Nasional Ka, Lokal Ka

Ok. Cadangan untuk mengupdate blog dengan kekerapan seminggu sekali nampaknya kurang berhasil. (-_-“)

Minggu ni, minggu pertama cuti easter. Cuti 2 minggu sahaja. Weekend lalu, aku telah selamat pergi ke dan kembali dari program Peace of Palestine anjuran Iluvislam.com di Surrey.

Terima kasih kepada penganjur, sahabatku Wani sekalu Pengarah Teknikal program, Fatin selaku Pengarah Modul POP (tahniah!), Akmal selaku penceramah tajuk ‘Antara Fateh & Kamal’, Azad selaku penambah perisa ceramah Akmal, Ustaz Erfino selaku penceramah tajuk ‘Peace of Palestine’, serta Ajah yang menumpangkan rumah dan makanan sepanjang di Surrey selama 2 malam.🙂

Tulis Apa

Terlalu lama tak menulis, jadi tak tahu pula nak tulis apa. Seharusnya menjadi prinsip seorang penulis, biarlah apa yang ditulis itu memberi manfaat kepada yang membaca. Bukan hanya suka-suka. Aku kira, isu yang menjadi kecenderungan untuk aku tulis ialah isu yang paling kerap aku hadapi atau isu yang dihadapi dan memberi impak, lantas menjadi sebahagian yang aku fikirkan, serta berusaha untuk mengatasi dan memperbaiki.

Maka, apakah tiada lagi isu yang ‘kerap aku hadapi, memberi impak, fikirkan, serta berusaha untuk mengatasi dan memperbaiki’? Tidak benar pula jika tiada.

Tambah, Tolak, Darab, Bahagi

Banyak bulan yang telah berlalu. Banyak yang berlaku. Laut pun pasang dan surut, hidup manusia apatah lagi. Seperti yang aku coretkan di atas, aku jadi tak tahu apa yang harus dinukilkan di sini (secara spesifik). Mungkin juga kebelakangan ini agak kurang mengikuti perkembangan semasa di tanah air, jadi kurang juga boleh berkongsi.

Namun, apa yang aku sedari masalah sosial, kebejatan akhlak, karakter yang korup, dan lain-lain permasalahan masih melanda dan semakin meruncing nampaknya di negara kita. Apa yang menarik perhatian, masalah pembuangan bayi yang berlaku dengan kadar yang semakin meningkat sejak mutakhir ini!

Satu perkara, yang wajar kita sedari (dan jangan tertipu), yakni; jika media massa menggembar-gemburkan sesuatu berita dengan dahsyatnya (contoh: character assasination kepada pemimpin bukan kerajaan), tidak semestinya berita itu 100% benar. Sebaliknya, jika media massa tidak lagi menggembar-gemburkan sesuatu berita, tidak bermakna isu atau kes itu sudah selesai atau reda.

Sebagai contohnya, isu Palestin. Aku yakin yang kalian boleh bersetuju kita hanya akan semangat menderma, memboikot, mengecam, dan sebagainya jika dan hanya jika isu Palestin dikeluarkan di kaca TV berhari-hari atau minggu lamanya selepas berlaku serangan hebat oleh Israel.

Merah Saga by Shoutul Harakah

Namun, sampai satu tahap, berita itu akhirnya tidak lagi kedengaran. Kita pun semakin tidak kisah, boikot pun sudah tak perlu. Selaku orang awam, dengan mudahnya minda kita menafsirkan “apabila tiada lagi berita, maka isu itu sudah reda”. Orang Palestin sudah bahagia, tiada lagi sengsara. Jika kita berfikir begitu, kita telah tertipu!

Hakikatnya, walaupun berita Palestin tiada lagi kedengaran di kaca TV, corong radio, mahupun keratan akhbar, orang Palestin masih dalam sengsara, orang Palestin masih dalam duka dan derita, manakala Israel terus bermaharajalela.

Sama juga isu kes buang bayi, ada satu tempoh semasa hujung bulan 2 dan awal bulan 3, hampir setiap hari media massa melaporkan kes buang bayi di sana sini di seluruh pelusuk negara. Menteri berwajib sibuk berkata, “Kita mesti itu dan ini..”. Jabatan itu dan ini pun sibuk berkata, “Semua ini perlu diatasi..bla..bla..bla..” Bagus, semua ambil cakna. Bukan orang atas sahaja, rakyat marhaen seperti kita semuanya terkedu seketika. Ya, seketika sahaja.

Melaka, 10 Feb 2010

Habis satu tempoh, isu itu semakin sunyi dan senyap. Rakyat marhaen seperti kita lantas bergembira. ‘Tiada kedengaran lagi kes buang bayi nampaknya,’ cetus hati kecil kita. Lalu kita menganggap isu itu selesai, tiada apa yang perlu dirisaukan lagi.

Hakikatnya, menurut statistik, semenjak tahun 2000 sehingga Julai 2008, seorang anak luar nikah dilahirkan setiap 17 minit 17 saat! Itu adalah statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah – sesuatu yang direkodkan, anak-anak yang hidup! Agak-agaknya, berapa banyak lagi yang tak dilaporkan, berapa ramai anak-anak tak berdosa yang tak sempat hidup di dunia? Mungkin, setiap 5 minit barangkali berlakunya kejadian anak luar nikah ini. Nau’zubillah min zalik.

Terkini! Kuala Lumpur, 31 Mac 2010

Petikan dari Berita Harian:

Beliau berkata, siasatan sedang dibuat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit sama ada anak itu mati sebelum, selepas atau ketika dilahirkan.

Jika sabit kesalahan, mereka yang bertanggungjawab boleh dihukum sehingga dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.”

(Lihatlah! Kalau kita nak komen bentuk hukuman yang terkandung dalam buku undang-undang, mungkin kena buat lagi satu entri lain. ADILkah hukuman itu? ADIL ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Lawan kepada ADIL ialah ZALIM. Kalau orang kata undang-undang yang negara kita amalkan kini ZALIM, adakah kita masih tak bersetuju?)

Dua contoh yang mampu aku selitkan di sini untuk sama-sama kita sedar bahawa sesuatu yang kita tak lagi dengar atau tak nampak, tak semestinya bermaksud bahawa perkara itu tiada. Otak anda dalam kepala. Anda tidak pernah nampak otak anda. Adakah otak  anda tiada ? Tidak semestinya.

Isu Nasional Ka, Lokal Ka

Kalaulah aku minta setiap yang membaca ini untuk mengongsikan sekurang-kurangnya satu masalah sosial di peringkat lokal (sekolah, kampung, taman perumahan, keluarga, kawan-kawan), atau nasional mahupun global, mungkin ada berpuluh-puluh lagi kes kejatuhan moral yang berlaku.

Aku menulis begini, pastinya dengan kecuakan sendiri di dada. Kalau aku berani menampilkan masalah yang berlaku di peringkat nasional, sejauh mana aku berani mengaku masalah di peringkat lokal? Terutamanya dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan yang terdekat denganku. Pastinya, aku mendoakan agar kita semua, kami semua terpelihara dari semua permasalahan sosial yang menjadi trend semasa.

Aku juga harus cuak, aku dan mungkin juga kalian sedar, kewajipan amar ma’ruf nahi munkar ini. Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 110:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Jika itu satu kewajipan dan berbuat tidak tahu sahaja akan kewajipan itu, apakah kita??

Penutup

Entri ini sepertinya nampak tergantung. Pung pang pung pang tulis tentang masalah. Semua pun dah tahu kalau tak baca di sini pun. Ini tulisan tak proaktif! Apa solusinya??

.

..

Dalam surah An-Naziat 27-33, Allah memberitahu kepada kita bahawa Dia menciptakan langit, bumi, air, tumbuh-tumbuhan, gunung, dan juga binatang ternak. Kemudian, dalam ayat 33, Allah memberitahu kita:

(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

Jika Allah ciptakan segala yang ada di dunia ini untuk kita, maka KITA DICIPTAKAN UNTUK APA?

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi“. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

Tentu kita ada peranan yang boleh kita mainkan. Tentu kita ada cara untuk perbaiki keadaan. Ya, kita boleh ada ‘circle of concern’ (perkara-perkara yang kita risaukan) yang besar tetapi apa yang utama, kita perlu bertindak dalam ‘circle of influence’  yang kita ada (apa yang realistik untuk kita lakukan).

Mungkin boleh sama-sama fikirkan (dan kongsikan?) apa yang boleh kita lakukan.

Sehingga membaca, menulis, dan membaca lagi, insyaAllah.

Allahu’alam.

2 thoughts on “Nasional Ka, Lokal Ka

  1. agree with the boycott issue.
    ris cm terkejut my friends ade yg dah x boikot barang israel and stuff.
    i was like, do they think israel-palestin war is over?
    sebab if kita x mampu nak tolong perang for palestin, the least we can do is boikot israel stuff and include the palestine in our doa.that’s what i think.😉

    1. Hari tu masa saya pergi Peace of Palestine, one of the slots cakap pasal Palestine, tapi not the typical kind of talk yang saya biasa dengar tentang Palestine.

      Kalau yang tipikal, biasa penceramah akan cerita pasal apa yang Israel buat, bombings, killings, sekatan makanan, perubatan, etc. Lepas tu pasal tanah Palestine yang makin kecil, dll.

      Tapi, dalam ceramah yang saya dengar masa POP tu, Ustaz Erfino punya talk memberi kesedaran kat kita yang kita tak akan mampu tamatkan kesengsaraan orang Palestin hanya dengan bantuan duit, makanan, perubatan, mahupun boikot.

      Bukanlah bermaksud ustaz nak kata semua tu tak penting. Point ustaz ialah walaupun dengan bantuan tu semua, Palestin tetap macam tu. Penindasan dan penderitaan tetap berlaku di Palestin.

      Satu keyword dalam isu nak bantu Palestin ialah ‘polisi’. Kita (baca: umat Islam) perlu jadi orang yang mampu ubah polisi/dasar, khususnya yang berlaku ke atas Palestin.

      Sebabnya, apa yang berlaku ke atas Palestin hari ini adalah kesan tak langsung daripada ‘kecuaian’ pemimpin Islam terdahulu masa zaman penjajahan Barat, di mana diorang sign perjanjian-perjanjian yang menatijahkan Palestin jatuh ke tangan Yahudi, sehinggalah tertubuhnya negara haram Israel.

      (sori tak dapat cerita dengan detail sebab benda ni ada kaitan dengan fakta sejarah, which saya pun tak berapa nak tangkap, cuma apa yang saya tulis atas tu adalah essence kepada apa yang ustaz bentangkan)

      Then, ustaz juga timbulkan persoalan, kalau Allah nak bebaskan Palestin (dari kesengsaraan) anytime pun Allah boleh buat sebenarnya. Tapi, kita (umat Islam hari ni) masih ‘belum layak’ untuk terima keberkatan dari Allah.

      Ustaz kata, apa yang perlu kita usahakan ialah bukan macam mana nak tolong orang Palestin tapi perlu lebih kepda usaha macam mana supaya kita layak dapat keberkatan/pertolongan Allah.

      Belum layak sebab kita sendiri kurang rasa ‘keizzahan’ kepada Islam. Kita tak bangga jadi orang Islam. Kita masih tunduk dengan kepentingan dunia, dll. Tengok saja negara-negara Islam (baca: OIC), tak ada suara pun dalam PBB. Kita tak mampu ubah polisi/dasar dalam PBB. Kita tak ada kuasa veto.

      Langkah praktikal yang boleh kita buat, kita perlu kembalikan kepimpinan Islam. Kalau di peringkat global terlalu besar untuk kita capai, sekurang-kurangnya dalam diri kita, sejauh mana kita nakkan sistem pemerintahan Islam ditegakkan. Sejauh mana kita yakin dan berusaha ke arah itu.

      Sekurang-kurangnya dalam diri kita perlu ada keyakinan tersebut dan seterusnya berusaha atau sokong usaha tersebut di dalam negara kita sendiri.

      Masalahnya, apabila masyarakat merasakan politik dan agama itu tak boleh dicampurkan. Ataupun, merasakan urusan politik tu bukan urusan kita. Sedangkan politik pun sebahagian daripada Islam dan Rasulullah sendiri tokoh politik yang hebat (pemimpin Madinah, penggubal dasar i.e. Piagam Madinah)

      Last but not least, ustaz Erfino kongsikan petikan dari kitab Muqaddimah by Ibn Khaldun:

      1) Kerajaan/kekuasaan tak akan dapat dijelmakan melainkan dengan pengimplementasian shariah

      2) Shariah tak boleh dilaksanakan tanpa kekuasaan

      3) Kekuasaan/negara tak dapat jadi kuat tanpa rakyat/orang

      (lebih kurang maksudnya, yang ditulis tu 3 daripada 8 prinsip yang digariskan oleh Ibn Khaldun).

      Thanks very much for your response Ris. Betul, at least doa untuk mereka (dan untuk kita juga, mudah-mudahan kita layak dapat keberkatan dari Allah).😉

      Allahu’alam.

      (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s