Real Life Bones??

I couldn’t help myself but posting about this. I was hungry this afternoon (late lunch) and I helped myself with mini cheese & tomato pizza that I baked with chicken sausage. While eating, I usually watch something on the internet (i.e. videos, etc). So, I searched for “Bones” Season 5 Episode 5 (since I haven’t watch it) but apparently, no free streaming was available yet.

I don’t really remember how but I ended up opening an alternative online newspaper and the headline was “Teoh Beng Hock dipukul dan dicekik sebelum jatuh

Well, as I said in one of my previous post, during the long summer break, I somehow became less attentive to the current issues evolving around me nationally and globally. ๐Ÿ˜

Anyway, I did hear about Teoh Beng Hock’s case but not really into it. (due to the fact that I watched less Buletin Utama when I was at home).

Thailand Version of Dr. Bones


I read through the article. It was interesting to read how the experienced Thailand pathologist (above) made her comments about the forensic report ofย  Teoh’s death. I then searched for the other online newspapers to ensure all the info corroborated. The most detailed one was from TheStar Online.

Read More »

Advertisements

Winter 2009

Lokasi: Peak District

InsyaAllah akan ke FUIYO. UZAR lagi! (last year UZAR ke PUISI). Kepada yang rasa banyak duit lebih dan ingin membelanjakannya ke arah sesuatu yang bermanfaat, apa kata mendaftar ke salah sebuah program musim sejuk di atas. Orang Melayu kata, sambil berjalan, sambil lihat pemandangan, sambil itu juga cedok pengalaman dan pengetahuan. ๐Ÿ™‚

Apa lagi, DAFTAR SEKARANG!! Dari Australia, Jepun, Korea, Malaysia, Indonesia, India, Czech, Poland, Jerman, Perancis, Amerika, dan pendek kata di mana anda berada, ayuh segera! TEMPAT TERHAD! [Klik pada gambar untuk maklumat lanjut]

Allahu’alam.

Tentang Mampu dan Cukup

Pagi Ahad itu, awal aku bangun dan bersiap-siap. Seperti hendak ke kelas di hari-hari weekdays pula. Biasanya, jika kelas sebelah pagi, akan keluar pukul 8 dari rumah untuk menunggu bas. Sampai di universiti sebelum pukul 9 (itupun setelah menukar bus stop).

Alhamdulillah, frekuensi servis bas nombor 10 (dari rumah ke pusat bandar) dan 18/418 (untuk ke universiti) agak kerap pada weekdays dan bermula seawal 6++ pagi.

Bas untuk ke universiti
Bas untuk ke universiti

Alkisah, aku tidak memeriksa dahulu jadual bas pada hari Ahad. Menonong sahaja keluar dari rumah menuju ke bus stop.

‘Hurm, sunyinya jalan di pagi Ahad. Tak pergi church kah mereka ini?’ monologku dalam hati.

Sesampainya di bus stop yang berjarak seminit dua berjalan kaki dari rumah, aku masih blur. Masih dalam mode ‘oh yeah, bas akan sampai tak lama lagi!‘. Kemudian, kehairananku menjalar. Aku pun mengambil langkah untuk melihat pada jadual bas yang terpampang di dinding bus stop tersebut.

‘Pukul 10 PAGI!!’ aku terkejut di dalam hati. Ya, servis pertama untuk bas nombor 10 adalah pukul 10 pagi (atau lebih) pada hari Ahad. Tidak seawal seperti biasa.

‘Hurm, macam mana ni?’ aku bermonolog lagi di dalam hati. Setelah berfikir sejenak dan melihat pada jam telefon bimbitku, aku membuat keputusan untuk berjalan kaki ke pusat bandar. Tawakal sahaja dengan jalan (sebab biasanya menaiki bas). Alhamdulillah, aku jumpa jalan keluar.

Dalam perjalanan tersebut, jalan raya lengang (amat kurang kereta). Baguslah, tidak jammed seperti biasa. Kelihatan seorang dua tiga orang yang berjalan kaki. Risau juga jika aku terlambat sampai ke universiti. Jalan punya jalan, sehingga di satu selekoh menuju ke pusat bandar, aku belok ke kanan. Jauh di hadapanku kelihatan seorang perempuan mat saleh bert-shirt putih dan berseluar trek. Di belakangnya menggalas beg sandang. Di tangannya kelihatan seperti kayu hoki.

‘Eh, mungkin perempuan itu sama destinasi denganku pagi ini?’ lagi aku bermonolog. Iya, pagi Ahad itu, aku ingin ke universiti untuk meyertai social hockey. Saja-saja untuk mengisi hujung minggu di samping peluang untuk beriadah. (erk! lepas cuti summer, semua makin ‘sihat’ bukan?) ๐Ÿ˜›

Aku cuba mengekori perempuan itu. Laju sungguh dia berjalan. Akhirnya dia berjalan terus ke arah jalan yang aku tidak biasa lalui. Lantas, aku membatalkan niat untuk mengekorinya dan berjalan mengikut jalan yang biasa aku lalui.

Arrow biru menunjukkan arah perjalananku, arrow merah arah perjalanan perempuan mat saleh tersebut
Arrow biru menunjukkan arah perjalananku, arrow merah arah perjalanan perempuan mat saleh tersebut

Selepas sekitar 25 minit, sampai juga aku ke pusat bandar. Aku berjalan terus ke bus stop servis nombor 18/418 berhadapan Starbucks untuk menunggu bas ke universiti. Perempuan mat saleh tadi nampaknya tidak menunggu bas di situ. Ke mana gerangannya agaknya, fikirku.

Di depan Starbucks, kelihatan lagi seorang perempuan dan seorang lelaki menjinjing kayu hoki. ‘Sama destinasi lagi!’ tekaku dalam hati. Mereka berbual-bual. Sepertinya baru berkenalan antara satu sama lain. Mereka melihat-lihat pada jadual bas. Lelaki itu kemudian membuat panggilan telefon.

Dalam masa itu, aku menjenguk ke arah jadual bas. Bas terawal adalah 9 pagi! Hurm, macam mana ni? Perlu sampai by 9 am di univerisiti. Aku pasrah.

Tiba-tiba, setelah selesai berbual di telefon, lelaki dan perempuan tersebut berlalu dari situ. Aku masih lagi statik. Setelah mereka berada di seberang jalan, barulah terdetik untuk aku mengekori mereka. Cuba untuk memanggil mereka, namun terlalu jauh dan hakikatnya, aku turut berasa segan.

Akhirnya, aku berpatah balik. Tidak jadi mengikuti mereka. Selepas akhirnya itu, aku mengambil keputusan untuk mengambil teksi sahaja (untuk kali ini sahaja hendaknya, akibat kecuaian tidak memeriksa dahulu servis bas pada hari Ahad).

Akhirnya, sampai juga aku ke Sports Training Village (STV) University of Bath. Dalam STV ni terdapat pelbagai kemudahan sukan termasuklah gimnasium, gelanggang tenis dan badminton, padang bola, trek 400 meter, padang hoki, dan lain-lain lagi. (promo uni. of Bath ni) ๐Ÿ˜€

Salah sebuah kemudahan di STV
Salah sebuah kemudahan di STV (first time aku pijak padang turf woh! dulu tidak berpeluang) ๐Ÿ˜›

Read More »

Chem.Eng. Episode 2

Alhamdulillah, aku telah selamat tiba di UK dan seterusnya Bath pada hari Khamis yang lepas. Ok, di bawah merupakan sedikit quicknotes yang boleh aku kongsikan:

  • Sekarang online di library sebab rumah sewa kami masih belum ada perkhidmatan internet.
  • Alhamdulillah, rumah sewa yang bakal aku diami dalam tempoh Episod 2 Chem.Eng. is just nice. Menyewa bersama Afiqah dan 3 orang Brunei.
  • Ada giliran memasak di rumah (oh yeah!). Seorang satu hari. Dinner sahaja. Weekends pula sendirian berhad.ย  Anyway, fakta ini menunjukkan bahawa selain mempelajari subjek-subjek Chem.Eng. Episode 2, aku perlu juga mempelajari resipi-resipi untuk menjadi santapan para housemates. Wish me luck! (^_^”)
  • Rumah di luar universiti, maka perlu menaiki 2 buah bas untuk ke universiti setiap hari. Approximately 45 minit untuk keseluruhan perjalanan (baca: menunggu bas, menaiki bas, turun bas, menukar bas, perhentian bas, dsb)

Back to School

ย 

Allahu’alam.