aku rasa, untuk masa-masa akan datang insyaAllah, adalah lebih baik menaiki bas untuk ke airport, khususnya untuk ke airport-airport utama di UK dan ketika membawa barang-barang yang agak ‘ramai’.

Namun, jika yang dibawa hanyalah sebuah bagpack dan beg kecil, aku kira tiada masalah jika ingin memilih pengangkutan tren dan tube.

Kedua, kepada yang belum membeli beg pakaian untuk persiapan ke luar negara (atau ke mana sahaja), aku ingin cadangkan supaya kalian mendapatkan beg beroda 4. Hal ini kerana kerja yag dilakukan dalam menggerakkan beg tersebut mungkin kurang berbanding yang beroda 2 atau tiada roda langsung.

Beg beroda empat
Beg beroda empat

Ketiga, be careful with strangers!

Keempat, pastikan anda ada kawan. Jangan sombong atau merasakan kita boleh berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan orang lain. Yakinlah, selagi nama kita ini manusia, pasti ada kelemahan dan perlu bantuan juga sokongan satu sama lain.

Kelima, jika hendak membeli kamera, pastikan ada self-timer (serta pastikan tahu bagaimana hendak menggunakannya) terutamanya apabila anda ‘travelling alone’ dan kaki gambar.

Keenam, (apa lagi yea? hurm…..)

Penutup

Sedikit coretan perjalananku. Moga ada yang bermanfaat.

Oh, cuti, cuti, sungguh mencabar diri! Kerja, kerja, jangan banyak bersahaja nanti terleka. Ring, ring, bunyikan loceng bantu pastikan aku terus terjaga dan berjaga-jaga.

Selamat bercuti dan semoga diberi keberkatan masa. ameen.

Allahu’alam.

14 thoughts on “Ligamen

      1. Cataflam ni sejenis ubat tahan sakit (analgesic) yang dinamakan Diclofenac.
        Ubat tahan sakit ni ada tiga peringkat. Yang ni jenis peringkat pertama yang satu kumpulan dengan paracetamol (panadol)…power dia kurang sikit..

  1. assalamualaikum sya.. moga cepat sembuh, insyaallah.. kamel konon nak on hiatus kot (hampeh paper tinggal 2 baru nak hiatus). tapi tak jadi jugak bila dah baca entri ni. hehe geli hati betul. dapat imagine cemana sya menyeret bag2 yg berat pastu 3 pulak tu. sebab kamel pun penah buat perangai yg sama. seret bag all d way from rumah ke bas stesen konon nak jimat. pastu kan dah sakit sendi tulang belakang sume (eh, ligaments kot? ;p) haishh.. lain kali naik bas ye sya.. keretapi memang troublesome in times like that. lagi2 bila sorang camtu.

    nway, good to know u’re alrite now. do take care of urself. nak bagi nasihat pasal sakit2 ni pun tak berani. just jangan buat kerja berat2 sgt la for the time being. n minum susu banyak2! kasi kuat itu tulang~

    eh ligaments laa

    kk dah gi stadi balik

    bai:D

    ps. airport dubai best tak? cambest je..

    1. Waalaikumussalam Kamel.

      Jazakillahu khair. insyaAllah.πŸ™‚

      Hehe. Kamel, teori saya mase exam agak susah nak hiatus. Sebab sel-sel otak yang aktif.πŸ˜› (hehe, jangan caye)

      Kamel nanti balik hopefully guna bas. Sure banyak barang-barang nak bawa balik, paling2 30 kg~. Hehe, thanks kerana memahami daku.πŸ™‚

      Thanks for the advice. Kamel taking care gak eh.πŸ˜‰

      All the best untuk paper A-Level yang berbaki. Semoga dipermudahkan dalam menjawabnya.πŸ˜‰

      p.s. Airport Dubai bole tahan. Modern. Tapi KLIA lagi cantik kot. hehe.

      p.s.s. Ligament, tendon, muscle, bone; diorang ni ade kaitan kan? hehe, sungguh fail anatomiku.

      (^_^)

    1. Thanks Atie. Hope to see u again, insyaAllah.πŸ˜‰

      All the best untuk exam gak!

      p.s. kebetulan, ketiga-tiga yang drop comment tengah atau bakal exam. hehe.πŸ™‚

      (^_^)

  2. selamat pulang ke tanah air!

    apehal pulak sakit blakang~
    hahahah
    sya ni macam2 la
    adeyh
    naseb sya stok2 reti mkn ubat
    if aku..hrm abes laaa pengsan kne tumbuk/kunyah sume
    hahahah

    bile nk turun kl ckp laa yekk

    kem slm parents

    1. Thanks!

      hehe. ekstrim sket.

      btw ris, mengimbau nostalgia B2006 lagi. teringat bila nak makan ubat kena hancurkan lepas tu bila nak makan tu, hehe (biarlah rahsia).πŸ˜›

      okies, insyaAllah jumpa di longkang (ke sunway pyramid? hehe). I’ll be in KL around July-Aug insyaAllah, nanti keep in touch.

      InsyaAllah. Kem salam ngan Mak Tina gak.πŸ˜‰

      (^_^)

  3. Yo! Salam.

    Lelah kmk nunggu ktk update, hehe. Memahami perasaan dah-kat-rumah-malas-mok-update.

    Tahniah selamat sampey Miri!

    Erm..sbg budak medic, kmk akan senyap jak dgn doctor ya. Spy sik kantoi sik tauk. Saya budak baru belajarπŸ˜›

    Anyways, semoga cepat sembuh and selamat bercuti!

    1. Yosh! Salam.

      hehe. tima kasih memahami simptom dah-kat-rumah-malas-mok-update. good diagnose there doc.πŸ˜‰

      Alhamdulillah, sampe miri.

      btw, kmk salu dengar mbiak medic mun sakit macam-macam di-diagnose, especially mun ada kaitan apa yang tengah diblaja. hehe.πŸ™‚

      Thx! All the best kei exam (mun tengah exam, ka dah abes?)πŸ™‚

      (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s