[E]skrem [T]anpa [P]engawet – ETP

Aku harus bersyukur dikurniakan kawan mahupun kenalan dekat dan jauh yang selalu ‘mengemaskinikan’ isu semasa saban hari. Selepas dinner tadi, housemateku mengomentar, “Kalau nak tahu isu semasa, bukak saja Facebook Sya.”

Geli hati aku mendengarnya.

Statement itu sepertinya aku ini ‘sangat peka’ dengan isu semasa. Hakikatnya, tidak begitu. ^_^”

Tapi, terima kasih kepada kawan-kawan di Facebook yang aku kira memang membaca surat khabar setiap hari. Sekejap-sekejap, ada yang meletakkan link berita dari Utusan Melayu lah, Berita Harian lah, Malaysiakini.com lah, Harakahdaily, dan lain-lain lagi.

Jadi, aku yang jarang-jarang juga membaca surat khabar pun jadi ter’updated‘ dengan isu semasa.

Alhamdulillah.

Sekali lagi, terima kasih kepada mereka, kerana kepedulian mereka, aku juga berpeluang untuk  menjadi peduli! 🙂

Berita Terkini

Pagi tadi, sedang aku bersiap-siap untuk ke universiti, terpampang di wall Facebook berita bertajuk, “ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina” [KLIK untuk baca].

 

Dalam ETP atau ‘Program Transformasi Ekonomi’ ini, banyak ‘National Economic Key Areas‘ (NKEA) yang menjadi fokus kerajaan untuk dimajukan. Dengan harapan, sektor-sektor ini nanti akan memberikan pendapatan yang besar kepada negara.

Antara NKEA yang difokuskan ialah pertanian, pendidikan, penjagaan kesihatan, pelancongan, dan lain-lain. [Rujuk SINI untuk lanjut].

NKEA-Bab 10: Pelancongan

Dalam berita tersebut di atas sebenarnya merujuk secara spesifik kepada perancangan kerajaan dalam sektor pelancongan. [Dokumen PDF untuk laporan penuh perancangan Bab 10 KLIK SINI]

Apabila disebut pelancongan, pasti terbayang akan pantai yang indah nian yang ada di negara kita. Umum mengakui bahawa lokasi-lokasi pelancongan seperti ini telah banyak meyumbang kepada ekonomi negara kita.

Tetapi, rupanya, sumber pendapatan dari sektor pelancongan itu lebih luas skopnya. Salah satu daripada 12 EPP (Entry Point Projects) atau ‘Projek Permulaan’ bagi menjayakan transformasi ekonomi di sektor pelancongan ialah:

  • EPP 8: Mewujudkan zon hiburan khas
Pernyataan masalah: Tight regulation and overzealous moral policing (?!) -_-"

Erk! Lihat carta-carta pai sebelah kanan dalam gambar di atas, sepertinya Malaysia MALU kerana KURANG dari segi BILANGAN KELAB (baca: untuk ‘clubbing‘), masa operasi pusat hiburan yang singkat, serta KURANG pilihan/jenis hiburan.

Apakah negara umat Islam Malaysia ‘cemburu’ dengan industri hiburan Thailand yang you-know-what itu?

Ok, berbalik kepada perancangan kerajaan melalui ETP ini, antara yang ingin dibuat ialah melonggarkan peraturan hiburan. Antaranya dengan melanjutkan tempoh operasi pusat-pusat hiburan.

IMPAK Fizikal

Daripada laporan EPP 8 itu juga, kerajaan sendiri yang mensasarkan impak seperti yang berikut:

  • Enam buah kelab malam baharu, setiap satunya dengan kapasiti untuk menampung sekurang-kurangnya 900 pengunjung kelab setiap hujung minggu disasarkan untuk memulakan operasi pada awal tahun 2012.
  • Dua buah kelab malam akan memulakan operasi pada tahun 2013 dan 2014 masing-masing.
  • Menjelang tahun 2014, sekurang-kurangnya 10 kelab malam akan terdapat di dalam zon hiburan baharu.

IMPAK Ekonomi

EPP ini dijangka menjana impak Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM0.7 bilion dan kira-kira 5,614 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

IMPAK Sosial & Moral ?

Nampaknya, kerajaan terlupa (mungkin) untuk memasukkan impak sosial dan moral masyarakat dengan tumbuhnya lebih banyak pusat hiburan itu. (yarright~)

Clubbing yo~

Sebut sahaja ‘kelab malam’ apa yang kalian terbayangkan…?

Alcohol consumption…

 

Pergaulan bebas lelaki-perempuan (gambar ihsan Google)
Mabuk…

….dan pelbagai lagi gambaran yang negatif hatta boleh dikatakan, TIADA LANGSUNG gambaran yang baik apabila disebut ‘kelab malam’.

Read More »

Demo-Lition

Minggu lepas, selesai sudah pembentangan Belanjawan 2010 di Malaysia (tidak mengikuti penuh, ‘dengar-dengar’ dan ‘baca-baca’ dari emel dan FB).

Hari ini, ‘Comprehensive Spending Review (CSR)’ dibentangkan di House of Commons di UK ini. Secara keseluruhannya, kelihatan banyak pengurangan perbelanjaan dibuat. Termasuklah di sektor pengajian tinggi.

Makanya, ‘DemoLition’ bakal dibuat oleh National Union os Students di London pada tarikh di atas (oh, I’m not going btw).

Sememangnya, aku tidak terjejas pun dengan CSR tersebut, cumanya pasti ia akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang mungkin bercadang ingin melanjutkan pelajaran di UK pada masa akan datang (in a way or another).

Hatta, yuran tahunan pengajian sesi ini telah meningkat sebanyak £2000 setahun! Begitu juga dengan kos penempatan yang turut mengalami peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Dengar khabar juga, kos pengangkutan awan (tren, bas, dll) turut akan meningkat hasil CSR ini.

(Apabila difikirkan dari perspektif ini, aku pun terkesan sebenarnya. Iyalah, semakin meningkat kos pengajian dan kos sara hidup di UK, makanya semakin meningkat jugalah jumlah pinjaman boleh ubah yang aku dapati daripada penaja).

Erk! (O_0″)

p.s. Sangat sokong kebangkitan gerakan mahasiswa. 🙂

Allahu’alam.

PERGH!

https://i2.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs451.snc4/50414_104829249584426_1892720_n.jpghttps://i2.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs451.snc4/50414_104829249584426_1892720_n.jpghttps://i2.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs451.snc4/50414_104829249584426_1892720_n.jpghttps://i2.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs451.snc4/50414_104829249584426_1892720_n.jpghttps://i2.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs451.snc4/50414_104829249584426_1892720_n.jpghttps://i2.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs451.snc4/50414_104829249584426_1892720_n.jpghttps://i2.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs451.snc4/50414_104829249584426_1892720_n.jpghttps://i2.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs451.snc4/50414_104829249584426_1892720_n.jpghttps://i2.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs451.snc4/50414_104829249584426_1892720_n.jpg

https://i0.wp.com/i43.photobucket.com/albums/e358/huzaifahar/MMCLLogo3.jpg proudly presents to you,

https://i2.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs451.snc4/50414_104829249584426_1892720_n.jpg


ProfEssional Muslim Retreat in GB (PERGH!) – 1st Edition 

 

| 30 October 2010 (Saturday) | 9.00 AM – 7.00 PM |
| Muslim World League, LONDON

 


Inspiring and paradigm shifting talks by al-fadhil
Ustaz Aminurraasyid Yatiban
https://i2.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs408.snc4/47158_1531112711062_1032082828_1536631_4286322_n.jpg
| Education background: KISAS |
| Al-Azhar University, CAIRO (Syariah Islamiyah) |
| University of Aberdeen, SCOTLAND (PhD. in Islamic Jerusalem Studies) |
 

Shift YOUR paradigm and expand your knowledge with the inspirational talks on various topics such as:

| Teguh Dalam Aqidah |

| Jernih Dalam Fikrah |

| IKHLAS Dalam Ibadah |

| Yakin Dengan Kemenangan Islam |

(Talks will be given in Bahasa Melayu)

PLUS…..FREE ADMISSION!
https://i2.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs451.snc4/50414_104829249584426_1892720_n.jpg

BREAKFAST AND LUNCH WILL BE PROVIDED FREE AS WELL!
https://i2.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs451.snc4/50414_104829249584426_1892720_n.jpg https://i2.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs451.snc4/50414_104829249584426_1892720_n.jpg
For those coming from outside London, ACCOMODATION WILL ALSO BE PROVIDED!!
https://i2.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs451.snc4/50414_104829249584426_1892720_n.jpghttps://i2.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs451.snc4/50414_104829249584426_1892720_n.jpghttps://i2.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs451.snc4/50414_104829249584426_1892720_n.jpg
Come and join us for this awaited event of the year https://i2.wp.com/profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs451.snc4/50414_104829249584426_1892720_n.jpg

REGISTRATION FORM (CLICK HERE)

For more details, visit PERGH! event page on Facebook
:
PERGH! on Facebook

“Sesungguhnya Allah, Malaikat-Nya, penduduk langit dan bumi sehinggakan semut di sarangnya dan ikan di lautan akan pasti mendoakan (kebaikan) buat orang yang mengajar manusia ilmu kebaikan (Agama)”
| Riwayat at-Tirmidzi |

 

Alangkah Lucunya (negeri ini)

Jikalau sebelum ini aku pernah megajak kalian untuk menonton filem seperti Laskar Pelangi dan Rann, kali ini aku ingin mengajak kalian untuk menonton sebuah lagi filem Indonesia yang sangat menarik. (Genre yang aku sukai dan belum pernah aku dapati dari filem tanah air).

Memperkenalkan…

Filem ini rupanya hasil karya Deddy Mizwar – kalau yang di Malaysia, tentu pernah melihat iklan Mi Sedap di mana Deddy digandingkan dengan Mila AF5 (kalau aku tak salah).

Kalau tidak pun, peminat Ketika Cinta Bertasbih (KCB) pasti pernah melihat beliau yang memegang watak bapa mertua kepada Khairul Azam (hero KCB).

Filem ini sesuai dengan minatku dengan tema yang sinikal. Filem ini merupakan satu bentuk kritikan ataupun lebih halus lagi, ia merupakan ‘sindiran’ kepada pemerintah Indonesia. (brilliant lah Deddy Mizwar!)

Apa Yang Lucunya Di Negeri Ini?

Lain orang yang menonton, lain persepsi mahupun reaksi dan penerimaan mereka. Makanya, kita harus bersikap subjektif dalam hal ini.

Dalam filem ini, ianya mengetengahkan rakyat yang mempunyai status sosial yang rendah; mungkin dalam kalangan yang sederhana dan kalangan rakyat miskin.

Untuk lebih spesifik, latar masyarakat bagi filem ini antaranya ialah kalangan lepasan ijazah universiti yang masih menganggur dan juga sekumpulan remaja miskin dan yatim yang mencari rezeki dengan ‘mencopet’.

 

 

Mesyuarat kumpulan pencopet

 

Read More »

Agi Idup Agi Ngelaban!

Phew!

Aku tak sangka aku berani mempertahankan pilihanku kali ini. Mula-mula rasa duak tiga juga. Tapi aku ‘berani’kan diri walaupun ada sebahagian daripada diriku rasa kurang yakin dan sebahagian lagi merasakan kurang patut untuk berbuat demikian.

(hoh, ada berapa banyak daa bahagian diriku ini ada?) 😛

Kisahnya bermula di minggu pertama pembelajaran (yakni minggu ini). Untuk tahun ketiga Chemical Engineering (MEng.) ini, ada 5 subjek dalam semester pertama yang perlu aku ambil.

Subjek tersebut adalah:

  • Technical Review (perlu buat research and report tentang sesuatu topik)

 

Antara kerjanya adalah membaca jurnal ^_^" (ekspresi positif habis~)

 

  • Environmental Management (bagaimana nak menguruskan alam sekitar dan memastikan alam sekitar terurus)

  • Advanced Mathematical Modelling (tentang aplikasi mathematical equation ke dalam sistem komputer untuk menjangkakan hasil sesuatu proses. In other words, instead of doing experiments which are very costly, you use computer simulations to make predictions while these simulations are based on mathematical equations) —> (T_T)

 

...dengan menggunakan perisian seperti Matlab!

 

  • Transport Phenomena 3 (err, tentang fenomena pengangkutan/pergerakan bendalir; sepatutnya dengan mempelajari subjek ini akan lebih memahami sifat bendalir dan bagaimana untuk memanipulasikannya dalam sesuatu pemprosesan) —> (T_T)

 

Two-phase flow (pergerakan gas dan cecair yang serentak dalam tiub)

 

  • Management 2 (subjek ini agak luas; ada melibatkan sikit-sikit daripada ekonomi, kewangan, undang-undang, dll.)

Technical Review

Ok, berbalik kepada kisah yang di atas tadi, perkara itu berkaitan dengan subjek yang satu ini.

Pada petang Selasa yang lalu, aku membuka emel univeristi. Kelihatan sebuah emel daripada tutorku masuk pada pukul 5.51 PM. Dalam emel itu, beliau meminta kami memilih tajuk untuk Technical Review kami (6 orang satu kumpulan).

Antara tajuknya ialah:

1. Swelling and dissolution of polymers –>err…no idea

2. The benefits and challenges of algal biofuels –> loike! 🙂

3. Computational models for turbulent flow –> doesn’t sound easy, combination of Advanced Mathematical Modelling and Transport Phenomena (erk!)

4. New techniques for monitoring membrane performance –> not into membrane technology I’m afraid

5. Development of thickness sensors in fouling and cleaning –> whoaaa…thickness sensors? err…

6. Rheological models –> I had to search for the meaning of this word -_-”

7. Can chemical engineers help relieve the global water shortage? –> kind of simple but quite broad (global?)

8. Fouling and cleaning in food technology –> same expression as no. 5

Selepas mem-browse through tajuk-tajuk itu, aku tertarik dengan tajuk kedua tentang biofuel yang dihasilkan daripada alga (honestly, aku merasakan tajuk-tajuk lain itu mencabar).

Aku tertarik dengan tajuk itu juga kerana ianya agak spesifik untuk dibuat research yakni berkaitan ‘benefits’ dan ‘challenges’ of algal biofuels.

 

Kali pertama aku mendengar sumber tenaga alternatif diperbuat daripada alga! (0_o) –>ekspresi terkejut

Aku Google juga tajuk-tajuk lain, macam komplikated sahaja rupanya. Tambahan, aku memang dah tertarik dan dari segi minat dan prospek kerjayaku, insyaAllah dalam bidang ‘oil & gas’ juga. (kalau petroleum dan gas benar-benar habis, maka perlu sumber tenaga alternatif juga) 😀

Read More »

‘Kembali’

Alhamdulillah, sudah seminggu berlalu semenjak aku sampai di bandar Bath ini. Ketibaan semula ke UK pada kali ini menyapaku dengan kedinginan musim luruh. Aku tak pasti, tetapi kurasakan musim luruh September ini lebih sejuk berbanding tahun lepas atau tahun sebelumnya. (erk, baru 2 kali pun aku merasa musim luruh sebelum ini) ^_^”

Pemandangan dari tingkap bilikku (Oktober 2009)

Bagi menggambarkan kesejukan kini, julat suhu adalah antara 6 hingga 17 darjah celcius. Brrr. Dalam minggu ini, selang satu hari hujan turun. Tidak lebat, tetapi masih boleh membasahkan kasut atau seluar atau baju.

Summer Adventure 2010

Alhamdulillah untuk cuti summer selama lebih kurang 3 bulan lebih aku berada di Miri (kebanyakan masa).

Seperti yang kalian maklum, ada masanya aku ke semenanjung buat seketika untuk OBS di Lumut, bersiar bersama keluarga makcikku serta nenek dan atuk ke Cameron Highlands, juga melawat pakcikku di Kuala Kangsar untuk memakan durian.

Atuk n Nenek di Ladang Boh, Cameron Highlands (sweeet) 🙂
Danial, Lia, Pak Dee, Ariz, Deanna, Miza, Sya, Udak, Aqilah (Cameron Highlands)
Ariz, Sya, Danial memetik strawberi (masam!)
Bersama cousins di Kuala Kangsar; (belakang) Danial, Lia, Deanna; (depan) Ariz, Aqilah, Ainol, Aenil, Sya.
Durians! (ada rambutan juak)

Lesen P

Usai OBS, aku kembali ke Miri untuk meneruskan pembelajaranku dalam kemahiran pemanduan. Seperti biasa, 3 kali seminggu aku ke Institut Memandu Miri-Subis (IMMS) di Senadin.

Rutin di kala ke kelas memandu, aku pasti bersiap seawal pagi (sama time adik-adikku ke sekolah) – fenomena-jarang-berlaku-di-musim-cuti; lalu aku dihantar oleh ibuku ke terminal bas di Pujut Padang Kerbau. Sekitar pukul 7 lebih, guru memanduku, Pak Boss menjemputku dari sana untuk ke IMMS.

Dalam tempoh belajar itu, ada masanya Pak Boss membenarkan aku untuk memandu Kancil putihnya dari stesen minyak Petronas di Pujut 7 (ya ka? lepas roundabout mok gi Permyjaya sia) dan terus sampai ke IMMS.

Akhirnya, pada 17 Ogos 2010, aku menjalani Ujian Memandu JPJ. Mulanya aku biasa-biasa sahaja. Ujian dimulakan dengan bukit.

*Gambar ihsan Google*

Di kaki bukit, dalam posisi gear 1, minyak kutekan dengan penuh kawalan (cewah). Setelah kuyakini tayarku memasuki garisan kotak kuning itu, aku membrek dan menarik brek tangan. Ok. Phew!

Mimpi ngeriku bermula apabila aku cuba untuk menggerakkan semula kereta ke hadapan daripada posisi berhenti itu. Seperti yang diajar, minyak ditekan sehingga enjim mengaum deras, lalu clutch dilepaskan perlahan. Setelah terasa seperti kereta ‘terkedepan’, seharusnya brek tangan mula dilepaskan.

Dan aku pun berbuat seperti yang demikian…

NAMUN, instead of terus ke depan, enjin kereta itu mati!! Panik! Lantas kutekan brek dan brek tangan ditarik semula. Enjin dihidupkan kembali. Peluh nebes mula mengalir di pipi dan kakiku mula terketar-ketar. Trrrr. (O_o)

Mungkin kerana tidak biasa dengan Kancil baru yang digunakan untuk ujian, aku mengalami sedikit culture-shock (kereta Pak Boss yang aku gunakan pula ialah Kancil jenis lama).

Dipendekkan cerita, kematian enjin itu berlaku 3 kali!! Alhamdulillah, dalam tempoh itu, kereta itu tidak terturun dari bukit. Maka sebab itulah barangkali kakak JPJ yang menjadi tester masih memberikan aku peluang untuk mencuba.

Sedikit segan kerana tester tersebut terpaksa ‘memberi motivasi’ kepadaku sehingga keluar dari pondok tester lalu menghampiriku di kereta. Mungkin perasan dengan keadaanku yang terketar-ketar, dia sempat menasihatiku supaya ‘jangan nebes’.

Dia juga mengatakan kepadaku, ‘Kenak takut gilak mok tekan minyak ya?!‘ (hehe, bunyi macam marah, tapi tester itu sungguh baik kerana tidak terlalu strict terhadapku). Akhirnya, dapat juga aku menuruni bukit itu (ke hadapan) dengan selamatnya. 😀

*Gambar ihsan Google*

Selepas bukit, pastinya ujian ‘S-parking’ dan 3-Penjuru. Untuk ‘S-parking tersebut, sekali lagi aku mendapat ‘layanan istimewa’. Kali ini, tester tersebut keluar dari pondoknya (sekitar 50 meter dari tempat ‘S-parking’) kerana tidak berpuas hati dengan pem-parking-an yang aku buat.

(Mungkin dari jauh kelihatan tayarku tidak masuk ke kotak parking sehingga beliau terpaksa menghampiriku untuk memeriksa).

Ujian berakhir dengan ujian di jalan raya. Dihabiskan cerita, alhamdulillah, kini aku sah memegang lesen P di Malaysia. 😀

Ingat quote ini?

Orang yang tiada lesen memandu bagaikan orang yang berada di atas kerusi roda. Hanya bergerak jika ditolak ke mana-mana.

Nampaknya kenyataan itu kurang benar (hehe). Hal ini kerana semenjak mendapat lesen P, aku masih belum dibenarkan untuk memandu sendiri ke mana-mana. Jika ingin memandu, perlu ada pemandu berpengalaman duduk di sebelahku. T_T (insyaAllah, ada hikmahnya begitu). 🙂

Kakak-Sitting*

*(istilah yang tepat ialah ‘baby-sitting‘)

Aqilah a.k.a 'Kakak' dengan salah satu aksi comel beliau

Makanya, selain daripada urusan belajar memandu, aku turut diberi peluang untuk bersama dengan budak kecik berumur 3 tahun lebih ini bermula hujung Julai sehinggalah hujung Ramadhan.

Read More »

Kisah Si Poda

===========

Ayah dan ibu Poda mengamanahkan sebuah kereta yang cantik buat Poda. Sebuah kereta yang harus Poda gunakan untuk menuju ke Kotaraya Y.

Kata Ayah, “Anakku, kau jagalah kereta ini sebaiknya. Manfaatkan sebaiknya untuk kau sampai ke destinasi yang patut kau tuju.”

Poda gembira dengan adanya kereta itu. Poda sudah mula memikirkan ke mana lagi yang hendak ditujunya dalam perjalanan ke Kotaraya Y. Poda suka mengembara, Poda suka bertemu orang baru.

Walaupun Poda mempunyai hasrat lain dengan kereta itu, Poda sedar apa pun yang hendak dilakukannya, dia tidak boleh menggunakan kemudahan kereta itu untuk perkara yang salah.

Poda siap merencana kembara dan misi seruannya dengan kereta itu. Kotaraya Y destinasi yang perlu dituju, tetapi tiada salahnya jika dia menggunakan kesempatan ber’kereta’ itu untuk ke Kampung Z ataupun Bandar W dengan kereta itu; demi sebuah misi murni.

Masa berlalu, Poda dan kereta amanahnya sentiasa bergerak ke sana ke mari. Poda juga sentiasa sedia menumpangkan rakan-rakannya dengan kereta itu.

Seperti prinsip Poda sebelumnya, yang penting dia dan rakan-rakannya bukan melakukan perkara yang salah malahan mengerjakan sesuatu yang merupakann sebuah keperluan buat masyarakat di pelbagai kampung dan bandar yang disinggahi.

Mungkin kerana terlalu asyik mengembara bersama kereta itu, Poda terlupa untuk menjaga kebajikan kereta itu seperti pesan ayahnya. Kotaraya Y masih jauh tetapi kondisi kereta Poda sudah agak teruk.

Ada ketika dalam perjalanannya, dia mengalami accident. Kemek sana dan kemek sini. Lampu hadapan pecah. Bumper hampir tanggal. Namun Poda tidak ambil kisah tentang kerosakan-kerosakan yang kecil itu.

Dia juga kurang ambil perhatian untuk sentiasa melakukan servis pada keretanya. Setiap kerosakan dibiarkan begitu sahaja.

‘Tidak mengapa, ok saja ni!’ kata hatinya.

Namun, tanpa Poda sedari, accident-accident kecil yang dialaminya telah menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian dalaman keretanya. Enjin mula meragam. Kadang-kadang kereta tidak mampu dihidupkan.

Dan akhirnya…pada suatu hari, kereta itu benar-benar tidak dapat digunakan! Mati. Poda mula risau, hatinya tidak tenteram. Bingung dan kacau!

Bagaimana dengan janjinya untuk menumpangkan si T ke Bandar C?

Bagaimana dengan kontraknya untuk menghantar bekalan beras ke Kampung Q pada setiap bulan?

Dan bagaimana dengan Kotaraya Y yang sepatutnya menjadi destinasi tujuan apabila ayahnya mengamanahkan kereta itu dahulu?

Kereta itu terpaksa dihantarnya ke bengkel. Kata Pak Cik Beng Kel, masih boleh dieselamatkan. Kereta itu masih boleh dibaiki. Namun, kereta itu perlu berada di bengkel tersebut untuk suatu tempoh masa.

Ayahnya dimaklumkan mengenai kondisi terkini kereta itu. Ayah sangat marah. Ibu sedih dan kecewa. Ayah tanya kenapa. Poda tidak tahu hendak menerangkan bagaimana. Akhirnya, Ayah dapat tahu juga kegiatan Poda dengan kereta itu selama ini.

Ayah tahu Poda banyak ke sana ke mari dengan kereta itu. Ayah juga sedar, walaupun Poda ke sana ke mari, Poda tidak buat sesuatu yang salah. Cuma, Poda cuai dalam menjaga kereta itu.

Ayah lantas mengingatkan, “Poda, kamu harus sedar, amanah kamu dengan kereta ini adalah untuk ke Kotaraya Y. Ayah tidak melarang kamu dengan apa yang kamu suka lakukan, namun kamu harus bijak dan menjaga kereta kamu dengan baik agar kamu selamat sampai ke Kotaraya Y di samping melakukan perkara-perkara yang kamu suka itu.”

Poda tidak tahu hendak kata apa. Poda mula diselubungi rasa bersalah terhadap ayahnya. Lebih-lebih lagi Ibu yang diam seribu kata.

Pada masa yang sama, Poda sedar, si T menanti untuk ditumpangkan ke Bandar C. Juga, penduduk Kampung Q menanti beras yang sepatutnya dia hantar kepada mereka.

******

Bagi Poda kini, kereta itu perlu dia pulihkan seperti sedia kala. Poda berazam untuk tidak mengecewakan ayah dan ibunya. Poda tidak mahu, kerana tindakannya, dia menjadi anak derhaka. Poda tekad, dia mesti sampai ke Kotaraya Y, by hook or by crook bak kata orang puteh sebelah rumahnya.

Kotaraya Y, itu destinasinya. Kereta Ayah, itu amanahnya. Ya, Poda ada amanah lain yang perlu juga dia tunaikan buat rakan dan penduduk Kampung Q.

Poda akan terus bantu, namun mungkin tidak sepantas dan secergas dahulu kala. Jika dulu dengan kereta Ayah, kini Poda hanya berbasikal untuk ke Kampung Q. Untuk menumpangkan rakan-rakannya, insyaAllah mungkin hanya seorang dua di atas basikal berbanding lima enam orang dengan kereta.

Redha Allah terletak pada Redha ibu dan bapa. Itu yang Poda percaya.  Di sudut kecil hatinya, Poda berharap agar Redha Allah itu sentiasa menjadi matlamatnya.

=========

Terpulang kepada kalian untuk mengambil pengajaran kisah si Poda ini. Moga ada manfaatnya. Jika tiada, maka abaikan sahaja. ^_^”

p.s. cubaan membuat cerpen mikro dan tersirat macam Faisal Tehrani. 😛