Salam Maal Hijrah…1431H!

Sedar tak sedar, sudah berada di satu lagi tahun baru hijrah. Bila sebut tahun baru, inilah masa yang biasanya digunakan oleh insan di serata ceruk dunia untuk membuat refleksi diri dan mencoretkan azam untuk tahun baru yang mendatang. Terpulang.

Dalam catatan ringkas kali ini, ingin aku mengajak kalian berefleksi dengan soalan-soalan yang boleh kita tanyakan kepada diri.

Dalam setahun yang dah berlalu;

Pelbagai nikmat Allah telah curahkan. Cukup bersyukurkah aku dengan semua nikmat itu? Adakah semakin rendah wajahku atau semakin mendongak tinggi hidungku dengan nikmat-nikmat tersebut?

Pelbagai ujian Allah datangkan. Ujian kesenangan, ujian kesusahan. Ujian jasmani mahupun rohani juga ujian pada emosi. Apakah ujian-ujian itu mendekatkan atau menjauhkan diriku daripada Allah?

Apa yang telah aku pelajari setahun ini? Apa yang telah aku sumbangkan kepada ummah setahun ini? Berapa banyak kepunyaan Allah yang dipinjamkan kepadaku telah aku infakkan setahun ini (tenaga, masa, harta, dsb)? Adakah wujudnya aku selama setahun ini menjadi manfaat atau mudarat kepada orang-orang di sekelilingku?

Apakah aku redha dengan segala ketetapan Allah yang berlaku sepanjang setahun ini? Apabila lemah, adakah aku jadikan Allah semata-mata sumber kekuatan dan pergantungan? Atau manusia jua yang menjadi tempatku meminta belas kasihan dan perhatian? Cukupkah keyakinanku pada Allah untuk menjadikan aku memohon pada-Nya dan jika meminta bantuan manusia, adakah aku bertawakal kepada Allah?

Adakah aku masih merasa, apa yang dicapai atau tak mampu aku capai hari ini adalah kerana diriku sendiri? Atau adakah aku meyakininya sebagai kurniaan dan ketetapan Allah yang ada tujuan tertentu ditakdirkan sedemikian rupa?

Setahun, bukan tempoh yang singkat. Banyak telah berlaku. Iman menaik. Iman menurun. Kebaikan dan juga maksiat dilakukan.

Apa yang boleh aku simpulkan, pelajaran berguna setahun yang telah berlalu ini, hidup perlu dijalani dengan JIWA HAMBA.

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there..”

Always Be There by Maher Zain


Dengan jiwa hamba, mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi laranga-Nya menjadi misi utama.

Dengan jiwa hamba, tiada ruang kesombongan pada diri merasa diri lebih mulia daripada manusia lain.

Dengan jiwa hamba, segala ujian dihadapi dengan tenang dan redha. Tiada marah, tiada kecewa, tiada putus asa.

Dengan jiwa hamba, pandangan-Nya lebih utama daripada pandangan manusia.

Gagal di mata manusia, tak semestinya gagal pada pandangan Allah.

Buruk dan hina di mata manusia, berbeza dengan buruk dan hina pada pandangan Allah.

Mulia di mata manusia, tidak menjanjikan kemuliaan di sisi Allah.

Berhenti merasa diri hebat, hukum diri apabila berlaku tidak taat, moga Allah golongkan dalam kalangan yang diberi nikmat!

Tiada daya upaya melainkan dengan izin dan kuasa Allah.

Sebuah lagi peringatan buat diri, yang masih bertatih dan ingin mencapai JIWA HAMBA yang sebenarnya.

Allahu’alam.

Advertisements

Muslimat, Jaulah, dan Mahram [UPDATED]

SILA KLIK DI SINI ATAU SINI UNTUK RAKAMAN AUDIO KULIAH ONLINE

Lama juga tidak aku update di blog ini. Kalau ikutkan yang ingin ditulis, sepertinya banyak sahaja. Tetapi belum sampai seru untuk menulis apa-apa lagi di laman ini. 🙂

Anyway, merujuk poster di atas [klik pada poster untuk imej yang lebih besar], dengan sukacitanya ingin aku ajak kalian untuk sama-sama turut serta dalam Kuliah Online ini. Maaf untuk hebahan yang agak lewat tapi belum terlambat ini di blog ini. Walaubagaimanapun, hebahan rasmi dah pun disebarkan di Facebook semenjak beberapa hari yang lalu. 🙂

Topik ini aku kira topik hangat, lebih-lebih lagi di zaman sekarang di mana wanita/perempuan semakin berani dan lebih independant dalam tindakan.

Hal ini termasuklah dalam isu berjalan-jalan atau keluar dari tempat bermastatutin atau bermukim. Bolehkah kita sebagai muslimat keluar tanpa mahram? Kalau boleh, untuk tujuan apa ianya diharuskan? Apa langkah terbaik menurut pandangan Islam? hurm, itu mungkin antara persoalan yang keluar dari benak mindaku.

Jadi, sebagai satu usaha untuk kita (khususnya muslimat) memahami isu ini, marilah kita beramai-ramai (muslimat SAHAJA) menyertai Kuliah Online ini yang bakal diadakan pada HARI INI (6 DISEMBER 2009) pada pukul 7 malam waktu UK.

Kalau di Malaysia, pukul  3 pagi waktu tempatan (7 DISEMBER 2009). Jika kalian yang berada di Malaysia dan ingin mendengar, boleh berjaga atau tidur awal kemudian lakukan tahajjud dan seterusnya mengikuti kuliah online ini. 🙂

Yang berada di Australia, Asia Timur, India, Timur Tengah, Eropah, Afrika, Amerika atau di mana-mana anda berada di  seantero dunia, pun boleh menyertai (tapi pukul berapa masa kalian perlu online, kalian perlu membuat kira-kira sendiri. hehe)

Untuk mengikuti Kuliah Online ini, kalian perlu menggunakan mediumPalTalk (lebih kurang macam YM/MSN) yang boleh didownload di SINI. Kalau tak nak download, boleh juga menggunakan PalTalk Express di SINI. Mudah sahaja, apa yang kalian perlu buat ialah sign-up untuk akaun PalTalk. 😉

Semoga bermanfaat!

Allahu’alam.