Ramadhan Datang Lagi

Nasib tak serupa, peluang yang sama, namun dengan natijah yang berbeza….selamat datang Ramadhan!

Seperti dari kali pertama aku memblogkan diri, Harapan Ramadhan yang sama dan mungkin lebih baik lagi sentiasa aku harapkan. Moga diberi kekuatan!

Masuk ramadhan kali ini, sudah hampir 3 tahun aku menulis di laman maya ini. Semakin masa yang mendaki, adakah semakin bermakna apa yang dituliskan? Adakah diamalkan apa yang diwar-warkan? Adakah bertambah pengetahuan? Adakah semakin matang pengalaman? Adakah semakin jauh perjalanan?

Alhamdulillah, dalam tempoh yang singkat ini, walaupun masa yang dirasakan cepat berlalu, aku kira ada sesuatu yang aku perolehi walaupun masih banyak yang perlu aku sentiasa terus perbaiki.

Tiba-tiba hari ini, terdetik dalam hati kecil ini, Allah jua yang Maha Tahu kenapa aku lahir di Miri Sarawak, kenapa aku belajar di sekolah-sekolah yang aku belajar, kenapa aku di Taylor’s University College dan bukan di Kolej Mara Banting/Seremban, KYUEM, ataupun lain-lain, kenapa aku di Bath, dan Allah sahaja yang Tahu di mana aku berada selepas ini.

Pernahkah kalian terfikir? Kenapa kalian berada di mana kalian berada tatkala ini? Dan apakah yang kalian rasakan?

Last Week (Weekdays)

Alhamdulillah, seminggu lepas rumahku di Kampung Luak ini sedikit meriah dengan kedatangan Nenek dan Aqilah (kanak-kanak berusia 2 tahun). Asalnya nenek bermalam di rumah pakcikku, namun isteri pakcikku merangkap makcikku terkena ciken pox, maka bagi mengurangkan risiko jangkitan terhadap Aqilah, beliau dan Nenek stay di rumah kami.

If only this could be a reality! :P
Mbiak kecik pande ngemas rumah..if only this could be a reality!😛
Mbiak kecik tido petang..kejayaan yang bermakna! (huhu, sik senang nak molah mbiak kecik gi tido) :)
Mbiak kecik tido petang..kejayaan yang bermakna! (huhu, sik senang nak molah mbiak kecik gi tido) (-_-")

Warith amat senang hendak dijaga (chewah). Buka sahaja chenel kartun 611 hingga 616 di Astro. Settle, mettle, kettle, pottle! Aqilah pula sedikit mencabar. Last-last, terpaksa aku gunakan taktik kejam (seperti yang dilakukan oleh orang-orang besar ke atasku dan kazen-mazen lain ketika kami masih kecil dan innocent).

Taktik apakah itu? hehe, jelingan mata yang tajam. Amat berkesan! First time aku try, Aqilah terus tunduk sambil menggeselkan kedua-dua jari telunjuknya. Bagi memulihkan hubungan kami, aku akan terus tersengih dan Aqilah pun ketawa sambil menampakkan giginya.😀

…namun proses itu berulang demi mencapai matlamatku, supaya Aqilah tertidur. LOL!

Last Week (Weekends)

Petang Jumaat, aku ke Kolej. Berjumpa dengan Ustaz Afandi dan juniorku Azizul Hafidz, berbincang sedikit mengenai beberapa perkara. Banyak insights yang aku dapat. Yang paling utama, keputusan yang dibuat secara syura memang jauh lebih baik daripada one-man-show. Dengan berbincang, brainstorming, berkongsi dan bertukar pendapat, aku nampak kelemahan aku dan aku belajar sesuatu yang baru.

Alhamdulillah atas segalanya. Atas perkongsian, input, saranan, dan nasihat daripada Ustaz dan Azizul.

Maka, kepada semua mohon untuk terus memberi tunjuk ajar dan teguran padaku yea! Memang setiap dari kita ada ego masing-masing, ada yang pantang ditegur, pantang dibuat salah, pantang dibuat lambat dan sebagainya, namun aku rasa elemen yang perlu selalu diamalkan ialah hendaklah sentiasa berhusnu-dzon (bersangka baik).

Berikan masa kepada diri (ataupun orang lain) untuk berfikir dan menyedari bahawa perkara-perkara di luar jangkaan atau di luar expectation kita tidaklah seteruk mana malah mungkin jauh lebih baik lagi! Allah jua Maha Mengetahui!

Sabtu pagi, ada Larian Amal Merdeka. Ini menandakan telah masuk minggu kedua Karnival Amal Merdeka 2009 anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak. Semasa Larian Amal tersebut, aku mengisi ruang sebagai penjaga checkpoint bersama-sama Kak Atim dan Kak Kauthar di depan bangunan LHDN Miri.

Petang Sabtu, pergi ke Indoor Stadium untuk melihat persiapan terakhir Konsert Amal Merdeka 2009. Ingatkan sempat melihat Ramli Sarip, Azhan Atan, dan Akhwan Afandi untuk raptai, tetapi tidak jadi kerana raptai mula sedikit lewat.

Sabtu malam, malam Konsert Amal Merdeka. Secara peribadi aku amat berpuas hati dengan setting tempat duduk, pentas, dan keseluruhan program pada malam itu jika dibandingkan dengan tahun lepas. Apa yang paling utama, konsert ini dijadikan sebahagian daripada program Karnival AMAL adalah untuk mendidik masyarakat supaya memilih hiburan yang tidak melalaikan dan mampu mendidik hati.

Bak nasyid kumpulan Raihan,

“Berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah..”

Pentas
Pentas
Setting tempat duduk
Setting tempat duduk - muslimin dan muslimat diasingkan di kiri dan kanan pentas, yang berkeluarga di tengah-tengah

Trio
Trio

Selesai persembahan kesemua artis, program berakhir sekitar 11 lebih. Ada sesi autograf dan fotografi.🙂

Ahad pagi, aku mengikuti rombongan AMAL ke Kampung Pejuang Kelulit Bekenu. Ada program NISA’ bersama muslimat dan kanak-kanak di sana.

Hand made banner by Kak Ainul..mantop! :)
Hand made banner by Kak Ainul..mantop!🙂

Lebih kurang sejam perjalanan secara konvoi, kami pun sampai ke kampung tersebut. Sepanjang jalan masuk ke kampung, kelihatan paip-paip air yang besar dan sedia untuk ditanam ke dalam tanah. Kampung tersebut tiada kemudahan air dan elektrik yang sempurna (hanya menggunakan jenerator).

Projek mee segera?😛

Harap kita tak begitulah hendaknya. Kerja da’wah bukan kerja bermusim. Bukan ketika hanya pabila kita perlukannya. Bukan hanya ketika kita lapang untuk melakukannya. Bukan hanya ketika kita suka melakukannya. Yang di luar negara mahupun dalam negara. Moga Allah kurniakan keikhlasan buat kita semua. Semoga Allah beri kekuatan untuk kita terus istiqamah. ameen. Peringatan buat diri terutamanya.

Pagi itu kebetulan kampung tersebut mengadakan jamuan makan arwah (ka makan ruah?). Apa-apa pun, menurut yang aku faham, jamuan itu biasa diadakan oleh kaum Kedayan (oh ya, majoriti penduduk Bekenu orang Kedayan) bagi menyambut bulan puasa yang bakal tiba. Allahu’alam.

Selepas makan, kami bersolat Zohor. Kemudian, acara sukaneka bersama penduduk kampung dimulakan. Ada permainan tarik upih, isi air dalam botol, boling kelapa, anyam ketupat, dan yang paling mengujakan, music chair! Selain itu, ada sedikit tazkirah daripada pimpinan NISA’ Miri, serta sesi penyerahan barang keperluan kepada golongan ibu tunggal dan anak yatim di kampung itu.

Bersama amilin AMAL dan NISA serta penduduk kampung
Bersama amilin AMAL dan NISA' serta penduduk kampung

Lewat petang itu, aku tertidur dalam kereta on the way pulang ke Kampung Luak. Sesungguhnya ia pengalaman yang bermakna. Sedar atau tak, ada sesuatu yang aku pelajari. Sampai-sampai di kampung itu hari tersebut, lalu terasa rugi tak mahir berbahasa Kedayan walaupun aku seorang Kedayu (Kedayan + Melayu). (-_-“)

Hantap banar! Atu lakai! Nada’ nih! Tantu’ luih! Inda’ ku tahuk! (err..sikitnya vocab bahasa Kedayanku. tsk2)

Paham kauk dang? Paham kauk wang? (maaf kalau grammar salah)
Paham kauk dang? Paham kauk wang? (maaf kalau grammar salah)

Penutup

Pernah aku ditanya (provokasi untuk berfikir sebenarnya), “Apa persiapan kamu apabila kembali dari luar negara dan ingin melaksanakan amanah kepada masyarakat, kawan-kawan, dan famili kamu yang berbeza wavelength hasil perbezaan pengaruh persekitaran dan pendedahan?”

Aku dengan konfiden menjawab, “InsyaAllah ok sebab saya dah biasa dengan mereka.”

Namun, pengalaman singkat semenjak cuti summerku bermula, ke kenduri-kenduri keluarga, berjalan dan berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat, aku akui ia tak semudah yang aku sangka! Jangan kata ingin bicara Islami, mahu membuka bicara pun sudah kehilangan kata-kata. (-_-“)

Terasa diri hampeh sahaja. (-_-)

Buat kawan-kawan sebaya, mungkin kita hebat dan selesa bila sesama kita, cuba keluar sedikit dari norma kehidupan kita, berbicara dengan golongan yang berfikir tak seperti kita,  lihat betapa berbezanya!

Apa-apa pun, muhasabah buat diri, usah selesa dengan kondisi kita apabila bekerja sesama kita yang sama-sama faham halatuju kita. Tambahan lagi apabila membuat kerja-kerja yang kita suka.

Sama-samalah kita bekerja dan berdoa kepada Allah agar mampu bergerak ke arah futur sifar!

p.s. Lanjut mengenai aktiviti Karnival Amal Merdeka 2009 hujung minggu lalu di sini

Allahu’alam.

Download dan Print : Jadual Berbuka Puasa untuk Miri dan kawasan yang sewaktu dengannya.

InsyaAllah Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak akan mengedarkan jadual ini di masjid-masjid sekitar Miri. Jangan terlepas untuk mendapatkannya! 🙂

8 thoughts on “Ramadhan Datang Lagi

  1. “Aqilah pula sedikit mencabar. Last-last, terpaksa aku gunakan taktik kejam (seperti yang dilakukan oleh orang-orang besar ke atasku dan kazen-mazen lain ketika kami masih kecil dan innocent).” ~ balas dendam nampak….. hihihi… Xdalah…. apa2 pun good job. Aqilah memang agak gaok, maksu jaganya 4 bulan. Warith memang senang jaga sebab nya dengar cakap.

    Selamat Meyambut ramadhan dan selamat beribadah… Mohon maaf juak atas segala kesilapan, dan kekhilafan. Kirim salam ngan family di sinun dan sampaikan kemaafan dan keampunan maksu atas segala kesilapan… Almaklumlah, maksu sikda kemudahan utk berhubung ngan sidak, hanya mengharap sidak yg call maksu… huhu…

    p/s: Best nya kalau time tok maksu di miri, boleh juak join program amal ya…. Mcm best lalu jak masa baca. Last maksu ikut program mcm tok, masa di petronas, mbak sidak anak2 yatim gi shopping, bila berpisah ngan sidak maksu nangis dan perasaan ya sik dpt di explain… Tp yalah, hanya Allah yg Maha Mengetahui kenak maksu sekarang berada di KL…. Take care, Assalammua’laikum…

    1. Salam,

      hehe, sik bait balas dendam. kita cuma ingin mengajar sidak. (tsk2. msh sik puas hati, kmkorg dolok SETIAP petang WAJIB tido petang, kanak2 sekarang??)😛

      Selamat menyambut Ramadhan juak n mohon maaf silap dan salah. insyaAllah klak kimsalam ngan sidak. dak ngah, maknaz, mok, pakzam, insyaAllah sahur marudi esok. kmkorg petang esok baru mok ke Marudi, insyaAllah.

      p.s. insyaAllah ada peluang boleh join.

      okies, taking care, kimsalam semua sinun. waalaikumussalam.

      (^_^)

  2. salam.
    ello makusu. haha. (family gathering ka apaa?)😀
    eh eh. makusu.. mun makusu tgk muka kakak stp kali nya buat muka ‘jelingan mata tajam’ nya yaa..
    FUHH. scary dooww..
    p CALIE/LUCU aliii jak. haha. mun tgk aqilah.. kesian pun ada p xdpt thn tetak laa tgk cdak 2. hahaha. (kakak & abg terpengaruh tgk cta ‘my boss my hero’ yaa =)

    OWH. bna yaa.. bhs kedayan.
    haihh, memalukan. still xpande ckp k bhs yaa.
    cuma fhm jak, p xdpt reply. apa daaaa? +__+’

    anyways, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN. semoga mendapat keberkatan daripada Allah. +)

    1. Haha… Bukan ktk org jak pernah kena paksa tido ptg dan kena jelingan tajam ya, maksu pun pernah, even paksu pun pernah… Yg peliknya, bila kita dah besar tok, tido petang kena marah….

      Yalah, dpt maksu imagine mcm ney Qila tunduk lalu gesel2 jari nya… Siannya…huhuhu… Sik sabar nak jumpa Qila dan semua…. Sik sabar nak balit… Huwaaaa….😥

      Yalah ktk org, kalah kena Warith… Warith pande nya bahasa melanau. Siap pande berlagu bahasa melanau gik…

      Selamat Ramadhan Al-Mubarak… InsyaAllah semoga sentiasa dilimpahi Rahmat dari sisi Allah… Wassalam…

    2. chesss. adek pun bukan nya pande cakap kedayan pun.😛

      p.s. sik celen boy ngan amir. asal boy ada dekat jak alu diam alu amir. haha.

      p.s. 2 kesian kanak-kanak (-_-“)

      1. weyh.. bkn takat diam jak.. nangis trus.
        haha. apa daa…
        muka abg boy scary glk kali..

        ek’eleh.. jap2, kedayan ada lagu kaa?
        ada jak bermukun lak..
        adib part2 bermukun tok.. terer ckt nyaa.
        hahaha.

        bnar ya makusu.. tdo ptg knfm knk mrh trus…
        hahah.

        p/s: kepada kanak2 sekalian, hargai laa masa muda anda. sesungguhnya, masa itu emas.

        (ceyhh.. mcm laa dirik tua glk.. prasan) ;P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s