Karipap – The Process

Alhamdulillah ‘ala kulli hal, karipap dapat diusahakan dan terbentuk. (rasa dan rupa, tu cerita lain). Ada 2 fasa yang telah aku lalui untuk menjayakan cita-cita karipapku ini. Ok, tengok gambar, bak kata orang puteh, 1 gambar = 1000 patah perkataan. (Kalau kena buat essay 3000 perkataan, memadai hanya dengan meletakkan 3 gambar) –> plentey jak.πŸ˜›

Fasa 1

Inilah "karibang"

Karibang/keribang atau dalam Bahasa Melayu standardnya, ‘ubi keledek’, dan dalam Bahasa Inggerisnya, ‘sweet potato’. Mula-mula sekali, karibang ini perlu dibeli di kedai dan setelah sampai di rumah, kulitnya perlu dikupas.

Untuk memastikan kesegaran (err..), karibang yang telah dikupas direndam di dalam air bersih. Karibang agak keras, maka untuk proses pemotongan memerlukan pisau yang besar dan tebal. Chop..chop..

Matlamat pertama dalam pemotongan karibang ialah untuk memotongnya leper-leper (dengan ketebalan sesuai). Matlamat kedua ialah untuk memotong bahagian yang leper tadi menjadi batang-batang seperti french fries. Dan matlamat terakhir ialah memotongnya bentuk kiub-kiub. (erm, sila gunakan imaginasi anda dengan efektif untuk proses visualisasi yang mapan)

Kemudian, kiub-kiub tersebut perlu direndam dalam air bersih tadi untuk memastikan kesegaran.

Menuruti arahan di dalam resipi dan berbekalkan sedikit common sense (which I was lacking of :|), dipendekkan cerita:

Fakta tak menarik tentang fasa 1:

  • Terlebih-lebih minyak (disebabkan menjadikan karibang sebagai ukuran, sepatutnya minyak HANYA perlu disesuaikan dengan kuantiti bawang-bawang dan halia, BUKAN keseluruhan kuantiti karibang) (-_-“)
  • Proses ‘rencah-merencah’ tidak berjaya. Modifikasi terpaksa dibuat dalam fasa 2 kerana kecacatan pada rasa (entah apa yang kurang, garam ka? serbuk cili ka? serbuk kari ka?) (-_-“)

Fasa 2

Dipendekkan cerita, mengikut resipi, 2 adunan tepung disediakan:

bertukar menjadi…


Adunan kedua:

bertukar menjadi…


Dalam menguli tepung, ada satu indikator untuk mengenalpasti kalau-kalau adunan tepung itu sudak OK (seperti diajarkan oleh Mama). Dalam proses menambah air ke dalam tepung tersebut (sedikit demi sedikit), uli tepung itu sehingga akhirnya adunan tepung itu tidak lagi melekat-lekat di tangan.

Konklusi:

Jangan tertipu, posisi atas lantai ini hanya benar untuk 10 minit pertama. Puluhan minit selepas itu, proses diteruskan di atas para di dapur.

(Gambar diambil di sebalik penutup bekas, teknik menyorokkan kecacatan pada objek)πŸ˜›

karipap mentah pun digoreng….

(Gambar hasil akhir telah diklasifikasikan sebagai “SULIT & RAHSIA”) πŸ™‚

Di Sebalik Tabir

Dalam hidup, manusia suka bukti. Kalau tiada bukti, manusia susah nak percaya. Kerana aku manusia, aku juga begitu. Barangkali.

Dalam menghadapi nota-nota kuliah, mendepani coursework, dan exam yang bakal menjelma, dirasakan 1001 kesukaran. Apabila nota dibaca, terkadang kefahaman dan pencerahan itu sukar untuk kunjung datang. Jadinya, putus asa dan geram, lalu helaian notaΒ  dan buku rujukan sepertinya kertas berlubang, tiada apa yang kelihatan. Cuma lubang mengganggu tumpuan.

Manusia putus atas kerana merasakan dia sudah mencapai hadnya. Had itulah yang maksima. Contoh-contoh had yang diletakkan pada diri; ‘aku tak boleh cocentrate melebihi 15 minit’, ‘aku tak boleh push diri aku untuk belajar stret 2-3 jam atau 4-5 jam tanpa henti’, ‘aku mesti tidur cukup 8 jam, barulah boleh aku faham dengan maksima’, dan pelbagai lagi.

Namun, sedar atau tidak, apabila manusia meletakkan had pada dirinya, atau kata orang puteh, limit our challenge, maka kita akan menjadi orang-orang yang terbatas kemampuannya.

Karipap iniΒ  mungkin terjadi kerana ingin menyedarkan diri, bahawa diri ini bolehΒ  danΒ  perlu untuk CHALLENGE THE LIMIT. Fokus pada matlamat-matlamat yang ditetapkan, biarpun penat dan sukar, namun kerana mengakui tugasan yang dibuat belum sempurna, digagahkan jua sama ada suka ataupun tidak suka, biarpun kantuk menjengah tiba.

Seperkara lagi, manusia selalunya takutkan perkara baru dan asing. Apabila nota kuliah dibaca, bacaan pertama itu pastinya mendatangkan rasa asing, rasa alien. Lantas dalam diri berkata-kata, ‘Eh, aku tak familiar lah dengan benda ni, bagaimana aku boleh faham?’

Lintasan minda itu menunjukkan kecenderungan manusia untuk mengakui kemustahilan sesuatu. Ini sungguh tidak baik! Ini bukan amalan minda positif.

Sekali lagi, proses karipap yang agak asing (partially) dan baru, membuktikan kata Adidas itu benar bahawa IMPOSSIBLE IS NOTHING.

Akhirnya, ia membawa kepada satu kesimpulan seperti peribahasa Melayu, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, atau pepatah Arab, “Man jadda wa jada – siapa bersungguh -sungguh berusaha, dia dapat hasilnya”.

Dan aku perlu yakin, percaya, dan bekerja untuk melihat apa yang aku percaya! (UHAJ, Saifulislam[.]com)

Ibadat/Amal Perlu Ilmu

Sabda Rasulullah s.a.w,

“Kelebihan orang yang berilmu atas orang yang menjalankan ibadat, ibarat kelebihanku atas orang yang paling rendah di antara umatku”

(Hadith Riwayat Tirmidzi)

Mungkin hadith ini pun boleh dijadikan motivasi diri. Ilmu adalah jauh lebih penting daripada amal. Kerana tanpa ilmu, bagaimana kita boleh beramal/beribadat kepada Allah. Contohnya solat, kita perlu BELAJAR bagaimana cara-cara solat, menghafal bacaan-bacaan solat dan sebagainya.

Setelah kita ada ilmu tentang solat, barulah kita dapat menunaikan kewajipan solat. Setelah kita bersolat, barulah kita terhindar azab akibat tidak solat dan mendapat ganjaran kerana bersolat. InsyaAllah.

Begitu juga, jika ingin beribadat dengan menjadi engineer, doktor, guru, akauntan, atau apa saja, maka kita perlu ilmu untuk menjadikan kerjaya sebagai ibadat. Tanamkan dalam diri, kesungguhan untuk menelaah ilmu cabang seperti kejuruteraan, perubatan, perguruan, dan sebagainya seperti mana kesungguhan dalam mempelajari ilmu untuk solat.

Letakkan dalam diri KEKHUATIRAN sepertimana khuatirnya diri jika “tidak pandai solat akan mendapat dosa kerana tidak dapat bersolat”, maka begitu juga diri perlu khuatir “tidak pandai matematik akan mendapat dosa kerana tidak dapat serve the ummah dengan aplikasi matematik yang dipelajari”

Seorang ustaz pernah berkata, mengapa kita umat Islam perlu menguasai cabangan dan bidang ilmu yang ada? (sebab kadang-kadang umat Islam ada tendency untuk mengganggap hanya ilmu Al-Quran dan Sunnah saja yang wajib dikuasai). Ustaz mengatakan, jika tidak umat Islam yang menguasai bidang tersbut, dikhuatiri orang bukan Islam akan melakukan kerosakan dengan ilmu atau bidang yang dikuasainya tersebut.

Hal ini memang terbukti, orang barat yang lebih maju di bidang teknologi ketenteraan, maka mereka menindas dan menekan umat Islam.

Orang barat yang lebih maju penguasaan ilmu seni dan visualisasi grafik, mampu menghasilkan filem-filem mahupun kartun animasi yang mampu melalaikan umat Islam daripada tanggungjawab sebenar mereka dalam kehidupan, sebagai hamba Tuhan.

The making of Avatar 1
The making of Avatar 2
The making of Avatar 3

detailed story

Orang barat yang lebih maju dalam perubatan dan bidang surgery, mereka ‘menghalalkan’ pembedahan plastik dan penukaran jantina untuk mengubah ciptaan Tuhan.

Orang barat nampaknya lebih ke hadapan, sepertinya lebih berilmu dan berpengetahuan, namun pengetahuan mereka itu tidak mendekatkan diri mereka kepada Tuhan. Malahan menarik pula lebih ramai manusia untuk menjauhkan diri daripada Allah yang kholiq (Maha Pencipta), dan malik (Maha Penguasa).

Nampakkah relevan akan kewajipan untuk menguasai bidang ilmu cabang dalam diri setiap umat Islam?

Penutup

Heh, mungkin ini caraku untuk deal dengan masalah keyakinan pada kemampuan diri. Mungkin orang boleh ketawa atau melihat dengan pandangan penuh skeptik. Atau apa saja.

Berhenti beralasan, cabar batas kemampuanmu, fokus pada matlamat, resapi dalam diri bahawa mustahil itu tiada, seterusnya BUAT KERJA (!!) dan ultimately doa dan tawakal pada Allah s.w.t.

Peringatan lagi buat diri sendiri.

p.s. doakan kejayaan yang cemerlang buatku dalam final exam 2nd year Chemical Engineering di University of Bath. (doakan sahaja apa-apa perkara yang positif) Moga Allah mengurniakan yang sama buatmu.πŸ˜‰

Allahu’alam.

12 thoughts on “Karipap – The Process

  1. Salam!

    Tahniah atas kejayaan membuat karipap >_< even tho sik aci sik letak gambar final but xpa2, it's the efforts that count (thoughts tolak tepi).

    Wahh dah mok final 2nd year? Laju nya sik merasa. All the best! 2 tahun gik sya!

    Raya tahun tok kmk xda cuti T__T yang paling menarik skali exam on the 2nd day of raya T__T

    Dunia ini kejam. Huhu xpat jumpa lah tahun tok😦
    InsyaAllah tahun depan masih ada ^_^

    1. Salam!

      Tenkiu! Alhamdulillah. (hehe, gambar final ya buat spoil jak)πŸ˜›

      Thanks again! insyaAllah, 2 tahun gik. All the best juak ehs!

      Jap, ktk sik sempat raya tapi before raya/puasa ada di Miri sik? Mun ktk balit, insyaAllah boleh jumpa.πŸ˜‰

      (^_^)

      1. Time puasa and before raya nang sah2 sekda cuti. Cuti kmkorg start on the 20th sept for 2 weeks. Tp mcm xda plan mok balit.

        Kmk dlm perancangan mok jumpa ktk bln 3 next year after prof exam (sbb time ya jak cuti susah cuti limited T_T)
        Macam best jak melancong sorang2.

        Hehe free bulan 3?πŸ˜‰

      2. Owh. huhu. baruk mok plan projek cuti di Miri, sekali ngan ktk n Rina.😦

        Sikpa2, insyaAllah next year.

        btw, woh! Nurisa mok datang UK. Boleh2! insyaAllah should be ok bulan 3. (bukan musim exam. hehe. kalau kebetulan kenak cuti easter kmkorg, gik best!)πŸ˜‰

        Dah ada tarikh sik?πŸ™‚

      3. Mmg kita bajet tok chatbox kan. Xpa2, yalah gunanya blog haha.

        MOK BUAT PROJEK APA DI MIRI??? Tok sik puas hati tok kmk xda T_T

        Dah sampey seru hahaha. Schedule kmkorg dh release. Klk kmk check n confirmkan tarikh. Bulan dec ada cuti juak tapi seminggu jak. 13-18. Kata cuti xmas! Ya blom xmas pun dh abis ya!

      4. Haha. Gney gaya. πŸ˜›

        Projek cam last year lah. Meronda-ronda. Sungkey di Muara, etc. etc. hehe. adeih, tutup kes. buat sedih jak. huhu.

        btw, mena ya, bukan cuti xmas namanya. hehe. plus, kalau ktk mok datang sitok time winter, amat sik best kmk rasa. Susah nak berjalan sebab sejuk gilak. Siang pun pendek.

        Klak roger jak mun dah ada tarikh. insyaAllah.πŸ˜‰

        p.s. bila lah kamek nak ke India (ke Europe pun sik pernah lagik) tsk2.

  2. salam
    tahniah tahniah..
    sorry sbb underestimate kakak haha
    ntah2 waktu goreng xmenjadi gk ..
    (eh sorry.. terpandang rendah gk) hahaha

    all the best and good luck for ur 2nd yr final.. may u will get good results and may Allah bless u dear sis

    take care. cant wait to see u!!

    salamπŸ™‚

    1. Salam,

      Tenkiu! Alhamdulillah. Masa goreng menjadi, cuma rupanya sik semperna.πŸ˜›

      Thanks again! All the best juak ngan preparation for SPM!

      Taking care juak.

      Wassalam.

      (^_^)

  3. salam wbt..

    Syaaa.. alhamdulillahhh..

    sangat3 la nyaman karipap kitak ya..
    dahlah rindu gilak2 dengan karipap kribang..
    huhu.. sebab stakat tok kat UK mala jak makan karipap kentang [& pedas]..
    hehehe..

    infinity thanx..
    mudahan kebaikan kitak tok dapat menjadi asbab ntuk dipermudahkan urusan exam kitak kelak insyaAllah.. Allahumma ameen..

    Jazakillah khair.. =]

    1. Salam Kak Dayang,

      Alhamdulillah. Seb bait kita sama taste (i.e. sik makan pedas)πŸ™‚

      Semoga Allah makbulkan doa ktk. Allahumma ameen.

      Infinity to the power of infinity thanks to u.πŸ˜‰

      Waiyyaki.

      (^_^)

  4. Assalammualaikum Sya…

    Lamak sik dgr khabar… Maksu lamak juak sik online, sbb 1. belum ada masa nak register wifi kat laptop. 2. bila dah ada masa, sekali check, nak daftar wifi mahal pulak. RM90/sem. Maksu kena jimat duit. Terpaksa gi CC jak, free for student KUIS. Gi CC pun bila ada masa mcm skrg sementara tggu kelas berikutnya. Lagipun CC dlm faculty maksu jak…

    Mmm… bila lah maksu dapat rasa karipap syasya kan… Bila baca entry tok terasa lapar pulak..huhu…

    Ttg, – “Orang barat yang lebih maju penguasaan ilmu seni dan visualisasi grafik, mampu menghasilkan filem-filem mahupun kartun animasi yang mampu melalaikan umat Islam daripada tanggungjawab sebenar mereka dalam kehidupan, sebagai hamba Tuhan” – hmmm…sgt menarik. Faculty maksu dan maksu percaya university / kolej islam lain pun sedang mengusahakannya. Salah seorang penyarah maksu iaitu pensyarah Multimedia baru2 tok menang anugerah INVENTION & INNOVATION AWARDS, MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2010 dlm menghasilkan sebuah comic ttg kehebatan Islam. Tajuknya: “(A-IDIC) ANDALUSIA INTELLIGENCE DIGITAL” – http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=27&Itemid=161

    Dan salah seorang lecturer maksu gik, baru jak habis PhD, dan pernah berjaya menghasilkan sebuah Game dimana game tersebut, boleh membuatkan seorang ya pande bahasa/tulisan jawi. Dan syrikat komunikasi berminat untuk membeli gamenya.

    Hmmm… sya2 ingat sik, dolok maksu pernah berkongsi masalah ngan sya2 – maksu sbnrnya dah sikda minat ngan IT. Tp maksu lebih minat ke arah pengajian islam dan kalau boleh nak mendalami lebih lagi al-quran dan as-sunnah. Sampai nya maksu si KUIS, maksu jeles tgk student AI ( Akademi Islam) yg amik course QS ( Alquran & Sunnah). Tapi bila minggu Ta’aruf Faculty, pensyarah2 maksu kebanyakannya terdiri dari ustaz yg master dlm IT/Multimedia. Timbul satu kesedaran bagi maksu. Yaa…spt yg sya2 ckp di atas… Kalau nak majukan Islam, sik semestinya kita dlm bidang agama. Mgkin kita harus ada kepakaran dlm bidang lain. Selepas berakhirnya minggu ta’aruf, honestly, maksu masih dlm dilema. Ada sorg pelajar AI sebilit ngan maksu pujuk maksu juak utk tukar course ke AI dalam QS. Tp, maksu rasa mustahil sbb maksu tetap sikda amik bahasa arab masa SPM. Then, kelas pun bermula… Kelas pertama adalah kelas yg di ajar oleh lecturer maksu yg menang anugerah ya tek…. Bila nya show comicnya dan jalan ceritanya banyak menceritakan kehebatan islam sbnrnya , barulah memberi maksu semangat baru utk teruskan juak perjuangan maksu dalam bidang Multimedia bersumberkan Islamic. Alhamdulillah, apa yg maksu cari selama tok, maksu dah jumpa di KUIS. Semuanya ada hikmahnya.πŸ™‚ Wa Allahu ‘alam….

    Doakan maksu di sitok. Dan maksu sentiasa mendoakan utk anak2 buah maksu dan semua org ISLAM. InsyaAllah…
    Take care.
    Wassalam.

    1. Waalaikumussalam Maksu,

      Oh, sikpa. Ok jak online di CC. Sepatutnya sidak berik free Wi-Fi sekali.

      InsyaAllah, jalan nak sebarkan Islam ya luas. Alhamdulillah dengan khabar Maksu kat sinun.πŸ™‚

      Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan bagi Maksu untuk melalui kehidupan baru di KUIS!

      Taking care juak Maksu sinun.

      Wassalam.

      (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s