Penerusan

Alhamdulillah, selesai sudah Iluvislam Goes To Borneo di SMK Suai hujung minggu lepas (9-11 Julai 2010). Ekceli, aku ada mengdraf satu post berkenaan persinggahan ke SMK Suai tersebut. Namun, draf masih dalam bentuk draf, aku baru menaip sehingga part hari ke-2 program, itupun cerita tentang aktiviti di sebelah siangnya sahaja (kalau tak silap).

Gambar-gambar agak banyak untuk aku pilih dan masukkan dalam draf, maka aku belum berkesempatan untuk memasukkan apa-apa gambar dalam draf tersebut. -_-“

Isk. Apakah? Maaf, sedikit bercelaru minda ini.

Apa-apa pun, setakat hari ini, alhamdulillah atas segalanya, kami dari pihak penganjur mendapat respon positif dari pihak sekolah berkenaan outcome program tersebut. Semuanya kuasa Allah.

Terima Kasih

Mungkin dalam tulisan ringkas ini aku ingin mnegucapkan jutaan terima kasih kepada:

Barisan AJK dan Fasilitator: Kak Atim, Kak Il, Kak Dayang, Azira, A’ishah (Curtin), Syukrani (UTP), Ridhwan (UTP), Shakirrul (Mesir), Andi (Sheffield, UK), Tajul (Curtin), dan Shahul (Curtin).

Guru-guru SMK Suai khususnya Ustazah Norlida yang bertungkus-lumus menyediakan segala keperluan fasilitator dan pelajar sepanjang program di SMK Suai.

Akhi Muhtar Suhaili yang sangat supportive dan banyak menjadi jambatan kepada kami selaku penganjur dan sahabat-sahabat dari Yayasan Amal Malaysia (Miri) dan Task Force (Jab. Pelajaran Miri –  Ustaz Roshaidin) untuk menyempurnakan lagi program di SMK Suai yang lepas. (khidmat penceramah, pinjam kereta, dll)

Adik-adik kumpulanku bersama Kak Atim, kumpulan “Nur Kasih”; Dayang, Hetty, Zaifa, Aisyah, Baya, Azizah. Sangat suka akan keproaktifan mereka dalam kumpulan. Begitu juga adik-adik lain yang turut menjadi peserta program. Semoga Allah memberikan hidayah dan taufiq kepada kita semua untuk menjadi hamba-Nya yang taat. Ameen.

Of course, Mama & Papa, dan familiku seluruhnya yang memberi sokongan padu dan moral serta keizinan untuk aku terjun ke  medan bagi memaknakan ‘erti hidup pada memberi’.

Penerusan

Yea, hidup tak berhenti sebelum tibanya mati. Benar, selepas mati kita akan hidup kembali namun hanya hidup sebelum mati yang valid untuk kita membuat amal dan mengumpul ‘bekal’. Selepas satu, akan ada satu demi satu lagi perkara yang perlu dilakukan dalam hidup ini.

Sebagai contohnya; kini aku sudahpun berada di KL kerana akan bertolak ke Lumut bagi menyertai development programme Outward Bound di Lumut esok, insyaAllah. Dijadualkan berada di Lumut selama 7 hari.

InsyaAllah, jikalau hayat dikandung badan, selesainya program OBS ini nanti, ada lagi agenda lain yang menanti.

Dalam penerusan kehidupan ini, terlintas di fikiranku; ada suatu perkara yang kita tinggalkan, tapi akan bertemu lagi satu perkara yang sama itu yang bernama ‘komitmen’.

Ianya bukanlah satu rungutan. Namun, aku sangat khuatir andai komitmen yang aku berikan tiada nilai itqan kerana keculasan dan kecuaian diri dalam pengurusan masa. Dengan ini, aku ingin memohon maaf kepada semua atau mana-mana pihak yang terjejas akibat kesalahanku ini. -_-

Penutup

Tiada lain yang aku harapkan agar sentiasa hidup dalam hidayah dan taufiq daripada Allah. Selain itu, aku harap segala pekerjaanku yang tergendala, baik di rumah mahupun bersama sahabat seperjuangan yang lain; dapat diselesaikan dengan itqan dan diberkati.

Yang paling utama, moga Allah kurniakan diri kita, hati yang ikhlas kerana-Nya.

p.s. credit to Ridhwan for those great photos in SMK Suai.😉

Allahu’alam.

2 thoughts on “Penerusan

    1. Alhamdulillah, dah selamat kembali dari OBS. heh, nang hepi lalu lah.😀

      aiseh, sik sempat singgah. sikpa lah, insyaAllah len kali eh.😉

      p.s. hehe. gambar smart lepas edit, yalah kenak culik!😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s