Cerita Tentang Media, Kuasa, dan Salah Guna

Dari kiri: Husna, Jun Kai, Faiz, Fariq, Putri, Sya, Hanisah (semua ahli watch Yong Belar kecuali Hanisah)
PERHATIAN! Sila fokus pada khemah di belakang. Itulah contoh khemah tempat kami bermalam di tepi Pantai Shawal

Salah satu 'mission' kami di OBS, ber'whaler' mengelilingi Pulau Pangkor. Kenderaan air dalam gambar inilah yang dinamakan 'whaler'. Kelihatan topiku di bucu kiri bawah gambar.
Safety first, life jacket is a must!

Pertama sekali, gambar di atas ini tiada kena-mengena dengan tajuk post yang sudah kucoretkan. InsyaAllah lepas ni (di bawah) akan kutuliskan yang berkaitan dengan tajuk post. hehe.😛

Alhamdulillah, selesai OBS. OBS atau Outward Bound School di Lumut, Perak. Di OBS ini sebenarnya menyediakan pelbagai jenis aktiviti luar pintu (err, outdoor) seperti jungle trekking, camping, kayak, rakit, rock climbing, flying fox, etc, dsb. Jikalau berminat, boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.

Seperti yang aku maklumkan, pemergianku ke OBS yang lalu adalah atas arahan pihak penaja yakni PETRONAS. Rata-rata yang datang telah hadir dengan hati yang berat, tidak terkecuali diriku. ^_^”

Namun, setelah 7 hari berada di sana, aku benar-benar menghargai peluang yang diberikan ini. Percaya atau tidak, inilah program yang di mana setelah beberapa banyak yang aku sertai kebelakangan (3-6 bulan) ini yang aku benar-benar ‘hadir’. Aku dapat rasakan ada input yang aku terima. (percaya atau tidak~)

Apa-apa pun, dipendekkan cerita, semasa di OBS, kami hanya membuat aktiviti utama yang berikut:

1. Kayak

Belajar asas kayak setengah hari di sebelah pagi. Salah satunya, kami belajar situasi capsize. Ketika itu kami telah diminta untuk menterbalikkan kayak dengan sengaja lantas menenggelamkan diri kami ke dalam laut! Tujuan dril ini dilakukan untuk mengenalpasti jika kami ada fobia terhadap air atau tidak.

Hal ini kerana jika berlaku kecemasan seperti ‘capsize’, maka seseorang itu perlu tenang dan tidak mudah panik bagi mengelakkan lemas berlaku akibat bernafas di dalam air.

Contoh 'adegan capsize' (ihsan Google)

Setelah belajar asas kayak di sebelah pagi, kami memulakan ekspedisi kayak di sebelah petangnya. Destinasi kami adalah salah satu pantai di mana kami akan berkhemah di pantai itu semalaman sebelum berkayak balik ke OBS keesokan harinya.

Kesimpulan, kayak sangat penat. Aku sendiri sangat stress setelah berkayak berjam-jam di atas laut itu. Stress kerana cabaran-cabaran yang mendatang seperti melawan arus, dll. Rasa give-up pun ada. Aktiviti berkayak itu hanyalah medium untuk kami mengenal diri kami. Sudah pastinya, setiap dari kami belajar sesuatu daripada penglaman berkayak itu.

Oh! Kami terserempak dengan sekumpulan DOLPHIN semasa berkayak!! Tidak kusangka, ada DOLPHIN di perairan MALAYSIA!🙂

2. Camping

Seumur hidup aku, inilah camping yang ‘real’ yang pernah aku sertai. Dengan keadaan tiada toiletnya (cuma ada perigi), kami menjalani asas-asas hidup seperti memasang khemah untuk berteduh, memasak untuk makan, serta bersolat berbumbungkan langit dengan berlantaikan pasir pantai.

Overall, cool!

3. ‘Whaler’

Kalau merujuk gambar di atas tadi, whaler ini adalah sejenis kapal kecil, ada pendayung, dan juga layar. Jika ada angin, bertuahlah badan dapat berehat dengan layar dipasangkan. Jika sebaliknya, perlu berkayuh menggunakan 8 pendayung yang ada. Pengalaman berwhaler inilah yang sangat menarik.

Subhanallah, kami belayar di perairan Pulau Pangkor, cantik sekali, indah nian pemandangan! Daratan mahupun lautan. Hatiku yang gundah gulana, jadi tenang di atas laut yang kehijauan.

Ok. Rasanya itu sahaja tentang OBS yang aku tercoretkan.

Cerita Tentang Media, Kuasa, dan Salah Guna

Fuh!

Inilah dia yang aku maksudkan dengan tajuk post pada hari ini. Sebuah filem hindi yang secara peribadinya, boleh kukatakan paling mantap! Tiada nyanyian-nyanyian dan tarian-tarian yang tiada faedah seperti dalam filem hindi yang tipikal. Cerita ini sangat menceritakan realiti, bukan sekadar realiti di India namun aku percaya realiti yang dikisahkan dalam filem ini turut berlaku di Malaysia.

Aku menantikan filem seumpama ini diterbitkan di Malaysia. -_-“

Memetik kata-kata watak Vijay Harshvardhan Malik (Amitabh Bachan), “Tugas media adalah untuk berkhidmat pada rakyat.”

Filem yang bertajuk ‘Rann’ ini mengisahkan tentang penyalahgunaan media oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta kisah tentang perjuangan mereka yang amanah untuk terus menyampaikan kebenaran kepada rakyat melalui media.

Media tidak seharusnya menjadi medium untuk menyebelahi atau meburukkan mana-mana pihak tetapi perlu TELUS demi kepentingan RAKYAT bukannya demi kepentingan dan periuk nasi para penguasa, ahli perniagaan, dan wajah-wajah tamak yang lain.

Aku menonton filem ini di saluran Astro Box Office. Kalau ditekan butang ‘Info’, sememangnya sinopsis yang diberi tidak menggambarkan mesej sebenar filem ini. (cheitt, masih tidak puas hati dengan sinopsis oleh pihak Astro itu) -_-” Pada babak awal, filem ini nampak bosan dengan wajah-wajah pelakon yang kurang kukenali (kecuali Amitabh Bachan of course~). Tapi setelah jalan cerita filem ini mula mendaki, aku semakin teruja dengan apa yang cuba disampaikan melalui filem ini.

Lagu-lagu yang menjadi latarbelakang filem ini juga sangat menarik liriknya (baca pada sari kata yang tersedia). Aku cuba mencari translationnya di internet untuk dikongsikan di sini namun belum berhasil. Antara lirik yang dipaparkan menceritakan realiti hari ini tentang rakyat, pemimpin, dan korupsi.

Bagi aku filem seumpama ini sangat baik untuk menyedarkan rakyat yang terlalu bergantung kepada satu sumber untuk mendapatkan berita bahawa apa yang dipaparkan oleh media-media utama itu tidak semestinya benar. Terlalu banyak orang berkepentingan yang menyalahgunakan media itu untuk mengaut keuntungan diri dengan memperkotak-katikkan pemikiran rakyat.

Ergh, enough said! Sila tengok dan kalau sudi, kongsikan pendapat kalian mengenai mesej daripada filem itu di sini.

Please, tolonglah ada at least seorang rakyat Malaysia yang berani produce filem seperti ini! Filem-filem Melayu sekarang semakin hampeh (bukan dari segi kecanggihan teknologi perfileman) tetapi dari segi idea dan jalan cerita yang terlalu bermotifkan hiburan dan cinta semata-mata. Apa yang lebih menjengkelkan, aksi-aksi melampaui batas lelaki dan perempuan.

Melayu tidak lagi macam Melayu. Bukan itu sahaja, kini semakin timbul pula cerita-cerita tahyul seperti pari-pari, ikan duyung, kuasa magik dalam industri perfileman atau drama TV tanah air. Implikasinya, Islam semakin luntur di hati yang bergelar Muslim. (Na’uzubillah min dzalik).

Ok, aku sedar bahawa tindakan mengkritik industri tanah air ini tidak proaktif langsung. -_-” Apa-apa pun, di bawah ini trailer filem ‘Rann’.

Penutup

One of the few reasons I like being in the OBS is 7 days without internet connection! There’s too many people, too much on the internet. Too much. In the OBS, I spent hours and hours on the sea. Thank God, I didn’t feel sick when I’m on the sea, but sometimes I did in the sea of people (read: internet). Sometimes. Anyway, there’s a reason for everything.

Allahu’alam.

8 thoughts on “Cerita Tentang Media, Kuasa, dan Salah Guna

  1. Go sya!!!

    Serious mcm best OBS ya. Jealous! Kmk lmk dh x buat aktiviti lasak😦

    Oh kmk sik pernah pulang dengar sal Rann ya eh.

    Tapi kmk setuju 100% about industri perfileman Msia!!!

    Btw, silalah nangga 3 idiots. Ka dh nangga? Serious mantap! The 1st hindi film yg kmk suka lalu2. Everything ada; humour, irony, moral values etc.

    Okeh, akhir kata, selamat maju jaya!

  2. Hehe. Pegi jangan sik pegi Nurisa. Kita boleh gi atas kapasiti kedirik ke OBS ya. Maksud kmk, kita just contact sidak kat sia n padah mok ikut course ya. Kita boleh pilih juak course ney kita mok.😉

    btw, kmk rasa mengkali Rann ya controversial gilak, sebab ya kali sik dipublisitikan. Mengkali lah. Nway, musti carik n tengok cita tok ehs.😉

    Yosh, dah tangga 3 Idiots. Cerita ya nang best lalu lah. Mun cita Rann tok patut ditengok oleh ‘rakyat’, cita 3 Idiots ya patut ditengok oleh sidak kementerian pendidikan. Setuju, 3 Idiots pun cita hindi paling best kmk penah tangga (apart from Rann; cita Rann tok agak serius genre nya).

    Yalah, terkesima nangga cita2 Melayu knek tok. Nasib bait ada cita Indon cam ‘Ketika Cinta Bertasbih’, n yang sewaktu ngan nya. Tapi perlu digiatkan gik lah penghasilan cita2 yang berfaedah camya.

    Juh kita polah filem mok Nurisa?😛 (polah team macam cerpen ‘ADAM’. Hehe)

    Tenkiu! Slamat maju jaya juak!🙂

  3. salam wbt..

    subhanallah, perkongsian pengalaman menarik do OBS.. i’m sure U’ll treasure da moment and cherish ’em.. ;]

    Hindustan kinek tok memang banyak molah crita yang realistik, xda nyanyi2 or any typical elements dalam kebanyakan movie.. dari dolok juak sidak ada banyak koleksi movie yang mendedahkan perihal sebenar korupsi etc..

    kat Msia, fokusnya lain sket.. huhu.. rami penggiat seni memang suka mendedahkan situasi sbenar di Msia tapi banyak yang berkaitan dengan isu sosial i.e. rempit, dadah etc.. benda2 kedak tok pun banyak disensored apatah lagik mun sidak nak paparkan perihal kebejatan kerajaan yang ada..

    apapun.. insyaAllah suatu ari kelak akan ada asbab ntuk penayangan seumpama tok dibenarkan di Msia.. ;]

    1. Salam Kak Dayang,

      Icic. Kmk besa nangga Hidustam tok, kebanyakannya unsur kekeluargaan n cinta laki-ompuan. Tapi bagus lah mun industri Bollywood ada banyak produce cita2 yang bermanfaat. Tapi satu gik kekangan, mungkin cita2 nok bermanfaat tok sikda orang Msia mok ambik sebab ‘kurang popular’.

      Tentang kat Msia, kmk akui pembuat filem atau drama memang ada usaha untuk mendedahkan situasi sebenar macam contoh ktk padah ya i.e. dadah, rempit, masalah sosial lain.

      Tapi masalahnya, personally kmk rasa, sidak lebih mengutamakan ‘apa yang orang mok tengok’ rather than ‘apa yang orang PERLU tauk n tengok’. Makanya, terkeluarlah adegan2 sik perlu dalam cita2 yang so-called mok menimbulkan kesedaran dan memberik pengajaran.

      Seharusnya, industri filem/drama tok pun perlu amalkan kaedah fiqh, kmk sik sure ayat sebenar nya tapi yang berkaitan dengan pertimbangan antara mudarat dan manfaat, mudarat besar yang perlu lebih dielakkan daripada mudarat kecil, etc. (err, fiqh muwazanat ka? huhu. x ingat gilak) T_T

      Btw, mudah2an, insyaAllah moga ada manfaatnya kalau penayangan yang kita mok tok dibuat di Msia.🙂

      Allahu’alam.

  4. hahah.. adeh2 kakak..
    cali juak. bkn sal post ya or apa..
    ‘mengkali’ ya apa? adeq tauk mksd nya jst bila baca bunyi nya pelek n cali
    hahha xD

  5. syafiqah, thank you sbb postkan cerita kat obs. At least I get to refresh my memory about OBS everytime I read this entry.
    Wassalam

    1. My pleasure, Nizam. Takde banyak pun cter pasal OBS. Memang kalau boleh nak cter lagi panjang, tapi tak larat. Ape2pun, yang penting semua kenangan OBS ada dalam memori kita semua. hehe.😉

      Sehingga jumpa lagi , insyaAllah!

      Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s