Promo Lagi!!

Pertama sekali, aku ingin promo satu program menarik yang bakal berlangsung pada musim winter nanti, insyaAllah.

FuiYo
Kepada kawan-kawan yang belajar di UK, Ireland, Eropah, mahupun di luar rantau itu, jom beramai-ramai ke FUIYO 2009!! Featuring Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman. Sesiapa yang kenal ustaz ni, sudah tahu yang penyampaian daripada ustaz ni memang best! Baik melalui penulisan beliau di blog, buku, mahupun ceramah secara live!

Okies, untuk promo yang pertama ni, jom tengok video yang FUIYOh daripada Fun With IluvIslam’s Youth Overseas;

Registration belum dibuka lagi (insyaAllah sekitar September). Tapi nak promo awal supaya kalian yang berhasrat untuk ke UK dan yang berada di UK pada winter 2009 boleh consider untuk sisipkan 4 hari daripada percutian kalian untuk program ilmu yang sangat bermanfaat ini. insyaAllah. 🙂

Karnival AMAL Merdeka 2009 (Sarawak)

Okies, sekali lagi, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak bakal menganjurkan Karnival Amal Merdeka (edisi Ramadhan) pada 8 Ogos – 5 September 2009.

InsyaAllah Karnival Amal Merdeka ni akan berlangsung di Bintulu dan Kuching juga. Tapi di atas ni ialah highlights of the events di MIRI. 🙂

Yang paling menarik semestinya Majlis Perasmian Pembukaan dan Penutupan.

Majlis Perasmian Pembukaan ditandakan dengan KONSERT AMAL MERDEKA 2009 yang mempersembahkan RAMLI SARIP, AZHAN ATAN (Juara Akademi Nasyid TV9), dan Ustaz Akhwan Afandi.

POSTER AMAL MERDEKA copy(Ini bukan poster rasmi untuk konsert)

Mahu tiket? Sila hubungi :

|Sdr Syukrani (Piasau: 013-8832372)| Sdr Azwani (Senadin: 013-3603290)|  Ustaz Fauzi (Piasau: 016-8164466)| Sdr Ali Murad (Pujut: 013-3640105)| Sdr Idris (Taman Tunku: 019-8878414)| Sdr Mizan (Senadin: 019-8297425)| Sdr M Arifiriazul (Permyjaya: 013-8377505)| Ustaz Arisan (013-8336027)| Ustaz Muzaha (Luak: 013-8361203)| Ustaz Borhan (Bakam: 019-8848154)| Sdr Wan Syahiduddin (Lutong: 012-2070370)| Sdr Muhammad (IKBN, 016-8703981)| Sdr Saifuldin (ILP: 016-6127588)| Sdr Islah (Curtin: 012-7786314)| Sdr Dzaidin (PCSB: 012-4657256)| Sdr Muhtar (SSB: 016-8909717)|

Sdri Zaimah (Tudan: 019-5776559)| Sdri Fatimah (Luak: 013-8130703)| Sdri Bazilah (Permyjaya: 013-8399505)| Ustazah Ainul (Piasau: 013-6526843)| Sdri Wan Lydia (Pujut: 013-8200904)| Sdri Hawa (Senadin: 017-2595032)| Sdr Laila (Lutong: 012-4299533)| Ustazah Hasnita (IKBN: 019-5566078)|

Read More »

Cuti-cuti Malaysia

Alhamdulillah, Ahad lepas aku telah selamat sampai ke Miri dari Kuala Lumpur. 2 minggu lebih aku telah berada di semenanjung Tanah Melayu. 9 Julai 2009 hinggalah 26 Julai 2009. Asal perancangan ingin menghabiskan masa selama 28 hari di semenanjung, namun rancangan Allah menetapkan selain daripada yang aku rancangkan.

2 minggu lebih itu, sangat best! Sempat ke Melaka, metropolitan KL, ceruk desa di Sungai Congkak, serta menjejak kaki ke negeri bersejarah kudeta, Perak dengan lokasi spesifik, Kuala Kangsar Bandar Diraja.

Putrajaya Escapade..berhadapan Istana Kehakiman bersama famili. (Afiq, Ariz, Miza, Sya, Maksu, Mimie)
Putrajaya Escapade..berhadapan Istana Kehakiman bersama famili. (Afiq, Ariz, Miza, Sya, Maksu, Mimie)
Berhadapan PICC (Miza, Ariz, Maksu, Afiq, Sya, Mimie)
Berhadapan PICC (Miza, Ariz, Maksu, Afiq, Sya, Mimie)

Dalam Avanza Udak, Putrajaya to Kuala Kangsar (ingat nak tengok satu-satu bandar di Perak on the way ke K.K, apakan daya tertidur kerana mengantuk) (-_-)
Dalam Avanza Udak bersama makcik2 dan adik-adik saudara, ronda-ronda Kuala Kangsar
Berhadapan Istana Kuning, Kuala Kangsar (Liya, Maksu, Miza, Sya, Ariz) ahernya Sya lebih tinggi daripada Ariz!! :D
Berhadapan Istana Kuning, Kuala Kangsar (Liya, Maksu, Miza, Sya, Ariz) ahernya Sya lebih tinggi daripada Ariz!! 😀

Sempat mengangkut sebiji Labu Sayong (bukan tangan penulis) :P
Sempat mengangkut sebiji Labu Sayong (bukan tangan penulis) 😛

2 minggu lebih itu, sangat bermakna dan berharga! Jumpa dan meluangkan masa bersama sanak-saudara di Putrajaya-Kajang (cheit, macam ramei jak~), and of course jumpa sahabat-sahabat yang sekian lama berjauhan. Atie, Farhanah, Ris, Imeyk, Afiqah, Kameelah, Kak Leen, Mrs. Gomoman; Ajah, Kak Mahfuzah dan tidak dilupakan, ramai lagi yang sempat aku jumpa. Alhamdulillah.

Gambar dengan kawan-kawan, tiada pula dalam rakaman kamera digitalku. tsk2. Yang menarik rasanya, gambar bersama Kamel dan Kak Leen sewaktu kami bermain bowling di Midvalley. 🙂

Namun, ada segelintir yang tidak sempat untuk aku jumpa dan WOW 2009 pun aku dah melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertainya. Redha~ (-_-)

Nak ke Tak Nak?

Mula-mula aku sampai pada 9 Julai (Khamis), sebelah petangnya aku terus ke Taipan Subang Jaya. Gathering pertama untuk kembara singkat ke Tanah Melayu. Masa tu, berjumpa dengan juniors di Taylor’s, berkenalan dengan kawan baru, dan jumpa dengan sahabat lama Atie dan Farhanah.

Hujan-hujan pun aku redah. Sangat puas hati dan bersyukur bila balik malam tu, tak sia-sia perjalanan dari Putrajaya ke Subang Jaya.

Lepas first day, aku banyak habiskan masa di rumah saudara di Putrajaya. Memang dalam comfort-zone.  Masa tu, Udak* sekeluarga membuat satu trip ke Sungai Congkak. Yeah, main air! Tapi tak berapa interesting tempat tu,  terlalu public dan ramai orang.

Sungai cetek yang mengalir deras!
Sungai cetek yang mengalir deras!

Udak – panggilan untuk salah seorang bapa/ibu saudara dalam hieraki keluarga di Sarawak

Tiba-tiba, apabila hujung minggu berakhir, hampir sahaja aku ingin batalkan niat untuk menghadiri pertemuan yang telah aku sisipkan dalam perancangan awalku. Astaghfirullah! Kenapa? Sebab dah rasa comfort-zone, bila perlu keluar dari comfort-zone (bersantai-santai, bersenang-senang, dan sewaktu dengannya), terasa berat sekali.

Namun, lepas seminggu pertama tu aku tidak berada di Putrajaya, jauh dari famili, dan bersama-sama sahabat seangkatan, rasa seperti ingin memanjangkan lagi tempoh itu. Alhamdulillah, banyak yang aku belajar.

Sedikit update dariku.

Masa Singkat

Apa-apa pun, aku ingin kongsikan, bahawa masa kita hidup di dunia ni singkat. Bila aku tengok diri aku, keluarga dan sekeliling aku, aku rasa aku terlalu banyak bersenang-lenang. Bersenang-lenang dari kewajipan.

Read More »