Salam Maal Hijrah…1431H!

Sedar tak sedar, sudah berada di satu lagi tahun baru hijrah. Bila sebut tahun baru, inilah masa yang biasanya digunakan oleh insan di serata ceruk dunia untuk membuat refleksi diri dan mencoretkan azam untuk tahun baru yang mendatang. Terpulang.

Dalam catatan ringkas kali ini, ingin aku mengajak kalian berefleksi dengan soalan-soalan yang boleh kita tanyakan kepada diri.

Dalam setahun yang dah berlalu;

Pelbagai nikmat Allah telah curahkan. Cukup bersyukurkah aku dengan semua nikmat itu? Adakah semakin rendah wajahku atau semakin mendongak tinggi hidungku dengan nikmat-nikmat tersebut?

Pelbagai ujian Allah datangkan. Ujian kesenangan, ujian kesusahan. Ujian jasmani mahupun rohani juga ujian pada emosi. Apakah ujian-ujian itu mendekatkan atau menjauhkan diriku daripada Allah?

Apa yang telah aku pelajari setahun ini? Apa yang telah aku sumbangkan kepada ummah setahun ini? Berapa banyak kepunyaan Allah yang dipinjamkan kepadaku telah aku infakkan setahun ini (tenaga, masa, harta, dsb)? Adakah wujudnya aku selama setahun ini menjadi manfaat atau mudarat kepada orang-orang di sekelilingku?

Apakah aku redha dengan segala ketetapan Allah yang berlaku sepanjang setahun ini? Apabila lemah, adakah aku jadikan Allah semata-mata sumber kekuatan dan pergantungan? Atau manusia jua yang menjadi tempatku meminta belas kasihan dan perhatian? Cukupkah keyakinanku pada Allah untuk menjadikan aku memohon pada-Nya dan jika meminta bantuan manusia, adakah aku bertawakal kepada Allah?

Adakah aku masih merasa, apa yang dicapai atau tak mampu aku capai hari ini adalah kerana diriku sendiri? Atau adakah aku meyakininya sebagai kurniaan dan ketetapan Allah yang ada tujuan tertentu ditakdirkan sedemikian rupa?

Setahun, bukan tempoh yang singkat. Banyak telah berlaku. Iman menaik. Iman menurun. Kebaikan dan juga maksiat dilakukan.

Apa yang boleh aku simpulkan, pelajaran berguna setahun yang telah berlalu ini, hidup perlu dijalani dengan JIWA HAMBA.

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there..”

Always Be There by Maher Zain


Dengan jiwa hamba, mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi laranga-Nya menjadi misi utama.

Dengan jiwa hamba, tiada ruang kesombongan pada diri merasa diri lebih mulia daripada manusia lain.

Dengan jiwa hamba, segala ujian dihadapi dengan tenang dan redha. Tiada marah, tiada kecewa, tiada putus asa.

Dengan jiwa hamba, pandangan-Nya lebih utama daripada pandangan manusia.

Gagal di mata manusia, tak semestinya gagal pada pandangan Allah.

Buruk dan hina di mata manusia, berbeza dengan buruk dan hina pada pandangan Allah.

Mulia di mata manusia, tidak menjanjikan kemuliaan di sisi Allah.

Berhenti merasa diri hebat, hukum diri apabila berlaku tidak taat, moga Allah golongkan dalam kalangan yang diberi nikmat!

Tiada daya upaya melainkan dengan izin dan kuasa Allah.

Sebuah lagi peringatan buat diri, yang masih bertatih dan ingin mencapai JIWA HAMBA yang sebenarnya.

Allahu’alam.

6 thoughts on “Salam Maal Hijrah…1431H!

    1. Salam!

      Sori lambat responnya. Kmk baruk start cuti seminggu lepas, then terus ke London before ke Manchester untuk ke FUIYO 2009.😀

      Alhamdulillah, tadik baruk balit Bath balit. riya kesunyian di blog, ngadap courseworks dan keja2 lain. hehe. bukan sebab exam. exam insyaAllah tengah bulan satu start.

      best lah, famili datang visit India ek? hope u enjoyed the visit from ur family.🙂

      (^_^)

    1. Salam Dr.Zahau,

      ahah, ana ada baca from YG. hehe. (maaf jarang respon di sana). 😀

      nway, tahniah atas perjumpaan dan resolusi. moga dipermudahkan segala urusan! i

      insyaAllah ada kesempatan kita diskusi lagi tentang taylors okies. nak tau gak perkembangan sedikit sebanyak.

      (^_^)

    1. Salam Su,

      Jzkk atas ziarah. alhamdulillah. tapi blogger yang tenggelam timbul. macam chipsmore.

      Semoga Allah permudahkan urusan Su dalam studi, dalam blogging, dalam organisasi!😉

      (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s