Jadual Berkala Unsur : Kumpulan 4

Alhamdulillah, tadi berkesempatan meluangkan masa untuk mengikuti sebuah lawatan sambil belajar ke kilang silikon (antara yang terbesar di dunia) iaitu kilang Dow Corning di Barry.

Aku ke sana mengikuti trip yang dibuat oleh Chemical Engineering Student Association (CESA). Seramai 23 orang yang telah menyertai trip ini dan kami telah ke sana dengan menaiki sebuah van dan minivan.

Van yang disewa daripada Student's Union
Hari yang mendung: Dow Corning (Barry site)

Kilang ini terletak di Wales atau secara spesifiknya dalam kawasan Glamorgan dan berdekatan dengan Barry Island. Sebelum ke kilang ini, sempat juga kami melihat pantai dan bergambar di Barry Island (group photo ada pada setiausaha CESA, hopefully beliau upload di Facebook nanti).

Pemandangan laut di Barry Island (mendung)

Pertama sekali, kami diperkenalkan dengan syarikat Dow Corning tersebut tentang apa yang mereka hasilkan. Mendengar pembentangan mereka, barulah aku sedar betapa banyaknya kegunaan silikon dalam kehidupan kita seharian.

Percaya atau tidak, setiap hari dalam kehidupan kita, kita menggunakan silikon! (sebelum ini aku hanya menganggap silikon itu hanya digunakan untuk membuat bahan-bahan elektronik)

Dalam sehari kehidupan, unsur silikon (Si) ada dalam produk berikut, antaranya:

Syampu anda!*
Fabric softener anda!*
Car polish kereta ayah anda!*

sehinggalah kepada penggunaan silikon yang biasa kita dengar seperti ‘getah sintetik’ yang digunakan untuk membuat:

Keypad handphone atau remote control anda!

…dan pelbagai lagi kegunaan unsur silikon ini dalam kehidupan manusia.

*silikon sebagai pelincir (lubricant)*

Read More »

Advertisements

Rakaman PERGH! 1st Edition

*Professional Muslim Retreat in GB (PERGH!)*

Sungguh menikam qalbu, kata-kata Ustaz Aminurraasyid Yatiban,

Tanpa Islam, kita hanyalah daging yang bersalut darah yang melekat pada rangka badan.”

Islam bukan pada nama semata tetapi haruslah mencapai standard muslim yang sebenarnya.

 

Kepada yang ingin mendengar rakaman ceramah PERGH! 1st Edition bolehlah mengakses audio di bawah:

Talk 1: “Teguh Dalam Aqidah”

01_PERGH_Teguh_Dalam_Aqidah_1.mp3

Talk 2: “Jernih Dalam Fikrah” (part 1)

02_PERGH_Jernih_Dalam_Fikrah_Part1.mp3

Talk 2: “Jernih Dalam Fikrah” (part 2)

02_PERGH_Jernih_Dalam_Fikrah_Part2.MP3

Talk 3: “Ikhlas Dalam Ibadah”

(Maaf, tiada rakaman audio. InsyaAllah jika rakaman video sudah available nanti, akanku update)

Talk 4: “Yakin Dengan Kemenangan Islam”

04_PERGH_Yakin_Dengan_Kemenangan_Islam.MP3

 

“Professional Muslim” : Defined

Mendefinisikan ‘Professional Muslim’, “Up-to-the-standard-kah Islamnya kita?”

Aqidah yang teguh, fikrah islamiyyah yang jelas, diiringi ibadah yang ikhlas perlu membawa kesinambungan berikut; keyakinan dalam diri bahawa Islam akan menang akhirnya.

Islam menang hanya apabila Islam memerintah (baca: hak Allah diletakkan pada tempat-Nya, memerintah dengan hukum Allah).

Signifikasi ‘Islam menang’ bukan terletak pada ramainya orang masuk Islam tetapi hanya apabila Islam memerintah.

Dengan kefahaman ini, maka wajib untuk kita beramal (baca: bekerja untuk Islam), seperti yang diperintahkan oleh Allah dalam surah at-Taubah:105.

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”

Pekerjaan itu harus dimulakan dengan bertaubat (sebab kita selalu buat maksiat) kemudian berkerja secara bersama-sama, tambah ilmu pengetahuan, dan bermuhasabah.

Islam memerintah; sebuah agenda yang telah digagaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. semenjak dahulu kala. Menjadi aspirasi kepada kita untuk berusaha ke arahnya.

Yakin dengan Allah dan Rasul-Nya, yakin dengan kemenangan yang telah dijanjikan Allah, namun keyakinan itu tidak membuahkan apa-apa, andai kita masih tidak berbuat apa-apa.

Dipulangkan soalan, “Sudah up-to-the-standard-kah Islamnya kita?

Jika di hadapan manusia kita sentiasa cuba memberikan hasil kerja (assignments, courseworks, exams, reports, presentation, etc) yang ‘up-to-the-standard’, apatah lagi tahap wajibnya berbuat sedemikian rupa (malah lebih baik lagi) kepada Pencipta manusia.

“Sudah up-to-the-standard-kah Islamnya kita?”

*Berikan kami kekuatan ya Allah, untuk menjadi hamba-Mu yang memenuhi tujuan Engkau menciptakan kami (seperti dalam surah az-Zariyat:56)*

Allahu’alam.