Muslimat, Jaulah, dan Mahram [UPDATED]

SILA KLIK DI SINI ATAU SINI UNTUK RAKAMAN AUDIO KULIAH ONLINE

Lama juga tidak aku update di blog ini. Kalau ikutkan yang ingin ditulis, sepertinya banyak sahaja. Tetapi belum sampai seru untuk menulis apa-apa lagi di laman ini.🙂

Anyway, merujuk poster di atas [klik pada poster untuk imej yang lebih besar], dengan sukacitanya ingin aku ajak kalian untuk sama-sama turut serta dalam Kuliah Online ini. Maaf untuk hebahan yang agak lewat tapi belum terlambat ini di blog ini. Walaubagaimanapun, hebahan rasmi dah pun disebarkan di Facebook semenjak beberapa hari yang lalu.🙂

Topik ini aku kira topik hangat, lebih-lebih lagi di zaman sekarang di mana wanita/perempuan semakin berani dan lebih independant dalam tindakan.

Hal ini termasuklah dalam isu berjalan-jalan atau keluar dari tempat bermastatutin atau bermukim. Bolehkah kita sebagai muslimat keluar tanpa mahram? Kalau boleh, untuk tujuan apa ianya diharuskan? Apa langkah terbaik menurut pandangan Islam? hurm, itu mungkin antara persoalan yang keluar dari benak mindaku.

Jadi, sebagai satu usaha untuk kita (khususnya muslimat) memahami isu ini, marilah kita beramai-ramai (muslimat SAHAJA) menyertai Kuliah Online ini yang bakal diadakan pada HARI INI (6 DISEMBER 2009) pada pukul 7 malam waktu UK.

Kalau di Malaysia, pukul  3 pagi waktu tempatan (7 DISEMBER 2009). Jika kalian yang berada di Malaysia dan ingin mendengar, boleh berjaga atau tidur awal kemudian lakukan tahajjud dan seterusnya mengikuti kuliah online ini.🙂

Yang berada di Australia, Asia Timur, India, Timur Tengah, Eropah, Afrika, Amerika atau di mana-mana anda berada di  seantero dunia, pun boleh menyertai (tapi pukul berapa masa kalian perlu online, kalian perlu membuat kira-kira sendiri. hehe)

Untuk mengikuti Kuliah Online ini, kalian perlu menggunakan mediumPalTalk (lebih kurang macam YM/MSN) yang boleh didownload di SINI. Kalau tak nak download, boleh juga menggunakan PalTalk Express di SINI. Mudah sahaja, apa yang kalian perlu buat ialah sign-up untuk akaun PalTalk.😉

Semoga bermanfaat!

Allahu’alam.

3 thoughts on “Muslimat, Jaulah, dan Mahram [UPDATED]

  1. salam sya🙂

    tumpang tanya sya, kedua2 link di atas invalid.
    just nak pastikan, file tu didelete sendiri oleh pihak penganjur ke, atau ada memang ada masalah2 teknikal lain?

    kita ada recording ni dalam simpanan, ada beberapa kawan minta, tapi senang kalau dapat bagi diorang link untuk download je. mula2 kita ingatkan nak upload kat mediafire.
    tapi tak sure kalau penganjur memang sengaja delete sebelum ni, jadi tak molek pulak kalau kita upload (sebab teringat ada muslimin nak join dengar kuliah ni, tp jawapan pengajur ‘kak ina prefer muslimat saje’)

    jzkk sya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s