Futsal Mutsal

Borang Penyertaan Futsal AMAL Merdeka 2009
Borang Penyertaan Futsal AMAL Merdeka 2009

Semasa aku pertama kali melihat pada borang penyertaan ini, aku terfikir-fikir apa agaknya reaksi calon peserta.

Pagi Sabtu itu, aku ke Piasau Jaya Phase 1. Adikku memanduku ke sana (due to the FACT that I’m still lesen-less😐 ). Lost juga mula-mula, tidak pasti di mana lokasinya. Last-last berjumpa jua. Kelihatan 2 buah khemah didirikan di tepi padang tersebut. Amilin-amilin AMAL yang pakat-pakat berT-shirt merah berada di sekitar padang futsal dengan kerja masing-masing.

Aku lantas ke khemah jualan makanan. Khemah yang satu lagi merupakan khemah urusetia. Kelihatan di khemah jualan Kak Lydia sedang mengemaskan kertas-kertas. Sapa-menyapa berlaku. Rupa-rupanya kertas-kertas tersebut merupakan borang pertandingan futsal juga. Tetapi untuk sekolah beliau yang kebetulan menganjurkan pertandingan futsal juga pada hari itu.

Reaksi 1

Sedang kami berbual-bual berkenaan futsal tersebut, lalu dia mengongsikan reaksi pelajar-pelajarnya yang maklum mengenai syarat penyertaan Futsal AMAL yang ditetapkan oleh pihak penganjur;

Pelajar : Adeh, sik biasa eh cikgu main pakei luar panjang.

(Alamak tak biasalah cikgu main guna seluar panjang)

Cikgu : Nok sik biasa lah kita biasa-biasakan. Lagik-lagik benda nok bagus.

(Yang tak biasa itulah kita biasa-biasakan. Lagi-lagi untuk perkara yang baik)

Pelajar : πŸ˜€

Cikgu : Bagus apa bersluar panjang, dapatlah protect lutut kitakorang juak.

(Baik sebenarnya berseluar panjang ni, dapat protect lutut kalian juga)

Aku mengiyakan kata-kata beliau. Memang benar, setiap perintah dan larangan ALLAH ada hikmahnya. Untuk kemaslahatan manusia juga. Allah sebagai rabb (baca: Pencipta, Pemilik, Penguasa, Pentadbir) kepada seluruh makhluk-Nya pasti paling TAHU apa yang terbaik untuk kita semua.

Reaksi 2

Semakin masa berlalu pada awal pagi itu, kelihatan semakin ramai peserta Futsal AMAL mengerumuni sekitar padang dan di khemah urusetia. Selesai pendaftaran dan taklimat ringkas, sepak mula dan jaga mula (baca: goalkeeping) disempurnakan oleh Hj Idris dan juga Pengerusi YAM Cawangan Sarawak, akhi Muhtar Suhaili. Sepak mula itu menandakan secara tidak rasminya bahawa telah bermula Karnival AMAL Merdeka 2009.

Sejurus selepas itu, perlawanan pertama untuk hari itu pun dimulakan. Sebelum bermain, kedua-dua pasukan berbaris untuk sesi penggambaran. Di situlah satu kelainan yang mula aku alami. Kelihatan 16 orang pemain (8 sebelah termasuk simpanan), semuanya menutup aurat! Jika tidak berseluar panjang, mereka yang berseluar pendek memakai sesuatu di sebelah dalamnya bagi menutupi lutut mereka.

Boleh apa bermain futsal dan berseluar panjang!

Boleh apa bermain futsal dan berseluar panjang!πŸ˜‰

Seluar 3 quarter pun ok what! :)

Seluar 3 quarter pun ok what!πŸ™‚

futsal3

Referee (baju kuning berlengan hitam) pun tutut aurat! MasyaAllah!


Reaksi 3

Sepanjang berada di lokasi kejadian, aku hanya duduk di khemah jualan bersama muslimat AMAL yang lain dan baby serta anak-anak mereka. Di tepi-tepi khemah, beberapa team futsal mahupun penyokong mereka turut menapakkan diri.

Jualan dan Promosi
Jualan dan Promosi

Sekejap-sekejap, pasti terdengar sorakan mahupun momokan mereka terhadap pasukan yang sedang bermain. No surprise.

Namun, apa yang menjadi surprise buatku apabila kedengaran segelintir suara yang bukan sekadar memomokkan para pemain yang sedang bermain namun turut MEMPERSENDAKAN syarat penyertaan nombor 2 dalam borang di atas. Allah!

“Eh, bulu kaki, bulu kaki kau nampak ya! Sik ikut peraturan ya!”

(Eh, bulu kaki kau nampak tu! Tak ikut peraturanlah!)

“Ney sluar panjang kau? Sik tutup aurat eh! Kelak kenak buang padang baruk tauk!”

(Mana kau punya seluar panjang? Tak tutup aurat! Nanti dibuang padang baru tahu!)

Kata-kata itu diikuti dengan gelak ketawa yang lain.😐

*dialog di atas merupakan olahan penulis yang membawa maksud lebih kurang sama dengan apa yang dikatakan mereka

Reaksiku

Pertama sekali, SUBHANALLAH, aku rasa wajar untuk diucapkan TAHNIAH kepada Jawatankuasa Penganjur yang bertindak ADIL (baca: meletakkan sesuatu pada tempatnya) dengan menetapkan syarat tersebut. Seperti yang tertera pada borang di atas, itu bukan arahan pihak penganjur semata-mata namun ARAHAN ALLAH TAALA.

Ini satu bentuk dakwah (baca: seruan) atau tazkirah (baca: peringatan) yang luar dari kebiasaan (mungkin). Kalau secara tipikalnya dakwah atau tazkirah hanya dilihat dalam ceramah-ceramah atau usrah-usrah dan kadang-kadang pada golongan ‘tertentu’ sahaja (baca: yang sudah berfikrah Islam), namun telah dibuktikan uslub (baca: approach/method) dakwah itu sesungguhnya pelbagai.

Mesej yang hendak disampaikan juga meliputi semua golongan masyarakat. Yang amat mengharukan, ada 2 pasukan daripada 24 pasukan merupakan pasukan yang dianggotai oleh non-muslim. Mereka juga meraikan syarat penyertaan tersebut! MasyaAllah.

Selain itu, pihak penganjur turut mengambil pendekatan dengan memberhentikan perlawanan bagi memberi laluan kepada solat fardhu pada tengah hari itu. Malahan, ditekankan (baca: dengan disebut secara jelas) bahawa rehat tersebut untuk solat Zohor di masjid berdekatan. MasyaAllah!

Ada yang skeptikal, yang merasakan bagaimana mampu penganjuran karnival seperti ini mampu membawa pengislahan ke dalam masyarakat. Allah jua yang Maha Mengetahui. Sebagai manusia, yang penting ialah USAHA dan natijahnya kita serahkan sahaja pada Allah S.W.T.

Penutup

Untuk berita lanjut berkenaan Futsal AMAL, sila layari website AMAL Sarawak.

Allahu’alam.

COMING UP NEXT ON KARNIVAL AMAL MERDEKA 2009 :

15 OGOS 2009 (Sabtu)

LARIAN AMAL MERDEKA (KAMPUNG SUKAN PETRONAS)

KONSERT AMAL MERDEKA (INDOOR STADIUM MIRI)

16 OGOS 2009 (Ahad)

AMAL DAN NISA’ BERAMBEH (KAMPUNG KELULIT, BEKENU)

PLEASE COME AND JOIN US!!


7 thoughts on “Futsal Mutsal

  1. Pingback: Didik « myfikrah
    1. Salam,

      hehe, sape lah yang pengaruh buat word rhyming2 ni.πŸ˜›

      settle mettle kettle pottle!πŸ˜‰

      xde kategori perempuan la plak. heheh. (mcm la pandai main)πŸ™‚

      yeap, saba je lah bila dengar diorang buat ‘lawak’ mcm tu. tsk2.😐

      (^_^)

  2. patut dipadahnya..

    “ko sik tutup aurat…ko sik takutkah siksaan neraka?”

    yalah, apabila…mentaliti kita terperuk di bawah lembayung “sekularisma”. Maka, adaptasi budaya dan bicara pun…ke arah keduniaan. Lupa pada tuhan.

    Semoga Islam lebih berkembang di Negeri Kenyalang.

    Amin

    1. mok jawab jak rasa masa ya, tp x brani. huhu.

      smoga Islam lebih berkembang di Negeri Kenyalang! TAKBIR!!

      p.s. melihat realiti, tersedar, banyak kerja org2 Sarawak kena buat. moga diberi kekuatan untuk melaksanakannya.

      Ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s