Snow White

Cubaan untuk mengulangkaji Advanced Mathematical Modelling menatijahkan sedikit kemengantukan. Akhirnya, berkeputusan untuk mengalih fokus (sebentar) dengan mengupload sedikit gambar semasa snow turun dengan agak lebat di Bath pada hari Sabtu yang lalu.

Pemandangan dari Jendela Kamarku

*bilikku terletak di ruangan attic

 

Di Hadapan Rumah

Semenjak malam sebelumnya, salji telah turun dengan lebatnya. Pagi Sabtu itu, aku perlu menyambut Kak Dayang dan beberapa rakan yang lain yang akan tiba di Bath.

Seawal pagi aku keluar dan inilah yang menyapaku di hadapan rumah:

 

Merentas Salju

Setelah keluar dari rumah, aku pun berjalan menuju ke perhentian bas yang terdekat – yang menjadi tempat penantianku hampir setiap pagi. Hampir 20 minit juga aku menunggu, namun bas yang ditunggu tidak juga muncul.

Ketika itu, salji masih turun dan perlahan-lahan menutupi permukaan bumi. Aku berteduh di bawah perhentian bas. Acapkali aku melihat ke arah jadual bas yang terpampang; masa yang dijadualkan sudah berlalu dan bas tidak kunjung tiba.

Tiba-tiba…

PAP! Bahuku disapa. Lantas aku menoleh. Kelihatan seorang pakcik merenung tepat ke arahku, “There’s no bus service today!” katanya ringkas. “Oh, really? Thank you!” balasku. Sesuatu yang agak dijangka.

Pakcik itu pun berlalu dengan plastik yang dijinjing di tangan, sebuku roti di dalamnya; mungkin untuk sarapan beliau pada pagi itu. Jauh pakcik itu berlalu, lantas aku berlari anak mengekorinya.

“Excuse me, how do you know about that by the way?” tanyaku setelah sampai kepadanya. “It was on the local radio station this morning,” katanya. Jelas yang aku tidak mengikuti siaran radio tempatan di sini.

Maka, aku pun meneruskan misi pada hari itu untuk ke city centre – dengan kaki. Tiadalah jauh mana sebenarnya, dalam keadaan biasa (tanpa salji), hanya mengambil sekitar 20 minit berjalan kaki. Dalam perjalanan itu, sempat juga aku mengambil gambar.

Merentasi Jejambat

Sekitar 200 meter dari rumahku, ada suatu jejambat yang perlu dilalui untuk ke city centre. Di bawah jejambat itu ada rel keretapi.

Aku masih berada di atas jejambat ini. Untuk makluman, dalam gambar di bawah ini, jalan raya utama ditabur dengan garam (grit) untuk mencairkan ais. Sememangnya penaburan ‘grit’ ini menjadikan suasana sekitar yang putih bersih sedikit ‘comot’.

Perjalanan Diteruskan

Tiba Ke Destinasi

Setibanya di city centre, aku melihat, ada pula bas yang beroperasi. Mungkin pihak bas mendapati keadaan agak selamat untuk menyambung semula operasi. Aku menanti di hadapan Bath Abbey (gambar bawah sekali).

Pemandangan Bath Abbey dilitupi salji yang jarang-jarang dilihat!

Sejuk

Mungkin kalian ada mengikuti berita di kaca TV tentang perubahan drastik dan musim sejuk yang paling sejuk sedang melanda Britain pada tahun ini. Sejak hujung minggu lepas, banyak penerbangan dan servis keretapi serta bas terpaksa dibatalkan akibat salji tebal ini.

Ada yang aku dengar daripada BBC News di kaca TV, servis keretapi tergendala kerana bekalan elektrik kepada keretapi terganggu disebabkan pengecutan kabel keratapi akibat suhu yang terlalu rendah!

Jika kalian bertanya, bagaimana sejuk ‘kesejukan’ ini? Jawapanku; cuba kalian pergi ke freezer  (ruangan sejuk beku) di rumah kalian dan letakkan muka kalian di hadapan freezer itu. Angin dingin yang menyapa muka kalian, sehingga menjadikan muka terasa numb, lebih kurang begitulah perasaannya.

Andai tersilap berpakaian (pakaian tidak cukup tebal), alamatnya, menggigillah seluruh badan. Namun ironiknya, apabila salji turun, suhu tidak sesejuk apabila tiada salji (dalam musim sejuk ini). Aku pun tak pasti apa penjelasan saintifik di sebalik fenomena ini.

Matahari sudah beberapa hari tidak kelihatan di mata kasar. Aku menghabiskan masa di dalam rumah – dalam bilik khususnya kerana ‘kepanasan’ dalam bilik dengan heater yang sentiasa terpasang (melambunglah bil elektrik dan gas kelak).

Penutup

Dalam perjalanan pulang ke rumah pada hari itu, seorang kawan menyebut bahawa siksaan dalam neraka bukan hanya bakaran api yang super-duper-panas.

Katanya, salah satu siksaan dalam neraka ialah kesejukan yang melampau.

Allahu Allah!

Moga kita terhindar daripada azab api neraka. Allahumma ameen.

Allahu’alam.




4 thoughts on “Snow White

  1. MasyaAllah…. Syukran sya…. Share permandangan yg sgt indah buat maksu dan sesiapa saja yg sik pernah melihatnya dan merasainya depan mata…. Dpt tgk dlm gambar pun syukur la… hihihi….
    Maksu suka tgk gambar yg kat rel ketapi ya…. Bukan rel ketapi ya yg maksu suka… Tp gambar langit ya…Subhanallah, sgt cantik combination color biru, putih, orange ckit…. Kat ctok pun kira ari2 juak lah snow turun….sampe sik kering baju utk kuliah…. huhuhu….. (^_^)

  2. salam
    haha.. x kakak breakfast dgn ‘pak cik’ ya tek..
    mak usu, kat m’sia tok ‘tekeh-tekeh’ snow jak trun… snow cair 

  3. Ada gik kuar bahasa melayu serawak yg dah lamak sik di dengar…. Yalah, tekeh-tekeh snow….. ctok pun dah sejuk semacam jak… Sik pernah sejuk mcm tok…. nak mandi pun dah jadi malas…. hehehe… (kantoi…). Yalah, kat ctok ney ada heater mcm kat bilit sya2…😉

  4. Haha. Adeih, boleh publish kamus bahasa Sarawak tok!😛

    Owh, menariknya, memang la Maksu tok orang seni. Hehe. Sebab K.Sya sik perasan pun yang kaler-kaler langit ya sampe Maksu mention.🙂

    (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s