Bangun Pagi & Tanya Diri

Alhamdulillah, selepas hujung minggu yang hectic dan menarik dengan kedatangan tetamu dari Cardiff (i.e. Kak Dayang dan kawannya), rasa refresh kembali dengan rehat semalaman tadi dan hari ini pula cuti! Cuti seminggu selepas exam.

Baru sebentar tadi, ingin menulis ‘things-to-do-list’ dan apabila menulis tarikh tu, 1.02.2010, terasa seperti cepatnya masa berlalu (klise). Tidak semena-mena terfikir akan persoalan yang perlu dijawab oleh diri setiap hari.

“Apa tujuan aku ada di dunia ni?”

Jika kita ada jawapan yang BETUL dan TEPAT kepada persoalan tersebut, timbul pula persoalan;

“Kalau begitu, sejauh mana aku dah buat untuk memenuhi tujuan itu?”

Namun andai kata jawapan kita KURANG TEPAT berkenaan tujuan kita ada di dunia ni, tertanya-tanya pula diri;

“Masih sempatkah untuk aku hidup dengan memenuhi TUJUAN SEBENAR kepada adanya aku di dunia ni? Wajarkah untuk aku tangguhkan dalam usaha memperbaiki diri dan menambah ilmu diri untuk memenuhi TUJUAN hidup tersebut?”

Kalau was-was lagi dengan jawapan kita tentang persoalan pertama tadi, mungkin terdetik di hati;

“Betulkah hidup aku di dunia ni, HANYA untuk bangun pagi, breakfast, mandi, pergi sekolah dan belajar/pergi kerja dan bekerja, beramah-mesra dengan kawan-kawan dan jiran tetangga, bersukan menyihatkan badan, tengok TV membuang kebosanan, dan bla, bla? ATAU ada sesuatu yang perlu aku buat, sesuatu yang spesifik, sesuatu yang bermakna?

” Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”

Surah Az-Zariyat : 56

Namun, atas segalanya andai tak tahu bagaimana nak bermula kepada persoalan-persoalan tersebut atau tak pernah terfikir langsung pun akan soalan tersebut, mungkin boleh cari dulu jawapan kepada persoalan;

“Antara SYURGA dan NERAKA, di mana akan aku berada akhirnya?”

Hidup Yang Baik Tidak Menjamin Akhir Yang Baik

Mungkin benar seperti yang disebut oleh Stephen Covey, kita perlu “begins with the end in mind”. Apabila kita tahu destinasi atau tujuan akhir yang ingin kita capai, akan menjadi lebih jelas kepada kita bagaimana harus kita meniti jalan untuk menuju ke destinasi akhir tersebut.

Berbeza dengan jika kita hanya memulakan perjalanan, memilih jalan yang baik, menggunakan kenderaan yang baik, tetapi hakikatnya tidak pasti ke mana tempat yang hendak dituju. Maka, menjadilah kita pengembara atau pemandu yang membuang masa pada perkara yang tak sepatutnya.

Mungkin ramai antara kita yang bersyukur dengan hidup yang kita tempuhi. Keluarga yang baik. Pencapaian dalam hidup yang baik semasa studi dengan deretan A atau semasa bekerja dengan gaji yang mencapai 5 atau 6 angka. Tubuh badan yang sihat untuk menjalankan semua aktiviti harian. And the list goes on…

Kalau ada ujian atau masalah hidup pun, alhamdulillah masih boleh diatasi. Tiadalah yang sampai merasakan putus asa dengan hidup dan ingin cepat-cepat mengakhirkan hidup (na’uzubillah min zalik). Bearable, kata orang puteh.

Ya, mungkin kita hidup dengan baik. Kita selesa dengan hidup yang kita jalani. Tetapi,dengan kehidupan yang ‘baik’ itu, apakah sudah menjamin letaknya kita di syurga dan terhindar dari pengakhiran di neraka?

Seorang sahabat mengongsikan satu kisah.

Seorang ulama’ yang soleh lagi wara’ di suatu ketika dahulu, pernah suatu hari meminum susu dan sakit perut selepas meminum susu tersebut. Lantas, dia meyakini sakit perutnya itu adalah DISEBABKAN OLEH SUSU TERSEBUT. Akhirnya, di akhirat dia dipanggang di neraka. Kerana apa? Kerana i’tiqadnya (baca: keyakinannnya) bahawa SAKIT itu DISEBABKAN OLEH SUSU. Sedangkah hakikatnya Allah jua yang menjadikan sakit itu dan SUSU itu hanyalah sebagai ASBABnya.

(maaf kalau kisah ini kurang tepat dari penceritaanku dan mungkin tidak mampu membekalkan sumber yang sohih, tetapi mudah-mudahan ada sesuatu yang boleh kita pelajari dari kisah ini hendaknya)

Bila aku dengar kisah tersebut, terfikir yang perkara seperti itu (i’tiqad kepada sesuatu kejadian) memang terbiasa berlaku dalam kehidupan. Astaghfirullah.

Point yang cuba aku sampaikan ialah, walau baik mana pun kita rasa pada diri kita, walau baik mana pun kehidupan kita, namun kita tak terlepas dari melakukan kesalahan-kesalahan yang akan memberi kesan kepada pengakhiran hidup kita. ANDAI, kita tiada ilmu yang boleh membimbing kita.

Sahabat yang sama mengongsikan sebuah puisi (atau kata-kata hikmah?)

Semua orang berilmu akan binasa, jika tidak diamalkan

Semua orang beramal akan binasa, jika tidak ikhlas

Semua orang yang ikhlas akan binasa, jika tidak mendapat hidayah Allah

Jalan Yang Dititi

Jika kita sedar dan faham akan hakikat yang tuntutan melengkapkan diri dengan ilmu asas Islam itu wajib, maka kita wajib bersyukur dan manifestasi kepada kesyukuran itu ialah dengan berusaha untuk melengkapkan diri kita.

(Disclaimer: bukan aku menyatakan ilmu yang langsung datang dari Al-Quran dan hadith adalah SATU-SATUnya ilmu Allah, malahan setiap ilmu termasuklah kejuruteraan, perubatan, musik, bola sepak, dan banyak lagi, semua pun adalah ilmu Allah. Jadi, dalam kedua-dua cabang ilmu pun perlu bersungguh-sungguh dalam menuntutnya)

Dan juga, TIADA HAD UMUR untuk kita mula belajar. Muda atau tua, kita perlu belajar untuk membolehkan kita beramal dan beribadat dengan sebetulnya.  Contohnya, kita bersolat, tetapi yakinkah kita solat itu Allah terima? Mungkin sahaja tertolak kerana kita tak buat dengan sempurna. Kita tak mampu buat dengan sempurna kerana kita kurang ilmu tentangnya.

Sekali lagi, apa yang ingin ditegaskan ialah jika kita merasakan hidup kita sudah cukup ‘baik’ atau diri kita sudah cukup ‘baik’, masih tidak menjamin kita akan mendapat pengakhiran yang ‘baik’ kerana pasti ada kesalahan yang kita lakukan secara sedar atau tidak. Bagi memastikan kita terpelihara daripada kesalahan yang boleh merosakkan amal kita, maka sebab itulah kita perlu kepada ilmu.

Ada banyak buku di pasaran yang boleh kita baca. Blog-blog golongan asatizah yang kita boleh akses secara percuma di alam maya. Atau usrah-usrah mahupun majlis ilmu yang dianjurkan oleh komuniti di universiti atau tempat tinggal kita. Semua itu adalah antara JALAN YANG BOLEH DITITI untuk melengkapi diri dengan ilmu.

Aku mengakui, dengan bacaan buku, blog para asatizah, atau kedatangan ke usrah tidak akan menjadikan kita ke tahap ulama’, mufti,  atau mujtahid yang boleh mengeluarkan hukum, namun dengan yang disenaraikan itu SEKURANG-KURANGNYA kita boleh memperbaiki diri dan kefahaman kita tentang Islam untuk kita beramal dengan lebih baik.

Ia juga boleh menjadi pencetus motivasi untuk kita beramal dengan lebih banyak juga menjadi teguran dan peringatan kepada kita tentang maksiat yang kita terus-menerus lakukan dan kebaikan yang belum lagi kita lakukan.

Syurga Tempat Orang Hebat

Bagaimana kita boleh selesa dengan hidup dan diri  kita yang kita terperasan sebagai ‘baik’ tetapi pada masa yang sama kita mengakui hakikat yang kalaulah di syurga ada kawasan perumahan, semestinya kita TAK LAYAK pun nak berjiran dengan Rasulullah, para sahabat, serta orang soleh yang lain.

Rasulullah, kasut baginda penuh darah kerana dibaling batu oleh penduduk Taif semasa baginda berda’wah kepada mereka. Kaki baginda bengkak-bengkak kerana melakukan ibadat tanpa jemu. Apabila ditanya Aisyah mengapa seorang Rasulullah yang semestinya dijanjikan syurga masih ingin bersungguh melakukan semua itu, kata baginda, “Salahkah aku menjadi hamba Allah yang bersyukur?”

Para sabahat, segala harta dan kemewahan dibuang dari diri untuk Islam, badan-badan mereka punya parut hasil daripada perang menentang musuh Islam yang dijadikan ‘bukti’ untuk mendapatkan tiket ke syurga.

Tetap kita, apa yang kita ada? Solat 5 waktu yang belum tentu diterima atau tidak oleh Allah? Puasa yang belum tentu ikhlas kerana Allah? Gelaran ‘haji’ dan ‘hajah’ yang belum tentu terlepas dari rasa riak dalam kalangan manusia? Sedekah yang diberi hanya apabila kita ada syiling lebihan di atas meja?

Penutup

Sekali lagi, tulisan untuk refleksi diri. Peringatan buat diri. Maka, ingatkan aku andai aku terlupa.

Ya Allah, jadikan kami muslim yang baik, mukmin yang sejati, dan hamba-Mu yang bertaqwa dalam setiap yang kami lakukan dalam kehidupan. Ameen ya Rabb!

p.s. yosh, February 2010! Sudah layak untuk berdaftar sebagai  Pemilih dengan SPR.😛 Looking forward dengan PRN Sarawak yang dijangka akan diadakan dalam tahun ini juga.

Allahu’alam.

4 thoughts on “Bangun Pagi & Tanya Diri

  1. huhu.. what is the purporse of life…

    kalau kita jauh daru Nya kita rasa resah gelisah.. bila kita dekat dengaNya kita rasa tenang.. tapi adakah amal kita cukup.. T_T

    b4 tok ad juak rasa.. knk la aku x pande kdk orang lain.. hariya ad baca buku pasal dajjal.. dajjal ya pande gilak2.. KAW2.. pande gilak sampe sombong.. x mok mengaku Allah ya tuhan.. ya la tek mun kita ad lebih sikit dari orang ad juak rasa riak nak.. ya baruk sikit..

    semoga kita tok masih di jalan yang benar😀

    btw happy bday😀

    1. Semoga kita tetap terus berada di jalan yang benar sampe ke ahernya. ameen.

      thanks for the wish Nash. happy belated birthday untuk kau.🙂

      p.s. eh, kalau kau baca tok, mok tanyak, kau xda facebook ka? Mun ada, add eh. Lamak sik nengar brita. blog pun cam dah xpat dimasuk gik. T_T

      (^_^)

  2. aish.terkeluar air mata bila realized, that our ibadat yang rasa dah try buat habis baik ni pun x setanding para sahabat, ulama etc.

    astagfirullah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s