Yang Istimewa, Yang Pelik

Alhamdulillah, Allah beri lagi satu nikmat buat kita semua atas kesempatan menyambut Ramadhan ini. Biarpun tak pasti lagi apakah akan sampai ke penghujungnya, atau bagaimana.

Apa-apa pun, setiap kali Ramadhan menjelang, pastinya nasyid ‘Harapan Ramadhan’ oleh Man Bai dan Raihan menjadi pilihan halwa telinga, dengan seni kata yang bermakna. Suatu harapan suatu doa.

Kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna…

Keistimewaan Ramadhan

  1. Disyariatkan ibadah puasa
  2. Bulan diturunkan al-Quran
  3. Pintu syurga terbuka luas
  4. Pintu rahmat (belas kasihan Allah kepada hamba-Nya) terbuka luas
  5. Pintu langit terbuka luas
  6. Pintu-pintu neraka tertutup rapat
  7. Syaitan dan jin dirantai
  8. Bulan terdapatnya Lailatul Qadr (malam yang lebih baik dari 1000 bulan)

*Sumber: Al-Fikrah.Net (sila klik pada link untuk huraian lanjut)

Kepelikan Dalam Bulan Ramadhan

Mungkin dengan pendedahan saban tahun yang diterima semenjak kecil lagi, kita maklum dengan keistimewaan Ramadhan sepeti yang disenaraikan dalam website tersebut.

Hatta, jika dibuat soalan peperiksaan P.I. pasti rata-rata yang berada dalam kelas boleh mendapat full mark. Namun kini, yang menjadi persoalan bukanlah sama ada kita Tahu atau Tidak, tetapi sama ada kita Mahu atau Tidak.

Moga Allah berikan petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk beramal dengan ilmu yang kita tahu. Ameen.

Berbalik kepada kepelikan di bulan Ramadhan ni, aku sebenarnya meng-quote kata-kata seorang ustaz di TV. Kata beliau, aw kama qaal, suatu perkara yang menghairankan orang yang berpuasa tapi TIDAK SOLAT.

Mungkinkah kerana puasa mendapat ‘publisiti’ yang lebih hebat (sehingga ada pengisytiharan oleh penyimpan mohor-mohor besar diraja di kaca TV) yang membentuk kecenderungan masyarakat Islam untuk merasakan PUASA itu “mesti-buat” tapi tidak untuk SOLAT?

Atau adakah kalau tidak puasa itu lebih ‘memalukan’ daripada tidak solat di mata masyarakat Islam kita di sini?

Persoalan ringkas yang aku taip di atas itu pada pendapatku adalah berkaitan dengan ‘PARADIGMA’ – how we see things. Paradigma ini pula terbentuk hasil suasana masyarakat dan latar belakang pembesaran kita. Itulah yang ‘dijaja’ kepada kita sejak kecil, itulah yang kita terima.

Jika hendak disebut dari segi perspektif Islam sendiri, ternyata solat itu LEBIH UTAMA. Seperti hadis Rasulullah S.A.W;

Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia.

Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.

(Riwayat Tarmidzi)

Mungkin ada yang merasa ‘sangat berdosa’ tatkala meninggalkan puasa namun kepelikannya tidak merasa apa-apa di kala solat fardhu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak ditinggalkan begitu sahaja.

Oleh itu, sama-samalah kita menjaga solat fardhu dan juga puasa. Kita tidak mahu, puasa kita hanyalah semata-mata lapar dan dahaga sahaja tetapi langsung tiada makna buat kita.  (Nau’zubillah min zalik).

Kalau benar paradigma puasa-lebih-utama-daripada-solat itu dipengaruhi oleh ‘publisiti’ terhadapa puasa yang meluas, sukacitanya aku ingin menyarankan kepada negara Islam Malaysia lebih-lebih lagi pihak yang ada kuasa, ada pengaruh ke atas media supaya membuat SERUAN menunaikan solat secara MEGA-GIGA-TERA di televisyen dan surat khabar.

Buktikan, IMAN rakyat didahulukan, Pencapaian Akhirat diutamakan!

Sekali lagi, sama-samalah kita berdoa agar Allah tetap memberikan kita petunjuk dan kekuatan untuk mentaati segala perintah-Nya yang diwajibkan ke atas kita dengan sebaik-baiknya. Ameen.

Penutup

Selamat bersolat fardhu dan selamat berpuasa buat semua. Kepada yang ada di Miri, ada Karnival AMAL 2010 & Ihya’ Ramadhan  1431H anjuran Yayasan Amal Malaysia ( Cawangan Sarawak) yang padat dengan program bermanfaat, insyaAllah. Dijemput hadir kepada yang berkelapangan.

Di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf kepada kalian untuk segala kesilapan dan kekurangan diri ini dari segenap seginya.

Salam Ramadhan!

Allahu’alam.


Advertisements

Cerita Tentang Media, Kuasa, dan Salah Guna

Dari kiri: Husna, Jun Kai, Faiz, Fariq, Putri, Sya, Hanisah (semua ahli watch Yong Belar kecuali Hanisah)
PERHATIAN! Sila fokus pada khemah di belakang. Itulah contoh khemah tempat kami bermalam di tepi Pantai Shawal

Salah satu 'mission' kami di OBS, ber'whaler' mengelilingi Pulau Pangkor. Kenderaan air dalam gambar inilah yang dinamakan 'whaler'. Kelihatan topiku di bucu kiri bawah gambar.
Safety first, life jacket is a must!

Pertama sekali, gambar di atas ini tiada kena-mengena dengan tajuk post yang sudah kucoretkan. InsyaAllah lepas ni (di bawah) akan kutuliskan yang berkaitan dengan tajuk post. hehe. 😛

Alhamdulillah, selesai OBS. OBS atau Outward Bound School di Lumut, Perak. Di OBS ini sebenarnya menyediakan pelbagai jenis aktiviti luar pintu (err, outdoor) seperti jungle trekking, camping, kayak, rakit, rock climbing, flying fox, etc, dsb. Jikalau berminat, boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.

Seperti yang aku maklumkan, pemergianku ke OBS yang lalu adalah atas arahan pihak penaja yakni PETRONAS. Rata-rata yang datang telah hadir dengan hati yang berat, tidak terkecuali diriku. ^_^”

Namun, setelah 7 hari berada di sana, aku benar-benar menghargai peluang yang diberikan ini. Percaya atau tidak, inilah program yang di mana setelah beberapa banyak yang aku sertai kebelakangan (3-6 bulan) ini yang aku benar-benar ‘hadir’. Aku dapat rasakan ada input yang aku terima. (percaya atau tidak~)

Apa-apa pun, dipendekkan cerita, semasa di OBS, kami hanya membuat aktiviti utama yang berikut:

1. Kayak

Belajar asas kayak setengah hari di sebelah pagi. Salah satunya, kami belajar situasi capsize. Ketika itu kami telah diminta untuk menterbalikkan kayak dengan sengaja lantas menenggelamkan diri kami ke dalam laut! Tujuan dril ini dilakukan untuk mengenalpasti jika kami ada fobia terhadap air atau tidak.

Hal ini kerana jika berlaku kecemasan seperti ‘capsize’, maka seseorang itu perlu tenang dan tidak mudah panik bagi mengelakkan lemas berlaku akibat bernafas di dalam air.

Contoh 'adegan capsize' (ihsan Google)

Setelah belajar asas kayak di sebelah pagi, kami memulakan ekspedisi kayak di sebelah petangnya. Destinasi kami adalah salah satu pantai di mana kami akan berkhemah di pantai itu semalaman sebelum berkayak balik ke OBS keesokan harinya.

Kesimpulan, kayak sangat penat. Aku sendiri sangat stress setelah berkayak berjam-jam di atas laut itu. Stress kerana cabaran-cabaran yang mendatang seperti melawan arus, dll. Rasa give-up pun ada. Aktiviti berkayak itu hanyalah medium untuk kami mengenal diri kami. Sudah pastinya, setiap dari kami belajar sesuatu daripada penglaman berkayak itu.

Oh! Kami terserempak dengan sekumpulan DOLPHIN semasa berkayak!! Tidak kusangka, ada DOLPHIN di perairan MALAYSIA! 🙂

2. Camping

Seumur hidup aku, inilah camping yang ‘real’ yang pernah aku sertai. Dengan keadaan tiada toiletnya (cuma ada perigi), kami menjalani asas-asas hidup seperti memasang khemah untuk berteduh, memasak untuk makan, serta bersolat berbumbungkan langit dengan berlantaikan pasir pantai.

Overall, cool!

3. ‘Whaler’

Kalau merujuk gambar di atas tadi, whaler ini adalah sejenis kapal kecil, ada pendayung, dan juga layar. Jika ada angin, bertuahlah badan dapat berehat dengan layar dipasangkan. Jika sebaliknya, perlu berkayuh menggunakan 8 pendayung yang ada. Pengalaman berwhaler inilah yang sangat menarik.

Subhanallah, kami belayar di perairan Pulau Pangkor, cantik sekali, indah nian pemandangan! Daratan mahupun lautan. Hatiku yang gundah gulana, jadi tenang di atas laut yang kehijauan.

Ok. Rasanya itu sahaja tentang OBS yang aku tercoretkan.

Cerita Tentang Media, Kuasa, dan Salah Guna

Fuh!

Inilah dia yang aku maksudkan dengan tajuk post pada hari ini. Sebuah filem hindi yang secara peribadinya, boleh kukatakan paling mantap! Tiada nyanyian-nyanyian dan tarian-tarian yang tiada faedah seperti dalam filem hindi yang tipikal. Cerita ini sangat menceritakan realiti, bukan sekadar realiti di India namun aku percaya realiti yang dikisahkan dalam filem ini turut berlaku di Malaysia.

Aku menantikan filem seumpama ini diterbitkan di Malaysia. -_-“

Memetik kata-kata watak Vijay Harshvardhan Malik (Amitabh Bachan), “Tugas media adalah untuk berkhidmat pada rakyat.”

Filem yang bertajuk ‘Rann’ ini mengisahkan tentang penyalahgunaan media oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta kisah tentang perjuangan mereka yang amanah untuk terus menyampaikan kebenaran kepada rakyat melalui media.

Media tidak seharusnya menjadi medium untuk menyebelahi atau meburukkan mana-mana pihak tetapi perlu TELUS demi kepentingan RAKYAT bukannya demi kepentingan dan periuk nasi para penguasa, ahli perniagaan, dan wajah-wajah tamak yang lain.

Aku menonton filem ini di saluran Astro Box Office. Kalau ditekan butang ‘Info’, sememangnya sinopsis yang diberi tidak menggambarkan mesej sebenar filem ini. (cheitt, masih tidak puas hati dengan sinopsis oleh pihak Astro itu) -_-” Pada babak awal, filem ini nampak bosan dengan wajah-wajah pelakon yang kurang kukenali (kecuali Amitabh Bachan of course~). Tapi setelah jalan cerita filem ini mula mendaki, aku semakin teruja dengan apa yang cuba disampaikan melalui filem ini.

Lagu-lagu yang menjadi latarbelakang filem ini juga sangat menarik liriknya (baca pada sari kata yang tersedia). Aku cuba mencari translationnya di internet untuk dikongsikan di sini namun belum berhasil. Antara lirik yang dipaparkan menceritakan realiti hari ini tentang rakyat, pemimpin, dan korupsi.

Bagi aku filem seumpama ini sangat baik untuk menyedarkan rakyat yang terlalu bergantung kepada satu sumber untuk mendapatkan berita bahawa apa yang dipaparkan oleh media-media utama itu tidak semestinya benar. Terlalu banyak orang berkepentingan yang menyalahgunakan media itu untuk mengaut keuntungan diri dengan memperkotak-katikkan pemikiran rakyat.

Ergh, enough said! Sila tengok dan kalau sudi, kongsikan pendapat kalian mengenai mesej daripada filem itu di sini.

Please, tolonglah ada at least seorang rakyat Malaysia yang berani produce filem seperti ini! Filem-filem Melayu sekarang semakin hampeh (bukan dari segi kecanggihan teknologi perfileman) tetapi dari segi idea dan jalan cerita yang terlalu bermotifkan hiburan dan cinta semata-mata. Apa yang lebih menjengkelkan, aksi-aksi melampaui batas lelaki dan perempuan.

Melayu tidak lagi macam Melayu. Bukan itu sahaja, kini semakin timbul pula cerita-cerita tahyul seperti pari-pari, ikan duyung, kuasa magik dalam industri perfileman atau drama TV tanah air. Implikasinya, Islam semakin luntur di hati yang bergelar Muslim. (Na’uzubillah min dzalik).

Ok, aku sedar bahawa tindakan mengkritik industri tanah air ini tidak proaktif langsung. -_-” Apa-apa pun, di bawah ini trailer filem ‘Rann’.

Penutup

One of the few reasons I like being in the OBS is 7 days without internet connection! There’s too many people, too much on the internet. Too much. In the OBS, I spent hours and hours on the sea. Thank God, I didn’t feel sick when I’m on the sea, but sometimes I did in the sea of people (read: internet). Sometimes. Anyway, there’s a reason for everything.

Allahu’alam.