Alangkah Lucunya (negeri ini)

Jikalau sebelum ini aku pernah megajak kalian untuk menonton filem seperti Laskar Pelangi dan Rann, kali ini aku ingin mengajak kalian untuk menonton sebuah lagi filem Indonesia yang sangat menarik. (Genre yang aku sukai dan belum pernah aku dapati dari filem tanah air).

Memperkenalkan…

Filem ini rupanya hasil karya Deddy Mizwar – kalau yang di Malaysia, tentu pernah melihat iklan Mi Sedap di mana Deddy digandingkan dengan Mila AF5 (kalau aku tak salah).

Kalau tidak pun, peminat Ketika Cinta Bertasbih (KCB) pasti pernah melihat beliau yang memegang watak bapa mertua kepada Khairul Azam (hero KCB).

Filem ini sesuai dengan minatku dengan tema yang sinikal. Filem ini merupakan satu bentuk kritikan ataupun lebih halus lagi, ia merupakan ‘sindiran’ kepada pemerintah Indonesia. (brilliant lah Deddy Mizwar!)

Apa Yang Lucunya Di Negeri Ini?

Lain orang yang menonton, lain persepsi mahupun reaksi dan penerimaan mereka. Makanya, kita harus bersikap subjektif dalam hal ini.

Dalam filem ini, ianya mengetengahkan rakyat yang mempunyai status sosial yang rendah; mungkin dalam kalangan yang sederhana dan kalangan rakyat miskin.

Untuk lebih spesifik, latar masyarakat bagi filem ini antaranya ialah kalangan lepasan ijazah universiti yang masih menganggur dan juga sekumpulan remaja miskin dan yatim yang mencari rezeki dengan ‘mencopet’.

 

 

Mesyuarat kumpulan pencopet

 

Bagi aku sendiri, apa yang cuba disampaikan dalam filem ini ialah, betapa pentingnya pemerintah atau pemimpin (negara) yang baik yakni bebas daripada korupsi.

Sesungguhnya, keadaan rakyat yang miskin dan kadar penggangguran yang tinggi sebenarnya merefleksi kecekapan/ketelusan pemerintah tersebut.

Sebagai contoh mudah, jika perbendaharaan dan hasil-mahsul negara diuruskan dengan baik, tiada korupsi atau penyelewengan oleh ahli politik dan perniagaan, pastinya kekayaan negara dapat diagihkan secara sama rata kepada semua golongan. insyaAllah.

Dengan kata yang lebih mudah; yang kaya tidak terlalu kaya, yang miskin tidak terlalu miskin (sehingga terpaksa mencuri, mengemis, dsb).

Ada juga babak tertentu dalam filem ini yang menampilkan isu keutamaan ‘undang-undang Allah’ mengatasi ‘undang-undang ciptaan manusia’.

Di pengakhiran cerita ini, kumpulan remaja yang terpaksa menjadi pencopet itu sebahagiannya berubah dan menjadi penjual jalanan. Dari mencopet, mereka menjadi peniaga kecil.

Dalam babak akhir, sedang mereka menjual barangan mereka di jalanan, mereka telah dikejar oleh polis. Alasan polis, perbuatan mereka itu melanggar undang-undang atau kata lainnya, ‘illegal’.

Lantas, persoalan ditimbulkan oleh Muluk (watak utama yang mendidik remaja pencopet itu menjadi baik) kepada pihak polis yang ingin menangkap mereka, “Salahkah mereka ingin mencari rezeki yang HALAL dengan berniaga dan tidak lagi mencopet  (yang haram)?”

Muluk melanjutkan pertanyaannya, “Kenapakah ‘pencopet besar’ (baca: ahli politik yang korupsi) tidak ditangkap sedangkan kejahatan mereka itu lebih dahsyat?”

Sesungguhnya, persoalan ringkas yang ditimbulkan dalam babak-babak filem ini mampu mebuatkan kita merefleksi sebentar tentang kesalingan antara rakyat dan pemerintah (jika dan hanya jika kalian melihatnya dari perspektif yang sama).

Kesalingan

Pemerintah adalah rakyat biasa yang dipilih rakyat. Itu yang kita namakan sebagai ‘wakil rakyat’, yakni untuk mewakili suara rakyat ke peringkat yang boleh mengubah dasar (baca: parlimen jika di Malaysia).

Pemerintah perlukan rakyat untuk terus di tampuk kuasa. Manakala rakyat perlukan pemerintah untuk menegakkan keadilan bagi mereka.

Oleh itu, aku tidak bersetuju dengan pendirian sebilangan rakyat yang mengatakan bahawa mereka ingin mengambil jalan ‘berkecuali’ apabila membicarakan soal politik.

“Tak mahulah aku mengundi. Iya, aku memang tak bersetuju dengan X tetapi kalau aku mengundi Y, belum tentu Y itu lebih baik dari X. Maka, lebih baik aku tak undi sesiapa, tak ada bezanya pun.”

Pada pandanganku, pendirian seperti ini tidak ‘nampak’ akan kesalingan antara rakyat dan pemerintah. Mungkin bagi mereka, kalau mereka berbuat sesuatu (semudah mengundi!) mereka tidak merasakan ianya akan mengubah apa-apa.

Hakikatnya, seperti yang aku katakan di atas tadi, pemerintah berada di atas kerana sokongan atau undian rakyat kepada mereka.

Oleh itu, tidak wajar untuk kita mengambil sikap berkecuali ini.

Lebih-lebih lagi sebagai orang Islam, kita harus melihat ‘kewajipan mendirikan pemerintahan yang bertunjangkan pengabdian kepada Allah’ sama seperti kita melihat WAJIBnya untuk kita solat, puasa, mengeluarkan zakat, dan menunaikan haji.

Maksudku, jika kita yakin bahawa solat itu wajib dan meninggalkannya membuatkan hati kita tidak tenang dan rasa berdosa kepada Allah, samalah juga bahawa kita perlu merasa yakin ‘pemerintahan yang bertunjangkan pengabdian kepada Allah’ itu juga wajib ditegakkan dan berdosa andai tidak dilaksanakan.

Uniknya kita sebagai seorang yang beriman dan Islam, apa-apa tindakan kita bukan hanya kerana matlamat duniawi.

Aku ambil contoh Ah Beng dan Mamat yang pergi mengundi di sebuah pilihanraya negara Z. Ah Beng megundi kerana dia tidak suka dengan pemerintah yang ada; racist, rasuah, dll. Untuk menunjukkan kebenciannya, dia mengundi parti lawan walaupun hakikatnya parti lawan bukanlah parti yang disokongnya.

Berbeza dengan Mamat, Mamat pergi mengundi dan diniatkan undiannya kerana Allah. Dalam hatinya, dia berharap agar dengan mengundi, kemudaratan yang besar (kepada negara dan rakyat) dapat dielakkan dengan memilih parti yang diyakini perjuangan mereka tidak lain, untuk mendapatkan redha Allah.

Bukankah cuba menegakkan kalimah Allah itu suatu perbuatan untuk mecapai redha Allah?

Bukankah kita yakin, pertauran dan percaturan hidup yang Allah tentukan itu yang terbaik untuk seluruh makhluknya (tidak kira Islam atau bukan)?

Teringat aku kata-kata seorang brother dalam perjumpaan Bath Uni. Islamic Society petang tadi, katanya, “If we respect our religion, we must make other people respect our religion as well.”

Bukan bermaksud dengan mengimplemntasikan peraturan yang diperintahkan oleh Allah akan menzalimi orang bukan Islam, sedangkan kita yakin Islam itulah agama yang adil.

Ini bukan…

Ini bukan soal apa pendirian politik aku. Ini juga bukan soal apa pendirian politik kalian. Bukan juga tentang parti apa yang aku dan kalian suka dan benci mahupun yang mengambil sikap berkecuali.

Tetapi berbicara mengenai hal ini, melibatkan diri ke dalamnya adalah soal pendirian kita sebagai hamba Allah yang beriman kepada-Nya.

Penutup

Kita harus melihat isu politik dengan adil. Jangan mudah melabel bahawa ‘politik itu kotor’.

Ada ahli politik yang menjadi ahli politik kerana ingin kaya.

Ada ahli politik yang menjadi ahli politik kerana inginkan ramai pengikut dan berpengaruh.

Ada ahli politik yang menjadi ahli politik kerana ingin membela nasib bangsanya.

Ada ahli politik yang menjadi ahli politik kerana ingin menegakkan ideologinya.

Jika zaman pra-kemerdekaan, ahli politik yang menjadi ahli politik kerana ingin memerdekakan negaranya.

Ada ahli politik yang menjadi ahli politik kerana ingin melahirkan kebencian kepada insan tertentu di persada politik negara.

Dan pelbagai lagi sebab dan alasan untuk seorang ahli politik menjadi ahli politik.

NAMUN, kita tidak layak untuk menafikan bahawa ada ahli politik yang menjadi ahli politik kerana ingin mendapatkan redha Allah subhanallahu wa ta’ala dengan menegakkan perintah-Nya.

 

Semoga kita dapat melihatnya dengan lebih luas, terbuka, dan dengan jiwa hamba.

Oh ya, jika berkelapangan, apa kata kalian menonton filem ini. (thanks to Adibah Hanani yang memperkenalkan cerita ini kepadaku)🙂

 

Allahu’alam.

 

p.s. Sebuah post yang meraikan ‘enjin-enjin’ yang mula dipanaskan, menghampiri PRN Sarawak yang boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang.😉

 

 

Please vote!🙂

 

2 thoughts on “Alangkah Lucunya (negeri ini)

  1. salam. psl politik.. tdk dlm news kata, most of students nok study luar negara especially kt australia and nz xmok blt malaysia, mok stay cnun gik lmk.. haha mun xlsh gya laa..
    sbb reason cdak bkn sal gaji gik tp sal politik dlm negara nok ntah apa2 yaa… haha. i’m agree. ada juak org brani kata gya… hehhe. adeq pdh ngn mama ngan adib… ‘mun kakak laa tgk tok…’ hahahaha🙂

    1. Salam,

      Pembetulan; bukan pasal politik, tapi pasal salah satu kewajipan sebagai orang Islam juak. Bukan pasal tuntutan politik, tapi tuntutan aqidah*.😉

      Kewajipan mendirikan negara yang membolehkan perintah Allah dilaksanakan dengan meyeluruh oleh semua lapisan masyrakat khususnya orang Islam. (tanpa menindas orang bukan Islam – Piagam Madinah dah membuktikan kejayaan sistem pentadbiran, politik, ekonomi, undang-undang Islam)

      *tuntutan aqidah maksudnya; apa yang perlu kita laksanakan selaku orang yang beriman kepada Allah bagi memenuhi perintah Allah.

      Hurm, pasal orang sik mok balit ya, ya nang biasalah, ramei jak yang fikir camya. Golongan yang rasa cdak sik mampu ubah apa-apa. Memang lah kita sik tauk apakah usaha kita akan berjaya kah sik, tapi yang penting kita usaha lok (baca: untuk mencapai negara yang lebih baik) dan perlu elakkan daripada bersikap berkecuali atau lepas tangan dalam isu tok.

      Allahu’alam.

      p.s. Islam for All!🙂

      (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s