Afzaal Waqqash…The Making!

Alhamdulillah, semalam, 7 April 2010, cucu ke-25 (harap aku tak salah kira) kepada nenek dan atuk sebelah ibuku (i.e. Hajah Sh. Salbiah dan Hj. Wasli) telah dilahirkan ke dunia ini.

Pertama kali mendapat berita ini daripada Facebook. Mak Usu telah menulis di dinding Facebookku yang Mak Naz telah dimasukkan ke hospital dan perlu melahirkan baby yang dikandung lebih awal daripada jangkaan. Semenjak selepas Isyak masuk ke bilik bersalin, sehingga lewat tengah malam, baby masih belum keluar.

Akhirnya, dengan izin Allah baby dilahirkan dengan kaedah pembedahan. Alhamdulillah, hari ini, ibu dan baby telah kembali ke rumah.πŸ™‚

Chop..chop..! Baby tersebut, (setelah diskusi di Facebook dan atas persetujuan ayahndanya, Pak Zam), diberi nama Afzaal Waqqash. Cool name!πŸ˜‰

Video di bawah ni merupakan sebuah tribute sempena kelahiran Afzaal Waqqash ke dunia ini. Semoga Allah memberkati Afzaal Waqqash dan menjadikanmu anak yang soleh. Semoga Allah memberkati dan menjadikan seluruh ahli keluargaku dalam kalangan orang yang soleh. Allahumma ameen.

Dengan izin Allah, video ini terilham tatkala teringat apa yang Allah pernah ceritakan dalam al-Quran:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah [12]

Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim) [13]

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci Allah, Pencipta Yang Paling Baik [14]

Surah al-Mukminun

Penangan Facebook

Facebook mungkin boleh dikategorikan sebagai satu fenomena di alam maya. Banyak perkara boleh berlaku atau dilakukan melalui Facebook. Nak tambah dosa dapat, nak tambah pahala, pun insyaAllah dapat. Facebook boleh dijadikan tingkap untuk kita lihat masyarakat. (lagi-lagi kalau kita duduk berjauhan dengan masyarakat terdekat kita).

Melihat kepada Facebook, kita boleh tahu ‘wajah’ masyarakat. Melalui ayat-ayat yang ditulis pada wall, kata-kata pada ruang status, komen-komen yang diberi, mahupun gambar-gambar yang dipampangkan di khalayak. Bukanlah bermaksud dengan melihat semua itu kita bebas menilai seseorang atau seluruh masyarakat itu. Mungkin tidak adil untuk berbuat demikian.

Namun, sekurang-kurangnya, melihat semua itu seharusnya membuat kita berfikir, apakah peranan kita di sebalik apa yang kelihatan di mata kita. Apabila disebut peranan, bukan sekadar ‘circle of concern’ kita namun apakah yang boleh kita lakukan dalam ‘circle of influence’ kita.

Apa yang kelihatan? Kata-kata pada wall, status, komen serta gambar-gambar yang dipampangkan tidak mencerminkan apa yang dituliskan di bahagian ‘Profile’ pada sub-bahagian ‘Info’ seterusnya sub-sub-bahagian ‘Basic Information’ di ruang ‘Religious Views’, iaitu MUSLIM.

Ustaz Juneed sering mengulangi kepada kami di Kolej dahulu, “Jaga Solat, Jaga Aurat, Jaga Pergaulan”. Ketika itu, mungkin aku tidak berapa nampak signifikasi nasihat beliau yang ringkas itu. Kini di Facebook, realiti mengatakan apa yang beliau nasihatkan kepada kami untuk jaga itu, andai tidak dijaga, kesannya boleh dilihat di Facebook.😐

Sekali lagi, aku dan kalian boleh mengeluh. Tiada gunanya sekadar keluhan. Tapi, apa yang perlu difikirkan, bagaimana kita boleh memainkan peranan! Seperti yang pernah disebutkan oleh seorang ustaz dalam ceramahnya, lebih kurang maksudnya (yang aku tulis panjang lebar di status Facebookku):

————–

Perkara WAJIB, kalau pun rasa TERPAKSA untuk buat, kalau dibuat, mungkin tak dapat pahala, tapi SEKURANG-KURANGNYA tak dapat dosa juga (solat, tutup aurat, dll). Rasa tak ikhlas dan terpaksa tu memang ada dalam diri manusia, namun itu tak menafikan kewajipan untuk melakukannya.

Sama juga, kalau pun kita cuba menegakkan perkara wajib ke atas ummah dengan mengubah polisi dan sistem (i.e. mengimplementasikan perkara wajib ke atas ummah dengan kuasa yang ada), biarpun ummah rasa terpaksa, tetapi sekurang-kurangnya ummah diselamatkan daripada mendapat dosa.

Namun, pendidikan dan kefahaman perlu diberikan pada masa yang sama.

Kewajipan kita selain amar maruf (ajak kepada kebaikan), ada juga kewajipan nahi munkar (mencegah kemunkaran). Dengan erti kata lain, selain daripada mengajak ummah memperbanyakkan pahala, juga perlu menyelamatkan ummah daripada terus-menerus melakukan dosa.

Dengan KUASA (pemerintahan) , kita mampu mengubahnya, insyaAllah.

Usah khuatir ummah rasa terpaksa, namun perlu khuatir jika kita jadi BERDOSA kerana MELAMBATKAN proses menyelamatkan ummah daripada terus-menerus melakukan dosa.

———————

Nasional Ka, Lokal Ka 2

Pertama, kita perlu besyukur kerana Allah memberikan kita TAHU bahawa kita ada kewajipan melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar.

Kedua, kita perlu memohon petunjuk Allah agar Allah berikan kita MAHU dan MAMPU untuk melaksanakan kewajipan itu.

Aku yakin, kalian yang membaca tulisan ini adalah dalam kalangan orang yang sekurang-kurangnya tahu akan kewajipan itu. Namun, mungkin seringkali rasa diri tertewas untuk melakukan kewajipan itu kerana kekurangan dan kelemahan diri yang amat. Aku berasa begitu. Nak tak nak, kita perlu usahakan untuk perbaiki diri dan tambah ilmu.

Kalau biasa-biasa, hanya solat 5 waktu yang wajib, maka tambahkan dengan solat-solat sunat, mungkin sekurang-kurangnya solat sunat rawatib (sebelum dan selepas solat fardhu). Kalau biasa-biasa, puasa sebulan di bulan Ramadhan, maka tambahkan dengan puasa-puasa sunat, mungkin sekurang-kurangnya puasa Isnin dan Khamis.

Kalau biasa-biasa, baca al-Quran dengan lancar tanpa fahami maknanya, maka tambahkan dengan membaca sekali terjemahannya. Kalau biasa-biasa, dengar ceramah agama yang sekali-sekala, maka jadikan istiqamah dengan mengikuti siri usrah dan tarbiyah yang berkala.

Kadang-kadang terfikir, perlukah kita go to that extent untuk memperbaiki diri? Tak bolehkah kalau kita nak buat yang biasa-biasa saja? Cukuplah kalau solat 5 waktu terjaga, puasa Ramadhan pun sempurna. Perlukah lebih-lebih lagi? Yang penting, semua yang wajib dah terlaksana.

Iyakah?

Persoalan ini mengingatkan aku kepada kata-kata Pengarah NISA’ dalam suatu sesi perkongsian, yang lebih kurang maksudnya,

“Kalau kita nak kumpul bekalan (akhirat), kita tak boleh rely kepada ibadah khusus (solat fardhu, puasa) kita semata-mata (yang kadang-kadang tak khusyu’, tak cukup istiqamah contohnya dalam berzikir, solat sunat, etc). Maka perlu turut ‘berjuang’ kerana dari segi perjuangan (baca: menyampaikan dan menegakkan kalimah Allah), Allah dah bagi jaminan akan ganjarannya (provided that ikhlas dan betul caranya menurut pandangan Allah)”

Seperti yang Allah sebut dalam surah As-Saff, ayat 11-13:

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (11)

(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, (12)

Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman (13)

Penutup

Tuntasnya,

1 – Perbaiki diri dan sedar yang kita ada tanggungjawab untuk perbaiki masyarakat (maksudnya, kita tak boleh duduk diam, something must be done, which starts with ourselves)

2 – Kenapa kita perlu kepada melakukan da’wah? Kerana amalan fardhu yang kita lakukan seperti solat dan puasa mungkin banyak ketempangannya. Kita perlu tambahkan amalan kita agar mendapat jaminan kehidupan yang baik di akhirat kelak. InsyaAllah.

3 – Da’wah secara individu tak semantap da’wah yang dilakukan secara beramai-ramai (berkumpulan). Maka, turut sertalah dalam kumpulan-kumpulan yang mengerjakan amar ma’ruf dan nahi munkar. Jadi AJK atau ahli biasa, tetapi biar menjadi ahli yang aktif. Kalau tak sumbang tenaga, boleh sumbang idea, kalau tak sumbang idea, boleh sumbang dana, dan sebagainya.

4 – Kalau dah memang rasa tak mampu untuk buat apa-apa, sekurang-kurangnya, jangan menjadi PELAMBAT kerja da’wah yang dilakukan oleh orang lain, hindari daripada menjadi dalam kalangan yang memperlekehkan usaha da’wah orang /kumpulan lain. Paling kurang, sokong atau undilah kumpulan yang SERIUS ingin menegakkan Islam dalam masyarakat mahupun negara.

Moga Allah bantu kita untuk hidup dalam redha-Nya. Moga Allah berikan kita kekuatan dan jadikan kita ikhlas dalam setiap perkara yang kita lakukan untuk memperbaiki diri dan menegakkan perintah-Nya dalam diri mahupun negara kita.

Aku tak sempurna. Apa yang ditulis, mungkin ada benarnya, mungkin juga ada salahnya. Peringatan buat diri yang mudah terlalai dan leka. Ingatkan aku andai aku terlupa. Andai tersalah, maka pimpin aku ke arah yang sebenarnya.

Allahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s