Yang Istimewa, Yang Pelik

Alhamdulillah, Allah beri lagi satu nikmat buat kita semua atas kesempatan menyambut Ramadhan ini. Biarpun tak pasti lagi apakah akan sampai ke penghujungnya, atau bagaimana.

Apa-apa pun, setiap kali Ramadhan menjelang, pastinya nasyid ‘Harapan Ramadhan’ oleh Man Bai dan Raihan menjadi pilihan halwa telinga, dengan seni kata yang bermakna. Suatu harapan suatu doa.

Kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna…

Keistimewaan Ramadhan

  1. Disyariatkan ibadah puasa
  2. Bulan diturunkan al-Quran
  3. Pintu syurga terbuka luas
  4. Pintu rahmat (belas kasihan Allah kepada hamba-Nya) terbuka luas
  5. Pintu langit terbuka luas
  6. Pintu-pintu neraka tertutup rapat
  7. Syaitan dan jin dirantai
  8. Bulan terdapatnya Lailatul Qadr (malam yang lebih baik dari 1000 bulan)

*Sumber: Al-Fikrah.Net (sila klik pada link untuk huraian lanjut)

Kepelikan Dalam Bulan Ramadhan

Mungkin dengan pendedahan saban tahun yang diterima semenjak kecil lagi, kita maklum dengan keistimewaan Ramadhan sepeti yang disenaraikan dalam website tersebut.

Hatta, jika dibuat soalan peperiksaan P.I. pasti rata-rata yang berada dalam kelas boleh mendapat full mark. Namun kini, yang menjadi persoalan bukanlah sama ada kita Tahu atau Tidak, tetapi sama ada kita Mahu atau Tidak.

Moga Allah berikan petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk beramal dengan ilmu yang kita tahu. Ameen.

Berbalik kepada kepelikan di bulan Ramadhan ni, aku sebenarnya meng-quote kata-kata seorang ustaz di TV. Kata beliau, aw kama qaal, suatu perkara yang menghairankan orang yang berpuasa tapi TIDAK SOLAT.

Mungkinkah kerana puasa mendapat ‘publisiti’ yang lebih hebat (sehingga ada pengisytiharan oleh penyimpan mohor-mohor besar diraja di kaca TV) yang membentuk kecenderungan masyarakat Islam untuk merasakan PUASA itu “mesti-buat” tapi tidak untuk SOLAT?

Atau adakah kalau tidak puasa itu lebih ‘memalukan’ daripada tidak solat di mata masyarakat Islam kita di sini?

Persoalan ringkas yang aku taip di atas itu pada pendapatku adalah berkaitan dengan ‘PARADIGMA’ – how we see things. Paradigma ini pula terbentuk hasil suasana masyarakat dan latar belakang pembesaran kita. Itulah yang ‘dijaja’ kepada kita sejak kecil, itulah yang kita terima.

Jika hendak disebut dari segi perspektif Islam sendiri, ternyata solat itu LEBIH UTAMA. Seperti hadis Rasulullah S.A.W;

Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia.

Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.

(Riwayat Tarmidzi)

Mungkin ada yang merasa ‘sangat berdosa’ tatkala meninggalkan puasa namun kepelikannya tidak merasa apa-apa di kala solat fardhu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak ditinggalkan begitu sahaja.

Oleh itu, sama-samalah kita menjaga solat fardhu dan juga puasa. Kita tidak mahu, puasa kita hanyalah semata-mata lapar dan dahaga sahaja tetapi langsung tiada makna buat kita.  (Nau’zubillah min zalik).

Kalau benar paradigma puasa-lebih-utama-daripada-solat itu dipengaruhi oleh ‘publisiti’ terhadapa puasa yang meluas, sukacitanya aku ingin menyarankan kepada negara Islam Malaysia lebih-lebih lagi pihak yang ada kuasa, ada pengaruh ke atas media supaya membuat SERUAN menunaikan solat secara MEGA-GIGA-TERA di televisyen dan surat khabar.

Buktikan, IMAN rakyat didahulukan, Pencapaian Akhirat diutamakan!

Sekali lagi, sama-samalah kita berdoa agar Allah tetap memberikan kita petunjuk dan kekuatan untuk mentaati segala perintah-Nya yang diwajibkan ke atas kita dengan sebaik-baiknya. Ameen.

Penutup

Selamat bersolat fardhu dan selamat berpuasa buat semua. Kepada yang ada di Miri, ada Karnival AMAL 2010 & Ihya’ Ramadhan  1431H anjuran Yayasan Amal Malaysia ( Cawangan Sarawak) yang padat dengan program bermanfaat, insyaAllah. Dijemput hadir kepada yang berkelapangan.

Di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf kepada kalian untuk segala kesilapan dan kekurangan diri ini dari segenap seginya.

Salam Ramadhan!

Allahu’alam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s