‘Kembali’

Alhamdulillah, sudah seminggu berlalu semenjak aku sampai di bandar Bath ini. Ketibaan semula ke UK pada kali ini menyapaku dengan kedinginan musim luruh. Aku tak pasti, tetapi kurasakan musim luruh September ini lebih sejuk berbanding tahun lepas atau tahun sebelumnya. (erk, baru 2 kali pun aku merasa musim luruh sebelum ini) ^_^”

Pemandangan dari tingkap bilikku (Oktober 2009)

Bagi menggambarkan kesejukan kini, julat suhu adalah antara 6 hingga 17 darjah celcius. Brrr. Dalam minggu ini, selang satu hari hujan turun. Tidak lebat, tetapi masih boleh membasahkan kasut atau seluar atau baju.

Summer Adventure 2010

Alhamdulillah untuk cuti summer selama lebih kurang 3 bulan lebih aku berada di Miri (kebanyakan masa).

Seperti yang kalian maklum, ada masanya aku ke semenanjung buat seketika untuk OBS di Lumut, bersiar bersama keluarga makcikku serta nenek dan atuk ke Cameron Highlands, juga melawat pakcikku di Kuala Kangsar untuk memakan durian.

Atuk n Nenek di Ladang Boh, Cameron Highlands (sweeet)๐Ÿ™‚
Danial, Lia, Pak Dee, Ariz, Deanna, Miza, Sya, Udak, Aqilah (Cameron Highlands)
Ariz, Sya, Danial memetik strawberi (masam!)
Bersama cousins di Kuala Kangsar; (belakang) Danial, Lia, Deanna; (depan) Ariz, Aqilah, Ainol, Aenil, Sya.
Durians! (ada rambutan juak)

Lesen P

Usai OBS, aku kembali ke Miri untuk meneruskan pembelajaranku dalam kemahiran pemanduan. Seperti biasa, 3 kali seminggu aku ke Institut Memandu Miri-Subis (IMMS) di Senadin.

Rutin di kala ke kelas memandu, aku pasti bersiap seawal pagi (sama time adik-adikku ke sekolah) – fenomena-jarang-berlaku-di-musim-cuti; lalu aku dihantar oleh ibuku ke terminal bas di Pujut Padang Kerbau. Sekitar pukul 7 lebih, guru memanduku, Pak Boss menjemputku dari sana untuk ke IMMS.

Dalam tempoh belajar itu, ada masanya Pak Boss membenarkan aku untuk memandu Kancil putihnya dari stesen minyak Petronas di Pujut 7 (ya ka? lepas roundabout mok gi Permyjaya sia) dan terus sampai ke IMMS.

Akhirnya, pada 17 Ogos 2010, aku menjalani Ujian Memandu JPJ. Mulanya aku biasa-biasa sahaja. Ujian dimulakan dengan bukit.

*Gambar ihsan Google*

Di kaki bukit, dalam posisi gear 1, minyak kutekan dengan penuh kawalan (cewah). Setelah kuyakini tayarku memasuki garisan kotak kuning itu, aku membrek dan menarik brek tangan. Ok. Phew!

Mimpi ngeriku bermula apabila aku cuba untuk menggerakkan semula kereta ke hadapan daripada posisi berhenti itu. Seperti yang diajar, minyak ditekan sehingga enjim mengaum deras, lalu clutch dilepaskan perlahan. Setelah terasa seperti kereta ‘terkedepan’, seharusnya brek tangan mula dilepaskan.

Dan aku pun berbuat seperti yang demikian…

NAMUN, instead of terus ke depan, enjin kereta itu mati!! Panik! Lantas kutekan brek dan brek tangan ditarik semula. Enjin dihidupkan kembali. Peluh nebes mula mengalir di pipi dan kakiku mula terketar-ketar. Trrrr. (O_o)

Mungkin kerana tidak biasa dengan Kancil baru yang digunakan untuk ujian, aku mengalami sedikit culture-shock (kereta Pak Boss yang aku gunakan pula ialah Kancil jenis lama).

Dipendekkan cerita, kematian enjin itu berlaku 3 kali!! Alhamdulillah, dalam tempoh itu, kereta itu tidak terturun dari bukit. Maka sebab itulah barangkali kakak JPJ yang menjadi tester masih memberikan aku peluang untuk mencuba.

Sedikit segan kerana tester tersebut terpaksa ‘memberi motivasi’ kepadaku sehingga keluar dari pondok tester lalu menghampiriku di kereta. Mungkin perasan dengan keadaanku yang terketar-ketar, dia sempat menasihatiku supaya ‘jangan nebes’.

Dia juga mengatakan kepadaku, ‘Kenak takut gilak mok tekan minyak ya?!‘ (hehe, bunyi macam marah, tapi tester itu sungguh baik kerana tidak terlalu strict terhadapku). Akhirnya, dapat juga aku menuruni bukit itu (ke hadapan) dengan selamatnya.๐Ÿ˜€

*Gambar ihsan Google*

Selepas bukit, pastinya ujian ‘S-parking’ dan 3-Penjuru. Untuk ‘S-parking tersebut, sekali lagi aku mendapat ‘layanan istimewa’. Kali ini, tester tersebut keluar dari pondoknya (sekitar 50 meter dari tempat ‘S-parking’) kerana tidak berpuas hati dengan pem-parking-an yang aku buat.

(Mungkin dari jauh kelihatan tayarku tidak masuk ke kotak parking sehingga beliau terpaksa menghampiriku untuk memeriksa).

Ujian berakhir dengan ujian di jalan raya. Dihabiskan cerita, alhamdulillah, kini aku sah memegang lesen P di Malaysia.๐Ÿ˜€

Ingat quote ini?

Orang yang tiada lesen memandu bagaikan orang yang berada di atas kerusi roda. Hanya bergerak jika ditolak ke mana-mana.

Nampaknya kenyataan itu kurang benar (hehe). Hal ini kerana semenjak mendapat lesen P, aku masih belum dibenarkan untuk memandu sendiri ke mana-mana. Jika ingin memandu, perlu ada pemandu berpengalaman duduk di sebelahku. T_T (insyaAllah, ada hikmahnya begitu).๐Ÿ™‚

Kakak-Sitting*

*(istilah yang tepat ialah ‘baby-sitting‘)

Aqilah a.k.a 'Kakak' dengan salah satu aksi comel beliau

Makanya, selain daripada urusan belajar memandu, aku turut diberi peluang untuk bersama dengan budak kecik berumur 3 tahun lebih ini bermula hujung Julai sehinggalah hujung Ramadhan.


Mengapa beliau dipanggil ‘Kakak’; maka memerlukan satu lagi post untuk aku menceritakannya (exaggerating!).๐Ÿ˜€

Apa-apa pun, sepanjang bersama beliau, aku dah berapa kali mengulang tonton siri Mr. Bean, The Animated Series of Mr. Bean, dan Tom and Jerry. Itulah antara siri favourite Kakak di kaca TV.

Sepanjang bersama beliau, terlintas di fikiranku satu persoalan penting yang aku sendiri masih mencari jawapannya, ‘Bagaimana anak kecil yang inncoent boleh menjadi pelbagai jenis manusia yang ada di dunia ini?

Kalian tentu faham maksudku bukan? Kita semua pernah menjadi anak kecil yang innocent itu. Namun kita membesar menjadi insan yang pelbagai.ย Semua manusia itu lahirnya suci. Seperti hadith Rasulullah s.a.w;

Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkan sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani, atau Majusi.

(Hadith Riawayat Bukhari dan Muslim)

Aku terfikir bagaimana seorang yang berakhlak baik itu dicorakkan semasa kecilnya dan apa kurangnya pada pendidikan mereka yang dikatakan ‘perosak masyarakat’ semasa kecilnya.

Aku mencari formula.

Walaupun aku tidak berjaya mendapatkan formula itu mahupun menjawab persoalan itu, apa yang pasti, aku tahu ianya bukan suatu kerja yang mudah.

Lantas, berakhirnya summer ini, ia mengajarku untuk lebih menghayati tentang ihsan kepada ibu bapa. Allah dan Rasulullah mengajarkan cara yang mudah untuk mendapatkan redha Allah, namun seringkali ‘kemudahan’ itu diambil enteng oleh kita, terutamanya diri ini.

Hadith Rasulullah yang bermaksud;

Redha Allah itu berada dalam redha kedua orang tua dan murka Allah itu berada dalam murka kedua orang tua.

(Hadith Riwayat Abdullan bin ‘Amr)


Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abdullah ra, katanya: โ€œAku bertanya Nabi saw apakah amal yang paling disukai oleh Allah?โ€

Nabi menjawab: โ€œSolat dalam waktunya.โ€

Aku bertanya lagi: “Kemudian apa lagi?โ€

Nabi saw menjawab: โ€œKemudian berlaku ihsan kepada kedua ibubapa.โ€

Aku bertanya lagi: ‘Kemudian apa lagi?โ€

Nabi saw menjawab: โ€œBerjihad fi sabilillah.โ€

(bacaan lanjut di artikel ini)

Kadang-kadang, mudah sahaja permintaan ibu bapa kita seperti mengemaskan rumah, memastikan sinki bersih, pergi ke kedai membeli bahan dapur, dan banyak lagi kerja mudah demi mendapatkan redha Allah; kita tidak ambil serius dan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhinya.

Astaghfirullah! T_T

Moga Allah berikan kekuatan, hidayah, dan taufik kepada kita semua untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.

Selain daripada mengajak ย untuk kita menghargai ibu bapa, kepada pasangan yang bercouple, perlu berfikir, bukan mudah peranan sebagai ibu atau bapa.

Cinta antara hati anda itu mungkin indah dirasakan namun apakah pasti anda mampu melahirkan dan membentuk seorang manusia (yakni anak-anak) yang mampu ‘mengindahkan’ dunia dan akhirat anda?

Berbalik kepada kakak-sitting, aku seronok walaupun kadang-kadang sedikit geram ketika beliau membuat olah (baca: nakal). ^_^”

Aqilah a.k.a. Kakak sangat suka meniru apa yang dilihatnya. Memasak, membancuh air, mencuci pinggan, membuat kueh, dan banyak lagi, semua ingin dibuatnya juga – dengan imaginasi dan permainannya.

Satu perkara lagi, Aqilah inclined kepada sinetron Indonesia. Kalau kita buka rancangan TV selain daripada kartun favourite beliau, hanya sonetron Indonesia yang mendapat ‘perkenannya’. hehe.๐Ÿ™‚

Pasti terkenangkan Aqilah jikalau aku memainkan lagu tema sinetron ‘Cahaya’ bertajuk ‘Sebelum Cahaya by Letto’. Jika lagu itu kukumandangkan di YouTube atau didengarinya di TV, kedengaran Aqilah cuba menyanyikan lagu itu tetapi dengan menyebut di suku kata hujungnya sahaja.๐Ÿ˜‰

Ingatkah engkau kepaDA

Embun pagi bersahaJA

Yang menemaniMU

Sebelum cahaYA

*Gambar diculik dari FB Makzan*
*Gambar diculik dari FB Makzan*
*Gambar diculik dari FB Makzan*

Semoga Aqilah dan juga semua ahli keluargaku yang lain menjadi dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah. Ameen.๐Ÿ™‚

Syawal 1431H

Hari Raya tahun ni adalah giliran kamu beraya di rumah famili sebelah ayahku. Makanya, pada hari raya pertama, aku bertandang ke rumah nenekku di Kampung Luak juga (dekat saja dengan rumahku).๐Ÿ™‚

1 Syawal 1431H
Bersama cousins di Kampung Luak

Kemudian, pada raya kedua (Sabtu), kami sekeluarga menaiki D-Max untuk ke Marudi untuk beraya bersama famili di sebelah ibuku. Namun pada hari Ahadnya, kami sudah kembali semula ke Miri (kerana adik-adikku bersekolah pada minggu itu).

Minggu pertama raya itu, aku menziarah dan diziarahi oleh kawan-kawan terdekat. Aku juga berpeluang beraya bersama Rina, Fakhrul, Mahmud, Afiq, dan Jelri ke hampir 10 buah rumah! Aku tiada pula mengambil gambar kami beraya. tsk2. T_T

*Gambar dari FB kawan Nur Syahida* (lokasi: rumah Rina)

Dan pastinya yang menggemparkan ialah kepulangan Nurisa! secara mengejut ke Miri. Pada hari ketibaannya di Miri di sebeah petangnya, dia, Rina, Fakhrul, Nash, dan Terence beraya di rumahku. (tak sempat pula untuk membalas ziarah ke rumah beliau. huhu) – ada gambar, yang diambil dengan kamera Terence.

Akhir sekali, ialah majlis perkahwinan kakak saudaraku di Kampung Luak juga. Aku telah menjadi si penjaga bunga telur di tepi pelamin. ^_^”

Keluarga pengantin

Pada 22 September, aku sudah berangkat ke KL sebelum ke Heathrow pada 24 September lalu.

Kisah Podachit

Post kali ini ingin kututup dengan kisah si Podachit (dipendekkan menjadi ‘Poda’).

*Kisah ini telah dipindahkan ke sini

Penutup

InsyaAllah, esok aku akan memulakan sesi persekolahan Tahun Ke-3, Chemical Engineering di University of Bath. Harapanku pastinya untuk tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Doakan semoga aku berjaya ya! Kepada kalian, walau di mana kalian berada, semoga kalian diberi kemudahan oleh Allah untuk menjayakan cita-cita dunia dan akhirat kalian. Allahumma ameen.

Okies, sehingga berjumpa lagi!๐Ÿ˜‰

Allahu’alam.

p.s. I always enjoy writing. It feels good to be writing again! Semoga lebih istiqamahlah hendaknya.๐Ÿ˜€

4 thoughts on “‘Kembali’

  1. salam wbt..

    kiut la Aqilah ya.. kamek nak kenenkan dengan anak buah kamek lah, samada Aiman ataupun Afiq.. aiseh, banyak gik anak buah lelaki nok lain.. tapi prioriti ngan dua beradik tok lah.. heheheheh..

    I always enjoy your writing.. Since i’m no longer a blogger, I’m hoping that U’ll keep ur spirit up high to continue writing.. insyaAllah..๐Ÿ˜‰

  2. Salam Kak Dayang,

    hehe. Nang kiut. Alhamdulillah. Harap terus kiut dari semua segi, insyaAllah.๐Ÿ˜‰

    (-_-“) –> adeih, Kak Dayang sik abis2 ngan agen carik jodoh nya. hehe. insyaAllah, mun da jodoh, sik ke cney.๐Ÿ˜›

    p.s. Alhamdulillah. Many thanks sudi singgah sitok. insyaAllah, moga dapat nulis benda2 bermanfaat lah hendaknya.

    p.p.s. Kenak eh ktk sik blog gik? Best bah blog ktk masa 1st year lok. Banyak cerita, pengalaman, n pengajaran. Harap ktk dapat blog gik cam dolok ya.๐Ÿ™‚

  3. Assalammualaikum…
    Sya, cerita ttg aqila… teringat maksu satu petang ya… Masa time ada karnival di country height… Sehari lepas sya2 berangkat ke UK… Petang ya baru habis masak…. Tggllah maksu, nenek, ngah, mama, atuk, aqila ngan amir… Masa ya kmkorg semua kelelahan dan lepak2 sambil berloya-loya ngan nenek dlm bilit nenek… Yg sik kelelahan cuma aqila ngan amir… Cdak duak main mcm2… dan mcm biasalah, kejap bait kejap kelai… Masa ya sidak duak main solat-solat… Amik sejadah masing2 dan smbhyang… Aqila konon2 tek pegi la kat tepi almari amik wudhuk… Pasya berdiri atas sejadah dan smbahyang…. Kmk org pun leka lah berloya…sbb aksi solat cdak duak ya dah biasa kita tgk kan…. Tetiba, tetak kmk org semua dlm bilit ya pecah bila aqila buat satu aksi yg sik biasa kita tgk nya buat…. Nya amik bangku yg nenek selalu pake solat…nya letak atas sejadah, pasya nya panjat bangku ya… pas ya tang kemas jak tangannya angkat takbir…”Allahuakhbar!” dan peluk tubuh… kaki tergantung atas bangku ya sambil goyang2…. Kmk org semua tetak tgknya…. Sampenya nya terkejut dan tercengang kehairanan kenak kmk org tetak ngan nya…. Hehehe…. cute dan rindu ngan nya dan olahnya ya…. hihi… Ya ajaklah citanya tek…..
    Dan Aaameen Allahumma aameen utk perenggan penutup…๐Ÿ˜‰

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s