Knowledge Is Light

Pernahkah kalian mengalami kesukaran dalam memahami sesuatu ilmu? Baca punya baca, macam tak masuk-masuk. Lagi sedih, nak mula baca pun memerlukan 10,000 daya. Phew!

Aku pernah. Penat begitu. Putus asa pun boleh jadi. Astaghfirullah.

Ok, menulis pada hari ini kerana ingin mengongsikan satu lagi nasyeed yang menarik oleh Talib al Habib, “Knowledge Is Light”. Liriknya sebenarnya merupakan dialog antara Imam as-Syafie dan gurunya, Imam Waqi’.

Pada suatu hari, Imam Syafie’ berjumpa gurunya sambil bertanyakan ”Mengapakah aku mengalami kesukaran untuk menghafal?”

Tok gurunya, Imam Waqi’ berkata ” Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi tunjuk kepada pembuat maksiat”

The great Imam as-Syafie,

He went to his teacher, Waqi’

Complaining about the weakness of his memory,

He told him abandon rebellion,

For the knowledge is light,

And the light of Allah,

Is not bestowed upon a rebel,

The light of Allah,

Knowledge is light!

Zaman UPSR, PMR, SPM, elemen ‘berkat’ selalu ditekankan, dalam ceramah-ceramah motivasi, dan sebagainya. Kadang-kadang aku rindu dengan semua itu.

Betapa nak menjaga ‘berkat’ itu dulu, sangat berhati-hati dalam apa jua perkara (almost). Bergaduh dengan adik-beradik, sanggup menurunkan ego, meminta maaf atas keterlanjuran.

Dimarahi ibu atas kesilapan dan kesalahan yang biasa dibuat di rumah (seperti banyak untuk dilistkan, tapi semuanya tipikal), biar berbelas-belas kali meminta maaf sehingga kemaafan itu ibu berikan. Selagi tak dimaafkan, selagi itu hati tidak tenang. Jiwa resah, hati gundah gulana.

Mengutuk guru dijauhkan. Hubungan dengan kawan-kawan diharmonikan.

Itu ‘berkat’ dalam kerangka kehidupan yang dulu. Akauntabiliti diri kepada pesekitaran yang besarnya hanya sekangkang kera.

Namun, semakin meningkat usia, cara pandang pada dunia semakin berbeza, semakin besar ‘akauntabiliti’ kepada pengetahuan yang ditimba dan diterima. Kemungkinan hilangnya ‘berkat’ bukan hanya akibat pergaduhan manja adik-beradik atau akibat terlambat bersiap untuk ke sekolah sehingga ibu terpaksa menunggu lama di kereta, tetapi punca hilangnya ‘berkat’ boleh saja berpunca dari ‘kata yang tidak dikota’, ‘amanah yang tak terlaksana’, dan sebagainya.

Mungkin juga semakin ramai manusia yang dikenali sepanjang meniti hidup ini, keebarangkalian untuk mengguris hati dan rasa lebih ramai manusia itu juga boleh menjadi punca. Aku mohon maaf kepada yang pernah rasa teraniaya.

Maksiat itu bukan hanya apabila melakukan larangan-Nya. Maksiat juga mungkin boleh berlaku apabila meninggalkan perkara kebaikan yang diperintahkan oleh-Nya, yang wajib mahupun sunat. Melewat-lewatkan solat contohnya. Niat yang baik ditangguh-tangguhkan. Contohnya berniat untuk solat berjemaah di masjid tapi acapkali dikatakan kepada diri, ‘esok-esoklah, kemudian-kemudianlah’ dsb.

Koreksi diri. Lagi dan lagi. (-_-)

Ya Allah, kami berlindung dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang tidak kami ketahui.

(Petikan daripada al-Mathurat, kumpulan doa-doa dan zikir Rasulullah s.a.w. yang dikumpulkan oleh as-syahid Imam Hassan al-Banna)

Mencari ‘berkat’ yang hilang, di mana hilangnya?😐

Ya Allah, pimpinlah hamba-Mu ini ke jalan yang Engkau redhai dan berkati. Allahumma ameen.

Allahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s