Bukan Filet Ikan Kod

Hiatus mode deactivated? Hurm, hakikatnya ada lagi satu paper Jumaat ini. Tetapi kejadian yang berlaku hari ini membuatkan aku berfikir (dan menaip di sini).

Tadi, selesai exam Process Dynamics, yang tamat sekitar pukul 6 pm, terus sahaja aku menunggu di universiti hingga masuk waktu Isyak pada pukul 6.23 PM. Sekitar 7 lebih, barulah aku mengambil bas untuk pulang ke rumah. Gelap, ya hari sudah gelap. Bas dari uni  berhenti lama pula di salah sebuah bus stop. Pasrah~

Sejak dari universiti lagi, terbayang-bayang diriku untuk singgah di kedai Herbie’s Fish n Chips di hujung jalan berdekatan rumah. Lapar juga. Dari pagi belum makan makanan berat. Hendak masak, tak apalah fikirku. Take away sahaja. Dalam otak ligat mengira, berapa ya harga filet ikan kod? GBP 2.60 kalau tak silap.

Fikir lagi, hurm, nak beli chips sekali kah? Air Pepsi? Tak payahlah, kataku dalam hati. Nanti terlalu kenyang. Almaklumlah, chips kalau sekali beli tu, boleh makan untuk 2 kali lunch! (melobo-lobo kata orang Sarawak)

Ok, filet ikan kod sahaja. Yang kecil. Lagi murah. Begitu nekad sudah keputusanku.

Gambar sekadar hiasan

Bus stop untuk bas yang datang dari universiti terletak lebih kurang 400  meter untuk ke rumah. Turun sahaja dari bas, angin yang dingin menyapa tubuhku. Dengar kata, tempat-tempat lain di UK akan snow lagi. Aku harap tidak lagi di Bath. Aku berjalan berseorangan dalam gelap malam bertemankan lampu-lampu jalan.

Hajatnya hendak singgah di Co-Op dahulu. Co-Op ni sejenis kedai seperti Tesco, Giant, Mydin, Carrefour atau kalau di Miri, ala-ala Boulevard, Servay, atau E-Mart begitu.

Ok. Hendak ke Co-Op kerana perlu membeli roti dan beras. (padan la mahu take away..beras dah habis semenjak dua menjak jarang keluar rumah di musim exam ni).

Menghampiri Co-Op, aku lihat asap berkepul-kepul di awan. Asap putih. Kalau asap putih bukanlah satu keganjalan sebenarnya di sini kerana rumah-rumah menggunakan boiler dan wap putih sering dikeluarkan daripada boiler tersebut. Tetapi asap putih ini tebal. Kebakarankah?

Eh, dari jarak relatif tempat aku memandang, asap itu datangnya dari kawasan sekitar rumahku. (@_@) Bukan, bukan, kata hatiku.

Menghampiri Co-Op, sebuah kereta bomba melintasiku yang mengiringi bunyi siren yang aku dengar sebentar tadi. Sah! Kebakaran. Ingin sahaja terus balik ke rumah, tetapi hajat ke Co-Op perlu diteruskan.

Setelah selesai urusan di Co-Op, aku dengan hati berbunga riang ingin membeli filet ikan kod yang diidamkan dari tadi. Lapar. Tiba-tiba, berdekatan selekoh untuk ke Herbie’s dan juga ke rumahku, kelihatan kereta polis. Oh, bau asap juga. Sah, kebakaran di sekitar sini, berdekatan rumahku.

Aku masuk ke selekoh itu. Di hujung jalan, kelihatan kereta bomba, bomba, dan pekerjaan mereka. Herbie’s nampak gelap dari jauh. Tutupkah? Redha~

Klik pada gambar untuk imej lebih besar

Read More »

Kuliah Online Ummu Husna (KOUH)

Alhamdulillah, selepas Kuliah Online bersama Kak Ina (Ummu Husna) buat pertama kali berjaya diadakan semusim lalu, KOUH datang lagi! Khas untuk MUSLIMAT, kerana dirimu begitu berharga! Jadi, kepada yang berkelapangan boleh turut serta dalam kuliah online ini. Untuk details, boleh lihat poster berikut:

Persoalan mengenai aurat ni sangat penting. Kadang-kadang, kita rasa kita dah “menutup aurat” tapi hakikatnya ia tak sempurna lagi. Jadi, mudah-mudahan dengan penyertaan kita ke dalam kuliah online ini akan meningkatkan kefahaman kita tentang AURAT yang sebenarnya dan moga Allah beri kekuatan kepada kita untuk beramal dengan ilmu dan kefahaman yang kita dapat berkenaan AURAT ini.

Berkenaan tatacara menggunakan atau mendownload PalTalk: boleh download di SINI. Kalau tak nak download, boleh juga menggunakan PalTalk Express di SINI. Mudah sahaja, apa yang kalian perlu buat ialah sign-up untuk akaun PalTalk. Boleh juga add ID PalTalkku, syashot untuk ke kuliah online tersebut. (Link ke chatroom KOUH akan diletakkan pada status PalTalk  insyaAllah)

Mohon untuk sebarkan kepada wanita@perempuan@muslimat yang anda kenali di luar sana! (boleh upload poster ni ke Facebook dan tag orang). 😉

Bawah ni ada video menarik dari Ummah Films berkenaan hijab. Macam-macam jenis hijab ada! “Tug of War” hijab?? “Mickey Mouse” hijab?? “Hollow” hijab?? “Convertible” hijab?? (macam kereta pulak). 🙂

“That’s not hijab!”

Ok.

Allahu’alam.

[HIATUS MODE ACTIVATED]

Membuat Jejak

Hari ini, tak seperti hari-hari kebelakangan ini, matahari memancar dengan terang dan cerah. Dapat aku rasakan perbezaannya, mood terasa uplifted. Alhamdulillah. Walaupun aku rasa baru hari ini aku benar-benar bermula, aku perlu teruskan. Tiada sesalan kecuali pengajaran yang wajib dibawa ke musim-musim depan.

InsyaAllah.

Tengah hari pula, dapur dimeriahkan oleh 3 orang housemates. Aku, Wani, dan Datul. Dalam dapur yang cenonet itu, kami masing-masing menyiapkan lunch masing-masing. Di musim exam ni, kami tidak masak secara gilir seperti kebiasaannya. Jika sebelum ini, seorang ada sehari dijadualkan untuk masak. Weekends pula sendirian berhad. Tapi buat masa sekarang, setiap hari adalah sendirian berhad!

Selesai makan, aku membasuh mangkuk dan lain-lain yang aku gunakan. Siap membasuh, aku menjirus-jirus sinki, membersihkan sisa-sisa yang ada. Teringat pada rumah, teringat mama, dan adik-beradikku di mana itu yang dipatehkan kepada kami. Alhamdulillah.

Kalau di rumah dulu terasa berat dan leceh untuk melakukannya, tapi kini semakin nampak setiap apa yang mama ajarkan kami walau disalah anggap sebagai suatu yang melecehkan oleh anak-anaknya pada hakikatnya sangat berguna! Jadi, dengarlah kata mama. (applies to Kakak, Abang, Adek, n Adib)

Read More »

Pencarian & Keyakinan

Kembara mencari erti diri sebenar..

Musim-musim exam ni, macam-macam lah yang terlintas di fikiran. Keraguan. Kekeliruan. Ketidakfahaman. Moga terlindung dari bisikan syaitan.

Exam, bukan susah pun kan? (baca: soalan retorik). Tetapi kenapa rasa macam susah nak menghadapi exam? (-_-“)

Sekali lagi, aku mohon pada Allah agar dipelihara daripada gangguan dan bisikan syaitan yang JEALOUS, yang mahu melihat orang-orang beriman sama-sama “gagal” dalam hidup yakni pengakhiran kehidupan di neraka jahannam.

Selaku orang yang beriman, kita TIDAK seharusnya terpedaya. Terus letakkan keyakinan pada ALLAH! Terus usaha walaupun rasa progres amat slow dan jangan terlalu fikirkan bagaimana nanti hasilnya. Jangan terlalu fikirkan apa orang kata. Biarlah orang nak mengata. Mereka tak tahu apa dan siapa kita.

Tapi, Allah TAHU. Kalau depan manusia kita TAKUT ditunjukkan cacat cela kita, adakah depan ALLAH (yang sentiasa MELIHAT dan MEMERHATIKAN kita), tanpa segan silu dan malu kita menunjukkan yang kita tak berusaha?

“Orang-orang yang menyampaikan risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan tidak merasa takut kepada siapa pun selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan”

Surah al-Ahzab : 39

Tidak takut kepada usaha yang mungkin akan gagal.

Tidak takut kepada celaan manusia andai gagal.

Tidak takut kepada pandangan serong masyarakat andai gagal.

Ketakutan yang tak bertempat ini perlu dihapuskan dari diri. Kerana takut kepada gagal, ada orang tak mahu berusaha. Di fikirannya, lebih baik tidak berusaha kerana kalau gagal, memang patut dia gagal kerana dia tak berusaha. Itu boleh diterima, katanya. Berbanding jika dia penat-penat berusaha, tapi masih gagal, itu sangat sukar diterima!

KARUT-MENGARUT! Tiada ketakutan hanya kepada ALLAH!

Takut pada sesuatu yang belum tentu, seolah-olah tidak meyakini qada’ dan qadarnya. Na’uzubillah min zalik!

Rasa susah? Orang PALESTIN lagi susah. Tolonglah sedar! Kita tak susah mana pun.

Exam = Ujian Keimanan

Exam ini boleh dilihat sebagai ujian keimanan.

Erm…

Kenapa aku berada di sini? Kenapa Department of Chemical Engineering? Kenapa di UK? Boleh sahaja aku berada di Kuliyyah Perubatan UIA, kalau Allah mahu tetapkan begitu. Atau boleh sahaja Allah letakkan aku di Jabatan Pengajian Melayu di Institut Pendidikan Guru Malaysia, jika Allah mahu tetapkan begitu.

Tentu bukan sia-sia Allah tempatkan aku di sini. Sekarang ini, dalam suhu berjulat -1 hingga 1 darjah Celcius di bandar Bath. Tentu bukan sia-sia sahaja Allah tetapkan semua ini. Sama juga kalian yang berada di department berlainan di universiti berlainan dengan course berlainan, tentu ada sebabnya Allah letakkan kita di tempat di mana kita berada.

Saat ini pula, Allah takdirkan kita untuk hadapi exam yang hampir semua rasa berat untuk menghadapinya.

Read More »

Ceritera FUIYO 3rd Edition

Aduh, dah hampir 2 minggu FUIYO 2009 berlalu. Aku memang nak sangat tulis sesuatu tentang FUIYO 2009 yang sangat best itu, tapi tak boleh sebab rasa bersalah sebab kerja tak siap lagi tapi nak berblog.  Dilemma! (my bad, management skill yang kurang efisen) huhu. (-_-“)

GengDapur FUIYO 2009!

Sebelum ceritaku menjadi basi, kepada yang ingin mendapat insights tentang FUIYO, bolehlah melayari page-page berikut:

Catatan Kembara Sufi Ceramah yang disampaikan juga mengikut flow yang jelas, buat audience cepat faham apa yg ingin disampaikan.

Gadis reformasi menulisHos majlis FUIYO, Jo dan Cha memang gempak habes.Memang ada bakat jadi hos sebab nak jadi hos kena pandai berkomunikasi dan emosi yang menarik!

Shafawati menulis program selama 4 hari ni betul-betul bermanfaat bagi kami di samping memberi kami kesempatan untuk membina ukhuwwah dengan sahabat2 baru dari seluruh pelosok Eropah.

Dr MA mengarang I really enjoyed the fresh and creative concepts inculcated in the event, [MUST READ, beliau baru bergelar doktor yang telah bertarung dengan kanser semenjak setahun yang lalu. Inspiring dan menginsafkan. Beliau hadir ke FUIYO mengongsikan pengalaman]

Lestary dapur FUIYO 2009Selepas saja tugas memasak kami selesai, kami selalu bertenggek untuk melihat para peserta FUIYO makan di ruang makan berhadapan dengan dapur kami.. Hehehe.. macam makcik kantin [MUST READ, HeadChef FUIYO yang terbaboww] 😛

suhailazulkifli menulis
dengan sorakan FUIYO dan nyanyian lagu tema Merah Saga, yang menaikkan semangat pembelaaan Palestin. [S/U FUIYO yang berdedikasi]

Cahaya tinta asuhanAntara menu2 kami ialah Nasi Ayam pasti terangkat, Sup ayam o0oh la la, Tom Yam mantap montoya bersama Telur Itik main snow dan yang paling special ialah Ayam Lemon dari head cheff la! [Eica, GengDapur yang turut memeriuhkan DapurFUIYO] 😉

a for adventPersonally, it was a journey. Not because of the talks. Nor was it because of the ldk’s. But the experience as a whole.

My life as…
Sebab itu aku hanya bersedia dengan video cam sewaktu perkara ini terjadi. Kata orang, disebabkan aku record videolah, kekantoian lakonan itu terjadi. Namun, kalau tidak direcord, agak sayang sekali [Promotion Manager, pengurus website dan pembuat video FUIYO]

read my mind
Jom didik diri dengan nilai-nilai ini! 10 muwasafat tarbiyah

Nottinghamkini –  ia menjanjikan pengalaman istimewa kepada peserta FUIYO 2009! [MUST READ: Pengarah Modul FUIYO yang mantap montoya!]

emansipasi menulis aku dah nampak gambaran pulau yang lebih baik tu dengan lebih jelas, ALHAMDULILLAH

dari joegrimjoeSalam 1fuiyo!! Kekeke [salah seorang daripada MC FUIYO yang FUIYO!]

TERISTIMEWAummuhusna menulisSaya memahami, sesiapa pun yang menyaksikan mukabumi Telfolrd ketika ini, akan teruja untuk merasai dan menikmati keseronokan memijak salji [isteri UZAR, akhirnya berjumpa jua dengan beliau yang memberi kuliah online hari tu]

nusaybahmaszlee I went to Telford because my dad got a meeting with his friends

najwasafiyyahFuiyo itu tempat IluvIslam. Najwa pergi situ satu/dua jam. Best sangat di sana..

misshusna Play snow in FUIYO!

*Link tersebut di atas aku copy + paste daripada Iluvislam.com*


Banyak yang aku belajar dari FUIYO. Tema FUIYO pun berkisar tentang ‘erti hidup pada memberi’. Kalau boleh aku terjemahkan dalam erti kata lain, ‘hidup tak bermakna tanpa memberi’. Setuju?

Moga Allah jadikan kita orang-orang yang suka memberi, juga orang-orang yang IKHLAS dalam memberi.

p.s.  doakan aku, akan menduduki semester 1 exams bermula 19 Januari ini. Ya Allah, kuatkan hati ini untuk menuruti syari’atullah dan sunnatullah yang Engkau tetapkan! ameen.

Allahu’alam.