Existence Due To Absentness

Student: Excuse me sir, does cold exist?

Professor: What kind of a question is this? Of course it exists. Have you never been cold?

Student: In fact sir, cold does not exist. According to the laws of physics, what we consider cold is in reality the absence of heat.

..

.

Student: Darkness does not exist either. Darkness is in reality the absence of light.

Student: Evil does not exist. It is just like darkness and cold. God did not create evil. Evil is the result of what happens when man does not have God’s love present in his heart.

*************

Video ni aku dapat tahu dari post kawan-kawan di Facebook. Menarik jawapan budak tu, kejahatan yang wujud di dunia ni adalah akibat ‘ketidakhadiran’ sesuatu unsur yang baik.

Ada satu rantaian peristiwa semepena Piala Dunia yang bakal bermula;

Alkisahnya di suatu hari…

“Kerajaan meluluskan lesen judi untuk piala dunia” itu tajuk berita hari ini

Apalagi, A pun pergi berjudi

A kalah judi

A tak puas hati, nak cuba lagi

A berjudi lagi

…dan lagi

…dan lagi

Hingga A habis duit untuk berjudi

A nak berjudi juga lagi, nak tebus semua duit yang dah kalah dalam judi sebelum ni

Tapi A tiada duit lagi!

A nekad, mesti teruskan judi. A tak boleh terima kalau dia rugi. Perlu beri makan pada anak isteri

Kerana A sangat nekad nak berjudi, ‘lagipun judi halal’ kata A dalam hati, maka A pergi pinjam dari ceti

Ceti bagi A pinjam, maka A boleh judi lagi!

A berjudi lagi!

…dan lagi

…dan lagi

Tapi, A kalah lagi

…dan lagi

..dan lagi

A dah tak ada duit lagi

Ceti pun dah mula cari

A jadi stress dan dah tak betul lagi

Balik rumah, anak isteri merayu minta simpati, guni beras dah kosong 3 hari!

A stress lagi! A hilang kawal pada diri

A pukul anak dan isteri

…..seterusnya?

Anda sambung lah sendiri, imaginasi anda tentu lagi tinggi

Apa-apa pun, lepas dengar kisah ni, agak-agak, kerajaan masih nak luluskan lesen judi?

Tidak. Jika dan hanya jika, mereka benar-benar memahami!

Rantaian peristiwa ini boleh jadi fiksyen, boleh jadi realiti.

Aku tak jumpa statistik berapa ramai yang kalah judi berbanding dengan yang menang. Tapi, kalau kita nak buat statistik sendiri secara kasar, cuba berdiri di tepi sebuah kedai judi (Toto, etc) dan kira berapa ramai yang masuk kedai tu dari pagi hingga tengah hari.

10? 20? 50? 100? 200? (orang)

Katakan 100, dan cuba tanya berapa ramai yang menang dalam 100 orang tu. Aku tak rasa ada seorang pun yang menang (baca: sampai puluh/ratus ribu). Kalau nak guna kaedah Matematik, aku yakin, probability yang menang amat kecil sekali!

Kenapa aku yakin?

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya

Al-Baqarah: 219

Judi mungkin ada manfaatnya, NAMUN, dosa atau mudarat judi tetap lebih besar daripada manfaatnya. Seorang yang menang judi, berapa ramai yang kalah dan jatuh miskin di sebalik kemenangan dan kekayaan yang seorang itu?

p.s. Apa kaitan tajuk entri, video, dan alkisah di hujung entri? Sama-sama kita fikirkan.🙂

Allahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s