Di Sebalik Cendol (Ep.1) : Nota Apresiasi

CENDOL FUIYO_A3 copy

Alhamdulillah, aku baru sahaja sampai ke Bath dari Birmingham tengah hari tadi. Malam tadi bertolak dari Nottingham dan perancangan asalnya untuk sampai di Bath malam tadi juga, namun sebagai manusia, kita akan sentiasa tertakluk kepada perancangan Allah. Pengalaman yang menarik dan agak membingungkan sebenarnya malam tadi.

Ingin sahaja aku ceritakan pengalaman menarik itu, namun bukan di post kali ini barangkali. Di dalam post ini, ingin aku kongsikan beberapa nota apresiasi yang amat bermakna buat aku dan juga semua yang berkenaan.

Di bawah ini nota-nota yang aku copy+paste daripada sebuah mailing list. (mohon izin kepada semua yang berkenaan untuk peng-copy+paste-an ini)πŸ™‚

Awal pagi itu, sebuah emel dari Belfast muncul dan update dilakukan oleh mereka yang berkesempatan untuk mengakses internet:

From: NAH
Date: Sat, 31 Oct 2009
Time: 10.15 AM

Salam wbt..jam telah mnunjukkan pukul 10pagi –> team cendol mungkin sedang bertungkus lumus dgn kelapa dan cendol dgn meriahnya..

dari belfast yg nun jauh terpisah, kami (sy dan WS) mengirim doa dan mengucapkan selamat maju jaya kpd team cendol!!~ nak sgt membantu di notts games tp apakan daya, tiket flight dari belfast sentiasa mahal.. ampun maaf kerana xdpt tlg byk utk fuiyo.. iA akan bersilat habis2an di dapur fuiyo nanti..

semoga notts games brjalan dgn lancar di bawah rahmatNYA..^ _^

From: MAA
Date: Saturday, 31 October, 2009
Time: 11.28 AM

Salam wbt

Update cendol:

1st batch telah pun habis. Tepat pukul 1045 td, 2nd batch telah pun dihantar ke portland.

K1 dan pasukannya sdg ligat menjual cendol dgn promosi yg semakin digiatkan (F1 buat poster baru, dgn display yg lawa).

F2, J dan HF pula sdg bertungkus lumus mencampurkan ramuan rahsia cendol sutera klasik di rumah mereka. Ini utk final batch.

F1, A2, dll telah mendapat bantuan tambahan smalam apabila rumah F1 didatangi oleh 7 org bdk tesl warwick. Maka walaupun dgn ketiadaan A1 yg terpaksa bertugas overtime utk notts games, namun santan telah berjaya diperah mengikut ramuan sajian istana di zaman silam.

Nantikan update seterusnya.. .

Wassalam

From: MFAR
Date: Sat, 31 Oct 2009
Time: 11.55 AM

Sehingga jam 11 pagi, team memerah santan telah kurang kelihatan… lantaran o.t. semalaman. A2 gagal dikesan setelah bertungkus lumus semalaman… misteri terus tidak diungkai…

Satu lagi casualty menjelmakan diri apabila dua jari F1 turut dihakis mesin menghaski kelapa..namun pertolongan detik2 kecemasan memastikan santan terus murni dan segar..

Bantuan skuad khas ketiga (baca: K2 Warwick seorang) sedang memerah santan dan memhancurkan dan memerah lagi…begitulah rutin di minit2 kecederaan ini…

sekian daripada saya melaporkan daripada bilik tidur..dan semakin nak tidur, namun semangat dan keazaman fuiyo lillahi ta’ala menguatkan lagi endurance untuk terus bertahan…

zzzzzzz..

From: MAA
Sent: Sat, October 31, 2009
Time: 1.13 PM

Sekarang ini pasukan pembuat cendol telah berjaya menyiapkan batch ketiga, yg asalnya dijangka menjadi yg terakhir..

Namun disebabkan permintaan yg menggunung tinggi sehinggakan tidak cukup tangan pasukan gerai melayannya, pasukan pembuat cendol terpaksa membuat cendol sekali lagi.

Proses ‘touch-up’ oleh F2 agak mengambil masa dek kerana sifat cerewetnya tentang rasa cendol tersebut. Namun benarlah kata pujangga, ‘hanya jauhari yg mengenal manikam’.

F2 dh mula membebel kerana si pemandu agak malas dan selalu lambat, maka update ini tertangguh sementara di sini.

Wassalam

Selepas itu tiada lagi update sehinggalah food court di Portland ditutup sekitar pukul 5 petang dan Notts Games pun berakhir. Kemudian, malam itu dan seterusnya:

From: NFNI
Date: Sat, 31 Oct 2009
Time: 9.04 PM

salam wrt

sgt gembira amat hari ni

alhamdulillah, cendol kita mengjangkau permintaan.iAllah, lebih dr XXX

mat saleh pun turut mengidami cendol kita..~~cendol nak masuk gerai pun x boleh sbb terlalu ramai yg beratur..

p/s : sy bukan cerewet tp nak pastikan prestasi cendol ditahap yg paling memuaskan..

terima kasih amat pd yg membantu..

byk sgt Allah tlg hari ni..F2 menangis terharu dek pertolongan Allah yg sgt banyak..

chow

From: NAH
Sent: Sun, November 1
Time: 1.32 AM

Apa2pun tahniah kpd team cendol!..
Good job!Β 

Alhamdulillah. .

From: SS
Date: Sun, 1 Nov 2009
Time: 8.49 AM

Salam,

Perasaan sama cam yang lain2. sangat hepi dan bersyukur. Alhamdulillah!πŸ˜€

Thanks to Allah yang beri semua ni. Pengalaman, perasaan, pertolongan dan semua sekali yang datang dari Dia.

Seterusnya, yang perlu diterimakasihkan, pertama2 sekali, apprentices Cendol Sutera Klasik kak Zaffan last year *F2, K1, J, A3* yang sudi beri izin untuk FUIYO buat fund-raising thru cendol-making- skill diorang. (sebab boleh je diorang tak nak n buat cendol for self-profit tapi alhamdulillah, as we all know, they opted to help FUIYO fund-raising instead. their desire to GIVE to others is much more than to GAIN for themselves, masyaAllah!)

Description ‘to GIVE to others much more than to GAIN for themselves’ juga ditujukan untuk setiap seorang yang telah sama2 menolong. Dari pengopek kelapa, pemerah santan (ada yang tercedera), pembuat cendol (ada yang terseliuh juga), penjaga gerai (yang terpaksa berdiri lama), penghantar cendol, tukang kemas, yang berdoa dari jauh, dan semua yang terkena bau cendol (termsuk kereta merah tu). Terima kasih kepada semua!

Juga terima kasih buat warga Notts especially, yang menumpangkan rumah untuk diselerakkan dengan kerja2 cendol dan menumpangkan tidur para volunteers.

Well, walaupun saya sedar kalau ucapan *uhuk2* ni ada atau takde, tak memberi kesan pun kepada yang terlibat dan tak terbalas pun segala apa yang korang dah sumbangkan, tapi tetap nak tulis gak.πŸ˜€

Takkan jemu untuk mendoakan, semoga Allah membalas segala kebaikan korang dengan balasan yang sebaiknya. Kepada yang sedang berhadapan dengan kerja-kerja sekolah dan bakal ada exam and yet masih meluangkan masa untuk membantu, semoga Allah permudahkan dan lancarkan serta beri kejayaan kepada usaha anda. ameen.

p.s. K1/F2, tolong forward mesej ni kat J n A3 gak. Juga kepada team pemerah santan yang takde dalam YG ni. Juga kepada penjaga gerai (N, W, A4, adik2 Cardiff) – kepada sesapa yang ada emel diorang.

p.p.s Sorry tak sempat tolong mengemas dan meninggalkan Notts dengan dapur yang masih berselerak. -_-”

AllahuΓ‘lam.

Wassalam.

(^_^)

From: MZ
Date: Sun, 1 Nov 2009
Time: 8.50 AM

Salam

Saya sebenarnya masih terkejut dengan fenomena Cendol Sutera Klasik@Fuiyo di Notts Games semalam. Saya hanya sempat menjaga gerai di saat akhir sebab terikat dengan perlawanan Congkak pagi sampai tengahari (heh, macamlah grand sangat bunyik CONGKAK tuu)

Fenomena Cendol ni memang sungguh istimewa. Pelanggan sangat ramai sehinggakan ada yang sanggup beratur panjang demi secawan cendol. Mereka siap beratur walaupun masa tu batch cendol yang terakhir belum sampai. Apa yang mengejutkan, batch cendol yang terakhir itu habis licin dalam masa 20 minit. Walaupun dah habis, ramai lagi yang datang mahu membeli cendol.

Saya tahu F2, K1, S, J dan rakan-rakan lain memang bertungkus lumus untuk ini. Sebelum terlupa, geng yang kopek kelapa dan memerah santan juga (maaf tak tau nama sangat, tau beberapa orang je).

Kepada yang menjaga gerai..terima kasih banyak-banyak kerana setia di gerai dari pagi sampai petang..walaupun mereka bukanlah AJK FUiYO, semangat menjadi sebahagian daripada kita sangat dihargai. Mereka adalah bakal perserta FUiYO nanti, sebagai penghargaan kepada mereka.., mari saya umumkan nama-nama mereka.. A5(Cardiff), TA (Cardiff), dan dua orang lagi saya tak ingat nama (alamak..). Saya rasa ada lagi yang membantu di gerai yang saya tak sempat jumpa sebab CONGKAK~~ Terima kasih~~

To Geng Dapur FUiYO..diharap semangat ‘Dapur’ kita dapat menyamai semangat ‘Cendol’ mereka~~~~ Inshaallah~

Lastly, a good wrap-up by MAA:

From: MAA
Sent: Sun, November 1, 2009
Time: 10.05 AM

Salam. Sedikit refleksi.

1. Ucapan itu amat bermakna
– yg penat kerja, rs seronok. Sbb semua org suka dihargai
– yg xdpt tlg tp bg semangat, die rs bermakna apa (baca: sokongan moral) yg diberi. Sbb sokongan moral walaupun sekadar tulisan tetap dihargai
– yg sekadar mendoakan tanpa mmberitahu, dia rs dihargai juga
– dan yg penting sekali, mereka yg LANGSUNG tak buat ape2, smpaikan sekelumit doa pn xdiberi, akan terasa.. Dan dia scr fitrahny akn mula memanjatkan doa utk kejayaan fuiyo.

Jadi jgn risau, tulisan anda tidak membuang masa walau seorg pun yg membacanya.

2. Perkongsian begini mendekatkan kita dan menghangatkan setiap juzu’ persediaan utk fuiyo. Kiranya dalam YG ni pun kita dh break the ice, insyaAllah sms fuiyo berjalan, kita boleh bekerja bersama dan bekerjasama.

Kalau x break the ice, kita boleh bekerja bersama tp mgkn sukar utk bekerjasama.

3. Terima kasih team cendol krn berjaya mendapatkan lebihan Β£XXX utk belanja bas. Hehe

Wallahu’alam. Dan Allah itu lebih mengetahui.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

Wassalam

Penutup

Semua orang yang faham kisah di sebalik nota-nota ini tentunya merasai apa yang aku rasa. Kenapa perlu dipostkan di sini?

Mudah-mudahan daripada baris-baris kata yang tidaklah luar biasa melainkan biasa-biasa sahaja dalam nota-nota tersebut dapat terus menjadi inspirasi buat semua termasuklah kalian yang membacanya. Menghargai nilai sebuah ukhuwwah dan keikhlasan bekerja di jalan-Nya.

Aku? Banyak yang aku pelajari. Salah satunya, bak kata seorang sahabat, ‘kesenangan pun satu ujian’. Moga semua diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian kesenangan mahupun kesusahan. Moga semua terus istiqamah dalam ketaatan dan keikhlasan.

Sesungguhnya, ikhlas itu rahsia Allah dan semoga kita dikurniakan keikhlasan itu. Ya Allah, jadikan kami hamba-hamba-Mu yang bersyukur. ameen.

Allahu’alam.

15 thoughts on “Di Sebalik Cendol (Ep.1) : Nota Apresiasi

  1. assalamualaikum wrbt..

    boleh tak, kamel nak tumpang excited + hepi dgn pos ni? ^^
    semangat kejesama u all ni mengingatkan pada hikayat open house batch ktrg taun ni. sungguh la buat keje sesame berjemaah ni sangat manis~πŸ˜‰
    alfi mabrook to korang sbb dpt jual cendol dengan jayanya.. alhamdulillah..
    walaupun tak dpt pg notts taun ni, kamel awal2 dah kerah (haHA) kwn2 cork yg pegi utk beli cendol juge. siap suruh makankan skali lagik (wuu~ rindu cendol sutera klasik!!)
    again, congratzz.. moga Allah berkati usaha kalian insyaallah..πŸ™‚

    ps. uih..curious nak tau apa jadi dlm pejalanan balik tu..free nanti stori mori k!

    1. Waalaikumussalam Kamel,

      Sure! semua yang membaca should sama2 rasa apa yang kitorang rasa. hehe. Spread the love ek, kata orang puteh.πŸ˜›

      Alhamdulillah, usaha, ikhtiar, doa, dan tawakal. betul2 terasa application of teori DUIT yang biasa dibincangkan dalam kem2 motivasi zaman sekolah dulu.πŸ™‚

      aiseh sian Kamel. tapi xpe, insyaAllah ade peluang dan kesempatan, boleh makan lagi cendol tu.πŸ˜‰

      terima kasih sekali lagi.

      p.s. hehe, insyaAllah. kalau tak di sini, nanti kita jumpa lagi, kita stori mori okies, insyaAllah.πŸ™‚

    1. Alhamdulillah. terima kasih atas doa Dr. Zahau. smoga Allah makbulkan.πŸ™‚

      p.s. waah, pernah jual cendol gak!! jangan cakap mase kat KISAS dulu! (hehe, teringat cter Biha yang nta pi jual burger scr underground kat skolah dulu)πŸ˜›

  2. Salam wbt

    Terima kasih syashot kerana berkongsikan suasana yang cukup hebat dengan pertolongan Allah di atas…gembira akak membacanya!

    kerja jadi mudah dan baik dengan kerjasama dan usaha…

    Good job people…good job..masyaAllah..*dua ibu jari + senyum lebar*

    Terus maju jaya Cendol Sutera Klasik…hebat sungguh usaha kalian dalam beramal dan berkebajikan

    Moga Allah jua membalasnya

    Yang tumpang gembira dan terharu

    1. Salam Kak Zaff,

      Alhamdulillah Kak Zaff. Alhamdulillah. n terima kasih atas doa. moga Allah makbulkan.πŸ™‚

      Thanks to Kak Zaff gak, berjaya melahirkan pelapis yang mantap untuk lead team cendol 2009! Smoga Allah membalas yang sebaiknya untuk kak Zaff.πŸ˜€

      Nak tau tak, masa tengah kacau2 cendol tu, diorang cter, sepanjang diorang buat trial b4 Notts Game tu, asyik sebut nama kak Zaff je. hehe.

      β€œKak Zaff cakap, kalau dah ada *plup*plup* baru boleh angkat” (salah satu contoh)πŸ˜›

      Menarik pengalaman buat cendol tu. Mohon izin untuk saya gunakan ilmu baru tu bila2 in the future. (hehe, ni ntah bila lah peluangnya. dah la baru skali join buat, ada hati nak buat sendiri lak)πŸ˜›

      Tentang jumlah keuntungan sebenar, mungkin boleh tanya ngan adik2 didik kak Zaff, sure diorang more than happy to share it with u. plus, diorang lagi layak untuk kongsikan berita best tu kat Kak Zaff.πŸ˜‰

      Allahuakbar!

      *copy+paste dari facebook n tambah skit2*πŸ™‚

      (^_^)

      1. Salam. alhamdulillah smuanya dah selesai, terharu mama baca x sangka anak mama dah pnde buat cendol, mun mcm tok blk ke MIRI klk bolehlah merasai cendol Sutera Klasik.
        Insya’allah usaha kamu semua akan diberkati allah. Ameen.:)

        Salam sayang dari kami semua.πŸ˜‰

  3. from adib:hahahahahaha……congratulation(sik tauk mok eja gilak) sebab kak kesayangan adib pande buat cendol!!!!tapi…….masalah nya adib sik pande makan cendol…..hahahahaha…….god luck sis…….take care…..sekalo melo belo……..(trade mark kakak dolok)……………hahahahaha…………..bye……..πŸ™‚πŸ˜‰ :]

    1. Salam,

      Alhamdulillah. yalah sedikit sebanyak kisah di sebalik tabir cendol kita.πŸ™‚

      tapi, untuk real punya story, baca blog Fatin. huhu. sik sangka memang besar alu cabaran sidak before cendol benar2 menjadi Jumaat/Sabtu riya. kinek tok lagik faham, kenak sidak (TeamCendolNotts) amat excited n terharu bila cendol dapat sambutan hangat masa ya. masyaAllah.

      hehe. skalo malo belo sebenarnya. (saja buat stail sket)πŸ˜›

      (^_^)

  4. salam.
    ahaha. sorry xsempat ber’skype’ ngn kakak mlm rya.. huhu.

    skal bal. skalo malo belo.
    haha. cendol2. tahniah..walaupun xtauk apa bnda post kakak kali tok p upa kdk happening jak..

    tahniah & alhamdulillahπŸ™‚

    p/s: bha.. plan 4 the future.
    apa kata kt bukak kdei cendol kt luak mok? tepi umah cya..
    klk berbagi share kt.. adeq 60%, kakak 40%?
    OR kakak 30%, adeq 70%?? hahaha.. kakak dh besar.. xperlu laa duit banyak2…

    1. Salam,

      No worries.

      Alhamdulillah n thanks! hurm, memang sik berapa nak faham kalau sik experience kedirik. Nway, boleh baca kat blog tok, baruk boleh make sense skit kenak nota-nota apresiasi tok sangat bermakna buat kmkorg.πŸ™‚

      p.s. tsk2. ingat senang ka mok buat??? (sik cayak, baca lah post yang diberik kat link ya).πŸ˜›

      (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s