Buat Salah dan Kena Denda

Agak lama juga sejak kali terakhir aku menulis di laman ini. Minggu ini, sudah selesai 3 minggu pertama semester kedua di tahun keduaku di University of Bath. Semester ini ada beberapa subjek yang menarik. Antaranya kami diperkenalkan dan belajar berkenaan perisian komputer seperti MATLAB untuk process mathematical modelling. Selain itu, kami juga mula belajar perisian design seperti AspenPlus dan khabarnya akan menggunakan Microsft Visio juga.

Selain itu, ada satu subjek iaitu Management. Apa yang menarik berkenaan subjek ini, kami keluar sebentar daripada dunia teknikal dan belajar perkara-perkara berkaitan economics, risk management, dan law! Satu perkara baru yang aku belajar dari law ni, ialah beza antara Common Law dan Civil Law. Kalau di Britain ni, mereka menggunakan Common Lawwhere laws are determined by judges based on previous cases. Tetapi kita di Malaysia menggunakan Civil Law – undang-undang ditulis dan dibukukan.

Mu’aqabah

Kali ini ingin berkongsi tentang “mu’aqabah”. Pertama kali aku mendengar term ini adalah lebih kurang setahun yang lalu. Apa mu’aqabah ni? Mu’aqabah ini merupakan salah satu daripada tahap-tahap penyucian jiwa (tazkiyah an-nafs) iaitu:-

  1. Musyarathah (penetapan syarat)
  2. Muraqabah (pengawasan)
  3. Muhasabah setelah beramal
  4. Mu’aqabah (menghukum diri atas segala kekurangan)
  5. Mujahadah (Bersungguh-sungguh)
  6. Mu’atabah (Mencela diri).

Dari segi bahasanya, mu’aqabah berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu ‘iqab. ‘Iqab ni secara mudahnya boleh lah kita fahami sebagai denda.

Dalam kehidupan kita ni, kita sangat terdedah kepada melakukan kemaksiatan. Bila disebut melakukan maksiat ni, lazimnya masyarakat kita menafsirkannya sebagai ‘berdua-duaan di taman bunga’, ‘menggunakan khidmat-khidmat di rumah urut’, dan sebagainya. Tetapi harus difahami maksiat ni ialah apa-apa sahaja dosa yang kita lakukan terhadap Allah.

Meninggalkan solat itu maksiat.

Mencuri itu maksiat.

Menipu itu maksiat.

Denda Bermanfaat

Namun demikian, tidak semestinya apabila melakukan maksiat sahaja manusia boleh bermu’aqabah. Ada manusia hebat yang jika kelazimannya untuk melakukan qiyammulail setiap malam, tiba-tiba terlepas pada satu malam, pun dia melakukan mu’qabah kerana berasa bersalah di atas ‘terkurangnya’ amal harian beliau. MasyaAllah!

Ok, itu sedikit intro tentang mu’aqabah. Untuk contoh yang simple, kadang-kadang ada masanya kita terlepas solat Subuh. Ataupun sipi-sipi sempat dengan ‘Subuh gajah’ atau ‘Subuh dinasor’ (maksudnya, masa Subuh hampir habis baru melakukan solat Subuh). Astaghfirullah! (-_-)

Jadi, dengan konsep mu’aqabah ni, kita boleh mendenda diri kita atas kesalahan tersebut. Uniknya dalam Islam, kita tidak dibenarkan untuk mendenda diri kita dengan perkara-perkara yang boleh memudaratkan diri kita. Contohnya, kita tidak boleh memukul diri sendiri kerana kita merasa amat bersalah setelah melakukan sesuatu dosa. Itu bukan cara yang Islam ajar.

Jika kita mendera diri sedemikian rupa iaitu dengan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dikhuatiri akan semakin menambah dosa kita pula.

Antara yang boleh dilakukan untuk ‘mendenda diri’ ialah dengan meningkatkan amalan-amalan sunat. Jika kebiasaannya kita membaca 4 muka surat al-Quran sehari, maka untuk mu’aqabah diri, kita perlu membaca 2 kali ganda daripada kebiasaan untuk tempoh seminggu, katakan.

Ataupun, jika kita biasa bersedekah RM1 seminggu di masjid, maka untuk mu’qabah, kita sedekah RM10 seminggu di masjid.

Secara ringkasnya, kita mendenda diri dengan menambah dengan banyaknya amalan kebaikan. Hal ini kerana kita terpaksa melawan nafsu kita yang suka untuk berehat-rehat atau beringan-ringan dalam beribadah.

Tidak mudah untuk kita menambah amal kebaikan kita, setuju? Kalau tak percaya, cuba kalian gandakan bacaan al-Quran kalian setiap hari dan lihat selama mana kalian bertahan dan konsisten untuk berbuat demikian. Namun jika berjaya konsisten, subhanallah! Ganjarannya kembali kepada kalian juga.

*baca al-Quran merujuk kepada membaca ayat-ayat bahasa Arab dan terjemahannya sekali*

Satu lagi bentuk mu’aqabah yang baik ialah dengan berpuasa sunat. Sesungguhnya amalan puasa itu mampu melatih keikhlasan diri kerana puasa sunat merupakan amalan kita yang hanya Allah dan kita sahaja yang tahu. (Muhasabah: Jika kita berpuasa sunat tetapi seantero dunia maklum yang kita sedang berpuasa sunat pada hari itu, adakah terjejas keikhlasan kita sebenarnya?)

Denda Bermanfaat 2

Ada seorang ustaz pernah menyatakan, kalau nak denda diri ni, kita juga boleh buat dengan melakukan perkara yang bukan berbentuk ibadat khusus. Contoh yang diberikan ialah mencuci toilet!

Bolehkah kalian bersetuju bahawa kerja mencuci toilet bukanlah sebuah pekerjaan yang digemari untuk dilakukan oleh kebanyakan kita?🙂 Jadi, kita boleh mendenda diri kita dengan melakukan perkara yang kita tidak gemar tetapi perkara itu sangat memberi manfaat kepada diri kita dan juga orang lain.

Contoh lain, jika di rumah, mungkin kita tidak gemar untuk membantu dalam kerja-kerja membersihkan rumah. Jadi, jika kita hendak mu’aqabah diri, maka kita boleh ‘memaksa’ diri kita untuk membuat kerja-kerja rumah tersebut secara konsisten selama seminggu. Implikasinya, rumah bersih, ibu bapa pun gembira! Manakala hati kita terlatih untuk menundukkan nafsu yang ingin berwenang-wenang sahaja.

Pengalaman Sendiri

Satu perkara yang pernah aku buat untuk mu’aqabah ialah memastikan sinki di rumah sentiasa bersih jika aku ke dapur. Aku tidak gemar akan sinki yang dibiarkan dengan periuk belanga pinggan dan gelas yang belum dibersihkan selepas masak atau makan. Namun, secara normalnya, I couldn’t be bothered to wash the dishes that weren’t mine. (maaf untuk statement yang selfish ini)

Namun, ada satu ketika di mana aku mengaplikasikan mu’qabah ini, untuk tempoh seminggu (kalau tak silap), aku dengan sukarela akan membersihkan apa-apa yang ada dalam sinki setiap kali aku ke dapur dalam tempoh tersebut.

Bukan ingin menulis perkara yang tidak perlu, tetapi apa yang ingin aku kongsikan ialah kesan jika kita berbuat sedemikian – kesan jika kita melawan nafsu kita untuk melakukan perkara kebaikan yang kita tidak gemari. Alhamdulillah, aku rasa kesan positif itu tetap mendominasi walaupun dari sudut lain kita mungkin merasakan jika melakukan sedemikian masa kita sendiri yang banyak dikorbankan.

Implikasinya, aku rasa lebih tenang. Jika sebelum ini dengan perasaan selfish, diri merasa stress. Jika sebelum ini, kesabaran terasa tercabar, maka dengan melakukan sedemikian, hati terlatih untuk menjadi lebih sabar menghadapi kepelbagaian karenah manusia. Kenapa perlu berasa tidak sabar, aku pun tidak perfek bukan?

Kisah Mu’aqabah Para Sahabat

Diriwayatkan bahawa suatu hari Saidina Umar r.a. pergi ke kebunnya. Setelah pulang, didapatinya orang-orang sudah selesai melaksanakan solat Asar. Lantas beliau berkata, “Aku pergi hanya untuk sebuah kebun, aku pulang orang-orang sudah solat Asar, ini kebunku aku jadikan sedekah buat orang-orang miskin.”

MasyaAllah! Itulah peribadi hebat yang dimiliki oleh sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau hanya terlepas solat berjemaah, bukannya terlepas waktu solat tetapi atas sebab itu, seluruh kebunnya disedekahkan oleh beliau kepada orang-orang miskin.

(aw kama qaal)

Penutup

Jika dalam dunia serba canggih ni, kita terlalu biasa mendengar perkataan ‘upgrade’. Upgrade operating system (OS) komputer, upgrade handphone, dan pelbagai upgrade yang lain kita suka untuk buat. Kita buat upgrade-upgrade tersebut kerana kita inginkan performance dan hasil yang lebih baik.

Begitu juga (malah lebih lagi) dengan iman dan taqwa. Iman dan taqwa perlu diupgrade. Tidak bermakna jika kita sudah selesai memenuhi segala rukun Islam dan rukun iman, maka cukup sekadar itu. Itu hanya peringkat biasa-biasa. Ingatkah dengan analogi ‘berjiran dengan Rasulullah dan para sahabat di syurga’? Jika tahap iman dan taqwa yang biasa-biasa sahaja, dikhuatiri kita tidak layak untuk memasuki syurga-Nya.

Untuk meningkatkan iman dan taqwa, salah satu cara yang boleh kita lakukan ialah dengan sentiasa menyucikan jiwa dengan amalan-amalan yang Allah sukai. Yang utama, keikhlasan dalam amalan. Sentiasalah berdoa agar Allah menggolongkan kita dalam kalangan ‘mukhlisun’ (orang yang diberi keikhlasan oleh Allah).

Satu lagi peringatan buat diri.

Allahu’alam.


7 thoughts on “Buat Salah dan Kena Denda

  1. salam wbt..

    suka post tok, harap nya dapat nulong cairkan balit ati kamek yang makin ari, makin terdedah dengan perkara2 yang boleyh ngeraskan ati.. naudzubillah..

    makseyh ntuk post tok.. mudahan NYA tambahkan ilham ntuk kitak terus berblog.. Allahumma ameen.. =]

    1. Wassalam Kak Dayang,

      Alhamdulillah, moga bermanfaat. huhu, sebenarnya kita semua pun memang terdedah ngan perkara-perkara tok, nau’zubillah min zalik.

      Jazakillahu khair atas doa.

      p.s. bila nak update blog?🙂

      (^_^)

      1. hehe.. insyaAllah lamak lagik rasa nak update blog..
        tapi nang rasa rugi juak pabila x merekod kehidupan tok, sebab kamek jenis mudah lupak..
        banyak dah benda kamek terlupak tok.. hadoii..

        =]

  2. hrmmm banyak yg boleh diambil iktibar dr post ni.bagos2.lepas ni makin bersih laaaa dapur n toilet aku kat sini hehehe.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s