Masihkah Kau Ingat

Masihkah kalian ingat, lebih kurang 2 bulan yang lepas, aku pernah menceritakan kisah ‘perlumbaan’ku untuk mendapatkan tajuk bagi modul Technical Review yang perlu kami buat dalam semester ini?

Title page

Alhamdulillah, selepas lebih kurang 9 minggu, technical review berkenaan ‘algal biofuels’ telah selamat dihantar ke department semalam. Bersyukur dengan tajuk tersebut kerana bahan-bahan yang perlu dibaca untuk menyiapkannya menarik belaka.

Namun di sebalik ‘ke-menarik-an’ tajuk tersebut, aku mengakui yang diriku mengalami kesukaran untuk mula menulis dan meneruskan menulis (seperti yang sering aku update di ruangan Twitterku). Untuk menyiapkan satu muka surat sahaja, dengan spacing 1.5 ditambah margin 2.5 cm di atas, kanan, dan bawah serta margin 3.0 cm di sebelah kiri; mengambil masa berjam-jam. -_-“

Supervisorku (merangkap tutorku) juga sangat helpful dalam memberikan komentar membina dalam penambahbaikan pada strukutur dan kandungan technical review yang aku buat. ‘Tekanan yang positif’  daripada beliau (i.e. meminta update progres tugasan tutees beliau setiap minggu) juga aku dapati sangat membantu untuk aku progres dan menyiapkan tugasan tersebut dalam masa yang diperuntukkan. Alhamdulillah.

Sesungguhnya semester kali ini merupakan satu semester yang sangat menarik, enthusiastik, dan berlainan daripada 4 semester yang telah aku lalui di Tahun 1 dan 2 sebelum ini. Mungkin rakan sekelas dan juga housemate-ku, Afiqah perasan dengan perbezaan ini.

Alhamdulillah. Mungkin aku memang begini, aku perlukan masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baru sebelum aku benar-benar boleh ‘menghayati’ suasana baru tersebut. Tak apa, kata orang puteh, ‘better late than never‘ bukan?🙂

Algal Biofuels : Benefits & Challenges

Serba-sedikit tentang tajuk yang aku buat tersebut; secara konklusifnya, alga sememangnya berpotensi untuk menjadi sumber ‘minyak’ atau sumber tenaga baru (contoh: biodiesel) bagi menggantikan petroleum yang semakin berkurangan. Namun, masih terlalu banyak kemajuan teknologi yang diperlukan untuk merealisasikan cita-cita ini.

Antara kelebihan alga sebagai sumber tenaga; sel alga mempunyai kandungan minyak yang lebih banyak berbanding dengan minyak yang terdapat dalam biji kelapa sawit. Kemudian, dipercayai bahawa alga mampu menghasilkan jauh lebih banyak minyak per hektar tanah berbanding kelapa sawit.

Selain itu, kebolehan untuk ‘carbon capture’ hasil daripada proses fotosintesis yang sangat efisen dalam sel alga dapat mengurangkan gas karbon dioksida di atmosfera dan sekaligus membantu dalam memulihkan isu ‘pemanasan global’ yang sangat merisaukan. (lihat sahaja di UK ini, snow telah turun seawal bulan November lagi!)

…dan beberapa lagi kebaikan alga sebagai sumber tenaga.

NAMUN, seperti yang aku katakan, walaupun alga mempunyai banyak kelebihan, namun banyak kekangan dari segi teknologi pemprosesan yang menjadikan kos penghasilan minyak daripada alga ini sangat mahal dan melibatkan penggunaan tenaga yang sangat banyak.

Sedikit ‘abstrak’ tentang tajuk yang aku buat:

Jikalau ada yang merasakan berminat untuk bacaan lanjut, aku lebih dari gembira (direct translation of ‘I’m more than happy’) untuk mengongsikan technical review berkenaan algal biofuels ini kepada yang berminat.😉

Alhamdulillah, dengan tugasan ini telah memberikan peluang kepadaku (dan rakan-rakan lain pastinya) untuk merasakan pengalaman dan membiasakan diri untuk merujuk kepada jurnal-jurnal akademik dan saintifik yang merupakan hasil kajian saintis dan ahli akademik dalam suatu bidang tertentu.

Selain itu, tugasan ini juga merupakan satu praktis yang baik untuk meringkaskan perkara teknikal agar maklumat penting tentang sesuatu isu dapat disampaikan kepada para pembaca yang berlatarbelakang bukan-teknikal (e.g. businessman, etc).

Hari Terakhir Semester 1 TahunKe-3

Yea, hari ini ialah hari terakhir semester. Esok cuti winter akan bermula, yeay (dan dijangka snow akan turun juga – unyeay sebab sejuk)!🙂

Namun, ada satu coursework lagi iaitu Mathematical Modelling yang akan due selepas tamat cuti ini kelak (lebih kurang 3 minggu lagi). Tambahan, peperiksaan semester 1 akan juga tiba pada pertengahan Januari 2011. Maka, apakah cuti ini benar-benar sebuah percutian? Erk! -_-“

Antara yang menarik minggu ini, selain daripada bilangan kelas yang minimum dan deadline yang telah dilalui; buat pertama kali dalam hidupku di sini (khususnya) aku menyertai ‘socials’ (i.e. makan-makan, etc) dengan orang-orang lokal di sini. Pastinya, rasa sedikit janggal, namun ianya satu pengalaman yang menarik.

Alkisahnya, lebih kurang 2 minggu lepas, tutorku telah menghantar emel kepada tutees beliau dan menyatakan cadangan untuk mengadakan ‘end of term celebration’ dinner ini (tapi akhirnya ditafsirkan oleh rata-rata yang hadir sebagai ‘Xmas Meal’). Bukan sekadar cadangan, tetapi beliau juga mengoffer untuk membayar sekali makanan untuk kami (!) dengan syarat kami membelanja beliau minuman (dengan kata mudah, beliau belanja kami makan, dan kami belanja beliau minum). Buffet bernilai GBP 15~

Akhirnya 2 hari lepas, kami semua seramai lebih kurang 20 orang (bersama seorang lagi tutor dan tutees beliau) pun menjamu selera di restoran Jimmy Spices di Bath ini.

Satu budaya di sini yag aku perasan, orang lokal di sini tidak lekang daripada menetapkan tema tertentu dalam ‘socials’ yang mereka anjurkan. Makanya, salah seorang coursemateku telah mencadangkan agar kedua-dua tutor tersebut untuk berpakaian seperti Mr & Mrs Claus dan kami semua sebagai elves! Erk!

Makanya, pada malam itu, ada coursemateku yang memang ‘gila-gila’, bersemangat berpakaian ala-ala elves. Dengan tights hijau dan t-shirt hijau ditambah dengan seluar pendek dan topi runcing berwarna merah. Yang lain berpakaian biasa sahaja dengan topi runcing hijau/merah dan aku hanya mengenakan tudung hijau. (jauh di hati, aku meniatkan dinner itu sebagai ‘end or term celebration’ berbanding yang lain yang lebih melihat itu sebagai ‘Xmas Meal’).

Aku pun sedikit tidak percaya yang aku boleh menyertai ‘socials’ seperti ini. Mungkin kerana kedua-dua tutor yang menganjurkan dinner ini ialah orang yang serumpun denganku, yakni Asia (Malaysia, in fact), maka aku kurang merasa ‘kejanggalan’ tersebut. Tambahan, ada lagi 2-3 orang Asia yang lain yang sama-sama hadir pada malam tersebut. (kalau kalian faham, mungkin kalian faham apa yang aku maksudkan tentang ‘rasa lebih selesa’ dengan orang serumpun).

Xmas crakcer

Seperkara lagi, pertama kali juga aku bermain dengan benda alah di dalam gambar ini. Selalu aku melihat di kedai sahaja dan wonder apakah di atas bumi benda ini?

Rupanya dalam cracker ini terdapat hadiah kecil dan funny quiz/trivia. Setiap orang diberikan satu cracker ini dan perlu memegang salah satu hujung cracker ini dan satu hujung lagi dipegang oleh orang yang duduk di sebelah (dan akhirnya ini akan membentuk bulatan). Kemudian, dengan kiraan tiga, semua orang perlu menarik kedua-dua hujung dan terkeluarlah apa yang ada di dalam crackers tersebut.

Haha. Sedikit  jakun. Tapi menarik.😛

Apa lagi yang berlaku di minggu terakhir ini? KETIADAAN INTERNET di rumahku semenjak tengah malam Rabu yang lalu!! (sekarang sedang menggunakan internet di library). Memandangkan internet seakan-akan menyamai keperluan untuk mandi dalam kehidupan manusia hari ini, maka ketiadaan internet sedikit menjejaskan. ^_^”

*dah ada intenet di rumah*

Secara keseluruhan untuk semester 1 ini, tak larat untuk dikongsikan di sini. So many things happen, quite so much confusions, so new things that I’ve learnt, with so many ups and downs; moga menjadi pelajaran berguna buatku dengan harapan agar Allah mengurniakan ikhlas, ihsan, dan itqan dalam beribadah kepada-Nya. Allahumma ameen!

Semester 2 2010-11

InsyaAllah, untuk semester 2, tiada lagi kelas yang perlu aku hadiri. Untuk lebih kurang 9 minggu pertama, kami, para pelajar Tahun 3 akan terlibat dengan ‘research project’. Ada pelbagai bentuk research project ini dan aku telah mendapat research project yang berbentuk eksperimental dan komputasional (computational fluid dynamic – CFD).

InsyaAllah, partnerku untuk research project ini ialah seorang warga Korea yang sudah lama menetap di Ireland Utara dan percaya atau tidak, selama 2 tahun lebih aku sekelas dengan beliau, kami hanya baru mula berbual dan bertaaruf semalam! (sebab semalam ada discussion tentang research project tersebut bersama supervisor kami). -_-“

Tapi, beliau sangat cool dan ramah. It was a good start I would say.🙂

Nampak 2 warga Asia yang duduk bersebelahan dalam gambar ini? Mereka merupakan supervisor dan partnerku untuk research project kelak (gambar semasa dinner di Jimmy Spices)

Berkenaan researh project; insyaAllah kami akan bereksperimen tentang kaedah untuk mengukur ketebalan dan kekuatan mendakan yang mungkin terbentuk dalam paip-paip pemprosesan (proses makanan, petroleum, petrokimia, farmaseutikal, dll).

Kiri: Terdapat mendakan yang terbentuk pada permukaan dalam paip; Kanan: Permukaan dalam paip yang bersih (contoh)

Bayangkan, di sebuah kilang pemprosesan makanan, katakan terdapat sebatang paip yang memproses yogurt. Maka, yogurt akan mengalir dalam paip tersebut tetapi pasti akan ada yogurt yang mengeras dan membentuk mendakan di permukaan dalam paip tersebut (macam pengalaman kita buat kek lapis; kalau sisa adunan kek lapis itu kita biarkan begitu sahaja, sisa-sisa itu akan mengeras dan melekat pada permukaan mangkuk kita).

Jadi, ekesperimen yang akan dibuat oleh kami adalah untuk melihat kaedah yang optimum untuk mengukur ketebalan lapisan tersebut dan teknik yang bakal digunakan dikenali sebagai ‘fluid dynamic gauging’. insyaAllah.

Oh, sebelum imaginasi kalian pergi terlalu jauh, eksperimen kami tidak akan menggunakan paip-paip yang sebenar tetapi menggunakan alatan yang terdapat dalam makmal (seperti bikar, alat penimbang, dll – aku pun tidak tahu bagaimana rupa bentuk perkakasan ekesperimen itu nanti) ^_^”

Doakan semoga ekesperimen ini berjalan lancar buat kami sehingga ke akhirnya. Selepas tamat dengan research project tersebut, kami akan perlu membuat projek yang kedua untuk semester 2 iaitu berkaitan dengan ‘chemical engineering design’ pula.

Satu lagi highlight untuk semeseter 2 ialah (drum rolls~) kedatangan seorang tetamu (dan rakan-rakan beliau) ke UK!! Semoga plan beliau dan rakan-rakan dipermudahkan oleh Allah.😉

Syukur Nikmat

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.”

Surah Ad-Dhuha : 11

Acapkali kita mendengar dalam usrah dan ceramah agama barangkali, pasti disebut dan diwar-warkan kepada kita untuk ‘mensyukuri nikmat iman dan islam’.

Apa yang kita faham dengan terma ‘mensyukuri nikmat iman dan islam’ itu? Aku berfikir dan cuba menghayati erti sebenar kata-kata hikmah tersebut.

Seminggu yang lalu, senarai research project yang akan kami buat dalam semester 2 telah diumumkan melalui emel. Seminggu sebelum itu pula, kami diminta untuk menyatakan 5 pilihan utama kami untuk research project tersebut.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal, aku mendapat pilihan pertamaku (moga itu yang terbaik untukku pada pandangan Allah). Aku ada juga bertanya-tanya kepada rakan sekelasku yang terdekat, dan pastinya tidak semua mendapat apa yang dihajati.

Tidak semena-mena, teringat pula pada sebuat hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sungguh menakjubkan perkaranya orang mukmin. Sesungguhnya semua perkaranya adalah baik dan tidaklah hal ini dimiliki oleh seorang pun kecuali oleh orang mukmin.

Jika dia diberi kenikmatan/kesenangan, dia bersyukur maka jadilah ini sebagai kebaikan baginya.

Sebaliknya jika dia ditimpa musibah (sesuatu yang tidak menyenangkan), dia bersabar, maka ini juga menjadi kebaikan baginya.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Menjadi seorang yang muslim dan beriman menjadikan kita terpelihara (protected) daripada pelbagai kemudharatan, sama ada secara kita sedari atau tidak.

Mengenangkan hadith tersebut, sungguh benar kata-kata Rasulullah itu, pabila kita mendapat nikmat dan kita bersyukur, ia merupakan satu kebaikan buat kita (dalam kes aku, mendapat pilihan pertama untuk research project tersebut).

Namun, dalam pelbagai insiden lain dalam hidupku (dan pastinya kalian juga), ada masanya kita mendapat sesuatu yang sangat menyedihkan atau membuatkan kita amat ‘down’; namun dengan iman yang ada walaupun diakui kenipisannya (tsk2), kita mampu bersabar dan itu menatijahkan kebaikan buat kita.

Sebelum meneruskan, penting untuk kita ingat akan hakikat bahawa kebolehupayaan kita untuk ‘bersyukur’ dan ‘bersabar’ itu datang dari Allah juga. Jangan jadi Qarun, yang merasakan keupayaan dirinya untuk menjadi kaya adalah disebabkan hasil usahanya sendiri. Nau’zubillah min zalik!

Andai kata tiada iman itu, pelbagai perkara boleh terjadi ketika kita mendapat musibah. Mungkin ada yang akan sampai kepada membunuh diri atau jika dalam kes research project ini, mungkin akan melahirkan hasad dengki ataupun sabotaj-mengsabotaj antara satu sama lain.

Mungkin melampau kalau perkara tersebut berlaku dalam hal kecil seperti pemilihan research project; tetapi kita tidak boleh menutup mata betapa dunia kita hari ini sudah korup kerana tiadanya iman dalam diri.

Sebagai contohnya dalam kompeni-kompeni besar, berapa ramai yang namanya muslim tetapi sanggup merasuah, melakukan sabotaj, mengipas, dan lain-lain kemungkaran yang sanggup dilakukan demi mencapai matlamat masing-masing.

Halal haram sudah tidak dipedulikan lagi.

Bolehkah kalian nampak bagaimana dengan ‘nikmat iman dan islam’ ini sebenarnya memelihara/melindungi kita daripada kebahayaan dunia dan akhirat?

Subhanallahi wa bihamdih. Subhanallah al-adzim. (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah yang Maha Agung).

Nikmat Iman dan Islam

Kadang-kadang, kita suka untuk membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain. Terdetik di hati, ‘Kenapa dia dapat lebih daripada aku?’ apabila kita melihat ada sebahagian manusia seakan-akan mendapat ‘lebih nikmat’ daripada kita.

Nau’zubillah daripada berterus-terusan berfikir sedemikian. Bahaya, kerana ianya boleh membawa kepada perasaan ‘ketidakadilan’ sedangkan kita tahu dan wajib mengimani bahawa Allah Maha Adil.

Ketika kalian melihat di dada-dada akhbar; berlaku pelbagai gejala sosial dalam kalangan remaja dan belia sebaya kita, pernahkah kalian terfikir mengapa bukan kalian yang dilaporkan melakukan kemungkaran itu?

Ataupun, dilaporkan berita ‘seorang pelajar menggantungkan diri kerana gagal peperiksaan’, dan sekali lagi kalian dapati bukan diri kalian yang disebut dalam berita itu; pernahkah kalian terfikir mengapa?

Mungkin dalam fikiran kita, terlintas, ‘Ya Allah, setakat gagal peperiksaan pun nak bunuh dirikah?’

Tanpa sedar dan secara tidak sengaja, kita seakan-akan ‘terlupa’ nikmat yang besar ‘nikmat iman dan islam’ yang Allah kurniakan pada kita (moga Allah ampunkan kita!).

Sekali lagi, jika aku ditanya apakah ‘nikmat iman dan islam’ itu, jawapanku; itulah nikmat yang memelihara kita daripada kemudharatan dunia dan akhirat. Itulah nikmat Allah yang menghindarkan kita daripada menjadi salah seorang daripada mereka yang dilaporkan dalam berita-berita di atas.

Kita terhindar daripada kejahatan, kita diberi kecenderungan untuk membuat kebaikan; bukannya kerana ‘kita orang baik-baik’ tetapi kita harus sedar, kebolehupayaan itu datang dari Allah dan merupakan nikmat Allah yang wajib kita syukuri.

Jika kita mampu melihat betapa besarnya ‘nikmat iman dan islam’, kita pasti mampu menghindari (dengan izin Allah jua) perasaan iri hati  ‘orang lain dapat lebih daripada kita’ kerana nikmat iman dan islam itu TERLALU BESAR dan TAK TERNILAI untuk kita merasa ‘kita serba kekurangan nikmat’. Juga, dengan nikmat iman dan islam, menghindari kita daripada rasa besar diri atas apa-apa kelebihan kerana semuanya datang dari Allah s.w.t!

Taat Allah dan Taat Rasul

Sabda Rasulullah s.a.w, "Sentiasalah kamu memperbaharui iman di hati kamu." Lalu sahabat bertanya, "Bagaimana ya Rasulullah?" "Sentiasalah kamu menyebut 'Laa ilaha illAllah, Muhammad arrasulullah!'"

Iman perlu disuburkan. Proses penyuburan itu memerlukan kepada usaha. Ianya bukan sesuatu yang jatuh bergolek atau datang melayang. Tunaikan solat fardhu dengan istiqamah dan sabar. Sentiasa berdoa kepada Allah agar kita terus dipelihara dalam nikmat iman dan islam sehingga ke penghujung kehidupan kita.

Akauntabiliti : Banyak Nikmat, Lagi Banyak Hisab

Seperkara lagi untuk menjadikan kita terhindar daripada kemudharatan dunia dan akhirat ialah keimanan kepada hari akhirat. Sekali lagi, nikmat iman dan islam menjadikan kita sedar bahawa setiap apa yang kita miliki atau perbuat akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Ketika kita bersiar-siar di bandar, kita terlihat seorang peminta sedekah. Bajunya compang-camping. Kita melihat lagi di sudut lain, ada yang kurang anggota. Dalam hati terdetik, ‘Kasihan mereka!’

Jika perspektif kita itu kita lanjutkan sehingga ke Padang Mahsyar, kita akan berkata, hakikatnya, ‘Kasihan kita!’

Mengapa begitu pula? Kerana lebih banyak nikmat yang kita ada, lebih banyak akauntabiliti kita terhadap nikmat-nikmat tersebut. Dalam satu sesi usrah, seorang sahabat mengongsikan bahawa di akhirat kelak, orang miskin yang beriman akan masuk lebih cepat ke dalam syurga berbanding dengan orang kaya yang beriman.

Kenapa? Kerana orang kaya itu lebih banyak harta kepunyaannya yang perlu dihisab berbanding dengan orang yang miskin (oh, ini tidak bermaksud Islam menggalakkan umatnya untuk menjadi miskin).

Pengajaran penting yang ingin aku kongsikan, sekali lagi bersangkut-paut dengan hadith Rasulullah di atas berkenaan menakjubkan orang -orang mukmin ini, senang atau susah pun merupakan suatu kebaikan buat mereka!

Jika kita merasa orang lain mendapat ‘nikmat yang lebih daripada kita’; kita patut bersyukur kerana sekurang-kurangnya ‘akauntabiliti’ kita terhadap nikmat itu tidak sebanyak orang-orang yang mempunyai ‘nikmat yang lebih banyak’.

I rest my case.

Penutup

Sekali lagi, penulisan sebagai renungan dan peringatan buat diri terutamanya. Kepada sahabat-sahabat sekalian, andai aku tersasar, leka, dan alpa; ingatkan aku akan hakikat kehambaan diri ini kepada Pencipta.

Ketika aku sedang menaip post ini, mendapat berita bahawa akhi Mas Afzal yang menghidapi Hodgkin’s disease telah kembali ke rahmatullah. Sama-sama kita mendoakan semoga Allah menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang soleh.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Allahu’alam.

7 thoughts on “Masihkah Kau Ingat

  1. MasyaAllah…. Alhamdulillah…. Kan maksu pernah kata dolok, setiap kali sya2 pun post baru mesti mun sik sikit mesti ada kebetulan kena ngan apa yg menimpa maksu… Al-kisahnya, Isnin minggu lepas, lecturer Database System bg asgnment. Tp, nya suruh kmkorg pilih sendiri tajuk, so ketua kump. kena dtg bilitnya utk confirm tajuk. Ari selasa maksu gi bilitnya, sbb isnin lepas kelas maksu terus gi bilitnya tp nya gago pulak…. Masa ari selasa, maksu jumpanya dan pilih tajuk. Maksu tanyanya, untuk tajuk maksu bila kena present… Sbb presentation ada 2 kali, ari marek(jumaat) dan 27hb kelak…. Maksu tulis dlm buku maksu, lecturer ya ckp kump. maksu present 27hb…. Maksu pun sms ngan ahli group, tajuk apa yg sidak kena cari…. Maksu lega sikit, sbb presentation maksu lmbat gik, so ada bnyk masa nak cari bahan…. Tp, sebelum kelas Database marek, maksu rasa sik sedap hati…. Rasa mcm ada something yg belum selesai…. Tp maksu kuatkan juak pegi kelas database ptg marek…. Maksu masuk kelas agak lambat sbb ujan lebat kat sitok…. Masuk kelas, presentation dan pun start… Bila dah habis 2 group buat presentation, lecturer pun ckp…”ok! next group… Zaridah…” Ya Allah, berderau darah maksu time ya… Maksu pun terus terang ngan lecturer time ya juak, dan lawan rasa malu yg amat sgt… Mmg terasa time ya satu kelas tgh memandang ke arah maksu…. Maksu pun ckp.. “Maaf puan, hari tu puan kata saya present 27hb….” Nya ckp “eh… takde2…. Tajuk awak ni tajuk awal, awak kena present hari ni… so, kalau mcm tu, saya potong markah group awak lah….”. ADoiyaii….. Tp, bersyukurla sgt2….spt yg sya2 ckp, bersyukur sgt bila Allah anugerahkan kita nikmat iman da islam…. Maksu terimanya dgn redha…. Dlm hati sik henti berkata”insyaALlah, mgkin ada hkmahnya….” Lepas kelas maksu jumpa ahli group maksu, dan minta maaf ngan cdak… Dan sekali lg maksu bersyukur sbb dpt ahli macam cdak…. Cdak pun muka tenang jak menerimanya…. “Eh takpe kaksu….Ada hikmahnya kot…. Mgkin lebih bnyk masa ni, kita boleh buat yg terbaik lg utk cover markah kita yg dah hilang….”. Ya lah tek…Sekadar berkongsi cerita dan pengalaman… InsyaALLAH…. sama2 la kita saling ingat mengingati… Kdg2 maksu pun selalu terlupa dan lalai…. Dugaan sering dtg, bilamana, diri terasa lemah dan berat nak siapkan asgnment…. Ya baru hal dunia…. Tggjawab utk akhirat masih terasa kurang… Terasa mcm diri tok dikelilingi oleh hasutan syaitan… Na’uzubillahiminzalik…. Teruskan menulis sya…. Maksu sentiasa menyokong dan perlukannya, sbb kebanyakkan penulisan sya dan blog2 yg lain banyak bg maksu semangat… InsyaALlah…. Dan kadang2, bila turn maksu bg tazkirah time usrah, maksu akan masukkan dan kongsikan juak apa yg maksu pernah baca dari blog sya2…. MasyaAllah… and syukran… Jazakillah….
    Uhibbukifillah….. Take care! (^_^)

    1. MasyaAllah, semua kerja Allah ya Maksu. Sikda kebetulan dalam dunia tok. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.🙂

      Nway, pasal assignment Maksu ya, bena kata kawan Maksu, xpa, masih ada peluang gik untuk score assignment ya insyaAllah.😉

      Jazakillahu khair juak share pengalaman Maksu. Mesti ada something yang boleh kmkorg ambik pengajaran juak, insyaAllah.

      Btw, sekarang dah mula turun snow lebat.😀

      Riya janji mok upload gambar kei Maksu ngan kak Has. Weekend riya ada ambik skit gambar, insyaAllah klak mun rajin akan upload di next post . hehe. (^_^)

      Okies, slamat meneruskan perjuangan Maksu di sinun!

      (^_^)

  2. Salam.

    Wah tahniah at last dh abis juak project ktk ya. Interesting eh about mkn2 ya, haha. Pasal chem eng ya, saya sbg budak medic ingin menyatakn,

    Hah?

    Lol. Benda2 technical agak memeningkn, hehe.

    Btw, kmk dgr juak cerita sal akhi ya, nya ad non-Hodgkin Lymphoma sik salah kmk. Which is actually one of the treatable cancer tp dh sunnatullah, kt x dpt mok expect. Innalillahiwainnalillahirojiun.

    1. Salam.

      Tenkiu! Alhamdulillah, selamat siap. Harap tukang marker ya murah hati berik markah.🙂

      Haha, fair enough, mbiak chem eng pun terngangak kalau budak medic cita pasal medic. hehe.😛

      Aok, kanser Hodgkin Lymphoma. Duhal treatable. Tapi mun ktk pernah baca blog nya, nang ingat dah recover tapi at one point kanser ya datang balit. Yup, memang semua pun ketentuan Allah.

      MasyaAllah, memang mengharukan lah baca tulisan mak nya sebelum nya meninggal. Nya sik berenti baca al-Quran ngan zikir. Klak kmk tag ktk di Facebook apa nok mak nya tulis.

      Banyak orang berik tribute ngan nya; Ustaz Hasrizal, Ustaz Erfino, n semua yang kenal dan even yang sik mengenalinya pun! Bak kata seorang kawan kmk, betapa hebatnya peribadi dan akhlak nya sampe Allah menggerakkan hati semua orang untuk menyebut-nyebut tentang kebaikannya.

      Sekali gik, semoga Allah tempatkan Mas Afzal dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan solehah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s