Bukan Filet Ikan Kod

Hiatus mode deactivated? Hurm, hakikatnya ada lagi satu paper Jumaat ini. Tetapi kejadian yang berlaku hari ini membuatkan aku berfikir (dan menaip di sini).

Tadi, selesai exam Process Dynamics, yang tamat sekitar pukul 6 pm, terus sahaja aku menunggu di universiti hingga masuk waktu Isyak pada pukul 6.23 PM. Sekitar 7 lebih, barulah aku mengambil bas untuk pulang ke rumah. Gelap, ya hari sudah gelap. Bas dari uni  berhenti lama pula di salah sebuah bus stop. Pasrah~

Sejak dari universiti lagi, terbayang-bayang diriku untuk singgah di kedai Herbie’s Fish n Chips di hujung jalan berdekatan rumah. Lapar juga. Dari pagi belum makan makanan berat. Hendak masak, tak apalah fikirku. Take away sahaja. Dalam otak ligat mengira, berapa ya harga filet ikan kod? GBP 2.60 kalau tak silap.

Fikir lagi, hurm, nak beli chips sekali kah? Air Pepsi? Tak payahlah, kataku dalam hati. Nanti terlalu kenyang. Almaklumlah, chips kalau sekali beli tu, boleh makan untuk 2 kali lunch! (melobo-lobo kata orang Sarawak)

Ok, filet ikan kod sahaja. Yang kecil. Lagi murah. Begitu nekad sudah keputusanku.

Gambar sekadar hiasan

Bus stop untuk bas yang datang dari universiti terletak lebih kurang 400  meter untuk ke rumah. Turun sahaja dari bas, angin yang dingin menyapa tubuhku. Dengar kata, tempat-tempat lain di UK akan snow lagi. Aku harap tidak lagi di Bath. Aku berjalan berseorangan dalam gelap malam bertemankan lampu-lampu jalan.

Hajatnya hendak singgah di Co-Op dahulu. Co-Op ni sejenis kedai seperti Tesco, Giant, Mydin, Carrefour atau kalau di Miri, ala-ala Boulevard, Servay, atau E-Mart begitu.

Ok. Hendak ke Co-Op kerana perlu membeli roti dan beras. (padan la mahu take away..beras dah habis semenjak dua menjak jarang keluar rumah di musim exam ni).

Menghampiri Co-Op, aku lihat asap berkepul-kepul di awan. Asap putih. Kalau asap putih bukanlah satu keganjalan sebenarnya di sini kerana rumah-rumah menggunakan boiler dan wap putih sering dikeluarkan daripada boiler tersebut. Tetapi asap putih ini tebal. Kebakarankah?

Eh, dari jarak relatif tempat aku memandang, asap itu datangnya dari kawasan sekitar rumahku. (@_@) Bukan, bukan, kata hatiku.

Menghampiri Co-Op, sebuah kereta bomba melintasiku yang mengiringi bunyi siren yang aku dengar sebentar tadi. Sah! Kebakaran. Ingin sahaja terus balik ke rumah, tetapi hajat ke Co-Op perlu diteruskan.

Setelah selesai urusan di Co-Op, aku dengan hati berbunga riang ingin membeli filet ikan kod yang diidamkan dari tadi. Lapar. Tiba-tiba, berdekatan selekoh untuk ke Herbie’s dan juga ke rumahku, kelihatan kereta polis. Oh, bau asap juga. Sah, kebakaran di sekitar sini, berdekatan rumahku.

Aku masuk ke selekoh itu. Di hujung jalan, kelihatan kereta bomba, bomba, dan pekerjaan mereka. Herbie’s nampak gelap dari jauh. Tutupkah? Redha~

Klik pada gambar untuk imej lebih besar

Beberapa puluh meter kemudian, semakin jelas, HERBIE’S  YANG TERBAKAR! (tapi tiada api lagi, cuma ada asap berkepul-kepul). Kelihatan bomba dengan hosnya menyiram dalam kedai Herbie’s.

ALLAH!

Zikir Maut

Kebelakangan ini, berita berkenaan musibah yang menimpa orang-orang tertentu baik di tanah air mahupun seberang laut, sampai ke pengetahuanku. Ada yang mampu menyentuh hatiku, ada yang sekadar datang dan berlalu begitu sahaja.

Terfikir aku, kenapa sebagai manusia diri mudah saja meyakini akan masih ada selepas ini. Esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan. Betapa banyak kelalaian yang dilakukan, kurangnya kebajikan dilakukan, semuanya hasil tiadanya zikir maut dalam diri. Jika benar zikir maut sentiasa bermain di hati dan di fikiran, masakan berani hidup singkat di dunia ini disia-siakan. Masakan maksiat diwenang-wenangkan.

Astaghfirullah al-Adzim!

Terfikir aku, kalau benar kita tahu maut semakin hampir, apa perkara terpenting dalam hidup ini yang perlu dilakukan? Beruntunglah jika kita tahu apa perkara terpenting itu dan bersegera dalam melakukannya. Hidup tanpa zikir maut, seolah-olah banyak sungguh perkara penting dalam hidup.

Semua pun penting. Sibuk. Tanpa benar-benar sedar apakah yang dirasakan penting kini adalah benar-benar penting, atau tidak.

Bagaimana hendak menjadikan hati ini sentiasa berzikir maut? (-_-)

Penutup

Sekelip mata, suatu yang aku rasa nekad akan aku lakukan, suatu yang aku yakin akan aku lakukan, Allah jadikan tidak berlaku.

Herbie’s terbakar, filet ikan kod bukan dinnerku malam ini. Allahuakbar! Tetapi, ini BUKAN tentang Herbie’s dan filet ikan kod. Sesuatu yang lebih dari itu.

Iya, aku berfikir dan terfikir. Namun, bagaimana harus aku bertindak? Aku harap, setiap kali aku melihat Herbie’s dan setiap kali aku ternampak filet ikan, aku akan teringat kisah ini. Yang penting, moga aku sentiasa ingat tentang SESUATU yang lebih penting di sebalik kisah ini.

Maka ni’mat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

…ayat yang diulang dengan banyaknya dalam surah ar-Rahman.

Ya Allah, jadikan kami muslim yang baik, mukmin yang sejati, dan bertaqwa dalam setiap amalan kami. Ameen ya Rabb!

Allahu’alam.

5 thoughts on “Bukan Filet Ikan Kod

  1. kesiannya… insaf insaf..
    yalah… LALAI nya adeq dgn masa.. dgn HIDUP tok.. lgk tepat rasanya.

    kesian Herbie, kesian lgk perut nok xpat mkn filet ikan kod…

    *weyh, dr upa map ya… kdk jauh jak.. tp dr cara kt crita kdk dekat jak..
    kakak terbang kaa apa?? x)

    take care aite. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah.

    Ya Allah, jauhkanlah kami dari segala bencana dan kecelakaan. dan jauhkanlah kami daripada melakukan dosa dan selamatkanlah kami daripada azab api neraka. Amin.🙂

  2. Salam.

    Woh. Nasib bait ktk stayed back for solat isya’. Imagine if you went there earlier ka…nauzubillahminzalik.

    Take care!

    1. Salam,

      Alhamdulillah, kmk pun terfikir gia juak eh. Tapi kmk terfikir pasal bas yang kamek nait ya yang ambik masa lamak berhenti kat salah sebuah bus stop sebelum sampe rumah.

      Thanks Nurisa. Harap ktk di sinun semua ok jak and take care juak.🙂

      (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s