Jadual Berkala Unsur : Kumpulan 4

Alhamdulillah, tadi berkesempatan meluangkan masa untuk mengikuti sebuah lawatan sambil belajar ke kilang silikon (antara yang terbesar di dunia) iaitu kilang Dow Corning di Barry.

Aku ke sana mengikuti trip yang dibuat oleh Chemical Engineering Student Association (CESA). Seramai 23 orang yang telah menyertai trip ini dan kami telah ke sana dengan menaiki sebuah van dan minivan.

Van yang disewa daripada Student's Union
Hari yang mendung: Dow Corning (Barry site)

Kilang ini terletak di Wales atau secara spesifiknya dalam kawasan Glamorgan dan berdekatan dengan Barry Island. Sebelum ke kilang ini, sempat juga kami melihat pantai dan bergambar di Barry Island (group photo ada pada setiausaha CESA, hopefully beliau upload di Facebook nanti).

Pemandangan laut di Barry Island (mendung)

Pertama sekali, kami diperkenalkan dengan syarikat Dow Corning tersebut tentang apa yang mereka hasilkan. Mendengar pembentangan mereka, barulah aku sedar betapa banyaknya kegunaan silikon dalam kehidupan kita seharian.

Percaya atau tidak, setiap hari dalam kehidupan kita, kita menggunakan silikon! (sebelum ini aku hanya menganggap silikon itu hanya digunakan untuk membuat bahan-bahan elektronik)

Dalam sehari kehidupan, unsur silikon (Si) ada dalam produk berikut, antaranya:

Syampu anda!*
Fabric softener anda!*
Car polish kereta ayah anda!*

sehinggalah kepada penggunaan silikon yang biasa kita dengar seperti ‘getah sintetik’ yang digunakan untuk membuat:

Keypad handphone atau remote control anda!

…dan pelbagai lagi kegunaan unsur silikon ini dalam kehidupan manusia.

*silikon sebagai pelincir (lubricant)*

Realiti : Kejuruteraan Proses

Selain daripada pembentangan daripada wakil-wakil Dow Corning kami juga dibawa bersiar-siar di sekitar site ini:

 

Melalui trip ini, kami berpeluang untuk melihat realiti kepada teori-teori ‘chemical engineering’ yang dipelajari dalam kelas. Di Dow Corning site tersebut, dapatlah kami melihat secara dekat ‘fluidised bed reactor (FBR)’; di mana menurut kata orang yang menjadi ‘tour guide’ kami adalah antara yang terbesar di dunia.

Fluidised bed reactor (rajah skematik)

Tahun lepas, aku ada membuat eksperimen dengan FBR skala kecil di dalam makmal di universiti. Apa yang menarik mengenai FBR ini ialah, solid particles (pepejal) yang berada dalam satu bekas akan dialirkan gas dari bahagian bawahnya dan menjadiakan solid particles tadi bersifat seperti fluid (bendalir).

FBR ini digunakan untuk menindakbalaskan antara 2 bahan kimia; contohnya, sejenis pepejal dan gas. Pepejal (biasanya catalyst) dalam bentuk butir-butir yang sangat halus (macam pasir atau lebih halus) ditindakbalaskan dengan gas atau cecair menggunakan FBR ini untuk menghasilkan campuran yang lebih sekata.

Boleh lihat video 20 saat ini untuk melihat bagaimana FBR ini berfungsi (skala dalam makmal):

 

Dengan kata lainnya, umpama pelajar medik yang membedah mayat untuk melihat organ-organ dalaman manusia secara praktikal, maka kesempatan untuk melihat secara dekat sistem pemprosesan ini bolehlah diumpamakan sedemikian buatku sebagai pelajar chemical engineering.πŸ™‚

Sedikit-sebanyak, lawatan ke site seperti ini dan melihat secara realiti job scope chemical engineer memberikan inspirasi buatku, why in the world aku belajar apa yang aku pernah, sedang, dan akan belajar sepanjang mengambil jurusan chemical engineering ini. (iyalah, ada masanya pelajar mudah demotivated kerana lost tentang kenapa perlu dipelajari apa yang dipelajari)πŸ˜€

Alhamdulillah.

Buah Tangan : Unsur Kumpulan 4 Kembali Ke Rumah!

Sebagai buah tangan, setiap daripada kami diberikan seketul unsur silikon yang asli. Cool!πŸ™‚

Penutup

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Pernah, berlari laju ke hadapan,

Dengan, kedangkalan mengatur langkahan,

Lalu, hampir tersungkur di tengah jalan,

Namun, destinasi tetap satu tujuan,

Perlu, berkeputusan untuk langkah diperlahankan,

Mengalah tidak; berundur, sama sekali bukan!


Allahu’alam.

p.s. teringat, kata ringkas seorang kenalan, tatkala duduk-duduk di tepi unggun api, ketika berkhemah di tepi pantai, “Mari berusaha mencapai yang itu!” Selamat berusaha untuk berjaya dan berjaya dalam usaha itu! Untuk aku, kalian, dan kita semua. insyaAllah.πŸ˜‰

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s