Tentang Mampu dan Cukup

Pagi Ahad itu, awal aku bangun dan bersiap-siap. Seperti hendak ke kelas di hari-hari weekdays pula. Biasanya, jika kelas sebelah pagi, akan keluar pukul 8 dari rumah untuk menunggu bas. Sampai di universiti sebelum pukul 9 (itupun setelah menukar bus stop).

Alhamdulillah, frekuensi servis bas nombor 10 (dari rumah ke pusat bandar) dan 18/418 (untuk ke universiti) agak kerap pada weekdays dan bermula seawal 6++ pagi.

Bas untuk ke universiti
Bas untuk ke universiti

Alkisah, aku tidak memeriksa dahulu jadual bas pada hari Ahad. Menonong sahaja keluar dari rumah menuju ke bus stop.

‘Hurm, sunyinya jalan di pagi Ahad. Tak pergi church kah mereka ini?’ monologku dalam hati.

Sesampainya di bus stop yang berjarak seminit dua berjalan kaki dari rumah, aku masih blur. Masih dalam mode ‘oh yeah, bas akan sampai tak lama lagi!‘. Kemudian, kehairananku menjalar. Aku pun mengambil langkah untuk melihat pada jadual bas yang terpampang di dinding bus stop tersebut.

‘Pukul 10 PAGI!!’ aku terkejut di dalam hati. Ya, servis pertama untuk bas nombor 10 adalah pukul 10 pagi (atau lebih) pada hari Ahad. Tidak seawal seperti biasa.

‘Hurm, macam mana ni?’ aku bermonolog lagi di dalam hati. Setelah berfikir sejenak dan melihat pada jam telefon bimbitku, aku membuat keputusan untuk berjalan kaki ke pusat bandar. Tawakal sahaja dengan jalan (sebab biasanya menaiki bas). Alhamdulillah, aku jumpa jalan keluar.

Dalam perjalanan tersebut, jalan raya lengang (amat kurang kereta). Baguslah, tidak jammed seperti biasa. Kelihatan seorang dua tiga orang yang berjalan kaki. Risau juga jika aku terlambat sampai ke universiti. Jalan punya jalan, sehingga di satu selekoh menuju ke pusat bandar, aku belok ke kanan. Jauh di hadapanku kelihatan seorang perempuan mat saleh bert-shirt putih dan berseluar trek. Di belakangnya menggalas beg sandang. Di tangannya kelihatan seperti kayu hoki.

‘Eh, mungkin perempuan itu sama destinasi denganku pagi ini?’ lagi aku bermonolog. Iya, pagi Ahad itu, aku ingin ke universiti untuk meyertai social hockey. Saja-saja untuk mengisi hujung minggu di samping peluang untuk beriadah. (erk! lepas cuti summer, semua makin ‘sihat’ bukan?)πŸ˜›

Aku cuba mengekori perempuan itu. Laju sungguh dia berjalan. Akhirnya dia berjalan terus ke arah jalan yang aku tidak biasa lalui. Lantas, aku membatalkan niat untuk mengekorinya dan berjalan mengikut jalan yang biasa aku lalui.

Arrow biru menunjukkan arah perjalananku, arrow merah arah perjalanan perempuan mat saleh tersebut
Arrow biru menunjukkan arah perjalananku, arrow merah arah perjalanan perempuan mat saleh tersebut

Selepas sekitar 25 minit, sampai juga aku ke pusat bandar. Aku berjalan terus ke bus stop servis nombor 18/418 berhadapan Starbucks untuk menunggu bas ke universiti. Perempuan mat saleh tadi nampaknya tidak menunggu bas di situ. Ke mana gerangannya agaknya, fikirku.

Di depan Starbucks, kelihatan lagi seorang perempuan dan seorang lelaki menjinjing kayu hoki. ‘Sama destinasi lagi!’ tekaku dalam hati. Mereka berbual-bual. Sepertinya baru berkenalan antara satu sama lain. Mereka melihat-lihat pada jadual bas. Lelaki itu kemudian membuat panggilan telefon.

Dalam masa itu, aku menjenguk ke arah jadual bas. Bas terawal adalah 9 pagi! Hurm, macam mana ni? Perlu sampai by 9 am di univerisiti. Aku pasrah.

Tiba-tiba, setelah selesai berbual di telefon, lelaki dan perempuan tersebut berlalu dari situ. Aku masih lagi statik. Setelah mereka berada di seberang jalan, barulah terdetik untuk aku mengekori mereka. Cuba untuk memanggil mereka, namun terlalu jauh dan hakikatnya, aku turut berasa segan.

Akhirnya, aku berpatah balik. Tidak jadi mengikuti mereka. Selepas akhirnya itu, aku mengambil keputusan untuk mengambil teksi sahaja (untuk kali ini sahaja hendaknya, akibat kecuaian tidak memeriksa dahulu servis bas pada hari Ahad).

Akhirnya, sampai juga aku ke Sports Training Village (STV) University of Bath. Dalam STV ni terdapat pelbagai kemudahan sukan termasuklah gimnasium, gelanggang tenis dan badminton, padang bola, trek 400 meter, padang hoki, dan lain-lain lagi. (promo uni. of Bath ni) πŸ˜€

Salah sebuah kemudahan di STV
Salah sebuah kemudahan di STV (first time aku pijak padang turf woh! dulu tidak berpeluang)πŸ˜›

Agak lambat juga aku sampai. Orang lain sudah mula membuat gerakan memanaskan badan. Namun ada lagi beberapa orang yang turut terlambat. Salah seorang daripadanya, perempuan mat saleh yang berjalan laju tadi! Dia meletakkan beg di bangku, aku meletakkan begku di sebelahnya. Lalu kami berkenalan.

Helen namanya.

Kami lantas memasuki gerombolan yang lain yang masih memanaskan badan.

*****************************

Sejam berlalu, sesi pagi itu ditamatkan. Badan benar-benar terasa seperti sudah tua. Menjangkakan diri akan mengalami lenguh-lenguh badan selepas ini akibat tindakan drastik yang dikenakan ke atas otot-otot badanku. Setelah sekian lama tidak melakukan apa-apa aktiviti cergas, sememangnya akan mengejutkan sel-sel badanku.

Tidak Mampu

Aku berjalan keluar beriringan dengan Helen. Kami berbual. Dia berasal dari Birmingham turut menyertai pasukan football university of Bath. Woh. Turut merupakan penyokong setia West Ham United, kelab di mana dia berasal. Lalu aku menyatakan keluargaku semuanya menyokong Manchester United, aku tidak terkecuali. Mungkin suatu hari nanti, ingin sahaja aku menonton salah sebuah perlawanannya.

J S Park, Rooney, Ferdinand

“Have you ever watch any of the game in a stadium?” tanyaku.

“Yeah, when I was little. I also went to Wembley Stadium” balasnya. Wembley Stadium, sebuah stadium terkenal dengan acara antarabangsa yang terletak di London. (aku pernah konfius dengan Wimbledon-tennis) (-_-“)

“How much is the ticket by the way?” tanyaku lagi.

“For Manchester? hurm, maybe around 50 pounds,” aku, jaw-dropped!

“So expensive!” huhu,Β  pergi? Jika ada duit lebih mungkin.

“Yeah, Manchester. But for my club, it’ll be around 30 pounds, something like that,” dia menambah.

Setelah keluar dari STV, kami berpecah arah. Sebelum itu, sempat lagi berborak mengenai cuti. Dia bertanya adakah aku akan balik ke tanah air semasa cuti winter nanti. Tidak, jawabku. Aku hanya kembali semasa summer, terangku padanya.

“How about you?” tanyaku kembali.

“Yeah, will go back home,” jawabnya. Krismas.

“How about during the weekends?” tanyaku lagi.

“Naah, the train ticket is expensive and all. Plus, I can play hockey if I stay!” katanya sambil tersenyum.

“Yeah!” balasku. (kurang sungguh vocabku. tsk2) (-_-“)

“So, how do you get back home after this?” tanyanya sambil mengarah ke arah bas oren bernombor 418.

“Yeah, I’ll take this bus. But I need to get some food first so I’m going to SU shop,” hampeh, makan selepas beriadah. (btw, Kinder Bueno sahaja, bukan makanan berat)

“Owh. Ok, I’m going to the library first,” jawabnya.

“So, will you walk back home?” tanyaku padanya. Rupa-rupanya, dia berjalan all the way dari rumah sewa, merentasi pusat bandar dan menaiki bukit untuk sampai ke universiti pada pagi itu! (recall kembali aku terserempak dengannya awal pagi tadi)

“Yeah. Actually, I walk to uni everyday for classes,” selamba dia menjawab. Woh!

“Wow, don’t you feel tired in class?” aku curious. Berjalan 30Β  minit di jalan rata sudah memenatkan, apa lagi untuk menaiki bukit!

“Nope,” jawabnya ringkas.

Sambil mengajukan badan ke arah bas oren, dia menambah,”I can’t afford it anyway.”

Aku terkedu dengan jawapannya.

Malu Sendiri

Malu kerana bukan tidak pernah aku merungut tentang elaun dari pihak penaja yang ‘sedikit’. (jika dibandingkan dengan penaja lain)

Malu kerana ada kalanya aku tidak bersyukur.

Bukannya SEDIKIT yang telah kami terima. Cuma kerana nafsu dan iri hati, kerana expectation yang terlalu tinggi, sering sahaja merasa diri teraniaya. Padahal, sendiri yang kurang bijak merencana.

Daripada Helen, aku tersedar, sejauh mana aku atau kawan-kawanku berasa kurang bertuah mahupun kurang elaun, tanpa menyedarinya Helen mengingatkan aku ada lagi orang yang less fortunate daripada aku, daripada kita semua.

Sekurang-kurangnya aku perlu sedar, Allah masih memberi kemudahan buatku untuk berulang-alik ke universiti dengan menaiki bas. Alhamdulillah.

Apa Gunanya…dan Pernahkah…?

Apa gunanya kita berasa iri hati kepada orang memiliki banyak duit, lantas dia boleh mengembara dan berjalan ke sana sini melihat pemandangan, mengambil gambar, dan bergelak ketawa dan akhirnya kembali hanya dengan gambar-gambar, poskad, keychain dan sebagainya?

Pernahkah kita berasa iri hati kepada orang yang memiliki banyak duit, tetapi duit itu dibelanjakan untuk mengembara ke program-program ilmu dan dihabiskan untuk infaq ke badan-badang yang memerlukan?

Apa gunanya kita berasa iri hati kepada orang yang memiliki banyak duit, lalu dia dapat membeli pakaian dan kasut dari jenama terkemuka Dorothy Perkins, Topshop, Mark & Spencer, Next, Paul Smith, Zara, Chanel, GAP, Prada, dan sebagainya kemudian mereka berasa bangga memiliki dan memakainya?

Pernahkah kita berasa iri hati kepada orang yang memiliki banyak duit, tetapi berkira sungguh dalam bebelanja dan hanya mencari pakaian termurah di charity shop dan Primark sahaja? Berkira bukan kerana ingin memiliki duit yang bertimbun tetapi ingin memastikan duit itu akhirnya digunakan betul pada haknya.

Apa gunanya kita merungut, ‘Alangkah bagusnya aku punya lebih banyak duit, dapatlah aku membeli itu dan ini untuk diriku’ atau ‘Kalaulah aku ada banyak duit, tentu aku dapat melancong ke sana dan sini untuk menggembirakan diriku’

Pernahkah kita khuatir, ‘Kalaulah aku ada banyak duit, mampukah aku untuk berbelanja dengan betul dan adil?’ atau ‘Andai kata aku ada banyak duit, terselamatkah aku dari azab neraka atas apa yang mungkin aku belanjakan?’

5 Hukum

Ibn Masud meriwayatkan, Rasulullah ada bersabda bermaksud: 

“Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan;

Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda dan membelanjakannya kepada perkara kebajikan.

Kedua, keadaan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan Agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi Mustika Hadis 106) [sumber]

Semua perkara di dunia ini hukum asalnya adalah harus. Yang menjadikan ianya wajib, sunat, makruh, atau haram adalah bergantung pada niat kita mahupun situasi tertentu, selain ketetapan yang telah termaktub dalam Al-Quran dan sunnah (seperti solat dan da’wah hukumnya wajib, babi hukumnya haram, menolong orang kerana Allah hukumnya sunat, ketawa di dalam solat hukumnya makruh, dsb)

Seperti makan, hukum asalnya harus. Ia boleh menjadi sesuatu yang mendatangkan pahala jika dibuat dengan niat untuk memberi tenaga supaya dapat beribadat kepada Allah.

Ataupun kahwin, hukum asalnya harus. Tetapi ia boleh menjadi haram jika bakal pasangan tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin serta dikhuatiri akan berlaku zalim kepada pasangannya.

Dalam berbelanja pun begitu. Bila aku tulis sedemikian di atas, bukan bermakna aku tidak pernah membeli barangan berjenama, bukan bermakna aku tidak ada keinginan untuk melancong, dan sebagainya. Mungkin kita memilih barangan berjenama atas dasar kualiti dan tahan lama dan melancong pun tiada salahnya.

Apa yang boleh menjadikan ia sesuatu yang salah adalah bagaimana reaksi kita terhadapnya. Mungkin terlalu berlebihan, mungkin terlalu kurang, ataupun berbelanja yang menjadikan kita berhutang pula.

Sebagai asas, mungkin boleh kita tanyakan pada diri, adakah dengan kita berbelanja itu sebenarnya membantu kita mendekatkan diri dengan perkara kebaikan atau sama sahaja atau semakin menjadikan kita hampir ke lembah kejahatan dan kelalaian?

Seperti mutiara hikmah*,

“Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung.

Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi.

Barangsiapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”

(*)tidak pasti jika ini hadis Rasulullah atau bukan. Mohon pencerahan kepada yang tahu.

Penutup

Setiap yang Allah tetapkan ke atas kita, Allah lebih tahu kerelevanannya kepada kita. Allah TAHU mungkin kita akan jauh dari-Nya andai kita terlalu kaya. Allah TAHU mungkin kita lebih banyak berdoa dan bergantung padanya jika kita hidup susah.

Maksudnya;

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”

(Surah al-Baqarah : 286)

Peringatan buat diri. Ingatkan aku andai aku terlupa.

Allahu’alam.

p.s. Yeah, badanku benar-benar ‘mengerang’ kesakitan selama 2 hari berturut-turut. Peritnya ketika itu untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Ditambah lagi dengan universiti yang bertingkat-tingkat dan juga bilik tidurku di tingkat paling atas! (-_-)

14 thoughts on “Tentang Mampu dan Cukup

  1. Salam..
    sya..an suka entry ni..nice..

    dulu ad org penah ckp an selalu pakai baju yg sama every week p kolej..
    smpai dia da bleh cam..haha..craps..

    Duit scholar untuk BELAJAR,rent rumah,dan yg berkaitan..bukan untuk tujuan lain..
    Yang jd x cukup tu bila rakus guna ke jalan yg lain dr belaja..
    Maka gunakn la dijalan yg sepatutnya..lagi berkat kan!..
    Nk shopping bla.bla….usahkn la dgn usaha sendiri..br kita tahu erti sebenar wang ditangan..

    Islam x mengajar pun suh beli baju berjenama2 ni..
    Asalkn menutup aurat dan kemas..thats good enough..
    INsyaallah..

    cheese!..sana tgh autumn kan?..sini masuk musim bunga..nice!..

    1. Salam Dr. Zahau,

      Jzkk juga untuk peringatan tu. best lah nta ade keje kat OZ untuk tampung extra expenditure. memang betul, kalau duit tu datang dari penat lelah kita, baru kita lebih menghargai dan bertindak cermat.

      tentang baju, setuju. yang penting menutup aurat dan kemas plus selesa. cuma macam ana cakap, maybe for the sake of quality (lebih tahan lama), ok kot belanja lebih sikit. tapi bukanlah berlebih2an. hehe.πŸ˜€

      yup, kat sini tengah autumn. best lah spring, sure cantik bunga2 sume. tak lama lagi dah nak cuti summer lak tu org2 OZ nih.

      (^_^)

  2. salam sya,

    ya, setuju.
    pernah gak mengalami situasi sama mcm sya, agak2 masa baru masuk monash dulu
    memang tersentak la jugak.
    and memang buat diri sendiri fikir and muhasabah balik, ‘mampukah aku?’
    so memang lepas tu, bertungkus lumus berjimat haha.
    u know how i am kan before!.
    haha
    now ni, pakai baju2 lama, tapi pandai2 match-make je..
    xde baju baru pun.
    setiap kali nak beli, mesti pk 10 kali haha.
    baik spend duit utk org lain, yg lebih memerlukan, and yg lebih bahagia bila mendapat pemberian dari kita, kan?

    allahua’lam.
    p/s: sy setuju dgn dr zahau. and sy kritik org yg persoalkan baju dr zahau tu.

    1. Salam Atie,

      hehe. kte sekapal lah Atie. penaja sama. tapi, sure ada hikmahnya kenapa kita lalu semua ni.

      tentang bertungkus-lumus berjimat, i’m also trying here. heheh. best of luck!

      setuju, perlu latih diri untuk fikirkan juga tentang org lain. hanya Allah yang tahu, kalau2 duit yang ada pada kita tu juga hak org lain.

      Allahu’alam.

      p.s. Atie punya cabaran lagi besar, rumah n uni dekat je ngan Sunway Pyramid.πŸ™‚

      p.p.s saya pun termasuk dalam kalangan org yang x banyak baju. kan senang masa skolah, pakai uniform same je everyday.

      (^_^)

  3. Salam Sya Hot
    Lama tak dengar khabar…

    Anyway,it’s not about how much money we have,but it’s how we are spending them.
    Apa2pun,akak memahami perasaan awak.
    Almaklumlah,kita sama penaja,lolπŸ˜›

    Okay,keep in touch yea?

    1. Salam Kak Intan Hot,

      Long time no see u too! huhu. kapan akan kita ketemu lagi?

      Anyway, setuju dengan komen kak Intan, it’s REALLY about how we spend them.

      yup, kak Intan memang slalu memahami. thx! hehe.

      p.s. Akak2 yang lain ada yang dah hantar jemputan, ada yang minta alamat; sentiasa setia menanti ‘berita’ dari Kak Intan.πŸ˜€ lol!

      okies, insyaAllah keeping in touch!

      (^_^)

  4. Salam sha… Hmm… kenak setiap kali apa yg terlintas dan bermain di fikiran maksu, mesti keluar kat blog sha2… Anyway, terima kasih atas entry yg sik pernah boring di baca…

    Maksu selalu iri hati… Iri hati ngan ktkorg especially sha2… Maksu iri hati sbb maksu sik mampu nak gi sambung belajar, walaupun hati dan perasaan hanya Allah jak yang tauk… Kadang2 salahkan diri sendiri juak sbb dolok sik belajar sungguh2…
    Tekad dah ada di hati nak gi sambung belajar, tp belum ada rezeki. Kalau dpt masuk madrasah pun jadilah… Kena juak guna duit, dan sokongan keluarga pun penting…
    Yeaa…kena selalu muhasabah diri… Sik semua apa yg kita impikan akan tercapai… Pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah yang lebih Maha Mengetahui apa yg baik utk diri kita…
    Sha2 beruntung sbb pengalaman lebih luas bila jauh perjalanan… Maksu pun pernah ikat perut masa belajar di Matrix dan di KL… Berjalan kaki dari kota raya ke jalan sultan ismail gi interview sbb duit tambang sik cukup… Tp, pengalaman2 ya mgkin hanya sedikit, kerana maksu masih di tanah air berbanding sha2 yg jauh merantau di negara asing… Cabaran dan dugaan yg lebih mencabar akan di harungi… Bila sha2 dah kerja kelak, akan terkenang balik setiap cabaran yang mewarnai hidup kita masa dulu2 sebenarnya, tapi bukanlah satu bebanan… Malah mematangkan diri… Bila difikir2 balik… hidup terlampau senang (sntiasa berada di comfort zone) sebenarnya amat lah memboringkan… Sikda cabaran hidup… Contoh paling baik bg maksu laaa… Cerita ttg Nik Nur Madihah (20A SPM). Hidup susah sampai sik mampu beli kamus bahasa Arab. So, terpaksa pinjam kawan dan salin semua di dalamnya. Bila kita belajar, kalau kita salin balik apa yg kita belajar kan kita mudah hafal… Dan mgkin ya lah sbbnya Madihah cemerlang dlm SPMnya…
    Erkk…pjg pulak comment maksu tok sha… Sorry la, melelat…
    Ya lah, sama2 lah kita saling mengingati… Maksu pun skrg sikda kawan… Sgt2 juak memerlukan org mengingati… Maksu nak cari majlis usrah kat ctok, tp sik tauk mcm ney dan kat cney…?

    Ok sha… take care… Mcm ney pun susah hidup kita walau di mana kita berada, berdoalah… Kerana Allah sentiasa bersama kita…

    Allahu’alam….

    Wassalam….

    1. Salam Maksu,

      Jazakillahu khair. Alhamdulillah kalau tulisan2 ringkas yang menjadi refleksi diri dapat juak dimanfaatkan oleh orang lain. Semua dengan izin Allah.

      Anyway, terima kasih maksu. Benar kata maksu, pengalaman mengajar n mematangkan (hopefully..hehe tapi sik bermaksud kalau matang sik boleh buli adik-beradik atau kazen kan??) –>rindu nak buli orang especially kanak2 yang innocent..:)

      hurm, perbezaan tempat mungkin membezakan sesebuah pengalaman secara fizikal. tapi, apa yang kita dapat daripada pengalaman ya yang penting dan ya biasanya sik berapa berbeza antara kita semua.

      Thanks agik. Didoakan juak moga Maksu dapat capai niat baik yang maksu hajatkan. Taking care juak! Kimsalam udak n famili n mak Azan.

      p.s. hurm, mun di Miri, tauklah cney ada wat usrah, etc. (Yayasan AMAL Msia), tapi mun di Putrajaya/KL rasanya ada juak cuma sik tauk sapa. maybe maksu boleh tanyak kawan2 kat sinun?

      Allahu’alam.

      (^_^)

  5. haha. again.
    something caught my attention :

    “(hopefully..hehe tapi sik bermaksud kalau matang sik boleh buli adik-beradik atau kazen kan??) –>rindu nak buli orang especially kanak2 yang innocent..:)”

    hahaha. adooo aiii… apa daaa..
    now tht reminds me the way u play with qila or ‘main-mata’ dgn nya mun nya xmok dgr ktaa.. then pande2 laa buat lawak sak qila ‘angkat muka’
    hahahahaha. calie calie. woohh… ada POWER juak mata kakak yaa..

    p/s: udah2 laa yaa.. sdar laa gik drk ya tua dh.. pande laa mok buli org lain… haiihhh…
    =)

  6. Apa daa..orang tulis supaya ambik manfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan. adeq plak gi blaja ‘marilah membuli kanak-kanak innocent’. isk2. (-_-“)

    hehe. bila gik nak buli budak kecik kann??

    p.s. belum tua gik ehπŸ˜›

    (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s