Cuti-cuti Malaysia

Alhamdulillah, Ahad lepas aku telah selamat sampai ke Miri dari Kuala Lumpur. 2 minggu lebih aku telah berada di semenanjung Tanah Melayu. 9 Julai 2009 hinggalah 26 Julai 2009. Asal perancangan ingin menghabiskan masa selama 28 hari di semenanjung, namun rancangan Allah menetapkan selain daripada yang aku rancangkan.

2 minggu lebih itu, sangat best! Sempat ke Melaka, metropolitan KL, ceruk desa di Sungai Congkak, serta menjejak kaki ke negeri bersejarah kudeta, Perak dengan lokasi spesifik, Kuala Kangsar Bandar Diraja.

Putrajaya Escapade..berhadapan Istana Kehakiman bersama famili. (Afiq, Ariz, Miza, Sya, Maksu, Mimie)
Putrajaya Escapade..berhadapan Istana Kehakiman bersama famili. (Afiq, Ariz, Miza, Sya, Maksu, Mimie)
Berhadapan PICC (Miza, Ariz, Maksu, Afiq, Sya, Mimie)
Berhadapan PICC (Miza, Ariz, Maksu, Afiq, Sya, Mimie)

Dalam Avanza Udak, Putrajaya to Kuala Kangsar (ingat nak tengok satu-satu bandar di Perak on the way ke K.K, apakan daya tertidur kerana mengantuk) (-_-)
Dalam Avanza Udak bersama makcik2 dan adik-adik saudara, ronda-ronda Kuala Kangsar
Berhadapan Istana Kuning, Kuala Kangsar (Liya, Maksu, Miza, Sya, Ariz) ahernya Sya lebih tinggi daripada Ariz!! :D
Berhadapan Istana Kuning, Kuala Kangsar (Liya, Maksu, Miza, Sya, Ariz) ahernya Sya lebih tinggi daripada Ariz!!๐Ÿ˜€

Sempat mengangkut sebiji Labu Sayong (bukan tangan penulis) :P
Sempat mengangkut sebiji Labu Sayong (bukan tangan penulis)๐Ÿ˜›

2 minggu lebih itu, sangat bermakna dan berharga! Jumpa dan meluangkan masa bersama sanak-saudara di Putrajaya-Kajang (cheit, macam ramei jak~), and of course jumpa sahabat-sahabat yang sekian lama berjauhan. Atie, Farhanah, Ris, Imeyk, Afiqah, Kameelah, Kak Leen, Mrs. Gomoman; Ajah, Kak Mahfuzah dan tidak dilupakan, ramai lagi yang sempat aku jumpa. Alhamdulillah.

Gambar dengan kawan-kawan, tiada pula dalam rakaman kamera digitalku. tsk2. Yang menarik rasanya, gambar bersama Kamel dan Kak Leen sewaktu kami bermain bowling di Midvalley.๐Ÿ™‚

Namun, ada segelintir yang tidak sempat untuk aku jumpa dan WOW 2009 pun aku dah melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertainya. Redha~ (-_-)

Nak ke Tak Nak?

Mula-mula aku sampai pada 9 Julai (Khamis), sebelah petangnya aku terus ke Taipan Subang Jaya. Gathering pertama untuk kembara singkat ke Tanah Melayu. Masa tu, berjumpa dengan juniors di Taylor’s, berkenalan dengan kawan baru, dan jumpa dengan sahabat lama Atie dan Farhanah.

Hujan-hujan pun aku redah. Sangat puas hati dan bersyukur bila balik malam tu, tak sia-sia perjalanan dari Putrajaya ke Subang Jaya.

Lepas first day, aku banyak habiskan masa di rumah saudara di Putrajaya. Memang dalam comfort-zone.ย  Masa tu, Udak* sekeluarga membuat satu trip ke Sungai Congkak. Yeah, main air! Tapi tak berapa interesting tempat tu,ย  terlalu public dan ramai orang.

Sungai cetek yang mengalir deras!
Sungai cetek yang mengalir deras!

Udak – panggilan untuk salah seorang bapa/ibu saudara dalam hieraki keluarga di Sarawak

Tiba-tiba, apabila hujung minggu berakhir, hampir sahaja aku ingin batalkan niat untuk menghadiri pertemuan yang telah aku sisipkan dalam perancangan awalku. Astaghfirullah! Kenapa? Sebab dah rasa comfort-zone, bila perlu keluar dari comfort-zone (bersantai-santai, bersenang-senang, dan sewaktu dengannya), terasa berat sekali.

Namun, lepas seminggu pertama tu aku tidak berada di Putrajaya, jauh dari famili, dan bersama-sama sahabat seangkatan, rasa seperti ingin memanjangkan lagi tempoh itu. Alhamdulillah, banyak yang aku belajar.

Sedikit update dariku.

Masa Singkat

Apa-apa pun, aku ingin kongsikan, bahawa masa kita hidup di dunia ni singkat. Bila aku tengok diri aku, keluarga dan sekeliling aku, aku rasa aku terlalu banyak bersenang-lenang. Bersenang-lenang dari kewajipan.

Ambil contoh, dapat biasiswa dan dapat ke universiti. Memang ramai yang berada di posisi itu berbangga. Meyakini bahawa itulah hasil kegigihan belajar selama ini. Siapa berusaha, dialah dapat hasilnya. Dapat banyak duit dari penaja, bergumbira!

Tapi, ada tak kita terfikir, kenapalah Allah beri kepada kita semua tu? Ramai rakan-rakan dan orang terdekat dengan kita, kita anggap tak sebertuah kita. Sudahlah dapat kemudahan dalam pelajaran, kita dibukakan pula jalan untuk sertai usrah dan ditemukan pula dengan kawan-kawan yang sama-sama searah dengan kita.

Terfikirkah kita, kenapa kita, bukan mereka? Bukan orang-orang sekeliling kita yang dulu sama-sama membesar dengan kita?

Mungkin aku pernah terfikir dan tertanya-tanya. Jangan salah sangka, jauh sekali diri ini ingin mempersoalkan tentang keadilan Allah terhadap hamba-hamba-Nya.

Apa yang aku dapati, seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah : 286 ;

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

(Mereka berdo`a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.

Part pertama ayat tersebut, Allah dah kata yang Dia tak akan membebani kita lebih daripada apa yang kita mampu. Bila aku kaitkan dengan ayat ni, segala kemudahan yang Allah beri pada kita ada pertanggungjawabannya.

10 Batang Ais Krim

A telah dipilih oleh cikgu untuk tolong membelikan 10 batang ais krim. Cikgu tersebut memberi sejumlah wang dan meminta A untuk membeli ais krim tersebut. Si A tak rasa keberatanย  sebab dia pun dapat makan sekali ais krim tersebut nanti. Cikgu tak kata apa-apa selain menyuruhnya membeli 10 batang ais krim.

Sama ada;

1. Si A ingin beli 10 batang ais krim dan makan kesemuanya atau;

2. Beli sebatang sahaja untuk dirinya seorang atau;

3. Membeli 10 batang ais krim, berniat untuk sama-sama menikmati kelazatan ais krim itu dengan yang lain, tapi akhirnya atas alasan-alasan yang diberi, ais krim tersebut tak sempat nak dikongsikan dengan yang lain lalu dibiar mencair.

Si A tak kisah kalau ais krim yang dah dibeli menjadi cair. Yang penting, dia sempat makan sebatang dua.ย  Dia tak rugi apa-apa. Orang lain pun tak rugi apa-apa sebab mereka tidak tahu bahawa A ada ais krim lazat yang banyak.

Pada perkiraan A, kalau dia sempat, memang pasti dia akan kongsikan ais krim tersebut dengan yang lain. Apakan daya, dia tak sempat. Tak mengapalah! Bukannya dia tak nak share, cuma tak sempat!

Yang Mana Kita?

Sedar tak sedar, aku rasa ramai antara kita terjatuh dalam kategori ketiga itu. Kategori 1 dan 2 pula mungkin terlalu jahat. Yang ketiga, mentalitinya bukan tak nak kongsi, cuma tak sempat! Kita banyak tugas lain yang penting.

Nak kekalkan kecemerlangan dalam exam.

Kena jadi pengerusi persatuan kitar semula.

Nak kena handle program lawatan ke perkampungan orang asli lagi.

Nak kena jadi tutor untuk para juniors.

Nak pergi tolong lecturers dirikan booth untuk jualan amal di kampus.

Penting, semua penting! Semua sijil yang kita dapat nanti, penting untuk interview kerja nanti. Pengaruh yang kita dapat penting, sangat penting untuk pilihan raya kampus nanti.

Kita pun perlu masa untuk hobi kita juga. Masa lapang yang singkat ni, bagilah chance untuk diri sendiri. Buku Dan Brown tu, lama dah tak sempat nak baca sebab selaluย  banyak tugas yang penting kena buat.

Dalam keadaan yang kita kata kita ‘sibuk’ itu, perasan tak bahawa semua yang kita lakukan umpama yang disebut di atas tak lain tak bukan untuk kepentingan diri sebenarnya? Andai kata tiada sijil mahupun pengaruh dan other worldly rewards yang menanti, sanggupkah kita untuk melakukan kesemuanya itu?

Kongsi Ais Krim?

Kelebihan yang Allah beri kepada kita aku percaya ada sebabnya. Ada hikmahnya, bak kata orang Melayu dalam TV.

Cuba kita tanya sekali lagi diri kita, kenapa Allah beri kita beberapa kelebihan ini? Adakah sebab kita mendapatinya kerana kita layak untuk menerimanya atas usaha gigih kita selama ini?

Atau, kita ada sesuatu yang perlu kita lakukan dengan kelebihan yang diberi pada kita?

Seperti 10 batang ais krim tadi, itu diumpamakan sebagai kelebihan yang Allah beri. Sama ada kita nak manfaatkan kelebihan itu untuk kepentingan semua atau diri sendiri, terpulang pada kita.

Memang kadang-kadang kita tak rasa bersalah jika kita seronok sendiri dengan kelebihan yang ada, bagi kita yang penting kita bersyukur dan tak menunjuk-nunjuk. No harm done!

Jikalau begitu mentaliti kita, agak menyedihkan sebenarnya. ๐Ÿ˜

Jikalau kita rasa tak sempat, perlunya kita revise diri kembali dan mencari kesempatan yang ada dengan sebaiknya.

Menerima Untuk Memberi Dengan Lebih Banyak Lagi

Tugas kita di dunia ni, sebagai khalifah. Semua dah familiar term ini. Dari sekolah sampailah ke usrah-usrah. Apa yang dimaksudkan dengan khalifah ini? Menurut beberapa ustaz yang pernah aku dengan ceramah mereka, ‘khalifah Allah’ bermaksud ‘pengganti/wakil Allah’.

Jangan silap faham pula dengan term itu. ‘Pengganti Allah’ bermaksud mentadbir bumi ini mengikut yang Allah suruh. Ok, maybe kalau cakap memerintah bumi ni terlalu besar konteksnya. Maka, mungkin untuk peringkat awal ini, kita lihat konteks individu dahulu.

Aku ambil contoh lagi. Bagaimana kelebihan dalam pelajaran dan juga kewangan boleh kita gunakan untuk laksanakan kewajipan kita terhadap yang lain?

Orang yang mudah dalam belajar, maksudnya mudah faham, mudah menghafal, biasanya memerlukan masa yang optimum (tak terlalu panjang dan tak terlalu pendek) untuk belajar. Lantaran itu, banyak masa lapang yang boleh dilakukan aktiviti selain aktiviti akademik.

Maka, adalah amat wajar jika masa lapang yang dimaksudkan itu digunakan untuk menimba ilmu lain selain ilmu akademik yang dipelajari di kelas-kelas. Antaranya dengan menyertai majlis ilmu atau membaca buku-buku untuk meningkatkan kefahaman tentang Islam. Kemudian, ilmu tersebut boleh disebarkan pula kepada orang sekeliling yang terdekat dengan kita.

Kelebihan kewangan pula boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat yang sama tadi. Untuk beli buku, untuk belanja orang makan-makan, dan sambil-sambil itu, kita rencanakan misi da’wah dalam aktiviti kita.

Refleksi

Antara perkara yang mebuat aku sering terfikir, bagaimana kalau si fulan ini tak pernah beritahu kepada aku wajibnya dakwah, adakah aku akan tahu?

Bagaimana kalau di fulan ini tak perkenalkan aku ‘mutabaah ibadah’, mungkin aku tak kisah langsung tentang amalan harian aku?

Bagaimana kalau si fulan ini berburuk sangka denganku lantas segan untuk mengajakku ke majlis-majlis ilmu, akankah aku dapat peluang menambah ilmu?

Bagaimana kalau si fulan ini tak mempelawa aku untuk turut bekerja dalam sesebuah organisasi, berkembangkah potensi diriku dalam management skills, leadership skills, dan skil-skil yang lain?

Erm, point aku ialah, jika tidak ada sekurang-kurangnya seorang insan yang Allah takdirkan untuk reach out kepada diri aku yang pernah knew nothing menjadi know something, apakah aku akan menjadi somebody yang asalnya nobody?

Demikianlah juga, jika kita tak ambil inisiatif untuk reach out to other people, adakah mungkin mereka dapat menerima seperti apa yang kita pernah terima?

Ilmu & Amal

Aku jadi takut bila memikirkan, mungkin orang yang begitu dekat denganku menjadi runtuh akhlaknya kerana aku tak buat apa-apa pun.

Kesilapan boleh terjadi jika kita buat sesuatu dan boleh juga terjadi kerana kita tak buat apa-apa pun. Kalau kita dah buat dengan betul dan mengikut peraturan namun masih tidak menjadi, itu masih tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya kita dah berusaha.

Namun, sesuatu telah terjadi dan kita tak pernah kisah untuk buat apa-apa sebelum perkara itu terjadi, takut-takut dosanya lebih besar daripada kita buat sesuatu namun tak menjadi tadi.

Peringatan buat diri ini. Benarlah kata-kata yang mengatakan, ‘kita usaha saja, hasilnya kita serahkan pada Allah’. Namun usaha itu biarlah benar-benar sesuatu yang bijaksana, mematuhi peraturan Allah, dan diyakini mampu menghasilkan natijah yang baik.

Bukan sekadar ‘semadi nadai’ kata orang Iban yang bermaksud ‘daripada tak buat apa-apa langsung…‘ iaitu semberono dan dikhuatiri menzalimi orang lain pula. Lagi sedih, jika tindak-tanduk kita semakin menjauhkan orang daripada Islam. Na’uzubillah.

Benarlah kata-kata, ‘perlunya ILMU sebelum berAMAL’, perlunya ‘TAHU sebelum MAHU (melakukan sesuatu)’. Contoh mudah, sebelum MAHU memandu, perlu TAHU cara mendrive kereta, perlu TAHU peraturan-peraturan jalan raya, insyaAllah barulah kita dapat mengelakkan diri daripada ACCIDENT.

Penutup

Fikir-fikirkan, kenapa aku (yang masing-masing diberi kelebihan), bukan sesetengah orang yang lain?

Kelebihan itu bukan kebanggaan, tapi ALAT untuk membantu diri mencapai matlamat hamba dan khalifah Allah di muka bumi.

Tidak akan mara seseorang hamba di hari Akhirat melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara:

  • Berkenaan umurnya ke mana yang telah dia habiskan.

  • Berkenaan dengan waktu mudanya apa yang telah dia lakukan.

  • Berkenaan dengan hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dia belanjakan.

  • Dan berkenaan dengan ilmunya apa yang telah diperbuat dengannya.

(HR At-Tabarani)

Kita akan dipersoalkan. Percayalah dan bertindaklah mengikut apa yang kita percaya.

Allahu’alam.




8 thoughts on “Cuti-cuti Malaysia

  1. *mutabaah ibadah: Satu jadual yang (imagine jadual kelas masa sekolah yang ada kolum masa/hari), pada bahagian masa, gantikan dengan amalan seharian seperti:

    1. Solat fardu
    2. Solat sunat rawatib
    3. Membaca Al-Quran
    4. Solat sunat Dhuha
    5. Puasa sunat
    6. Solat sunat witir
    7. Qiyammulail
    8. etc.

    Pada kotak-kotak yang berisi subjek, dibiarkan kosong dan ditanda jika kita telah melakukan salah satu daripada amalam tersebut pada hari-hari tertentu.

    Kebaikannya guna ‘mutabaah ibadah’ ini, kita dapat lihat prestasi diri kita secara meyeluruh untuk seminggu.

    Pada peringkat awal kita dapat lihat banyaknya lompang-lompang dalam amalan kita dan pada masa yang sama menjadi sumber motivasi untuk kita penuhi lompang-lompang tersebut.

    Untuk hasil yang optimum, kita sediakan ‘mutabaah ibadah’ kita sendiri dan minta seseorang yang kita thiqah (percaya) kepadanya untuk semak jadual kita setiap berakhirnya sesuatu minggu.

    Mungkin ada isu ‘macam tak ikhlas saja buat macam tu’, tetapi untuk peringkat permulaan, pada pendapat saya sesuatu yang amat baik untuk menggerakkan diri.

    Dalam pada itu, sentiasalah berdoa moga-moga Allah datangkan ikhlas ke dalam diri kita.

    Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya:

    “Amalan yang mula-mula dihisab daripada seorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Maka berkata Allah s.w.t kepada para malaikat-Nya dan Dia Maha Mengetahui: ‘Telitilah pada solat hamba-Ku, adakah ia sempurnakannya atau kurang. Sekiranya lengkap sempurna tulislah sempurna, kiranya ada yang kurang, maka berkatalah Allah s.w.t: Telitilah sekiranya terdapat solat-solat sunatnya bagi membantu menyempurnakan solat fardunya.'”

    (Riwayat Abu Daud : hadis sahih)

    Allahu’alam.

  2. Salam Sya! Alamak..gambar haritu tak kasi2 lagi. insyaAllah nanti kamel send ye.. btw, gian nak baling bowling lagikk! haha walaupun ktrg punya score cuma sampai 2 angka je (bak kata kak leen, stresss. sya very the terer :P) game haritu tetap seronok! insyallah ada rezeki kita berentap lagi ek. haha

    And again, entry yang penuh berisi. Selalu dimulakan dengan mukaddimah yang santai & releks..lepastu mula masuk topik2 yang sarat dengan pengajaran membuka mata. jazakillahu kahyrul jazaa’ & mabruk!

    Tentang apa yang sya & kak leen ckp sebelum kita balik haritu.. kamel dah fikirkan. dan dah bincang jugak dengan abah kamel. alhamdulillah dia sokong.. insyallah nanti kamel get back to u n kak leen k๐Ÿ™‚

    fiiamaanillah

    1. Alhamdulillah, atas segalanya!

      Satu lagi berita baik, semoga kita semua thabat & istiqamah atas jalan ni. insyaAllah Kamel, ape2 roger ktorang okies.๐Ÿ˜‰

      p.s. nak gambar2 tu! insyaAllah, ada kesempatan kte bowling lagi. tenis pun boleh (hehe, teman menonton je lah tapi. go Nadal!)๐Ÿ™‚

      Jazakillahu khair.๐Ÿ™‚

  3. Salam.

    Patut pun lamak sik update blog. Kmk la terpk2 pa ndak dibuat syafiqah kat miri ya. MIA jak memanjang. Hehehehe.

    Anyways, thanks for this reminder. Kmk sitok senang lalu jak leka.
    As time flies I forgot the purpose of being here. Tambah2 gik dengan allowance mara… i forgot the responsibilities I’m carrying now and the ones I’ll be carrying in the future as a doctor.
    Especially time time exam tok..study hanya utk pass exams..padahal what I’m studying now will be used in the future.

    Apakah?

    Arigatou ^_^

    1. Salam.

      Alhamdulillah, more as a reminder to myself.

      Kalau ktk wonder, apa ndak ka dibuat syafiqah kat miri ya, huhu, banyak benda yang kurang penting dibuat, sebab yalah perlu menyedarkan dirik kedirik. tsk2. (-_-)

      Semoga Allah berik kekuatan kat kita untuk buat yang terbaik dalam memenuhi responsibilities kita as a servant and ‘representative’ of Allah in this world. ameen.

      p.s. MIA partly disebabkan sindrom-cuti-malas-mok-update-blog.๐Ÿ˜›

      p.p.s All the best lam final exams n until we meet again masa puasa/raya klak, insyaAllah.๐Ÿ˜‰

  4. Alhamdulillah…. Alangkah bagusnya kalau semua anak2buah maksu dapat dan rajin baca blog sha2 tok…memahami dan masuk kedalam otak dan terus ke hati cdaknya…. InsyaAllah…
    Blog yg sgt bagus and keep it up!

    Hari ya mmg berharap sgt sha2 akan stay lamak lg kat ctok. Sbb best ada teman bercerita ttg aqidah, tauhid, Sunnah dan sebagainya yg berkaitan dgn islamiah… Alangkah indahnya hidup bila sentiasa mengingati ALLAH…. ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s