Agi Idup Agi Ngelaban!

Phew!

Aku tak sangka aku berani mempertahankan pilihanku kali ini. Mula-mula rasa duak tiga juga. Tapi aku ‘berani’kan diri walaupun ada sebahagian daripada diriku rasa kurang yakin dan sebahagian lagi merasakan kurang patut untuk berbuat demikian.

(hoh, ada berapa banyak daa bahagian diriku ini ada?)πŸ˜›

Kisahnya bermula di minggu pertama pembelajaran (yakni minggu ini). Untuk tahun ketiga Chemical Engineering (MEng.) ini, ada 5 subjek dalam semester pertama yang perlu aku ambil.

Subjek tersebut adalah:

  • Technical Review (perlu buat research and report tentang sesuatu topik)

 

Antara kerjanya adalah membaca jurnal ^_^" (ekspresi positif habis~)

 

  • Environmental Management (bagaimana nak menguruskan alam sekitar dan memastikan alam sekitar terurus)

  • Advanced Mathematical Modelling (tentang aplikasi mathematical equation ke dalam sistem komputer untuk menjangkakan hasil sesuatu proses. In other words, instead of doing experiments which are very costly, you use computer simulations to make predictions while these simulations are based on mathematical equations) —> (T_T)

 

...dengan menggunakan perisian seperti Matlab!

 

  • Transport Phenomena 3 (err, tentang fenomena pengangkutan/pergerakan bendalir; sepatutnya dengan mempelajari subjek ini akan lebih memahami sifat bendalir dan bagaimana untuk memanipulasikannya dalam sesuatu pemprosesan) —> (T_T)

 

Two-phase flow (pergerakan gas dan cecair yang serentak dalam tiub)

 

  • Management 2 (subjek ini agak luas; ada melibatkan sikit-sikit daripada ekonomi, kewangan, undang-undang, dll.)

Technical Review

Ok, berbalik kepada kisah yang di atas tadi, perkara itu berkaitan dengan subjek yang satu ini.

Pada petang Selasa yang lalu, aku membuka emel univeristi. Kelihatan sebuah emel daripada tutorku masuk pada pukul 5.51 PM. Dalam emel itu, beliau meminta kami memilih tajuk untuk Technical Review kami (6 orang satu kumpulan).

Antara tajuknya ialah:

1. Swelling and dissolution of polymers –>err…no idea

2. The benefits and challenges of algal biofuels –> loike!πŸ™‚

3. Computational models for turbulent flow –> doesn’t sound easy, combination of Advanced Mathematical Modelling and Transport Phenomena (erk!)

4. New techniques for monitoring membrane performance –> not into membrane technology I’m afraid

5. Development of thickness sensors in fouling and cleaning –> whoaaa…thickness sensors? err…

6. Rheological models –> I had to search for the meaning of this word -_-”

7. Can chemical engineers help relieve the global water shortage? –> kind of simple but quite broad (global?)

8. Fouling and cleaning in food technology –> same expression as no. 5

Selepas mem-browse through tajuk-tajuk itu, aku tertarik dengan tajuk kedua tentang biofuel yang dihasilkan daripada alga (honestly, aku merasakan tajuk-tajuk lain itu mencabar).

Aku tertarik dengan tajuk itu juga kerana ianya agak spesifik untuk dibuat research yakni berkaitan ‘benefits’ dan ‘challenges’ of algal biofuels.

 

Kali pertama aku mendengar sumber tenaga alternatif diperbuat daripada alga! (0_o) –>ekspresi terkejut

Aku Google juga tajuk-tajuk lain, macam komplikated sahaja rupanya. Tambahan, aku memang dah tertarik dan dari segi minat dan prospek kerjayaku, insyaAllah dalam bidang ‘oil & gas’ juga. (kalau petroleum dan gas benar-benar habis, maka perlu sumber tenaga alternatif juga)πŸ˜€


Jadi, aku lantas membalas emel itu kepada groupmateku menyatakan pilihan hatiku. Emel itu kuhantar pada pukul 6.23 PM. Semasa aku membalas emel tersebut, belum ada antara rakan-rakan sekumpulan yang membalas emel tersebut.

Beberapa ketika kemudian, rakan-rakan lain dalam kumpulanku turut memaklumkan pilihan masing-masing. Tidak dinafikan, ada yang berminat akan tajuk yang sama termasuklah tajuk yang aku suka itu!

Ada seorang insan ini, Dolah (bukan nama sebenar) menyatakan kepada semua yang dia berminat juga dengan tajuk itu. Dia juga memberi pilihan kedua dan ketiganya tetapi katanya dia tidak menguasai topik-topik lain itu dan berharap jua dengan tajuk yang aku inginkan itu.

Selain itu, Asri dan Azizah (bukan nama sebenar) juga bertembung tajuk yang mereka sukai.

Melihatkan situasi itu, Asri pun mencadangkan jika kami boleh berjumpa secara bersemuka untuk berbincang mengenai pilihan kami. Maka, berjumpalah kami petang semalam.

Dalam perjumpaan itu, Azizah mengetuai perbincangan. Dia sangat bagus, disenaraikannya pilihan kami menurut pilihan pertama dan kedua. Katanya, kita harus cuba untuk membolehkan setiap orang mendapat pilihan pertama atau keduanya.

Lantas dia bertanya apa pilihan kedua setiap daripada kami. Masing-masing menjawab dan secara spontan, aku meyebut sahaja tajuk 1 (since tajuk lain sudah ada yang menjadikannya pilihan pertama mereka).

Dengan spontan juga, Azizah terus meletakkan tajuk itu untukku dan memberikan tajuk alga kepada Dolah. Aku terkesima! Azizah sendiri yang pilihan pertamanya tajuk ke-8 terpaksa mengalah dan memberikan tajuk itu kepada Asri.

Melihatkan Azizah yang sanggup mengalah itu, aku jadi segan. Asalya, ingin sahaja aku katakan, seharusnya aku dapat tajuk alga itu kerana aku dahulu yang memilihnya. Tapi aku padamkan sahaja niat itu semalam. -_-

 

 

Dalam hidup ini mengalah itu kadang-kadang perlu untuk mengelakkan 'kemalangan'

 

Kembali ke rumah, aku cuba membuat research lagi tentang tajuk itu (tajuk yang aku pilih secara spontan, iaitu tentang polimer). Ya, memang kelihatan sukar perbincangan mengenainya. Tambahan, aku tiada asas yang cukup untuk membicangkan tajuk itu.

Aku bertanya juga pendapat seorang sahabat yang mengambil jurusan Kimia di Bristol, dia pun mengatakan tajuk itu pada pandangannya komplikated.

 

Aku cuba untuk meng-consider tajuk ‘Computational modelling….’ itu dan aku bertanya kepada seniorku dalam jurusan ini, seorang warga Brunei. Menurut pengalamannya, dia pun tidak menggalakkan aku untuk mengambil tajuk itu. Tambahan, penguasaanku dalam topik itu pula tidak begitu baik.

*************

Akhirnya, aku membuat keputusan untuk cuba ‘menegaskan’ kepada mereka tentang pilihan utamaku (yakni alga). Macam-macam bermain di fikiranku. Dalam doa, aku memohon agar Allah kurniakan petunjuk untuk yang terbaik buat semua.

‘Azizah pun sanggup mengalah, kenapa tidak aku mengalah saja, biarkan Dolah ambil tajuk itu?’

Pada saat memikirkan yang demikian, aku terfikir, ‘Kalau aku mengalah, aku perlu ‘menyusahkan diri’, struggle untuk membuat research tentang tajuk yang aku tidak minat dan rasakan sukar’

Setelah menilai kembali, aku sudah cukup ‘susah’ dengan subjek yang ada. Tetapi aku jadi serba-salah pula, terdetik di hatiku, ‘Seperti terlalu selfish pula jika aku enggan mengalah’. Terkenang semula Azizah yang sanggup mengalah demi orang lain.

Terdetik juga di hatiku, ‘Apa-apa pun keputusannya, aku mesti redha. Ini bukan pilihan Azizah atau sesiapa sahaja. Tetapi hakikatnya inilah ‘pilihan’ dan ketentuan dari Allah dan Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk semua makhluk-Nya’

Aku berfikir lagi,‘Ya, aku suka tajuk alga itu tetapi mungkin juga dengan membuat tajuk lain, aku berpeluang belajar lebih banyak dan mungkin juga suatu masa kelak ada keperluan untukku menguasai tajuk selain alga itu.’

Saat itu, terkenang firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 216:

“…..Β dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

 

Dilemma lagi. Masa pula suntuk untukku membuat keputusan, yakni pagi tadi.

*********

Akhirnya, entah bagaimana, aku tiba-tiba menjadi determined untuk mempertahankan pilihanku. Pagi tadi hanya ada satu kelas sahaja dan seharusnya kami semua membuat keputusan muktamad selepas kelas itu.

Makanya, sepanjang kelas yang satu itu, otakku dan nuraniku ligat memutuskan sebuah keputusan (sik fokus lam kelas jadinya).

Fikiranku diterjah, ‘Kalau di rumah, jarang-jarang aku hendak mengalah dengan adik-beradikku atau ahli keluarga sendiri (ada jak yang mok di-argue), kenapa dengan mereka yang bukan muslim -tak seaqidah pun- denganku aku patut mengalah?’

Tiba-tiba aku rasakan, dengan ‘mengalah’ aku seolah-olah melebihkan rakan sekumpulanku mengatasi ahli keluarga dan adik-beradikku-yang-selalu-aku-jarang-untuk-mengalah.

‘Kalau Dolah katakan yang dia mengalami kesukaran untuk membuat tajuk lain, aku pun begitu juga,’ hujahku dalam hati.

Sekali lagi, terasa ‘selfish’ dan ‘inconsiderate’. (T_T)

 

Inconsiderate...memang tidak patut...

 

Khuatir andai sekali lagi dalam hidup ini (setelah pelbagai kezaliman yang dibuat), diriku ‘meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya’ atau dengan kata lain berlaku zalim atau perkataan seerti dengannya, berlaku tidak adil.😦

**********

Kelas pun menghampiri masa tamatnya. Seraya aku mengemaskan buku dan alat tulis, mulutku membacakan doa yang dibaca oleh Nabi Musa a.s. ketika hendak bertemu dengan Firaun, Surah Taha ayat 25-28;

“Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;

Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;

Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,

Supaya mereka faham perkataanku;”

Iyalah, spoken Englishku bukanlah lancar sangat. Ditambah dengan nervous dan faktor sampingan yang lain, maka rasa sukar juga ingin menyatakan pendirianku itu.

Kami berenam pun berkumpul. Lantas Azizah menanyakan keputusanku (since mereka yang lain sudah agak muktamad pilihan mereka). Dengan rasa berat, aku memulakan kata, “Actually, I don’t know how should I say this…err..err…I think, I should get the topic (baca: alga) since I chose it first.”

Selfish? -_-“

Entah, aku tidak tahu apa pandangan mereka dengan keputusanku. Bukan juga sesuatu yang perlu aku bingungkan.

Akhirnya, alhamdulillah, aku dapat jua tajuk yang aku mahukan. Sesungguhnya, aku takut dan risau juga jika aku telah tersalah pilih. Rakan-rakan kumpulan lain pun kelihatan ok sahaja dengan keputusan akhir itu.

Seperti kata hukama, bertawakallah setelah kita melakukan sesuatu atau setelah membuat keputusan.

Baik atau buruk pilihan ini, harus aku hadapinya dan redha dengan ketentuan-Nya.

Sekali lagi, untuk meyakinkan diri dengan tindakanku ini, aku mengaitkan situasiku dengan ayat al-Quran yang selalu dibacakan oleh para penceramah motivasi, surah ar-Ra’d ayat 11;

“….Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya…”

Pengajaran yang aku dapat dari ayat ini; dapat atau tidak tajuk yang aku mahukan, aku perlu sekurang-kurangnya menyatakan pendirianku.

 

Mungkin kalian ada pandangan kalian mengenai hal ini. Mungkin tindakanku patut dan mungkin juga tidak. Jika tiada keberatan, apa pendapat kalian?

Andai aku benar tersalah, mohon dibetulkan.

Universiti : Serba Baru

Alhamdulillah, banyak pembaharuan yang dibuat oleh pihak University of Bath bermula sesi pengajian 2010/11 ini. Ada ruangan Student’s Union yang baru dan lebih luas.

 

(gambar sebenar belum sempat untuk dicapture)

 

Termasuk juga dari segi accomodation, banyak accomodation hall yang telah diperbaharui (tukar perabot, etc). Selain itu, dewan-dewan kuliah juga turut diperbaharui dengan kerusi yang baru serta kemudahan presentation yang canggih.

 

 

Lecture room

 

Harapannya, seiring dengan serba-serbi ‘baru’ ini, semangat dan sikap dalam menjalani hidup sebagai muslim dan pelajar akan ‘baru’ dan lebih baik hendaknya. Allahumma ameen!

Penutup

Apa-apa pun dalam hidup, wajib untuk kita berusaha (khususnya peringatan buat diri ini) dengan sebaiknya untuk mencapai redha Allah.

Aku buat silap, kalian Β buat silap; bertaubat dan cuba lakukan dengan lebih baik di masa akan datang. Andai kesilapan dulu disebabkan terlalu ‘berlebihan’, maka kurangkan. Andai kesilapan dulu disebabkan terlalu ‘kekurangan’, maka lebihkan.

Ianya boleh merujuk kepada apa sahaja; usaha, sikap, tanggungjawab, bersangka baik, dan pelbagai lagi aspek kehidupan yang lainnya.

Sekian buat kali ini. Mohon dibetulkan aku andai aku tersalah faham, tafsir, mahupun bertindak.

Allahu’alam.

 

p.s. I’m promoting my university and the Chemical Engineering course here in Bath!πŸ™‚

5 thoughts on “Agi Idup Agi Ngelaban!

  1. salam
    wohhhhsehhh. alhamdulillah. tahniah2. dpt juak tajuk yaa.. hahaha. bangga ehh.
    polah bna2 tajuk yaa klk.. haha.

    p.s. ada typing errors tp yg obvious ‘al-Qurang…’? take care. chayok choyok.

    eh… apa laa di ambik si ‘Dolah’ yaa tek?? haha tedah nya

    1. Salam,

      Alhamdulillah. hehe, insyaAllah, moga dapat polah dengan bait tajuk ya klak.

      p.s. Tenkiu, dah dibetulkan.

      p.p.s. Nya dapat tajuk pasal water shortage ya. (ya pun mbiak Iran ya yang terpaksa mengalah)

      (^_^)

  2. Assalammualaikum sya….
    Maksu ingatla cdak dollah, azizah ya tek org mesia… Riso juak maksu tek, mun cdak terbaca blog sya2 tok, kecik ati ajak cdak …. paduhal tek cdak org melayu yg sik faham bahasa melayu.. huhu…
    Hmm… kalau maksu di tempat sya2 pun maksu susah juak nak suarakan hak dan kemahuan kita… Mun maksu tek, arum bulak boleh di perah baju walaupun cya sejuk 17 darjah sekalipun..oleh peluh mbak takut nak madah…. Hmmm…”takut”… Cakap pasal takut…. teringat maksu ngan satu kisah Sayyidina Umar yg ingin menguji seorang budak pengembala kambingnya… “Wahai budak, berikanlah kepadaku seekor kambingmu itu” Jawab budak ya… “Tidak boleh.” Rayu Sayyidina Umar lgi… ” berikanlah wahai budak… Sekiranya tuanmu perasan, katakanlah yg kambingmu itu sudah dimakan serigala…” Budak ya jawab lg.. “Tidak boleh. Aku Takut..” “Kenapa kau harus takut. Umar Al-Khattab tiada di sini melihat mu…” “Tetapi Tuhan Umar Al-Khattab sentiasa melihatku.” jawab budak ya… Dan masa ya, Umar Al-Khattab lalu tunduk dan menangis… Sungguh tinggi ketakwaan budak ya… Bayangkan kalau ketakwaan ya tertanam kemas dalam kehidupan kita kan… Pastinya mudah segala urusan kita di dunia tok… Sikda rasa takut lgsung dengan sesiapapun melainkan hanya pada Allah SWT… Bila ada perasaan takut pada manusia ya.. terasa diri tok jauh dan kurang ketakwaan pada Allah… Nau’zubillah….
    Tp sya2 at least td ada keberanian juak…. MashaAllah… ahsanti…Mumtaz ya ukhty…. Semoga Allah permudahkan segala urusan sya2 terutama dlm menyiapkan projek ya kelak..InsyaAllah..Aameen…
    Dan yg paling penting… semoga kita semua sentiasa terpelihara dalam hidayah Allah dan sentiasa menjadi hamba yang bertakwa…
    Allah berfirman..”Dan berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa.” (Al-Baqarah:97)
    Uhibbukifillah…. Allah yubarik fik ya ukhty (sya2 n adeq) … πŸ˜‰

  3. Waalaikumussalam Maksu,

    hehe, dah juak engkah disclaimer kat atas ya, ‘bukan nama sebenar’.πŸ˜›

    Jazakillahu khair atas reminder ya Maksu. Mudah-mudahan Allah letakkan ke’takut’an dan keberanian yang sepatutnya dalam dirik kita. ameen.

    Terima kasih juak atas doa. Semoga Allah permudahkan urusan Maksu di KUIS juak. ameen.

    (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s