[E]skrem [T]anpa [P]engawet – ETP

Aku harus bersyukur dikurniakan kawan mahupun kenalan dekat dan jauh yang selalu ‘mengemaskinikan’ isu semasa saban hari. Selepas dinner tadi, housemateku mengomentar, “Kalau nak tahu isu semasa, bukak saja Facebook Sya.”

Geli hati aku mendengarnya.

Statement itu sepertinya aku ini ‘sangat peka’ dengan isu semasa. Hakikatnya, tidak begitu. ^_^”

Tapi, terima kasih kepada kawan-kawan di Facebook yang aku kira memang membaca surat khabar setiap hari. Sekejap-sekejap, ada yang meletakkan link berita dari Utusan Melayu lah, Berita Harian lah, Malaysiakini.com lah, Harakahdaily, dan lain-lain lagi.

Jadi, aku yang jarang-jarang juga membaca surat khabar pun jadi ter’updated‘ dengan isu semasa.

Alhamdulillah.

Sekali lagi, terima kasih kepada mereka, kerana kepedulian mereka, aku juga berpeluang untuk  menjadi peduli!🙂

Berita Terkini

Pagi tadi, sedang aku bersiap-siap untuk ke universiti, terpampang di wall Facebook berita bertajuk, “ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina” [KLIK untuk baca].

 

Dalam ETP atau ‘Program Transformasi Ekonomi’ ini, banyak ‘National Economic Key Areas‘ (NKEA) yang menjadi fokus kerajaan untuk dimajukan. Dengan harapan, sektor-sektor ini nanti akan memberikan pendapatan yang besar kepada negara.

Antara NKEA yang difokuskan ialah pertanian, pendidikan, penjagaan kesihatan, pelancongan, dan lain-lain. [Rujuk SINI untuk lanjut].

NKEA-Bab 10: Pelancongan

Dalam berita tersebut di atas sebenarnya merujuk secara spesifik kepada perancangan kerajaan dalam sektor pelancongan. [Dokumen PDF untuk laporan penuh perancangan Bab 10 KLIK SINI]

Apabila disebut pelancongan, pasti terbayang akan pantai yang indah nian yang ada di negara kita. Umum mengakui bahawa lokasi-lokasi pelancongan seperti ini telah banyak meyumbang kepada ekonomi negara kita.

Tetapi, rupanya, sumber pendapatan dari sektor pelancongan itu lebih luas skopnya. Salah satu daripada 12 EPP (Entry Point Projects) atau ‘Projek Permulaan’ bagi menjayakan transformasi ekonomi di sektor pelancongan ialah:

  • EPP 8: Mewujudkan zon hiburan khas
Pernyataan masalah: Tight regulation and overzealous moral policing (?!) -_-"

Erk! Lihat carta-carta pai sebelah kanan dalam gambar di atas, sepertinya Malaysia MALU kerana KURANG dari segi BILANGAN KELAB (baca: untuk ‘clubbing‘), masa operasi pusat hiburan yang singkat, serta KURANG pilihan/jenis hiburan.

Apakah negara umat Islam Malaysia ‘cemburu’ dengan industri hiburan Thailand yang you-know-what itu?

Ok, berbalik kepada perancangan kerajaan melalui ETP ini, antara yang ingin dibuat ialah melonggarkan peraturan hiburan. Antaranya dengan melanjutkan tempoh operasi pusat-pusat hiburan.

IMPAK Fizikal

Daripada laporan EPP 8 itu juga, kerajaan sendiri yang mensasarkan impak seperti yang berikut:

  • Enam buah kelab malam baharu, setiap satunya dengan kapasiti untuk menampung sekurang-kurangnya 900 pengunjung kelab setiap hujung minggu disasarkan untuk memulakan operasi pada awal tahun 2012.
  • Dua buah kelab malam akan memulakan operasi pada tahun 2013 dan 2014 masing-masing.
  • Menjelang tahun 2014, sekurang-kurangnya 10 kelab malam akan terdapat di dalam zon hiburan baharu.

IMPAK Ekonomi

EPP ini dijangka menjana impak Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM0.7 bilion dan kira-kira 5,614 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

IMPAK Sosial & Moral ?

Nampaknya, kerajaan terlupa (mungkin) untuk memasukkan impak sosial dan moral masyarakat dengan tumbuhnya lebih banyak pusat hiburan itu. (yarright~)

Clubbing yo~

Sebut sahaja ‘kelab malam’ apa yang kalian terbayangkan…?

Alcohol consumption…

 

Pergaulan bebas lelaki-perempuan (gambar ihsan Google)
Mabuk…

….dan pelbagai lagi gambaran yang negatif hatta boleh dikatakan, TIADA LANGSUNG gambaran yang baik apabila disebut ‘kelab malam’.

Malahan, dalam perbualan seharian, ‘kelab malam’ juga dikaitakan dengan masalah alkoholik, keruntuhan institusi keluarga, pelacuran/zina, pengedaran dadah, dan sebagainya lagi yang negatif.

Mungkin kita melihat semua ini IMPLIKASI BURUK kepada umat Islam tetapi HAKIKATNYA, implikasi buruk ini juga terjadi kepada non-muslim di Malaysia.

Buat umat Islam, apabila masa operasi kelab malam dipanjangkan, pastinya mereka yang terlalu asyik berhibur tidak sedar yang waktu solat Subuh telah pun masuk (sebab dalam kelab malam tak ada orang azan) dan terlepaslah mereka daripada menunaikan solat Subuh.

 

Subuh dah nak habis…

Rakyat Dangkal Atau Pemerintah Terlalu Bijak?

Seperti yang aku katakan kepada seorang rakanku di Facebook, kita mengakui yang ‘mereka’ tu bijak dan berpelajaran tinggi sehingga merangka program transformasi ekonomi yang sangat ‘gempak’ ini (Iyalah, kita ni, degree pun belum habis).

Tetapi, tidak terlintaskah dalam hati nurani mereka kemudhratan yang sangat besar akan perancangan seumpama EPP 8 ini kepada rakyat dan negara? Memang, mungkin negara akan jadi semakin kaya material, tetapi rakyat pastinya semakin ‘miskin’ moral dan spiritual.

Resipi Berjaya

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”

(Surah ali-Imran :104)

Dalam al-Quran, Allah dah beri resipi kejayaan. Salah satunya dalam ayat di atas. Resipi itu bukan untuk Rasulullah dan para sabahat sahaja, malahan untuk setiap individu mahupun sebagai sebuah negara sepanjang zaman!

Jika negara benar-benar ingin berjaya (baca: pendapatan tinggi, kemasukan ramai pelabur asing, dll), selaku pemimpin yang beriman dengan al-Quran dan as-Sunnah, resipi yang Allah berikan yang perlu diikuti dan bukannya cuba memperoleh kejayaan itu dengan jalan kemungkaran (baca: pusat hiburan).

Dalam kes EPP 8 ini, jangankan kata hendak ‘mecegah kemungkaran’ malahan ‘menggalakkan kemungkaran’ lagilah ada! T_T

Kaitan Kita

Sekali lagi, minat atau tidak, isu seumpama ini seharusnya menjadi sesuatu dalam ‘bulatan pedulisme’ kita. Namun, tidak cukup jika perkara ini hanya berlegar dalam ‘circle of concern’ kita tetapi ia perlu dinatijahkan dengan ‘circle of influence’ kita.

Makna kata, tidak banyak manfaatnya jika kita hanya membaca berita ini dan kemudian merasa risau tetapi tidak berbuat apa-apa. Ianya tidak akan mengubah hakikat itu.

Tetapi kita harus sedar, ada peranan yang boleh kita mainkan di sini.  Paling kurang pun sebarkan tentang hal ini kepada rakan sekeliling dan sebaya kita.

Harapannya, jika lebih ramai yang mempunyai kesedaran tentang isu ini dan mula menyuarakan ketidaksetujuan kita, maka ianya akan memberi tekanan kepada negara untuk membatalkan rancangan seumpama ini ataupun mendesak supaya perancangan yang lebih baik dilaksanakan.

Aku ada menyebut di atas, insan yang bertanggungjawab untuk merealisasikan perancangan ini ialah para pemimpin negara. Siapa yang memilih mereka untuk memimpin kita? Pastinya kita sebagai rakyat yang memilih mereka.

Mungkin ada yang berkata, ‘Aku tak mengundi dan tak akan mengundi sesiapa pun, jadi aku tak ada kaitan dengan semua ni!’

Tanggapan seperti itu ternyata salah kerana disebabkan adanya individu yang mengecualikan diri daripada memilih pimpinan (melalui undian pilihanraya), maka tindakannya berkecualinya itu turut menyumbang kepada menang atau kalahnya seseorang pemimpin itu.

Contohnya, katakan A telah menang dengan majoriti 1 undi ke atas B. Kemudian ada 2 orang daripada sejumlah insan berkecuali ini memilih untuk keluar mengundi lalu mengundi si B, pastinya, kemenangan akan berpihak kepada si B dan bukannya si A.

"Jangan jadi macam saya," kata Bunny kepada semua.🙂

 

Ada lagi beberapa isu yang menarik dan panas di Facebook kebelakangan ini antaranya isu IFF dan penglibatan negara Malaysia di dalamnya.

Model di IFF

 

IFF atau Islamic Fashion Festival ini langsung tidak mencerminkan cara berpakaian seperti yang dianjurkan dalam Islam. Ulasan UZAR sangat menarik untuk dibaca untuk mengetahui letak duduk isu ini [KLIK SINI].

Akhir kata, mohon dikongsikan isu-isu ini dengan rakan sekeliling khususnya rakyat Malaysia agar kita semua sedar negara apa yang kita diami ini. Seterusnya, diharapkan dengan kesedaran itu akan menatijahkan kita melakukan sesuatu untuk bersama-sama dalam usaha ‘transformasi’ yang diberkati dan diredhai oleh Allah.

Penutup

Tak faham sungguh aku dengan cara fikir orang yang merangka EPP 8 tersebut (dan mungkin juga seluruh ETP mahupun GTP – Government Transformation Programme).

Semoga Allah memberkati kita semua dan negara kita. Ameen.

Allahu’alam.

p.s. Tutorku sungguh swit, ‘I’m fair; but I want we, Asian to be the best!’ katanya semasa sesi tutorial secara individu tadi. PERGH~ Bersemangat aku dengar.🙂 (ok, I’ve spent too much time on this ETP-thingy today, time to get back to work!)

4 thoughts on “[E]skrem [T]anpa [P]engawet – ETP

  1. Info tambahan:

    Di ‘negara maju’ Australia pun ‘bingung’ dengan masalah keganasan akibat alkohol dan kaitannya dengan pembukaan lebih banyak kelab malam.

    “Experts have identified a link between liberal licensing laws and alcohol-fuelled violence. According to a recently published report by the National Drug Research Institute, hospital admissions for alcohol-related injuries and diseases in Victoria grew by 77 per cent between 1995 and 2006. The number of licensed premises in Victoria rose from 2000 to 24,000 over the same period.”

    [Sumber: http://education.theage.com.au/cmspage.php?intid=135&intversion=293%5D

    *credit to Za’im KYUEM for the info

    Malaysia ni tak buat ‘homework’ kah sebelum buat plan ni semua? -_-”

    note to self: we can keep on complaining. fine. but most importantly, do spread the message. Tak setuju dengan pemerintah, suarakan. ‘Menegur pemerintah tidak sama maksudnya dengan bersetuju ataupun bersama-sama pembangkang’

  2. nice post! bena kta ktk ya, adalah menjadi suatu kepentingan untuk kita sharing pasal isu tk. kadang-kadang rame kwn2 kta yg x aware pasal isu2 semasa tk. & tadik brk discuss pasal isu tk tyme usrah.

  3. byk lg cara tuk trk pelancong asing kot..kita memerlukan identiti kita sendiri, kenapa perlu meniru budaya org lain untuk menarik mereka. pelancong asing ingin melihat sesuatu yang berbeza y tidak terdapat di negara mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s