The Six Things…

Syasya, Afiq, Dedeq, Mimie, Boy, Tiqa (kanak-kanak riang ini sudah tiada)
Innocent and carefree

Sehari semalam aku tidak online, berbondong-bondong mesej baru dalamΒ  kotak mel. Facebook notification. Salah satunya, aku telah ditag dalam gambar di atas. (-_-“)

First Thing: Driving Lessons

So I’ve started my driving lessons. If you ask me Boulevard or Senadin, it’s IMMS Senadin. The latest and nearest driving institution near Boulevard shopping complex is slightly expensive. It’s quite late actually for me for just getting started with this driving lessons. And if I ever got the chance of getting a ‘P’ license this year, I only have one shot to try which is a week after Raya, which is very near to the day of my departure back to the UK (insyaAllah).

Angan-angan
Angan-angan?

I enjoy attending this driving lessons despite the boring courses I had to attend few weeks before.

Read More »

Advertisements

Karnival Amal Merdeka 2009 : Fasa Ramadhan

Salam Ramadhan to all! InsyaAllah this coming weekend there are more ilmiah discussions brought to you by Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak during this holy month of Ramadhan. Spread the words to your brothers, sisters, parents, families, friends, and whoever can benefit from these events, please. Thank you and may Allah bless you! πŸ™‚

Fasting

Narrated Abu Huraira:

The Prophet said, “Whoever does not give up forged speech and evil actions, Allah is not in need of his leaving his food and drink (i.e. Allah will not accept his fasting.)”

(Riwayat Bukhari)

Narrated Abu Huraira:

The Prophet said, “Whoever established prayers on the night of Qadr out of sincere faith and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven; and whoever fasts in the month of Ramadan out of sincere faith, and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven.”

(Riwayat Bukhari)

Ramadhan Datang Lagi

Nasib tak serupa, peluang yang sama, namun dengan natijah yang berbeza….selamat datang Ramadhan!

Seperti dari kali pertama aku memblogkan diri, Harapan Ramadhan yang sama dan mungkin lebih baik lagi sentiasa aku harapkan. Moga diberi kekuatan!

Masuk ramadhan kali ini, sudah hampir 3 tahun aku menulis di laman maya ini. Semakin masa yang mendaki, adakah semakin bermakna apa yang dituliskan? Adakah diamalkan apa yang diwar-warkan? Adakah bertambah pengetahuan? Adakah semakin matang pengalaman? Adakah semakin jauh perjalanan?

Alhamdulillah, dalam tempoh yang singkat ini, walaupun masa yang dirasakan cepat berlalu, aku kira ada sesuatu yang aku perolehi walaupun masih banyak yang perlu aku sentiasa terus perbaiki.

Tiba-tiba hari ini, terdetik dalam hati kecil ini, Allah jua yang Maha Tahu kenapa aku lahir di Miri Sarawak, kenapa aku belajar di sekolah-sekolah yang aku belajar, kenapa aku di Taylor’s University College dan bukan di Kolej Mara Banting/Seremban, KYUEM, ataupun lain-lain, kenapa aku di Bath, dan Allah sahaja yang Tahu di mana aku berada selepas ini.

Pernahkah kalian terfikir? Kenapa kalian berada di mana kalian berada tatkala ini? Dan apakah yang kalian rasakan?

Last Week (Weekdays)

Alhamdulillah, seminggu lepas rumahku di Kampung Luak ini sedikit meriah dengan kedatangan Nenek dan Aqilah (kanak-kanak berusia 2 tahun). Asalnya nenek bermalam di rumah pakcikku, namun isteri pakcikku merangkap makcikku terkena ciken pox, maka bagi mengurangkan risiko jangkitan terhadap Aqilah, beliau dan Nenek stay di rumah kami.

If only this could be a reality! :P
Mbiak kecik pande ngemas rumah..if only this could be a reality! πŸ˜›
Mbiak kecik tido petang..kejayaan yang bermakna! (huhu, sik senang nak molah mbiak kecik gi tido) :)
Mbiak kecik tido petang..kejayaan yang bermakna! (huhu, sik senang nak molah mbiak kecik gi tido) (-_-")

Warith amat senang hendak dijaga (chewah). Buka sahaja chenel kartun 611 hingga 616 di Astro. Settle, mettle, kettle, pottle! Aqilah pula sedikit mencabar. Last-last, terpaksa aku gunakan taktik kejam (seperti yang dilakukan oleh orang-orang besar ke atasku dan kazen-mazen lain ketika kami masih kecil dan innocent).

Taktik apakah itu? hehe, jelingan mata yang tajam. Amat berkesan! First time aku try, Aqilah terus tunduk sambil menggeselkan kedua-dua jari telunjuknya. Bagi memulihkan hubungan kami, aku akan terus tersengih dan Aqilah pun ketawa sambil menampakkan giginya. πŸ˜€

…namun proses itu berulang demi mencapai matlamatku, supaya Aqilah tertidur. LOL!

Last Week (Weekends)

Petang Jumaat, aku ke Kolej. Berjumpa dengan Ustaz Afandi dan juniorku Azizul Hafidz, berbincang sedikit mengenai beberapa perkara. Banyak insights yang aku dapat. Yang paling utama, keputusan yang dibuat secara syura memang jauh lebih baik daripada one-man-show. Dengan berbincang, brainstorming, berkongsi dan bertukar pendapat, aku nampak kelemahan aku dan aku belajar sesuatu yang baru.

Alhamdulillah atas segalanya. Atas perkongsian, input, saranan, dan nasihat daripada Ustaz dan Azizul.

Maka, kepada semua mohon untuk terus memberi tunjuk ajar dan teguran padaku yea! Memang setiap dari kita ada ego masing-masing, ada yang pantang ditegur, pantang dibuat salah, pantang dibuat lambat dan sebagainya, namun aku rasa elemen yang perlu selalu diamalkan ialah hendaklah sentiasa berhusnu-dzon (bersangka baik).

Berikan masa kepada diri (ataupun orang lain) untuk berfikir dan menyedari bahawa perkara-perkara di luar jangkaan atau di luar expectation kita tidaklah seteruk mana malah mungkin jauh lebih baik lagi! Allah jua Maha Mengetahui!

Sabtu pagi, ada Larian Amal Merdeka. Ini menandakan telah masuk minggu kedua Karnival Amal Merdeka 2009 anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak. Semasa Larian Amal tersebut, aku mengisi ruang sebagai penjaga checkpoint bersama-sama Kak Atim dan Kak Kauthar di depan bangunan LHDN Miri.

Petang Sabtu, pergi ke Indoor Stadium untuk melihat persiapan terakhir Konsert Amal Merdeka 2009. Ingatkan sempat melihat Ramli Sarip, Azhan Atan, dan Akhwan Afandi untuk raptai, tetapi tidak jadi kerana raptai mula sedikit lewat.

Sabtu malam, malam Konsert Amal Merdeka. Secara peribadi aku amat berpuas hati dengan setting tempat duduk, pentas, dan keseluruhan program pada malam itu jika dibandingkan dengan tahun lepas. Apa yang paling utama, konsert ini dijadikan sebahagian daripada program Karnival AMAL adalah untuk mendidik masyarakat supaya memilih hiburan yang tidak melalaikan dan mampu mendidik hati.

Bak nasyid kumpulan Raihan,

“Berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah..”

Read More »

Didik

*Cetusan rasa pasca Futsal AMAL*

Sikit-sikit Lama-lama Jadi Bukit

Dulu pernah semasa di Taylor’s, Ustazah Wan yang mengajar Islamic Studies memberitahu;

Kadang-kadang orang rasa ‘buat apa aku solat sebab kalau solat pun hati tak ikhlas’ atau ‘buat apa aku pakai tudung tapi tak ikhlas’, tapi dengan melaksanakan solat itu, dengan memakai tudung itu sekurang-kurangnya kamu dah memenuhi tuntutan/perintah Allah. Kalau Allah tanya sama ada kamu sudah bersolat atau belum, sekurang-kurangnya kamu mungkin boleh menjawab ‘sudah’ dan mungkin terlepas azab Allah atas ketaatan kamu pada perintah Allah itu.

Bersolat tapi tak ikhlas mungkin lebih baik daripada tak bersolat langsung. Aku sendiri pun dalam banyak perkara diakui mungkin kurang keikhlasannya, namun along the way, sentiasalah berdoa agar dikurniakan oleh Allah akan keikhlasan itu.

Seperti kata seorang murabbi yang lebih kurang maksudnya, berdoalah kepada Allah agar kita menjadi hamba-Nya yang taat, jikalau sudah taat, berdoalah kepada Allah agar menjadi orang-orang yang muhklas* (yang diberi keikhlasan oleh-Nya)

Kadang-kadang sesetengah perkara, ramai orang sudah tahu tapi masih enggan melaksanakannya. Dalam hal ini, penegasan, penguatkuasaan, pemberitahuan, dan sewaktu dengannya perlu ditekankan. Sebagai contohnya undang-undang jalan raya. Dalam sehari, berapa banyak kemalangan yang kita jumpa? Boleh dikatakan tiada.

(kalau dilihat sepanjang tahun, memang kelihatan banyak) πŸ™‚

Apa yang cuba aku sampaikan ialah, kemalangan mampu dihindari dalam kehidupan manusia sehari-hari kerana manusia khususnya rakyat Malaysia mematuhi peraturan jalan yang ditetapkan oleh kerajaan. Sehinggakan, sebelum seseorang dibenarkan mempunyai lesen, mereka perlu melalui Kursus Pendidikan Pemandu (KPP). Kemudian, perlu ambil ujian dan sesudah lulus ujian perlu lagi ke kursus yang kedua.

Cayenne..is this too much for a dream car? πŸ™‚

Nope, cerita belum habis. Lepas kursus tersebut, barulah boleh belajar memandu secara praktikal. Cukup 8 jam (jikalau berjaya), perlu lagi berdepan dengan JPJ untuk test on the road dan kalau berjaya di hadapan JPJ barulah mendapat lesen P. Baru lesen P!!

Kemudian perlu pula menunggu sehingga 2 tahun sebelum benar-benar mendapat Competent Driving License (CDL). Itupun jika kita taat (baca: patuh) pada undang-undangΒ  jalan raya. Antaranya, pemegang lesen P tidak boleh langsung minum minuman beralkohol (kandungan alkohol 0% dalam darah)!

*banyak tauk eh? hehe. FYI, Ahad lepas penulis pertama kalinya mengikuti KPP. doakan semoga penulis belajar bersungguh-sungguh dan lulus table test dan seterusnya dapat mula belajar memandu ASAP. πŸ˜‰

Andai kata undang-undang dan peraturan jalan raya telah dirangka dan disediakan oleh kerajaan namun hanya disimpan di dalam arkib negara tanpa dikuatkuasakan ke atas orang ramai, mungkinkah orang akan ikut dan patuh peraturan-peraturan tersebut?

Walaupun rakyat Malaysia tahu undang-undang tersebut wujud, namun jika pihak kerajaan tidak bertindak tegas dengan memperkenalkan/menghebahkan/mengiklankan peraturan tersebut kepada rakyat, mungkinkah rakyat mahu patuh dan taat?

Read More »

Futsal Mutsal

Borang Penyertaan Futsal AMAL Merdeka 2009
Borang Penyertaan Futsal AMAL Merdeka 2009

Semasa aku pertama kali melihat pada borang penyertaan ini, aku terfikir-fikir apa agaknya reaksi calon peserta.

Pagi Sabtu itu, aku ke Piasau Jaya Phase 1. Adikku memanduku ke sana (due to the FACT that I’m still lesen-less 😐 ). Lost juga mula-mula, tidak pasti di mana lokasinya. Last-last berjumpa jua. Kelihatan 2 buah khemah didirikan di tepi padang tersebut. Amilin-amilin AMAL yang pakat-pakat berT-shirt merah berada di sekitar padang futsal dengan kerja masing-masing.

Aku lantas ke khemah jualan makanan. Khemah yang satu lagi merupakan khemah urusetia. Kelihatan di khemah jualan Kak Lydia sedang mengemaskan kertas-kertas. Sapa-menyapa berlaku. Rupa-rupanya kertas-kertas tersebut merupakan borang pertandingan futsal juga. Tetapi untuk sekolah beliau yang kebetulan menganjurkan pertandingan futsal juga pada hari itu.

Reaksi 1

Sedang kami berbual-bual berkenaan futsal tersebut, lalu dia mengongsikan reaksi pelajar-pelajarnya yang maklum mengenai syarat penyertaan Futsal AMAL yang ditetapkan oleh pihak penganjur;

Pelajar : Adeh, sik biasa eh cikgu main pakei luar panjang.

(Alamak tak biasalah cikgu main guna seluar panjang)

Cikgu : Nok sik biasa lah kita biasa-biasakan. Lagik-lagik benda nok bagus.

(Yang tak biasa itulah kita biasa-biasakan. Lagi-lagi untuk perkara yang baik)

Pelajar : πŸ˜€

Cikgu : Bagus apa bersluar panjang, dapatlah protect lutut kitakorang juak.

(Baik sebenarnya berseluar panjang ni, dapat protect lutut kalian juga)

Aku mengiyakan kata-kata beliau. Memang benar, setiap perintah dan larangan ALLAH ada hikmahnya. Untuk kemaslahatan manusia juga. Allah sebagai rabb (baca: Pencipta, Pemilik, Penguasa, Pentadbir) kepada seluruh makhluk-Nya pasti paling TAHU apa yang terbaik untuk kita semua.

Reaksi 2

Semakin masa berlalu pada awal pagi itu, kelihatan semakin ramai peserta Futsal AMAL mengerumuni sekitar padang dan di khemah urusetia. Selesai pendaftaran dan taklimat ringkas, sepak mula dan jaga mula (baca: goalkeeping) disempurnakan oleh Hj Idris dan juga Pengerusi YAM Cawangan Sarawak, akhi Muhtar Suhaili. Sepak mula itu menandakan secara tidak rasminya bahawa telah bermula Karnival AMAL Merdeka 2009.

Sejurus selepas itu, perlawanan pertama untuk hari itu pun dimulakan. Sebelum bermain, kedua-dua pasukan berbaris untuk sesi penggambaran. Di situlah satu kelainan yang mula aku alami. Kelihatan 16 orang pemain (8 sebelah termasuk simpanan), semuanya menutup aurat! Jika tidak berseluar panjang, mereka yang berseluar pendek memakai sesuatu di sebelah dalamnya bagi menutupi lutut mereka.

Boleh apa bermain futsal dan berseluar panjang!

Boleh apa bermain futsal dan berseluar panjang! πŸ˜‰

Seluar 3 quarter pun ok what! :)

Seluar 3 quarter pun ok what! πŸ™‚

futsal3

Referee (baju kuning berlengan hitam) pun tutut aurat! MasyaAllah!

Read More »