Berehh!!

Bereh tu adalah BeReS dalam loghat Klate (Kelantan). 🙂

Satu lagi produk iluvislam.com yang menarik dan bermanfaat. Aku amat menggalakkan kalian untuk menyertai BeReS ni! Temanya sahaja dah cukup menarik. Dengan rekod  kecemerlangan penganjuran program-program ilmiah oleh iluvislam.com (setakat yang aku pernah join seperti WOW, FUIYO, POP) semestinya BeReS ini terjatuh dalam kategori a-must-attend-event! 😉

BeReS ini terbuka kepada belia muda remaja berusia antara 18-23 tahun. Maka kepada adik-adik dan kawan-kawan sekalian yang berada di sekitar KL semasa BeReS ni berlangsung, ambil peluang ni! Tempat amat terhad!

“Membuka minda melalui sirah”, suatu pengalaman yang pastinya menganjak paradigma tentang betapa sirah sejak zaman-berzaman menyimpan 1001 mesej untuk membantu kita mengorakkan langkah demi kecemerlangan umat Islam pada hari ini.

Untuk maklumat lanjut: http://beres.iluvislam.com/

Allahu’alam.