Pencarian & Keyakinan

Kembara mencari erti diri sebenar..

Musim-musim exam ni, macam-macam lah yang terlintas di fikiran. Keraguan. Kekeliruan. Ketidakfahaman. Moga terlindung dari bisikan syaitan.

Exam, bukan susah pun kan? (baca: soalan retorik). Tetapi kenapa rasa macam susah nak menghadapi exam? (-_-“)

Sekali lagi, aku mohon pada Allah agar dipelihara daripada gangguan dan bisikan syaitan yang JEALOUS, yang mahu melihat orang-orang beriman sama-sama “gagal” dalam hidup yakni pengakhiran kehidupan di neraka jahannam.

Selaku orang yang beriman, kita TIDAK seharusnya terpedaya. Terus letakkan keyakinan pada ALLAH! Terus usaha walaupun rasa progres amat slow dan jangan terlalu fikirkan bagaimana nanti hasilnya. Jangan terlalu fikirkan apa orang kata. Biarlah orang nak mengata. Mereka tak tahu apa dan siapa kita.

Tapi, Allah TAHU. Kalau depan manusia kita TAKUT ditunjukkan cacat cela kita, adakah depan ALLAH (yang sentiasa MELIHAT dan MEMERHATIKAN kita), tanpa segan silu dan malu kita menunjukkan yang kita tak berusaha?

“Orang-orang yang menyampaikan risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan tidak merasa takut kepada siapa pun selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan”

Surah al-Ahzab : 39

Tidak takut kepada usaha yang mungkin akan gagal.

Tidak takut kepada celaan manusia andai gagal.

Tidak takut kepada pandangan serong masyarakat andai gagal.

Ketakutan yang tak bertempat ini perlu dihapuskan dari diri. Kerana takut kepada gagal, ada orang tak mahu berusaha. Di fikirannya, lebih baik tidak berusaha kerana kalau gagal, memang patut dia gagal kerana dia tak berusaha. Itu boleh diterima, katanya. Berbanding jika dia penat-penat berusaha, tapi masih gagal, itu sangat sukar diterima!

KARUT-MENGARUT! Tiada ketakutan hanya kepada ALLAH!

Takut pada sesuatu yang belum tentu, seolah-olah tidak meyakini qada’ dan qadarnya. Na’uzubillah min zalik!

Rasa susah? Orang PALESTIN lagi susah. Tolonglah sedar! Kita tak susah mana pun.

Exam = Ujian Keimanan

Exam ini boleh dilihat sebagai ujian keimanan.

Erm…

Kenapa aku berada di sini? Kenapa Department of Chemical Engineering? Kenapa di UK? Boleh sahaja aku berada di Kuliyyah Perubatan UIA, kalau Allah mahu tetapkan begitu. Atau boleh sahaja Allah letakkan aku di Jabatan Pengajian Melayu di Institut Pendidikan Guru Malaysia, jika Allah mahu tetapkan begitu.

Tentu bukan sia-sia Allah tempatkan aku di sini. Sekarang ini, dalam suhu berjulat -1 hingga 1 darjah Celcius di bandar Bath. Tentu bukan sia-sia sahaja Allah tetapkan semua ini. Sama juga kalian yang berada di department berlainan di universiti berlainan dengan course berlainan, tentu ada sebabnya Allah letakkan kita di tempat di mana kita berada.

Saat ini pula, Allah takdirkan kita untuk hadapi exam yang hampir semua rasa berat untuk menghadapinya.

Teringat akan surah al-Ankabut ayat 2 dan 3. Orang beriman akan sentiasa diuji.

Bagaimana exam boleh menjadi ujian keimanan?

Ada orang yang bijak, setiap soalan exam, kacang saja baginya!

Ada orang yang gigih berusaha, rasa puas hati, bila exam, semua soalan dapat dijawabnya!

Selepas exam, keputusan cemerlang, ramai orang puji dan puja dirinya!

Si bijak, teruji imannya, tatkala dia merasakan HEBATNYA dia. Dia lupa, dari Allah jua otaknya yang bijaksana.

Si gigih berusaha, teruji imannya, tatkala merasa berjayanya dia menjawab soalan-soalan exam adalah ATAS USAHANYA semata-mata. Dia lupa, dengan IZIN ALLAH jualah yang memudahkan baginya untuk belajar dan keazaman untuk berusaha.

Si berjaya yang dipuji-puja, teruji imannya, tatkala terlintas di hatinya, “Tak sia-sia aku belajar, baru orang tahu aku siapa!” Baginya, itulah motivasi diri yang utama, ingin berjaya agar dia yang terhebat di mata manusia.

Ada juga…

Yang acuh tak acuh dalam usaha, teruji imannya, apabila dia merasakan kalau dia berusaha pun bukan boleh berjaya. Dia lupa, ‘La hawla wa la quwwata illa bIllah’ [tiada daya upaya dan kekuatan melainkan Allah].

Yang acuh tak acuh dalam berusaha, turut teruji imannya, apabila dia merasakan usahanya tak mengubah apa-apa. Dia terlupa, BUKAN usahanya yang menentukan berjaya atau sebaliknya, tetapi rahmat Allah semata-mata.

Dia terlupa, Allah hanya lihat pada usaha, kerana HASILnya datang dari Allah.

Dia terlalu percaya, KEJAYAAN berkadar langsung dengan USAHA. Dia fikir sikit usaha, sikit hasilnya. Banyak usaha, banyak hasilnya. Natijahnya, apabila dia merasakan masa yang ada nampak singkat, dia fikir dia tak sempat nak buat apa-apa. Terlambat kata hatinya!

Dia jadi putus asa untuk berdoa pada Pencipta-Nya.

Dia lupa, bantuan Allah sentiasa ada. Dia lupa rahmat Allah itu ada.

Dia lupa ayat Allah, “Sesungguhnya urusan-Nya apabila di menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya ‘Kun’ [jadilah!], ‘fayakun’ [maka jadilah sesuatu itu].” (Surah Yassin : 82)

Itulah EXAM yang bisa menguji keimanan kita pada-Nya! SUBHANALLAH! Ya Allah, aku lebih harap kau LULUSKAN aku dalam ujian keimanan ini lebih daripada lulus exam dengan cemerlang tetapi kosong iman pada-Mu.

Ibrah Kisah Nabi Nuh

Tahukah kita?

  • Selama Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya dalam tempoh 950 tahun, hanya 80 orang pengikutnya!
  • Mukjizat Nabi Nuh (yakni bahtera) hanya muncul di akhir-akhir tahun dakwahnya. Lebih panjang masa SUSAH berbanding masa baginda ada mukjizat sepanjang berdakwah selama 950 tahun.
  • Proses membuat bahtera Nabi Nuh dikatakan mengambil masa 100 tahun!
  • Di mana Nabi Nuh berada? Padang pasir bukan? Ada pokok?
  • Dikatakan Nabi Nuh mula membuat bahtera dengan menanam pokok terlebih dahulu. Sehinggalah benih pokok itu menjadi cukup besar dan matang untuk dijadikan kayu untuk membuat bahtera.
  • Di padang pasir, mana model kapal atau bahtera untuk Nabi Nuh jadikan contoh?
  • Selepas bahtera baginda siap, dan hidup-hidupan naik ke atas bahtera tersebut seperti yang Allah perintahkan, kemudian berlakulah bajir besar itu.
  • Dakwah Nabi Nuh tak terhenti begitu sahaja!  Buktinya, sehingga sebelum anaknya yang degil tenggelam bersama mereka yang ingkar, Nabi Nuh masih lagi menyeru kepada anaknya supaya beriman kepada Allah dan menaiki bahtera tersebut untuk menyelamatkan diri. Namun, anaknya tetap berdegil.

Walaupun kisah ini lebih dekat dengan aplikasi seorang da’ie, tapi kucuba juga sedaya upaya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seorang penuntut ilmu kejuruteraan proses.

Kisah Nabi Nuh membuktikan yang HASIL tidak berkadar langsung dengan USAHA. Masa yang lama tidak menjanjikan hasil yang banyak. Apa yang perlu difokuskan ialah USAHA. Kemudian, keyakinan dan kebergantungan dengan Allah. Selain itu, perlu juga kreatif dan berstrategi dalam usaha.

Oh, satu lagi, usaha hingga ke akhir masa! Jangan putus asa. Masa tidak menjamin apa-apa.

Moga aku diberi kekuatan oleh-Nya!

Mencari & Terjumpa

Dengan izin Allah, semasa berjalan-jalan di alam maya ini, terjumpa status Facebook atau kata-kata perangsang diri di blog-blog yang amat kena pada masa. Iyalah, musim di mana hampir semua orang sedang atau bakal menghadapi exam dunia.

“Gigihkan diri walaupun payah; Allah itu baik dan sukakan yang terbaik..So kena buat the best untuk Allah! Bukan untuk dapat good result as the main reason. Tapi untuk dapatkan pahala jihad daripada Allah. Bergembiralah kerana exam period merupakan masa mengumpul pahala :)”

(diambil daripada status Facebook Nova Adila)

Doa yang aku harap sama-sama kita doakan,

“Ya Allah, sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada ISLAM & perjuanganku, maka KAU CEMERLANGKAN aku dalam setiap perkara. Dan sekiranya kejayaan membuatkan aku jauh dari perjuangan ISLAM, maka KAU lebih berhak menentukan yang selayaknya untukku kerana aku mengIMANI tiada apa yang KAU takdirkan sia-sia melainkan ada HIKMAH di sebaliknya. Allahumma ameen.”

(diambil dari blog Syara Dublin)

Maafkanku!

Entah kenapa, dalam hati ada rasa kurang enak. (hati tak sejahtera. huhu) Mungkin kerana amanah yang kurang mampu digalas sebaiknya. Mungkin ada janji yang kurang ditepati. Mungkin ada kata-kata menghiris hati. Mungkin ada perbuatan yang menzalimi. Mungkin ada hak yang tak diberi.

Maafkan saya. Jika perlu, luahkan pada saya apa-apa kezaliman saya yang mungkin saya tak sedar saya dah buat pada anda, moga yang terasa teraniaya oleh saya rasa tenang, puas hati, dan lega. Sahabat handai mahupun keluarga.

Penutup

Aku tak kuat. Harapnya penulisan ini menjadi peringatan buatku, meningkatkan keyakinanku pada-Nya, dengan izin Allah jua.

Ya Allah, jadikan aku orang yang PERCAYA dan bekerja untuk melihat apa yang aku PERCAYA.

Selamat studi dengan gembira dan bahagia!

Allahu’alam.


9 thoughts on “Pencarian & Keyakinan

  1. assalamualikum

    peringatan yang baik walaupun saye takde exam(maaf)

    cuma, ade kesilapan untuk terjemahan ayat 39 surah al-ahzab tu.

    “Orang-orang yang menyampaikan risalah Allah, mereka tidak takut kepada-Nya dan tidak merasa takut kepada siapa pun selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan”

    pembetulan:perlu buang perkataan “tidak” untuk petikan “…mereka tidak takut kepada-Nya…”

    boleh rujuk naskhah al-Quran.
    itu yang saya nampak.

    apepun, peringatan awal ini bagus untuk orang yang bakal exam summer nanti=)

    terima kasih

    1. Salam,

      Astaghfirullah! Berlaku typo-error pada terjemahan ayat tersebut, tapi dah dibetulkan.

      Terima kasih Famy atas teguran tu. Alhamdulillah, nasib baik Famy ternampak dan betulkan.

      All the best untuk sem baru ni dan doakan ktorang yang sedang/bakal exam ni. =)

      Jazakallahu khair.

      (^_^)

    1. Huhu, lebih-lebih lagi diri yang menulis ni Nova.

      Anyway, thanks juga untuk kata-kata semangat dari status Facebook Nova tu. Sangat memberi kesan di hati.

      Moga Allah beri kekuatan kepada kita untuk jadi hamba-Nya yang ikhlas dan taat.

      Jazakillahu khair. Bittaufik wannajah!😉

      Sya, kawan sekolah lama.🙂 (hehe)

      (^_^)

  2. Salam Sya…
    Entry yang sgt bagus dan terkesan juak untuk maksu. Walaupun maksu sikda exam tp ada exam lain yg maksu harus tempuhi…. Thanks sya…. dan maksu sentiasa doakan sya2 dan sahabat2 sya2 di cnun semuanya berjaya dgn cemerlang berjaya akademik dan keimanan… berjaya dunia dan akhirat…. Ameen…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s