Tarbiyyah : Walk the Talk?

Alhamdulillah, ingin berkongsi sedikit update bahawasanya sakit belakangku (yakni ligamen), sudah kurang rasa sakitnya. Sudah lama rasanya aku berehat dan melagha (bak kata Pacat), maka tidak boleh lama-lama begini. Pertamanya, terima kasih kepada kawan-kawan, sahabat-sahabat yang sentiasa ‘hidup’ dengan tanggungjawab masing-masing.

Walaupun kalian tidak perlu bicara apa-apa, melihat kesungguhan dan ketetapan (istiqamah & thabat) dari kejauhan ini, sudah cukup menjentik diri yang keras dan kaku. Memanaskan dan mencairkan kebekuan. Biar dari ais batu menjadi ais mencair lalu menjadi air yang mengalir.

Mudah-mudahan, biarlah menjadi air yang mengalir walaupun tidak deras, tidak juga terlalu perlahan tapi bukan air tasik yang statik namun air sungai yang mengalir dari hulu ke hilir (harap tak terbalik la).

Tarbiyyah

Beberapa ketika dahulu, aku mendengar satu pendefinisian tarbiyyah yang membawaku ke alam realiti. (huhu, sayang buku nota yang aku catatkan tentang itu ditinggalkan di sana). Aku harap aku ingat sedikit sebanyak tentang apa yang aku fahami tentang tarbiyyah ini.

Mungkin definisi yang aku beri bukanlah penterjemahan yang tepat dari segi bahasa mahupun istilahnya. Namun, aku cuba kongsikan apa yang aku fahami dari pengisian bermkana daripada tokoh ilmuwan tersebut.

Benarkah tarbiyyah itu adalah dengan banyaknya ke usrah-usrah, ke ceramah-ceramah, ke program-program kepimpinan Islam, dan lain-lain lagi? Ada juga mengatakan tarbiyyah itu apabila apa yang disampaikan itu mampu menyentuh hati (membuat hati tersentuh, rasa seperti mendapat pencahayaan agung dari langit, dsb).

Namun, apakah benar CUKUP sekadar itu untuk mereka yang cintakan tarbiyyah mengakui bahawa mereka telah cukup tarbiyyah hanya dengan ilmu-ilmu yang sarat di dada namun kurang diterjemahkan ke alam realiti?

Cukupkah dengan ‘khatam’nya kitab-kitab tazkiyatun-nafs untuk dikatakan lengkapnya tarbiyyah ruhiyah itu?

Cukupkah dengan ketekunan mendengar dari satu kepada satu ceramah-ceramah berunsurkan harakiyyah dikatakan lengkapnya tarbiyyah harakiyyah itu?

Atau dengan mudahnya, cukupkah dengan kita menghafal piramid makanan atau dengan kita mempunyai treadmill tercanggih untuk kita katakan lengkapnya tarbiyyah badaniyyah itu?

Treadmill tercanggih untuk exercise
Treadmill tercanggih untuk exercise

Hanya dengan MENGAPLIKASIKAN hafalan kita pada piramid makanan yakni makan mengikut saranan piramid makanan, barulah kita benar-benar ter’tarbiyyah’ dari segi ‘badaniyyah’nya. Dengan melakukan exercise, barulah benar-benar tarbiyyah badaniyyah itu kita sempurnakan.

Tarbiyyah : Walk the Talk

Jadi, daripada pengisian al-fadhil ustaz tersebut, aku jatuh faham bahawa tarbiyyah itu ialah apabila segala ilmu yang digarap diterjemahkan ke dalam realiti. Kalau ikut contoh piramid makanan tadi, piramid makanan itu hanyalah sebagai ‘alat’ untuk tarbiyyah.

Alat atau garis panduan untuk melatih diri ke arah gaya hidup yang sihat. Tarbiyyah hanya berlaku jika kita ‘melatih diri’. Melatih untuk menahan diri daripada meminum Coca-Cola atau melatih untuk menahan diri daripada makan ayam KFC (ayam goreng berminyak) secara berlebihan. Itulah tarbiyyah sebenar.

Sekumpulan ayam goreng yang berminyak

Begitu juga usrah, ceramah, buku-buku ilmiah, dan sebagainya yang berkaitan, semua itu adalah ‘alat’ tarbiyyah. Hakikatnya, tarbiyyah yang sebenar-benarnya adalah dengan mengaplikasikan segala pengetahuan apabila berada di medan yang sebenarnya iaitu apabila berada dalam realiti kehidupan.

Apalah gunanya suatu pengisian mingguan yang mampu menyentuh hati, yang melahirkan empati kepada permasalahan umat, yang menjadikan sedih dan mengeluh dengan kebejatan dalam masyarakat, ataupun yang  melempiaskan geram dan tidak puas hati dengan pihak yang menyokong kebatilan,

TETAPI apabila diajak ke medan realiti untuk mendepani masyarakat dan segala permasalahannya, apakah kita mengundur diri? Ataupun bersembunyi dan memencil diri?

What Hit Me Hard

Sebentar tadi, aku malu sendiri. Berbual-bual di alam maya dengan seorang murabbi dari sekolah lamaku. Jazakallahu khair kepada murabbi yang tidak lekang dengan nasihat dan saranan.

Sudah 3 minggu aku di sini, namun Kolejku belum aku jejaki lagi tanahnya.

Ouch!!
Ouch!!

What had hit me hard? Realiti bahawa aku masih ragu-ragu dengan diri untuk mendepani realiti. Berbulan-bulan di rantauan, seolah-olah terasa sudah ter’tarbiyyah’, namun hakikatnya, apabila datang mehnah dan tribulasi di alam realiti; nafsu, nikmat kelapangan, hiburan, keluarga, kawan-kawan, pandangan masayarakat, dll, menjadibatukan diri.

Astaghfirullah.

Selagi tidak diuji di medan realiti, bukan setakat diuji tetapi selagi tidak kita cuba atasi ujian-ujian realiti, selagi itulah kita tidak rasa tarbiyyah yang sebenarnya.

Diuji dengan kesusahan, untuk dapat tarbiyyah kesabaran. Melatih diri menjadi sabar.

Diuji dengan kesenangan, untuk dapat tarbiyyah menjadi orang yang bersyukur. Melatih diri bersyukur dan menghindari kufur.

Renungan

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta

Al-Ankabut : 2-3

Penutup

Aku akui, bercakap sentiasa jauh lebih mudah. Namun, bergerak dan bekerja tidak juga susah sebenarnya. Hanya perlu usaha yang padu serta keinginan yang jitu. Pertimbangkan antara keperluan dan kehendak. Yakin pada yang benar dan rancang serta susun aturkan masa.

Usaha yang padu.

Keinginan yang jitu.

Doa & tawakkal.

Ya Allah, bantu kami untuk benar-benar ‘walk the talk’.

Allahu’alam.

Disclaimer: Subject to teguran, pembetulan, dan penambahbaikan.

p.s. Alhamdulillah dan tahniah, polemik ‘Unity Government’ nampaknya telah diselesaikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s