Didik

*Cetusan rasa pasca Futsal AMAL*

Sikit-sikit Lama-lama Jadi Bukit

Dulu pernah semasa di Taylor’s, Ustazah Wan yang mengajar Islamic Studies memberitahu;

Kadang-kadang orang rasa ‘buat apa aku solat sebab kalau solat pun hati tak ikhlas’ atau ‘buat apa aku pakai tudung tapi tak ikhlas’, tapi dengan melaksanakan solat itu, dengan memakai tudung itu sekurang-kurangnya kamu dah memenuhi tuntutan/perintah Allah. Kalau Allah tanya sama ada kamu sudah bersolat atau belum, sekurang-kurangnya kamu mungkin boleh menjawab ‘sudah’ dan mungkin terlepas azab Allah atas ketaatan kamu pada perintah Allah itu.

Bersolat tapi tak ikhlas mungkin lebih baik daripada tak bersolat langsung. Aku sendiri pun dalam banyak perkara diakui mungkin kurang keikhlasannya, namun along the way, sentiasalah berdoa agar dikurniakan oleh Allah akan keikhlasan itu.

Seperti kata seorang murabbi yang lebih kurang maksudnya, berdoalah kepada Allah agar kita menjadi hamba-Nya yang taat, jikalau sudah taat, berdoalah kepada Allah agar menjadi orang-orang yang muhklas* (yang diberi keikhlasan oleh-Nya)

Kadang-kadang sesetengah perkara, ramai orang sudah tahu tapi masih enggan melaksanakannya. Dalam hal ini, penegasan, penguatkuasaan, pemberitahuan, dan sewaktu dengannya perlu ditekankan. Sebagai contohnya undang-undang jalan raya. Dalam sehari, berapa banyak kemalangan yang kita jumpa? Boleh dikatakan tiada.

(kalau dilihat sepanjang tahun, memang kelihatan banyak)🙂

Apa yang cuba aku sampaikan ialah, kemalangan mampu dihindari dalam kehidupan manusia sehari-hari kerana manusia khususnya rakyat Malaysia mematuhi peraturan jalan yang ditetapkan oleh kerajaan. Sehinggakan, sebelum seseorang dibenarkan mempunyai lesen, mereka perlu melalui Kursus Pendidikan Pemandu (KPP). Kemudian, perlu ambil ujian dan sesudah lulus ujian perlu lagi ke kursus yang kedua.

Cayenne..is this too much for a dream car?🙂

Nope, cerita belum habis. Lepas kursus tersebut, barulah boleh belajar memandu secara praktikal. Cukup 8 jam (jikalau berjaya), perlu lagi berdepan dengan JPJ untuk test on the road dan kalau berjaya di hadapan JPJ barulah mendapat lesen P. Baru lesen P!!

Kemudian perlu pula menunggu sehingga 2 tahun sebelum benar-benar mendapat Competent Driving License (CDL). Itupun jika kita taat (baca: patuh) pada undang-undang  jalan raya. Antaranya, pemegang lesen P tidak boleh langsung minum minuman beralkohol (kandungan alkohol 0% dalam darah)!

*banyak tauk eh? hehe. FYI, Ahad lepas penulis pertama kalinya mengikuti KPP. doakan semoga penulis belajar bersungguh-sungguh dan lulus table test dan seterusnya dapat mula belajar memandu ASAP. 😉

Andai kata undang-undang dan peraturan jalan raya telah dirangka dan disediakan oleh kerajaan namun hanya disimpan di dalam arkib negara tanpa dikuatkuasakan ke atas orang ramai, mungkinkah orang akan ikut dan patuh peraturan-peraturan tersebut?

Walaupun rakyat Malaysia tahu undang-undang tersebut wujud, namun jika pihak kerajaan tidak bertindak tegas dengan memperkenalkan/menghebahkan/mengiklankan peraturan tersebut kepada rakyat, mungkinkah rakyat mahu patuh dan taat?

Mahu atau tidak mahu, rela atau terpaksa, ikhlas atau tidak ikhlas, selaku rakyat Malaysia, kita tetap perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Jikalau ingkar (baca: langgar peraturan), saman atau penjara! (lagi menakutkan jika di-ISA-kan oleh kerajaan, penjara tanpa bicara).

Beritahu Untuk Mereka Tahu

Izinkan aku menggunakan analogi di atas itu untuk peraturan atau ketetapan yang Allah telah perintahkan. Jikalau tiada usaha untuk menguatkuasakan peraturan yang Allah tetapkan ke atas manusia (contohnya: menutup aurat), bagaimana umat Islam mahu timbul kesedaran untuk melaksanakannya?

Bagaimana rakyat Malaysia boleh amat patuh pada segala undang-undang yang ditetapkan? Kerana kerajaan memainkan peranan dengan mendidik rakyat Malaysia kepentingan untuk mematuhi peraturan. Kemudian, kerajaan menggunakan kuasa mereka supaya segala undang-undang tersebut dipatuhi rakyat. Dengan kuasa mereka juga, kerajaan memberi hukuman tegas kepada sesiapa yang melanggar undang-undang tersebut.

Cara mendidik rakyat itu sesungguhnya mengambil masa yang lama. Perbelanjaannya juga besar. Brosur, iklan-iklan di TV dan media yang lain, mungkin berbillion ringgit telah dibelanjakan untuk mendidik rakyat. Lihat sahaja iklan ‘Pakai topi keledar, anda mampu mengubahnya’ sampai sekarang masih ada lagi di TV. Demi memupuk perpaduan rakyat, pelbagai lagu-lagu dan iklan berunsur perpaduan, hatta Jabatan Perpaduan Negara diwujudkan untuk mendidik rakyat!

(rasa macam dah off-topic pula)

Baiklah, my whole point ialah masyarakat (baca: umat Islam di Malaysia) perlu dididik untuk mamatuhi peraturan ALLAH. Cara mendidik itu, tentulah pelbagai. Di mana ada ruang dan peluang, maka gunakan.

Nak Atau Tak Nak

Iya, isunya ialah nak atau tak nak. Jikalau kerajaan bersungguh-sungguh ingin mendidik masyarakat, kerajaan sanggup membelanjakan sebanyak mana. Rakyat ialah aset negara. Sama juga, jikalaulah kerajaan ada kemahuan untuk bersungguh-sungguh untuk memahamkan (baca: mendidik) rakyat Malaysia akan ajaran Islam (bukan sekadar bab nikah, bersuci, baca Yasin, mengaji), pasti kerajaan sanggup juga berbelanja sebanyak mana.

Rakyat Malaysia rasa ada keperluan untuk patuh kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan kerana kerajaan telah berjaya menimbulkan dalam setiap rakyat rasa penting untuk patuh. Kerajaan mendidik rakyat akibat-akibatnya jika ingkar.

Berbalik kepada perintah ke atas umat Islam, perkara yang sama seharusnya berlaku (atau dilakukan). DIDIK. Bagaimana? Hebahkan, sebarkan, timbulkan dalam diri umat Islam rasa penting untuk ikut perintah Allah. Kerajaan dengan kuasa dan kedudukan mereka. Organisasi-organisasi yang ada dengan saluran mereka. Individu-individu dengan kapasiti yang kita miliki. Persoalannya, nak ke tak nak?

No Offense!

Bila sebut tentang ini, terdetik pula kecenderungan untuk aku meneruskan penaipan yang berkaitan.

Dalam Malaysia, ada sebuah organisasi yang memperjuangkan peraturan dan perintah Allah ini. Memperjuangkan for real, sampai ada anggotanya syahid. TAKBIR!! Bukan baru hari ini mereka perjuangkan, sudah lama sebelum merdeka lagi.

Ada pihak yang tidak setuju. Mereka kata, tak adil. Kalau guna peraturan Islam 100%, nanti bangsa-bangsa lain di Malasyia offended. Nanti terjadi rusuhan kaum. Nanti berulang tragedi 13 Mei. Dan macam-macam lagi alasan. Apabila rakyat Malaysia yang bukan Islam baca Quran, petik ayat al-Quran, mereka kata tak menghormati dan sebagainya.

Pada pengamatanku yang cetek, jikalaulah tiada siapa SEBUT (apatah lagi DIDIK) tentang Islam atau peraturannya, bagaimanalah umat Islam apatah lagi bukan Islam boleh menerima lantas mengamalkan Islam. As the saying goes, ‘tak kenal maka tak cinta’. Orang Melayu ni, memang hebat bahasanya.

Ada sebuah kelab bukan Islam, tetapi ahli-ahli kelab ini sokong perjuangan menegakkan negara Islam. Dengarnya, keahlian kelab ini semakin bertambah dari kalangan Cina dan India. Pernah seseorang memberitahuku, anggota-anggota kelab itu mengatakan, “Buat apa takut sama itu hudud, kita orang baik maa. Kalau kita tidak culi (curi) maa, tiada sapa potong kita punya tangan laa.”

I say no more.

Penutup

Aku harap, tiada siapa antara kita yang memperlekehkan usaha kecil mana-mana pihak (individu atau organisasi) dalam usaha untuk mengislahkan (memperbaiki) diri sendiri mahupun masyarakat.

Ustaz pernah berkata, kita tak layak nak kata,”Apalah makna pakai tudung tapi tak sembahyang!” kepada orang yang bertudung tapi tak sembahyang. Sekurang-kurangnya, dia menutup aurat dan mungkin terlepas azab untuk bahagian menutup aurat.

Jikalau hendak menegur, tegurlah dengan berhikmah. Jikalau sesuatu organisasi bertindak tapi tak kena caranya, duduklah dan berbincang sama-sama. Jangan kutuk di blog, facebook, atau mana-mana sahaja. Jangan pula keluar daripada organisasi (khususnya organisasi Islam) lalu menubuhkan organisasi baru demi matlamat yang sama. Amat membazirkan tenaga dan melambatkan gerak kerja.

Sudahlah orang Islam yang mahu bekerja untuk Islam minoriti jumlahnya, mahu diparahkan pula dengan perpecahan dan kritikan yang langsung tidak membina.

Lihat dan rasa. Peritnya! Bersatulah wahai kaum muslimin!

p.s TAHNIAH buat Jawatankuasa Penganjur Futsal AMAL Merdeka atas usaha mereka untuk MENDIDIK masyarakat melalui syarat penyertaan (2) yang pada hakikatnya merupakan kewajipan umat Islam! Kudos!😉

Allahu’alam


3 thoughts on “Didik

  1. “Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi meliputi pengetahuan-Nya”
    [al-Maaidah 5: 54]

    1. Salam.

      tsk2. aku lambat maju. baru nak belajar. doakan mudah2an sempat la aku dapat lesen.

      woh, bait kau menyempatkan diri ambik test ehs. sayang mun expired klak. bes ehs mun ada lesen. senang kit nak bergerak.🙂

      okies, moga kau sempat dapat lesen!

      (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s