Karipap

Yesterday, I called my mother, the usual weekly call. But yesterday, I asked her something, and as a result, this is what I’ve got:

————————————————-

From: Aluyah Binti W****<*******@sarawaknet.gov.my>
To: sya_trams[at]yahoo.com
Sent: Fri, April 30, 2010 1:22:38 AM
Subject: KARIPAP

Bahan Untuk Kulit:

UNTUK KULIT LUAR
700gm tepung gandum
100gm shortening (blh juga guna myk mkn)
5 sudu gula
Air secukupnya sehingga menjadi doh

UNTUK KULIT DALAM
300gm tepung
150gm marjerin

Cara membuat:
1.  Ambil sedikit adunan DALAM agak2 seberat 60gm dan adunan LUAR
seberat 100gm.
2.  Masukkan adunan DALAM ke adunan LUAR bulatkan dan giling sehingga
menjadi nipis.
3.  Golongkan adunan tadi ketat2 dan kemas, lepas itu potong adunan
setebal 1/2 inci.
4.  Adunan yang sudah dipotong bulat digiling jangan terlalu nipis,
sedang2 muat untuk dimasukkan inti.
5.  Buatlah sehingga habis.

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI:

Bawang merah  )
Bawang putih  ) – Diblen
Sedikit halia  )
Tepung cili
Tepung Kari
Gula & Garam secukup rasa

Daging cincang
Ubi kentang/Keribang

CARA MEMBUAT INTI:

Tumis bahan2 diatas, masukkan daging dan ubi sehingga lembut masukkan
sedikit air sehingga masak.

*SEMOGA KTK FAHAM APA NOK DITAIP MAMA TOK. BIASANYA MAMA MAIN AGAK2 JAK
CARA NOK BUAT KULIT YA PUN NOK SENANG MAMA PADH, ADA SIGEK G CARA
TAKUT KTK SUSAH NOK FAHAM. SEMOGA KARIPAP KTK SUKSES DAN YUMMI.
AMEEN…

————————————————-

Heh. Terima kasih banyak-banyak Ma! Semoga menjadilah karipap ya. insyaAllah.  😉

p.s. esok 1 May, Labour’s Day..No! Papa’s Birthday. Happy Birthday Papa! 🙂

(^_^)

Begini ATAU Begini ATAU Begini?

(Double posts. This post was written right after Please Sign This Petition!)

Tadi, semasa membaca al-Quran dan terjemahannya, ditakdirkan oleh Allah membaca surah Az-Zumar. Selesai 2 muka, cadangnya ingin menamatkan bacaan itu, mengakhirkan bacaan pada ayat ke 56.

(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: “Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (agama Allah dan penganut-penganutnya)”,

Az-Zumar : 56

Eh, macam tergantung. Huish. Lalu, aku membelek ke muka seterusnya (jika al-Quran anda resam Uthmani yang ada cop Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di belakangnya, lihat mukasurat 464). Bila aku belek ke page 465, ayat seterusnya dimulakan dengan ‘au’ (bahasa Arab) atau dalam bahasa Melayunya, ‘ATAU’.

Bukan satu ‘ATAU’, tapi dua ayat selepasnya pun ‘ATAU’ juga. (O_o) Interesting! What Allah has got to say to us in these very ayahs?

Atau (orang yang dimaksudkan dalam ayat ke-56) berkata: Kalaulah Allah memberi hidayat petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertakwa!

Az-Zumar : 57

ATAU lagi….

Atau berkata semasa dia melihat azab: Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!

Az-Zumar : 58

Itulah sikap kita, manusia. Apabila ‘kantoi’ culas melakukan sesuatu, macam-macamlah alasan kita, banyaklah ‘berkalau-kalau’ pula selepas itu. (-_-)

Kembali kepada surah Az-Zumar, dalih-dalih yang diberikan itu Allah tolak dalam ayat seterusnya;

(Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjuk-Ku (melalui Rasul-Ku), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!

Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam Neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur?

Az-Zumar : 59-60

Analogi

Pasti pernah dalam hidup kita, semasa masih cute dan comel di zaman kanak-kanak, ibu melarang kita daripada melompat-lompat dari satu kerusi ke satu kerusi, dari atas meja ke atas lantai, sehingga tak terlarat ibu melarang kita sambil diberikannya amaran pada kita, “Lompat lagi, lompat! Nanti jatuh baru tahu sakitnya, padan muka. Nak?” nada penuh geram sambil bibir diketap rapat. Geram-geram juga, geram kerana sayang.

"Kalau nak main lompat-lompat, kat sini..."

Akhirnya, gedebush! Sepandai-pandai budak cute dan comel melompat, akhirnya jatuh ke lantai juga. (haha, padan muka – dialog abang atau kakak ).

“NAH, kan ibu dah kata! Lompat lagi, lompat!” menjadi realiti akhirnya amaran ibu itu. Budak cute yang comel itu pun (kita??), selepas muka tersembam ke lantai, menggosok-gosok pipi dan lutut yang ‘tercedera’. Sikit…sikit…sikit…dan akhirnya, “HUWARGHHHH!!” Meletus jua tangisan atas kedegilan itu.

“Huhuhu..adik janji, adik tak akan lompat lagi! Ibu, maafkan adik. Huhuhu..Adik menyesal tak dengar cakap ibu. Huhuhuhu..” tangisan dengan sesal tak berkesudahan.

Persoalan, setelah sekian lama usia itu kita tinggalkan, apakah kita benar-benar tak melompat lagi selepas itu? (tersenyum). Sejarah membuktikan yang kita terus melompat, terjatuh, menangis, menyesal, dan melompat lagi! –>err, sampai kita matang dan benar-benar ikut cakap ibu bapa kita. (-_-“)

Dunia, Sentiasa Masih Punya Masa

Ya, kita boleh membuat salah, membuat salah, dan terus membuat salah di dunia kerana kita selalu fikir yang kita ada masa untuk tidak membetulkannya. Selepas setiap kesalahan, kita menyesal. Kita berazam untuk tidak mengulanginya.

Tetapi, akhirat itu berbeza! Sesalan di akhirat, tiada lagi bermakna. Banyak Allah ceritakan dalam al-Quran bagaimana manusia meminta dikembalikan ke dunia setelah berada di akhirat sana. Ingin membetulkan kesalahan yang dibuat di dunia. Setelah melihat kedahsyatan azab neraka yang menanti mereka.

Walau kita ada berbillion-billion duit dan harta, berpuluh-puluh peguam yang selalu menang bicara, mahupun pengaruh yang besar di seantero negara dan dunia, kita tak akan dapat menebus diri kita di mahkamah Allah di akhirat kelak atas kesalahan kita di dunia;

Dan sekiranya orang-orang zalim itu mempunyai segala apa jua yang ada di bumi, disertai sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab seksa yang buruk pada hari kiamat, setelah jelas nyata kepada mereka dari (hukum) Allah, azab yang mereka tidak pernah fikirkan.

Az-Zumar : 47

Chilleks, Apa Option Kita?

Sebelum Allah menempelak manusia dengan ‘ATAU-ATAU’ yang tertera di atas ini, Allah dah pesan awal-awal, apa yang patut dan seharusnya kita lakukan:

  • Jangan putus asa dengan rahmat Allah
  • Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

    Az-Zumar : 53

  • Kembali kepada Allah selagi masih sempat!
  • Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

    Az-Zumar : 54

  • Turutilah al-Quran, sebelum datang azab.
  • Dan turutlah Al-Quran sebaik-baik. (Panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

    Az-Zumar : 55

    Kemudian barulah Allah sebutkan betapa kita perlu menuruti semua itu agar kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang ‘menyesal’ seperti dalam ayat 56 hingga 58.

    Berita gembira juga Allah khabarkan pada kita, bahawa kita juga ada peluang diselamatkan (dari azab) jika dan hanya jika kita bertaqwa.

    Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dengan mereka mendapat kemenangan besar (keredaan Allah) mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk dan tidak akan berdukacita.

    Az-Zumar : 61

    Penutup

    Naqibah usrahku selalu mengingatkan yang ayat-ayat Makiyyah ni kebanyakannya diturunkan untuk membina dan menguatkan aqidah umat Islam semasa awal kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah menceritakan tentang kebesaran, keesaan, dan keagungan Allah s.w.t.

    Kemudian, diselitkan juga dengan berita-berita gembira buat orang-orang yang taat di samping amaran-amaran keras kepada yang ingkar. Semuanya untuk membawa kepada satu mesej yang sama, hidupnya kita di dunia ini adalah dari-Nya dan pasti akan kembali kepada-Nya.

    Sebelum kita kembali, maka perlulah kita menyiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya agar di akhir perjalanan itu nanti, kita dapat kembali dengan redha-Nya insyaAllah. Semoga kita terhindar dari murka-Nya.

    Akhir kata, bacalah surah Az-Zumar! 🙂

    p.s. disarankan baca ayat 41-67 (at least) berserta terjemahannya, untuk dapat essence yang lagi berkesan di hati, mudah-mudahan insyaAllah.

    Allahu’alam.

    Please Sign This Petition!

    Petition Title: Alcoholic Consumption and Improper Social Behaviours at Malaysian Events.

    Date: 26th March 2010

    On Friday 19th March 2010, a musical concert was held at the University of Manchester, an even organised by ‘Kugiran Negara ke United Kingdom Enterprise’ (KNUKE) in collaboration with the Malaysian Student Society of Manchester (MSSM). It featured a Malaysian band, ‘Couple’, along with a host of British bands that includes The Rays, House of Five, The Stowaways and The Beat Marshals and a junior band comprising of children around the age of 10. The concert took place between 6pm and 10pm at the Student Union’s Main Hall and was reportedly attended by approximately 150 people, 80-90% of which were Muslim Malaysians who are currently studying in Manchester.

    During the course of the concert eyewitnesses have confirmed that alcohol was liberally consumed by the majority of the people in the audience, including the said Muslim Malaysians. In a recent correspondence with the co-organizer (MSSM), it was claimed that neither the KNUKE nor the MSSM distributed or sold alcohol to the audience. While the organizers admitted to having served alcohol to the British bands upon request, it was only confined to the backstage room, a place where nobody apart from the organizers had access to. Several members of the audience have reported that Muslim Malaysians were seen buying alcoholic drinks from a bar outside the gig venue, and some claim that those who purchased alcohol later distributed it among the audience. Both KNUKE and MSSM have insisted that the organizers were in no position to prevent the purchase and distribution of alcohol due to the fact that the Student Union has no regulation that restricts such acts.

    Free mingling between members of both sexes was also on full display, according to reports by several members of the audience. Some Muslim Malaysians were seen kissing in public and engaged in manners unfit for students bearing the Islamic and Malaysian image. These behaviours could have been induced by the alcoholic consumption, even though most of the members of the audience were not drunk at the concert. Regardless of their mental state, the behaviours displayed by these students were below par by Malaysian standard and in serious breach of Islamic social regulations.

    Many students all over the UK are concerned with the reports above, primarily because it is felt that the activities mentioned above could have been prevented and should not be allowed to be replicated in any Malaysian event attended by Malaysian Muslims. The Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) has pointed out that not only was the consumption of alcohol at the concert a cause for concern, but the fact that there was even presence of alcohol at an event that claimed to be Malaysian and that it was attended by Muslims and children is a further point of worry. The consumption and distribution of alcohol is strictly prohibited in Islam and the Malaysian culture is against free and public display of affection between members of both sexes. It is believed that the behaviours indulged in at the concert were a gross distortion of the image of both Islam and Malaysia.


    We, representing the majority of students in the UK who are against the social conduct displayed at the concert, would like to strongly urge the Malaysian Student Department to do the following:

    1. Conduct a thorough investigation into how alcohol was freely distributed at an event hosted by Malaysian organizations who denied involvement in both the purchase and the distribution of alcohol among the audience. Those responsible, whether in professional or personal capacity, should be held accountable and given a gentle reminder of the appropriate social conduct that needs to be observed at an entertainment event such as this. We believe that this investigation needs to commence promptly so as to avoid a replication of the same social picture at the next concert featuring the Malaysian band Couple, which will also be attended by many Malaysian Muslims.

    2. Draw a clear set of regulations that needs to be abided by future organizers of like events. We are aware that part of the reason behind the excessive behaviours at the said concert was due to the fact there had been no definitive and concrete guideline of what is morally accepted in a social event and what is not. The MSD must play a central role in standardizing the social code of Malaysian entertainment events in the hope of preventing the presence of alcohol and the display of inappropriate behaviours among those in attendance.

    3. Produce a clear and firm statement regarding this issue for the attention of all Malaysian communities in the United Kingdom. It is hoped that once this is done, the message will be conveyed that what happened at the concert is not condoned and accepted by the Malaysian community.

    4. Commence efforts to ensure that all future Malaysian events are alcohol-free. It is widely accepted that the UK is steeped in its alcoholic tradition which Muslim students must respect. However, the respect given must be merely formal in nature and we believe that the MSD must attempt at creating an alcohol-free environment for Malaysian students where it is possible to do so and it is strongly held that the aforementioned concert was one such example. Promoting alcohol-free environments will not be difficult considering the high level of tolerance commonly associated with the United Kingdom.

    Your cooperation to support this cause and fulfill the requests as stated above is highly appreciated.

    SIGN THE PETITION


    Knowledge Is Light

    Pernahkah kalian mengalami kesukaran dalam memahami sesuatu ilmu? Baca punya baca, macam tak masuk-masuk. Lagi sedih, nak mula baca pun memerlukan 10,000 daya. Phew!

    Aku pernah. Penat begitu. Putus asa pun boleh jadi. Astaghfirullah.

    Ok, menulis pada hari ini kerana ingin mengongsikan satu lagi nasyeed yang menarik oleh Talib al Habib, “Knowledge Is Light”. Liriknya sebenarnya merupakan dialog antara Imam as-Syafie dan gurunya, Imam Waqi’.

    Pada suatu hari, Imam Syafie’ berjumpa gurunya sambil bertanyakan ”Mengapakah aku mengalami kesukaran untuk menghafal?”

    Tok gurunya, Imam Waqi’ berkata ” Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi tunjuk kepada pembuat maksiat”

    The great Imam as-Syafie,

    He went to his teacher, Waqi’

    Complaining about the weakness of his memory,

    He told him abandon rebellion,

    For the knowledge is light,

    And the light of Allah,

    Is not bestowed upon a rebel,

    The light of Allah,

    Knowledge is light!

    Zaman UPSR, PMR, SPM, elemen ‘berkat’ selalu ditekankan, dalam ceramah-ceramah motivasi, dan sebagainya. Kadang-kadang aku rindu dengan semua itu.

    Betapa nak menjaga ‘berkat’ itu dulu, sangat berhati-hati dalam apa jua perkara (almost). Bergaduh dengan adik-beradik, sanggup menurunkan ego, meminta maaf atas keterlanjuran.

    Dimarahi ibu atas kesilapan dan kesalahan yang biasa dibuat di rumah (seperti banyak untuk dilistkan, tapi semuanya tipikal), biar berbelas-belas kali meminta maaf sehingga kemaafan itu ibu berikan. Selagi tak dimaafkan, selagi itu hati tidak tenang. Jiwa resah, hati gundah gulana.

    Mengutuk guru dijauhkan. Hubungan dengan kawan-kawan diharmonikan.

    Itu ‘berkat’ dalam kerangka kehidupan yang dulu. Akauntabiliti diri kepada pesekitaran yang besarnya hanya sekangkang kera.

    Namun, semakin meningkat usia, cara pandang pada dunia semakin berbeza, semakin besar ‘akauntabiliti’ kepada pengetahuan yang ditimba dan diterima. Kemungkinan hilangnya ‘berkat’ bukan hanya akibat pergaduhan manja adik-beradik atau akibat terlambat bersiap untuk ke sekolah sehingga ibu terpaksa menunggu lama di kereta, tetapi punca hilangnya ‘berkat’ boleh saja berpunca dari ‘kata yang tidak dikota’, ‘amanah yang tak terlaksana’, dan sebagainya.

    Mungkin juga semakin ramai manusia yang dikenali sepanjang meniti hidup ini, keebarangkalian untuk mengguris hati dan rasa lebih ramai manusia itu juga boleh menjadi punca. Aku mohon maaf kepada yang pernah rasa teraniaya.

    Maksiat itu bukan hanya apabila melakukan larangan-Nya. Maksiat juga mungkin boleh berlaku apabila meninggalkan perkara kebaikan yang diperintahkan oleh-Nya, yang wajib mahupun sunat. Melewat-lewatkan solat contohnya. Niat yang baik ditangguh-tangguhkan. Contohnya berniat untuk solat berjemaah di masjid tapi acapkali dikatakan kepada diri, ‘esok-esoklah, kemudian-kemudianlah’ dsb.

    Koreksi diri. Lagi dan lagi. (-_-)

    Ya Allah, kami berlindung dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang tidak kami ketahui.

    (Petikan daripada al-Mathurat, kumpulan doa-doa dan zikir Rasulullah s.a.w. yang dikumpulkan oleh as-syahid Imam Hassan al-Banna)

    Mencari ‘berkat’ yang hilang, di mana hilangnya? 😐

    Ya Allah, pimpinlah hamba-Mu ini ke jalan yang Engkau redhai dan berkati. Allahumma ameen.

    Allahu’alam.

    Jejak

    Cuti akhirnya telah tamat. Masa untuk serius yang serius. Ada 3 minggu kelas, revision week, kemudian final exam!

    Beberapa hari kebelakangan ini, sangat suka lagu “Jejak” by Izzatulislam.

    ————————

    Kadang-kadang, aku ‘marah’ (dalam hati) apabila orang tak mampu menghargai perjuangan ulama’ di tanah air (Malaysia). Orang kutuk. Orang perkecilkan. Orang kata usaha mereka tak ada apa-apa hasil. Lagi tambah ‘geram’, orang kata cara mereka tak ikut sunnah. Astaghfirullah.

    Aku rasa, tiada salahnya berbeza pendapat, apa yang penting berbezalah pendapat dengan penuh adab. Jika anda membuat konklusi sedemikian rupa hanya dan setelah hanya anda mendengar apa yang diperkatakan pihak yang tak pernah pun melihat atau bersama-sama  dengan golongan ulama’ ini mengharungi pahit-maung perjuangan, aku rasa sungguh tidak adil.

    Apa anda ingat selama ini mereka hanya main-main? Apa anda ingat mereka tidak tahu akan apa yang mereka usahakan dan perjuangkan? Apa anda ingat mereka tidak serius ingin mengislahkan masyarakat dan negara? Apa anda ingat mereka tak penat dan tak lelah? Apa yang anda tahu tentang mereka? Melainkan apa yang anda dengar-dengar sahaja.

    Aku tak kata aku kenal mereka sepenuhnya. Aku tahu mereka tidak maksum. Mereka bukan nabi. Tapi, jika dibandingkan dengan kita, sedarlah hakikat kekerdilan ilmu dan pengalaman kita, kerana kita bukan ulama’. Siapa kita untuk menjustifikasikan mereka. Kita lihat apa yang mereka perbuat, ada sebahagiannya berlainan dengan apa yang telah kita terbiasa.

    Namun ingat! Mereka bertindak berdasarkan ilmu. Pelbagai kaedah fiqh mereka gunakan, selain bersumberkan al-Quran dan sunnah sebagai rujukan utama untuk mendasari tindakan mereka. Mereka ada majlis syura ulama’! Kita, apa yang kita tahu? Ilmu cetek, secetek lopak air di atas jalan yang rata. Kalau pun mereka salah, itu kerana mereka manusia. Seperti kita juga, manusia. Apa kita tidak membuat salah?

    Akhir rasa, bagi aku sendiri, selagi al-Quran dan sunnah menjadi pegangan mereka, selagi itu merekalah pemimpin yang wajib diikuti. Sebagai seorang yang Islam dan beriman kepada Allah, siapa lagi yang kita perlu ikuti, kalau bukan pemimpin yang Islam dan beriman kepada Allah malahan bersungguh-sungguh mentaati perintah Allah dan berusaha memastikan perintah Allah dilaksanakan sepenuhnya di atas bumi yang dipijak?

    Hendak berbeza pendapat namun ummat semakin berpecah, di mana hikmahnya perbezaan itu?

    Semoga Allah memberkati dan merahmati kepimpinan ulama’.

    “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Riwayat Tirmidzi)

    Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)

    (sumber)

    Lihat: Indahnya Jika Ulama’ Memimpin Negara

    *luahan perasaan yang random* Perasaan yang mungkin benar dan mungkin salah. 😐

    —————————–

    Ok, back to the lagu, “Jejak”. Semangat lah lagu ni. Pertama kali aku dengar, Disember lalu.

    Menapaki langkah-langkah berduri
    Menyusuri rawa lembah dan hutan
    Berjalan di antara tebing curam
    Semua dilalui demi perjuangan

    Letih tubuh di dalam perjalanan
    Saat hujan dan badai merasuki badan
    Namun jiwa harus terus bertahan
    Kerna perjalanan masih panjang

    Kami adalah tentera Allah
    Siap melangkah menuju ke medan juang
    Walau tertatih kaki ini berjalan
    Jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

    Wahai tentera Allah bertahanlah
    Jangan menangis walau jasadmu terluka
    Sebelum engkau bergelar SYUHADA
    Tetaplah bertahan dan bersiap siagalah

    Perasan yang *random* di atas tu, memang random. Mungkin nadanya seperti ‘marah’. Tidak, bukanlah marah. Cuma rasa tidak adil. (faham kan macam mana rasa apabila berasa keadaan itu tidak adil).

    Kemudian, lagu “Jejak” ni, lagu tentang perjuangan. Sebut perjuangan, laluannya bukan mudah. Lagu ni menceritakan realiti. Dan ‘realiti’ itu, ulama’ kita dah lalui. Aku, in contrast, jauh dari realiti itu. Allah! Khuatir dan risau akan kemampuan diri. Sekarang pun dirasakan ‘banyak rehat’ dan ‘kurang bersungguh-sungguh’ atau ‘belum all out‘.

    Doa memang senjata mukmin. Maka, berdoalah. (nasihat kepada diri).

    Ok, point aku share lagu ni, sebab lagu ini memberi semangat (harapnya)!

    Semoga bersemangatlah hendaknya, dan ikhlas (wahai diri)!

    Allahu’alam.