Kisah Si Poda

===========

Ayah dan ibu Poda mengamanahkan sebuah kereta yang cantik buat Poda. Sebuah kereta yang harus Poda gunakan untuk menuju ke Kotaraya Y.

Kata Ayah, “Anakku, kau jagalah kereta ini sebaiknya. Manfaatkan sebaiknya untuk kau sampai ke destinasi yang patut kau tuju.”

Poda gembira dengan adanya kereta itu. Poda sudah mula memikirkan ke mana lagi yang hendak ditujunya dalam perjalanan ke Kotaraya Y. Poda suka mengembara, Poda suka bertemu orang baru.

Walaupun Poda mempunyai hasrat lain dengan kereta itu, Poda sedar apa pun yang hendak dilakukannya, dia tidak boleh menggunakan kemudahan kereta itu untuk perkara yang salah.

Poda siap merencana kembara dan misi seruannya dengan kereta itu. Kotaraya Y destinasi yang perlu dituju, tetapi tiada salahnya jika dia menggunakan kesempatan ber’kereta’ itu untuk ke Kampung Z ataupun Bandar W dengan kereta itu; demi sebuah misi murni.

Masa berlalu, Poda dan kereta amanahnya sentiasa bergerak ke sana ke mari. Poda juga sentiasa sedia menumpangkan rakan-rakannya dengan kereta itu.

Seperti prinsip Poda sebelumnya, yang penting dia dan rakan-rakannya bukan melakukan perkara yang salah malahan mengerjakan sesuatu yang merupakann sebuah keperluan buat masyarakat di pelbagai kampung dan bandar yang disinggahi.

Mungkin kerana terlalu asyik mengembara bersama kereta itu, Poda terlupa untuk menjaga kebajikan kereta itu seperti pesan ayahnya. Kotaraya Y masih jauh tetapi kondisi kereta Poda sudah agak teruk.

Ada ketika dalam perjalanannya, dia mengalami accident. Kemek sana dan kemek sini. Lampu hadapan pecah. Bumper hampir tanggal. Namun Poda tidak ambil kisah tentang kerosakan-kerosakan yang kecil itu.

Dia juga kurang ambil perhatian untuk sentiasa melakukan servis pada keretanya. Setiap kerosakan dibiarkan begitu sahaja.

‘Tidak mengapa, ok saja ni!’ kata hatinya.

Namun, tanpa Poda sedari, accident-accident kecil yang dialaminya telah menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian dalaman keretanya. Enjin mula meragam. Kadang-kadang kereta tidak mampu dihidupkan.

Dan akhirnya…pada suatu hari, kereta itu benar-benar tidak dapat digunakan! Mati. Poda mula risau, hatinya tidak tenteram. Bingung dan kacau!

Bagaimana dengan janjinya untuk menumpangkan si T ke Bandar C?

Bagaimana dengan kontraknya untuk menghantar bekalan beras ke Kampung Q pada setiap bulan?

Dan bagaimana dengan Kotaraya Y yang sepatutnya menjadi destinasi tujuan apabila ayahnya mengamanahkan kereta itu dahulu?

Kereta itu terpaksa dihantarnya ke bengkel. Kata Pak Cik Beng Kel, masih boleh dieselamatkan. Kereta itu masih boleh dibaiki. Namun, kereta itu perlu berada di bengkel tersebut untuk suatu tempoh masa.

Ayahnya dimaklumkan mengenai kondisi terkini kereta itu. Ayah sangat marah. Ibu sedih dan kecewa. Ayah tanya kenapa. Poda tidak tahu hendak menerangkan bagaimana. Akhirnya, Ayah dapat tahu juga kegiatan Poda dengan kereta itu selama ini.

Ayah tahu Poda banyak ke sana ke mari dengan kereta itu. Ayah juga sedar, walaupun Poda ke sana ke mari, Poda tidak buat sesuatu yang salah. Cuma, Poda cuai dalam menjaga kereta itu.

Ayah lantas mengingatkan, “Poda, kamu harus sedar, amanah kamu dengan kereta ini adalah untuk ke Kotaraya Y. Ayah tidak melarang kamu dengan apa yang kamu suka lakukan, namun kamu harus bijak dan menjaga kereta kamu dengan baik agar kamu selamat sampai ke Kotaraya Y di samping melakukan perkara-perkara yang kamu suka itu.”

Poda tidak tahu hendak kata apa. Poda mula diselubungi rasa bersalah terhadap ayahnya. Lebih-lebih lagi Ibu yang diam seribu kata.

Pada masa yang sama, Poda sedar, si T menanti untuk ditumpangkan ke Bandar C. Juga, penduduk Kampung Q menanti beras yang sepatutnya dia hantar kepada mereka.

******

Bagi Poda kini, kereta itu perlu dia pulihkan seperti sedia kala. Poda berazam untuk tidak mengecewakan ayah dan ibunya. Poda tidak mahu, kerana tindakannya, dia menjadi anak derhaka. Poda tekad, dia mesti sampai ke Kotaraya Y, by hook or by crook bak kata orang puteh sebelah rumahnya.

Kotaraya Y, itu destinasinya. Kereta Ayah, itu amanahnya. Ya, Poda ada amanah lain yang perlu juga dia tunaikan buat rakan dan penduduk Kampung Q.

Poda akan terus bantu, namun mungkin tidak sepantas dan secergas dahulu kala. Jika dulu dengan kereta Ayah, kini Poda hanya berbasikal untuk ke Kampung Q. Untuk menumpangkan rakan-rakannya, insyaAllah mungkin hanya seorang dua di atas basikal berbanding lima enam orang dengan kereta.

Redha Allah terletak pada Redha ibu dan bapa. Itu yang Poda percaya.  Di sudut kecil hatinya, Poda berharap agar Redha Allah itu sentiasa menjadi matlamatnya.

=========

Terpulang kepada kalian untuk mengambil pengajaran kisah si Poda ini. Moga ada manfaatnya. Jika tiada, maka abaikan sahaja. ^_^”

p.s. cubaan membuat cerpen mikro dan tersirat macam Faisal Tehrani.😛

2 thoughts on “Kisah Si Poda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s