Ouch!

Alhamdulillah, peperiksaan Semester 1 Tahun 3 sudah tamat tadi, dengan kertas terakhir; subjek Transport Phenomena 3.

(Allahu Allah, nak taip nama subjek tu pun rasa terhiris-hiris hati. Astaghfirullah al-‘Adzim).

Malam ini, ada tetamu dari Cardiff berkunjung ke Bath. Untuk dinner, aku menjamu ala kadar sahaja dengan laksa Sarawak yang mudah disediakan menggunakan paste segera yang aku bawa dari Sarawak.

Bagus juga ada orang datang ke rumahku untuk menjadikan aku occupied. Tidaklah aku berfikir-fikir tentang kertas tadi. Mungkin sebab expectation yang tinggi untuk kertas itu, maka aku sedikit terasa.

Yang aku tidak boleh blah, sedang aku mengacau kuah laksa Sarawak di atas dapur, terngiang-ngiang teori dalam Transport Phenomena 3 – turbulent flow increases the heat and mass transfer. Tiba-tiba aku menjadi sayu hati.

Aku tidak bercadang hendak menulis apa yang bermain di fikiranku, telahanku berkenaan apa yang aku alami. Tidak mahu terjebak dalam perangkap ‘kalaulah kalau’.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”

[e-hadith JAKIM]

Ouch!

Entah kenapa, baru sekarang aku faham kenapa orang takut untuk mencapai sesuatu yang hebat. Contohnya, pelajar SPM, walaupun ramai yang berkobar-kobar untuk capai 10 1A, tetapi tidak kurang ramai juga yang berfikiran ‘kalau lulus pun okay lah’, ‘tahap aku ni, paling-paling tinggi pun 5A saja kot’, dan sebagainya.

Sebabnya, bila kita aim high dan pabila kita tidak capai apa yang kita aimkan, perasaan itu sungguh menyakitkan. Baru sekarang aku faham kenapa kawanku menangis tempoh hari kerana peperiksaannya yang susah (beliau ambil course yang berlainan denganku).

Setiap kali beliau meluahkan tentang perkara itu, aku dengan mudah sahaja mengatakan – tiada yang istimewa – kata-kata tipikal seperti, “Bersabarlah, semua ini dah ditetapkan…bla…bla…” Sehingga pada satu tahap aku bertanya kepada beliau, “Kenapa awak bothered sangat dengar benda ni?” (bukan nada marah, tapi curious)

Dan hari ini aku dapat jawapannya.

Aku pun bothered dengan apa yang berlaku. Like, seriously. Tapi aku tak pasti apa sebab aku bothered. Itu sesuatu yang membingungkan. Bukan apa, aku cuma khuatir jikalau aku terasa bothered atas sebab-sebab yang salah. Sebab yang salah antara contohnya seperti; ‘nanti apa dia kata‘, ‘mungkin juga atas dosa-dosa yang dilakukan; apakah ini satu hukuman?‘, dsb.

Aku tidak pasti surah dan ayat mana di dalam Al-Quran, tetapi aku pernah came across ayat yang lebih kurang maksudnya bahawa manusia ini, kalau Allah bagi nikmat, maka dekatlah mereka dengan Allah, tapi bila sebaliknya, mereka bersangka buruk terhadap Allah. (Ini adalah penerangan untuk ‘sebab yang salah’ kedua yang aku kongsikan dalam perenggan di atas).

Sedang aku meng-Google untuk mencari surah yang berkaitan dengan apa yang aku maksudkan, aku terjumpa petikan di bawah ini daripada sebuah artikel:

“Sebenarnya yang terpenting bukan musibahnya, tetapi apa alasan Allah menimpakan musibah itu kepada kita. Untuk diingat, jika musibah itu terjadi, disebabkan dosa-dosa kita, maka segeralah bertobat kepada Allah. Kalau musibah yang terjadi karena ujian keimanan kita, maka kuatkan iman dan berpegang teguhlah kepada Allah.”

Jadi, sebagai seorang yang beriman, kesusahan yang kita alami adalah di antara 2 sebab; sebagai peringatan/teguran Allah atas kelalaian atau dosa-dosa; satu lagi sebagai ujian keimanan untuk Allah tingkatkan darjat hamba-hamba-Nya.

Hindarkan daripada bersangka buruk terhadap Allah seperti beranggapan Allah saja ingin ‘menyusahkan’ atau ‘tidak sayang’ kita. (Nau’zubillah daripada perasaan sedemikian!)

Kita nilai sendiri, di mana posisi kita. Namun, antara 2 sebab itu, kita patut terus bersyukur kerana kedua-duanya pun baik buat kita andai kita melihatnya daripada perspektif yang betul dan bertindak balas pun dengan betul (macam dalam petikan yang aku quote di atas).

[KLIK untuk artikel berkaitan].

Eskepism?

MUNGKIN ada yang beranggapan – apabila kita buat kesalahan dan dapat kesusahan, lantas kita pun mencari ayat-ayat Al-Quran serta hadith Rasulullah S.A.W untuk ‘menenangkan hati yang lara dan gundah gulana’ –  ianya merupakan satu bentuk eskepism.

Eskepism kerana ‘tidak mahu bertanggungjawab’ atas apa yang berlaku. ‘Semuanya telah ditakdirkan’ diungkapkan untuk mententeramkan diri.

Apakah benar tindakan seperti itu adalah satu bentuk eskepism? Secara jujurnya, aku tidak tahu.

Tetapi, bagiku andai kata selepas dilanda sesuatu ujian/musibah itu mendekatkan diri kepada Allah, apa salahnya bertindak sedemikian (baca: mencari ayat-ayat al-Quran untuk menenangkan jiwa). Sekali lagi, kita juga yang tahu dan kenal diri kita. Kita juga yang memilih apa ‘tindak balas’ kita terhadap sesuatu ujian/musibah itu.

Jika kita menganggapnya sebagai satu peringatan daripada Allah S.W.T, tetapi kita tidak berusaha pun untuk menambahkan amalan kita, maka menjadilah kita dalam kalangan orang yang rugi.

Contohnya, apabila seorang peniaga tiba-tiba jatuh bankrup, lalu dia semakin banyak bermunajat kepada Allah. Sebelum ini, dia hanya buat solat fardhu sahaja, tetapi selepas bankrup, dia banyak berdoa, menangis, dan memohon keampunan-Nya di sepertiga malam. Daripada musibah yang diterimanya, dia menjadi dekat dengan Allah.

Putaran Yang Berulang

Iman yang sentiasa turun dan naik. Kedudukan kita yang juga ke atas dan ke bawah.

Kadang-kadang, walaupun kita rasa kita dah sedaya upaya menjaga amalan kita namun kadang-kadang tersusup penyakit-penyakit hati yang  halimunan sifatnya. Perasan yang ‘kita dah sedaya upaya menjaga amalan’ pun boleh menjadi penyakit di hati iaitu ‘ujub.

Ujub iaitu kagum diri (atau rasa diri best).

Riya‘ iaitu menunjuk-nunjuk.

Sumah iaitu inginkan populariti.

Kaslan iaitu kemalasan.

Mann iaitu mengungkit.

Takabbur iaitu bangga diri (suka show off).

Itulah penyakit-penyakit hati dalam ibadah. Maksiat yang kita buat tanpa sedar.

Jadi, ‘sebaik’ mana pun kita rasa diri kita ini ‘baik’ kita masih terdedah dengan maksiat yang halimunan ini. Astaghfirullah al-‘Adzim!

Sebab itulah barangkali kita mengalami pola ibadah yang berulang-ulang; pabila senang, kita sedikit beribadah, Allah bagi peringatan melalui ujian/musibah, kita bertaubat dan pabila kita senang kembali, kita sikit beribadah semula, Allah beri peringatan lagi, kita pun bertaubat dan menambah ibadah lagi dan putaran ini terus berputar.

(isk, word ‘berputar’ pun mengingatkanku kepada Navier-Stokes equations yang ada theta coordinate, sekali lagi terasa sayu hati)

Dalam waktu-waktu susah, selalu berharap agar perasaan/keinsafan seperti ini kekal. Contohnya, jikalau masa tidak susah, payah sekali ingin bangun solat Subuh namun setelah susah datang, secara tidak semena-mena motivasi sangat tinggi untuk melakukan qiyamullail setiap hari.

Aneh! Maha Suci Allah yang menciptakan dan mentadbir sekalian makhluk-Nya termasuk manusia.

Besi: 22 & 23

“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”

[Surah al-Hadid : 22-23]

Jika kita merasakan kembali kepada Al-Quran itu satu bentuk eskepism, mengapakah perlu berasa sedemikian? Bukankah Allah berulang-ulang kali menyebut di dalam al-Quran bahawa sesungguhnya Al-Quran itu terkandung peringatan di dalamnya, “Demi al-Quran yang mengandungi peringatan,” firman Allah dalam surah Sod, ayat 1.

Dalam surah al-Qamar, Allah ulang tanya kepada kita, “Dan sungguh, telah kami mudahkan al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?”

Sungguh, ayat al-Quran itu menenangkan.

Penutup

Entah bagaimana, menulis boleh menjadi terapi juga. Selepas menulis panjang, perasaanku sedikit ‘kebah’ (macam maksud kebah daripada demam). Cepat-cepatlah aku get over perasaan ini.

Kawan-kawan yang budiman, yang sudi singgah untuk membaca coretanku di laman ini, jika tidak memberatkan, boleh tolong aku sesuatu tak?

Tolong tegur dan ingatkan aku andai dalam penulisan-penulisanku terpamer segala silap dan salahku. Atau mungkin, aku tidak ‘walk the talk‘ atau mungkin ada penulisanku yang menyakitkan hati atau menggurisn perasaan kalian, tolong tegur dan ingatkan aku; selamatkan aku daripada terus-menerus berbuat kesalahan dan maksiat.

Boleh letak di ruangan komen, atau emel, atau SMS, dengan apa cara sekalipun, mohon ditolongin diri ini.

Jazakumullahu khairan katsira (may Allah rewards you for the good).

“Dengan nama Allah, kepada Allah aku bertawakal, tiada daya upaya melainkan dengan Allah”

Allahu’alam.

Wassalam.



Advertisements

‘Fenomena Pengangkutan 3’

Fenomena Pengangkutan 3 atau Transport Phenomena 3 – itulah nama subjek yang terakhir yang akan aku hadapi peperiksaannya insyaAllah. Menurut sejarah department, subjek ini sepatutnya menjadi subjek yang paling mencabar berbanding subjek-subjek lain kerana tahap algebra yang ada dalam subjek ini. (erk!)

Memandangkan dalam subjek ini berkisar tentang ‘mekanik bendalir’ (fluid mechanics), maka kalian akan terserempak selalu dengan terma-terma seperti, viscosity, shear stress, shear rate, velocity, flowrate, newtonian fluid, non-newtonian fluid, laminar flow, turbulent flow, etc.

Apa yang menarik, semenjak pertama kali dipersembahkan dengan subjek ini pada awal semester ini, lecturerku (merangkap tutorku) tidak jemu-jemu mengulang bahawa subjek ini ‘mudah’; kata beliau, untuk memahirkan, cuma perlu membuat latihan secara berulang-ulang (fair enough, beliau yang berkata yang dapat PhD sebelum berumur 25 tahun – kalau aku tak silap teka, dan sekarang beliau belum mencecah umur 30 tahun pun!).

Secara jujur, aku tak pernah minat Transport Phenomena 1 & 2 kerana kesukaran untuk memahami subjek tersebut. Alhamdulillah, pada tahun ini, lecturer baru sampai dan mengajar subjek ini dengan pendekatan yang menganjak paradigma – bahawa ‘Transport Phenonema bukan subjek yang sukar’!

 

Velocity profile

Sedar atau tidak, pendekatan beliau sememangnya mempengaruhi ‘attitude’ku terhadap subjek tersebut. Tidaklah aku mengatakan subjek itu menjadi senang secara tiba-tiba, hakikatnya aku masih merasakan kesukaran itu; namun aura positif yang beliau bawa sangat membantu diri ini untuk ‘deal’ dengan kesukaran itu.

Itu salah satu komponen Transport Phenomena 3.

Enhanced Oil Recovery

Dalam subjek ini juga, ada lagi seorang lecturer (yang lebih senior). Dalam bahagian yang diajar oleh beliau, kami belajar tentang ‘two phase flow’ yakni teori dan aplikasi yang berkaitan dengan pergerakan gas dan cecair secara serentak dalam sebatang paip.

Kemudian, kami juga didedahkan dengan proses menggali minyak di bawah tajuk ‘enhanced oil recovery (EOR)’ serta aplikasi CFD – ‘computational fluid dynamics’ yakni berkaitan perisian untuk mengkaji kedinamikan bendalir (kedua-duanya disentuh secara brief sahaja).

Jadi, dalam nak memahami EOR ini, aku pun membuat sedikit bacaan latarbelakang (sebab dalam nota yang disediakan agak ringkas). Namun, aku tidak berjaya mendapat pencerahan yang aku harapkan. (T_T)

 

*Salah satu contoh EOR*

Maka, aku pun menulis sebuah emel ke dalam sebuah YahooGroup peribadi yang aku sertai (di mana di dalamnya terdapat kenalan/orang dengan pelbagai latarbelakang akademik dan kerjaya); memohon pencerahan daripada mana-mana engineer yang terlibat dalam oil & gas industry.

Begini petikan emelku:

“Dalam enhanced oil recovery (EOR) processes, ada teknik yang dinamakan ‘in-situ combustion’. Based on my understanding, to achieve the in-situ combustion, a small fraction of the oil in the reservoir are burnt to enable the flow of the unburnt fraction. (heh, ni amik definition dari literature je ni).

By the way, disebabkan topik ni tak disentuh secara detail masa lecture (dan course saya tak mengkhusus pada petroleum engineering), banyak jargon2 yang saya tak faham / tak boleh imagine macam mana bentuknya bila saya cuba baca dari literature.

Antara jargon yang saya tak faham (bukan literally, tapi dalam konteks ‘in-situ combustion’ ni):
– combustion front
– horizontal well / vertical well (apa bezanya?)
– injection well
– production well

Saya berharap kalau ada yang boleh explain ‘in-situ combustion’ ni kepada saya dalam simple terms, sangat-sangatlah dihargai.”

Alhamdulillah, persoalanku mendapat respon daripada seorang graduan universiti yang baru memulakan karier sebagai Geologist di PETRONAS. Disebabkan penerangan beliau yang ringkas dan menarik, aku terfikir, kenapa tidak untuk aku kongsikan di sini?

Mungkin ada manfaatnya – siapa tahu – jika ada insan lain di ceruk dunia ini yang memerlukan pencerahan sepertiku dalam perkara yang nampak ‘remeh’ ini? 🙂

Apa-apa pun, bawah ini penjelasan beliau:

“Saya geologist, dan bukan petroleum/reservoir engineer, jadi saya tak tahu secara terperinci tentang EOR.

Saya respon untuk
1. horizontal & vertical well
2. production well.

ok, asas kepada oil & gas ‘upstream business’ (keje2 mencari & menggali minyak di bawah muka bumi) adalah:

a. Exploration – gi jalan2 buat survey, tebuk satu dua well, tengok ada minyak ke dak. kalau ada, tebuk lagi nak confirmkan lagi

b. Appraisal – bila dah confirm ada minyak, tebuk lagi well untuk dapat gambaran brapa besar sempadan minyak kt bawah tanah tu.

c. Development – bila dah dapat gambaran, kemaskan lagi model telaga minyak tu, pikir cemana nak sedut minyak secara optimum

d. Production – masa yg dinanti-nantikan. masa menyedut minyak naik ke atas, masuk tong, jual. (part ni yg buat duit, part yg sblum ni kene keluar duit)

e. Decomissioning – bila dah puas sedut, ataupun rasa dah tak mampu sedut lagi sebab takde duit, maka well tu pun ditinggalkan.

untuk soalan nombor 1 – horizontal & vertical well

– part a,b & c melibatkan syarikat minyak (cth: Carigali, Shell etc) utk tebuk well dari permukaan laut masuk ke bawah tanah.

– ada well yg ditebuk tu gi stret aje vertically. menegak tanpa simpang siur. kalau 1000m dalamnya, maka 1000m lah well tu ditebuk secara menegak. ni namanya vertical well

– ada well yg ditebuk dengan cara membengkok. sebab apa bengkok? banyak sebab…antaranya:

(i) ada pipeline (batang paip) yang banyak kat lantai laut yg menghalang syarikat utk tebuk stret menegak, so diorang tebuk jauh sket, pastu membengkok ke target kedalamanan yg diorang nak korek tu

(ii) kat bawah tanah ni ada macam2 jenis batu. jadi dia membengkok untuk tebuk kat batu yg dia suka je. n nak elak utk korek menembusi batu2 yg diorang tak suka.

(iii) dan lain2.

– maka…. horizontal well ni adalah apabila bengkokan well tu dah sampai tahap horizontal/melintang.
– kalau bengkokan dia tak capai tahap horizontal, memadai diorang panggil well tu ‘deviated well’.

tentang production well
– well yg dibuat untuk sedut minyak/gas, bukan lagi well yg digunakan utk mengorek tanah.

ni saya dah explain tahap cair. harap dapat faham ya.

Memang cair habis! 🙂

 

Drilling

Kemudian, tambahan daripada beliau:

“Tadi saya dah explain exploration well (vertical & horizontoal & deviated).

– Exploration well ni fungsinya utk korek tanah. keje dia gerudi je dalam2 sampai ke kedalaman yg ditarget.

Lepas dah sampai, maka syarikat letakkan batang paip (casing a.k.a ‘perumah’) dalam lobang tu.

– panjang batang paip tu adalah dari lantai dasar laut sampai la kat kedalaman target yg dah dikorek tadi

– gerudi tadi ditarik keluar dari batang paip tu, maka tinggallah lobang batang paip yg kosong

– patu syarikat tu simenkan ruang diantara bahagian dinding luar batang paip tu dgn permukaan tanah yg circular yg digerudi tadi

– sebab apa? sebab nak kasi batang paip tu berdiri teguh & tegap.

– lepas abes simen etc, maka kat hujung batang paip kat dasar permukaan laut tu, diletakkan gabus, kasi plug jangan kasi bocor

bila syarikat nak sedut minyak, dia masukkan batang paip yg kecik skit dalam batang paip tadi (of course dicabut dulu plug tadi)

– dia masukkan sampailah ke kedalaman yg ada minyak

– patu dia sedut

Paip yang menyedut ni dinamakan ‘production well’. telaga tu dah ‘produce’ minyak

bila sedut-sedut….. semput!
– sebab apa semput? sebab minyak taknak keluar lagi.

saya bagi analogi ginila eh….

katakanla Abu gi beli air sirap limau ais kat kedai mamak. bila dihidangkan, Abu yg tersangat haus pun menyedut air sirap yang lazat tu menggunakan straw. sedut sedut, steady….
– air dalam gelas makin lama makin skit
– bila dah nak dkat abess…..bunyii ‘kruuuukkk….kruuukkk…’ akibat sedutan Abu melalui straw tu
– air dah abes, tapi takde aa 100% abes…
– masih ada lagi air warna merah2 yg berlegar2 di tepi permukaan ais, di tepi2 biji limau etc…
– Abu dahaga super….duit xcukup nak order air extra segelas
– so, sebab Abu betul2 nak minum jugak…. dia sedut extra kuat lagi utk menyerlahkan lagi (enhance) sedutan air sirap (oil recovery) yg berbaki dalam gelas tu.

maknanya, ‘sedutan extra kuat’ itulah salah satu method enhanced oil recovery

‘Production well’ ni digunakan utk menyedut minyak. tapi minyak taknak/liat nak keluar….. maka kena enhance lagi pengeluaran minyak ni…. maka kita pun letaklaa serbuk penaik (ala ala catalyst)

macamana nak masukkan serbuk penaik ni bawah tanah tu? dalam production well, minyak disedut keluar…

so cara lain, tebuk satu lagi well utk sumbatkan serbuk penaik tu….serbuk penaik tu could be anything (bacteria, CO2 etc).

maka well yang ditebuk utk sumbatkan serbuk penaik tu la yg dinamakan injection well….

Allahu’alam

Walaupun mungkin perkongsian kali ini tidak ‘applicable’ kepada semua yang membaca, namun moga ada manfaatnya kepada yang memerlukannya. 😉

Oh, btw, jika ada sesiapa yang ingin berkongsi input tambahan, you’re more than welcome to share it here (or probably, just email me personally).

 

Penutup

Kalau sebelum ini aku menulis di sini dengan assumption ‘sel-sel neuron sedang aktif’ namun kali ini, aku menulis kerana aku ‘nervous’ apabila melihat ke-komplikated-an subjek ini dan penulisan ini mungkin satu bentuk ‘berjalan-jalan di tepi pantai’ untukku (huhu, kasihan, di Bath tiada pantai, apatah lagi pantai yang indah nian). (-_-“)

Namun, bak kata pepatah, berpantang maut sebelum ajal! Atas segala support dari pelbagai pihak yang aku terima sepanjang semester ini, tidak dilupakan doa daripada ahli keluarga serta sahabat-sahabat yang dikasihi, dan hakikat yang paling utama – Allah will always be there;  maka aku tidak layak untuk ‘berhenti berlari’ walaupun terkadang merasa ‘tercungap-cungap’.

Itu bukan tanda supaya ‘berhenti’, tetapi hanyalah satu isyarat untuk ‘tarik nafas, hembus, dan teruskan berlari!’

InsyaAllah!

 

“So when the time is hard

There’s no way to turn

As He promised He will always be there

To bless us with His love and His mercy

Cause as He promised He will always be there

He’s always watching us, guiding us

And He knows what’s in our little heart

So when you lose your way

To Allah you should turn

As He promised He will always be there”

[‘Always Be There’ by Maher Zain]

 

Selamat maju jaya kepada yang ada exam (termasuk diriku sendiri)!

Allahu’alam.

 

 

Balance Sheet

Aku rasa dalam banyak-banyak perkara, yang paling konsisten yang aku buat dari tahun ke tahun sebagai pelajar universiti ialah frekuensi meng-update blog paling tinggi di musim exam. erk! (-_-“)

Dulu aku ada pernah mengeluarkan satu teori bahawa tindakan meng-update blog yang ‘agak kerap’ dalam musim peperiksaan adalah disebabkan ‘sel-sel neuron yang sedang aktif’ kerana dikerah untuk bekerja secara ekstensif (err..berbanding musim bukan exam).

Balance Sheet

*Contoh*

Tiada komen. Saja letak tajuk tersebut memandangkan itulah antara yang kami pelajari dalam subjek Management 2 – yang menanti untuk dihadapi peperiksaannya. Selain balance sheet, kami juga diajar tentang cash flow statement serta profit and loss account, dan lain-lain.

Kata-kata Sasterawan Negara

Tiba-tiba, tergerak untuk singgah di blog sasterawan negara, A. Samad Said. Aku suka sasterawan, mereka berkebolehan menulis ayat-ayat yang mampu memberi kesan kepada yang membaca. Kekadang sinis, kekadang puitis; lagi menarik bila digabungjalinkan antara sinis dan puitis!

Boleh google ‘Hujan Pagi A. Samad Said’, kalian akan berjumpa dengan blog beliau insyaAllah.

Tulisan beliau di bawah ni menarik minatku untuk aku copy+paste-kan di sini:

“Sambil bersandar antara khayal dan sedar, saya mengharapkan dalam “BukuQalbu” itu nanti sempatlah siswa kita menyedarkan pemimpinnya supaya jangan gelojoh tambah menara; tambahlah rumah murba. Usahlah galak melonggok hutang; pulihkanlah ekuiti bangsa. Kurangkan varsiti klon-klonan; perbanyak varsiti sendiri. Dan, usah galak dengan wang ikhsan; bertuluslah beri royalti.

Akhir-akhir ini saya makin tersedar bahawa kita sangat selesa menjadi bangsa penjanji. Dan janjinya pula sentiasa mega. Kebanyakan janji itu berakar hutang. Akan banyak IPO, juga pelbagai bond—beban hutang bagi generasi datang.

Sementara berwuduk baru, saya terdengar: Bolehkah kita jadi bangsa penjimat, bukan pemboros? Elaklah jadi George Bush dan Gordon Brown yang lebih mewariskan hutang daripada mewariskan khazanah. Tolong abadikan itu dalam “BukuQalbu”. Tolong!”

[A. Samad Said, 27.10. 2010]

 

Tak lama lagi PRU* bakal menjelma lagi. Atau sekurang-kurangnya, PRN *Sarawak, insyaAllah. Tulisan A. Samad Said di atas wajar direnungkan. Terkadang, kita sebagai rakyat seronok dengan janji-janji mega yang ditawarkan kepada kita – untuk kesenangan kita kata ‘mereka’.

Sedarkah kita wang berbillion ringgit untuk menjayakan semua yang dijanjikan itu bukanlah muncul secara ghaib di udara? Jadi dari mana datangnya? (Soalan retorik ni) – dari mana lagi jika bukan dari poket kalian mahupun ibu bapa kalian yang membayar cukai saban tahun, malahan setiap hari barangkali (i.e. cukai perkhidmatan, cukai jalan, cukai pendapatan, etc.)

Negara kita mendapat ‘pendapatan’ daripada cukai yang dikenakan. Selain cukai ke atas rakyat, cukai juga dikenakan ke atas orang luar seperti cukai import, dll (err…aku tak pasti apa lagi jenis cukai yang ada). Poin aku, itulah sumber pendapatan negara.

Namun, apabila ‘perbelanjaan’ negara (seperti yang digariskan dalam Belanjawan Negara saban tahun) itu melebihi ‘pendapatan’ (tambah lagi dengan korupsi yang tidak diragui mungkin berlaku), maka menjadilah negara menanggung ‘hutang’. Maka, apabila ‘hutang negara’ semakin bertambah dan tidak terkawal, mulalah segala-gala keperluan harian kita dinaikkan harga, subsidi itu dan ini ditarik semula, KITA sebagai rakyat pula diseru ‘ubah gaya hidup anda!‘.

Haih, bukankah lebih bijak untuk menguruskan (baca: menjadikan kurus) hutang tersebut, maka KURANGKANLAH BELANJA! Jadi, sebagai rakyat, kita harus pandai menilai bahawa salah satu ciri kepimpinan yang AMANAH ialah membelanjakan harta negara (baca: duit rakyat i.e. duit kita juga) dengan penuh hikmah, bukan secara boros membuat janji-janji buta mahupun mencari gah dengan projek-projek mega; demi kemenangan di pilihanraya!

Ya, seronok memang seronok, gembira memang gembira, juga selesa memang selesa apabila mendengar janji-janji ‘mereka’ yang nampak seolah-olahnya negara kita ini kaya. Usah kabur mata dan sedarlah bahawa; andai hutang negara menggunung sebagaimana tingginya gunungan janji ‘mereka’ dan fatamorgana bahawa negara ini kaya, nantilah saat di mana kita  dan generasi seterusnya juga yang akan menanggung ‘bebanan’ ini akhirnya.

Usah komplen jika esok semuanya semakin naik harga! Tanggunglah, kerana itu pilihan kita. Pilihan kita untuk ‘salah memilih’ dan pilihan kita untuk ‘berkecuali daripada memilih’.

Alhamdulillah atas segalanya; jika yang ‘pernah memilih’, kerana telah memilih dengan penuh iman dan taqwa! Yang belum, pilihlah dengan neraca yang sama, yakni neraca iman dan taqwa.

I rest my case.

*PRU – pilihanraya umum

*PRN – pilihanraya negeri

Penutup

Sebut tentang balance sheet, di dalamnya terkandung rekod ‘aset’ dan ‘liabiliti’. Bayangkan balance sheet itu umpama catatan amalan kita di dunia. Amalan-amalan baik sebagai ‘aset’ kita, manakala segala kemaksiatan yang kita lakukan sebagai ‘liabiliti’ kita.

Mari hidup membanyakkan ‘aset untuk akhirat’ dan jangan sampai ‘liabiliti di akhirat’ melebihi aset yang dikumpul kerana nanti akan ‘kantoi’ pada berakhirnya ‘tahun kewangan ukhrawi’ kita. Na’uzubillah min zalik – moga kita terhindar daripada menjadi golongan yang bankrup di padang Mahsyar!

Sekali lagi, selamat maju jaya bagi yang ada exam (termasuk diriku sendiri)!

Allahu’alam.

Promote Yang Baik

Sedang aku berlayar-layar di alam maya, aku mendapati ada update di blog Allahyarham Mas Afzal. Link ke blog beliau aku tekan, rupa-rupanya blog beliau telah dikemaskini oleh Mama beliau.

Erti Hidup Pada Memberi

MasyaAllah, beliau memang seorang yang sangat mengkagumkan. Moga jadi inspirasi buat kita semua untuk tidak pernah rasa penat, jemu, boring, berkira-kira, dsb dalam memaknakan erti hidup pada memberi dengan seikhlasnya, insyaAllah.

Membaca tulisan Mama Afzal sangat menyentuh hati ini dan menginsafkan diri yang terkadang culas dalam memenuhi tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. (-_-)

I am amazed at the number of hearts that Afzal has touched during his short lifetime, something I have not succeeded in doing after more than half a decade scouring this earth. My husband and I often ask each other just what it is that he has done to warrant massive efforts by several old friends and new acquaintances to deliver kind comments and condolences via blogs, emails and fb, since his passing on December 18th, 2010. Basically, our conclusion is that he must have gone to great lengths giving people a helping hand in their times of need, be it in the form of physical/monetary assistance or advice/suggestions, sincerely. This knowledge has made me feel at peace coping with this loss.”

[Mama Afzal, 2011]

 

Drama ‘Hani’ di TV3

Selepas membaca entri di Saifulislam.com berkenaan drama ‘Hani’ beberapa minggu lepas, aku pun terus tertarik untuk menonton drama tersebut. Aku merasakan drama tersebut bergenre Islamik. Menurut penulis skrip drama tersebut, Zabidi Mohamed di blog beliau, drama tersebut penuh dengan unsur motivasi.

Itu sesuatu yang kurang/jarang aku lihat di dalam industri tempatan! (kalau ada pun, tidak menonjolkan motivasi berunsurkan Islam).

Setakat ini, drama ini telah sampai ke episod 6 di mana aku hanya mampu mengikuti melalui saluran Youtube.

Episod 6 – Hani

Salah satu nilai yang boleh aku kesan melalui skrip drama ini ialah; selaku orang yang beriman, kita perlu meletakkan kebergantungan yang mutlak kepada Allah s.w.t, di samping  perlunya kita berusaha. “Manusia bukan tuhan” banyak diulang-ulang dalam skrip drama ini – yang aku perasan.

Selain itu, keluarga Hani dipaparkan sebagai sebuah keluarga yang moden, ibu bapa yang penyayang, anak-anak yang baik – menutup aurat, menunaikan solat fardhu; yang aku kira kurang ditampilkan dalam drama-drama Melayu.

Drama-drama Melayu di TV3 (maaf, mungkin terdapat banyak dalam RTM, tapi hakikatnya orang ramai ‘kurang’ menonton RTM) selalu memaparkan ‘cara hidup Melayu’ tetapi tidak Islamik.

Salah satu contohnya; apabila ada babak bangun pagi (khususnya pada hujung minggu), dengan latar masyarakat moden, acapkali watak-watak berbangsa Melayu itu dipamerkan bangun dengan alarm clock berbunyi pada pukul 8 pagi!

8 pagi – di mana hari sudah terang-benderang; confirm Subuh dah termiss! (-_-“)

Dengan adanya babak seumpama itu, apakah itu menggambarkan ‘cara hidup’ kebanyakan masyarakat Melayu (yang semulajadinya Islam!) di zaman ini? Cara hidup yang tak bangun untuk bersolat Subuh dan pelbagai lagi yang lain seperti clubbing, membunuh orang dengan mudahnya, dll. (-_-“)

(erk! I should stop. Kalau aku nak komen lagi tentang ketidakpuasan hati ini terhadap filem dan drama di Malaysia, tak habis la post ni jadinya).

Apa-apa pun, sila ajak ahli keluarga dan rakan-kalian untuk menonton siri ‘Hani’ ini ya! Jika yang berada di Malaysia, boleh menontonnya di TV3 pada hari Selasa pukul 9 malam. 😉

Heh, kepada yang tidak tahu, membuat filem merupakan salah satu perkara yang pernah menjadi ‘passion’ku semasa di sekolah rendah (haha). Dengan wujudnya drama-drama sebegini, moga-moga industri seni yang bermanfaat akan wujud di Malaysia (bukan semata-mata untuk memuaskan nafsu hedonis rakyat Malaysia sahaja).

Indonesia nampaknya sudah ke depan dengan pelbagai drama dan filem berkualiti bergenre Islamik seperti KCB 1&2, Kiamat Sudah Dekat, Para Pencari Tuhan, dll (walaupun tidak dinafikan terdapat juga lambakan drama mengarut yang mempunyai unsur khurafat seperti jelmaan dan pari-pari).

Akhir kata, aku mendoakan agar pembuat filem dan drama di Malaysia akan membuat filem dan drama dengan iman dan taqwa. Allahumma ameen.

Hadiah Birthday In-Advance!

Rentetan daripada postku sebelum ini, aku telah mendapat hadiah bday awal. hehe. Ini hadiahnya:

CRV yang dilukis menggunakan teknik 'typography'. Hasil seni oleh Mak Usu (yang sedang menunutut di KUIS dalam jurusan IT). Many thanks! 🙂

Semua hadiah yang diberikan kepadaku adalah istimewa, terutamanya hadiah bday tahun lepas daripada Mama & Papa – yang hanya aku dapat semasa cuti summer yang lalu; a nice hooded cardigan dan laptop yang aku gunakan sekarang ini. Alhamdulillah. 🙂

Mengatasi segalanya, NIKMAT ALLAH jualah yang tersangatlah besar yang telah Allah kurniakan kepadaku, kepada kita semua; masing-masing dengan cara-Nya yang tersendiri – bukan hanya pada hari bday tetapi setiap hari dalam kehidupan kita!

Sebagai refleksi buat diri ini dan kalian, apa yang telah kita ‘beri’ selama ini atau kita hanya SERONOK dan GEMBIRA dengan menjadi mereka yang hanya  MENERIMA sahaja?

Secara jujur, aku bukanlah jenis orang yang selalu memberi hadiah kepada orang (tsk2), namun di ruang-ruang lain yang boleh dan mampu untuk kita ‘beri’, maka kita usahakan untuk ‘memberi dengan sebanyak-banyaknya’ insyaAllah.

Penutup

Okies, selamat maju jaya kepada semua yang ada exam! (termasuk diriku sendiri)

Maknakan hidup dengan memberi.

Allahu’alam.

 


 

Januari Datang Lagi – 2011

Erk! ^_^”

Sedikit terlambat (dari segi turutan post) untuk mengucapkan selamat datang  kepada tahun 2011. Apa-apa pun, selamat tahun baru! Hasil sekularisasi ke atas dunia Islam, menjadilah kita pada hari ini yang lebih memaksikan urusan hidup kita dengan kalendar Gregorian berbanding dengan kalendar Hijrah.

Resolusi tahun baru? Hurm, tiada yang bersifat tahunan aku kira. Alhamdulillah, setahun yang berlalu, setahun yang telah mengajarku dengan 1001 lagi benda. Dalam tempoh itu juga, aku terjatuh, terluka, dan secara sengaja atau tidak turut mencederakan orang lain. Mohon dimaafkan atas apa-apa tindakanku yang tidak sewajarnya dalam tempoh itu.

Alhamdulillah, kini aku bertambah sedikit jelas dengan apa yang ingin dan perlu aku pursue di masa akan datang (insyaAllah). Tidak mungkin untuk aku kongsikan semuanya di sini tetapi antara kata kunci yang boleh aku berikan; renewable energy, research-er, uni-to-multi transformation, meletak harapan akan kemungkinan untuk mencapai cita-cita yang pernah ditulis ketika di Darjah 6, mungkin? 🙂

InsyaAllah.

Untuk kereta idaman, 2 yang di bawah ini yang ada dalam mindaku buat masa ini. 😀 (ingin menjadikan salah sebuah daripada 2 kereta ini sebagai birthday wishlist; fine, tidak logik) 😛

Honda CR-V

atau

Nissan Qashqai

Terus Melangkah!

Cuti winter sudah hampir ke penghujungnya. Minggu depan, revision week akan bermula diikuti dengan peperiksaan semester 1 bermula 17 Januari 2011 sehingga 28 Januari 2011.

InsyaAllah, berikut ialah jadual peperiksaanku untuk semester ini:

13 Januari 2011 (Khamis) – Advanced Mathematical Modelling (Numerical Methods) class test

17 Januari 2011 (Isnin) – Environmental Management

19 Januari 2011 (Rabu) – Management 2

28 Januari 2011 (Jumaat) – Transport Phenomena 3

Depan mukaku sekarang (dinding) terlekat target yang mesti dicapai untuk peperiksaan kali ini. Jika kalian pernah terbaca dalam laman myfikrah ini, aku pernah menzahirkan ke’down’anku pada peperiksaan terakhirku yang lalu.

Pastinya, aku tidak mahu perkara seumpama itu berulang lagi. Pastinya, aku mahu sesuatu yang lebih baik, jauh lebih baik insyaAllah. Maka, mohon jasa baik sahabat-sahabat semua untuk mendoakan kejayaan buatku; yang terbaik menurut pandangan Allah; dunia dan akhirat.

Buat kalian yang bakal atau sedang menghadapi peperiksaan, semoga kalian mendapat keputusan yang cemerlang dunia dan akhirat. Allahumma ameen!

Aku sebenarnya baru pulang daripada kembara winter 2010. Tahun ini aku tidak ke mana-mana winter gathering tetapi aku meluangkan seminggu daripada cuti ini untuk bertemu dengan rakan-rakan di kepulauan Ireland. Apa yang menarik,  aku telah menaiki FERI merentasi Laut Irish dalam perjalanan pulang! 🙂

Sekembalinya, masih dalam mode ‘cuti-cuti’, momentum untuk ‘bekerja semula’ itu tidak mudah untuk dikembalikan (alasan!). Oleh kerana sedikit ‘distracted’ mutakhir ini, jadi aku harap pengisytiharan tarikh-tarikh exam ini akan memaksaku untuk tenggelam dalam realiti yang paling perlu untuk aku hadapi dan bersedia menghadapinya dalam masa terdekat ini.

Terlalu banyak ‘circle of concern’ muncul dan terus muncul dalam hidup ini, namun apa yang ada dalam ‘circle of influence’ itu yang realistik untuk difokuskan bukan?

Ketidakbolehupayaan untuk mengenalpasti dan meletakkan fokus yang betul pada ‘circle of influence’ kita boleh menatijahkan apa yang orang Melayu sebut sebagai ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’. Nau’zubillah min zalik!

Last but not least, saja ingin mengingatkan diri dengan kata-kata ‘the most  inspirational person I’ve ever met in semester 1 2010/11 academic year’ – ‘I’m fair; but I want we, Asian to be the best!’ heh. 🙂

Selamat maju jaya buat semua! Selamat berjuang! Di bawah ini lagu ‘Menuju Wawasan’ yang aku dedikasikan khas buat kalian! 😉

 

Allahu’alam.

Mari Membersihkan Debu Di Atas Almari

*Tulisan ini diambil daripada catatan di Facebook yang belatarbelakangkan perkembangan semasa masyarakat Malaysia di UK*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, saya baru selesai menghabistontonkan video ucaptama pelancaran PAS Representative Council UK-Eire (PRC) di YouTube. Selepas selesai menonton, banyak rupanya sejarah silam tentang perjuangan menegakkan Islam di Tanah Melayu semenjak kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah di mana kita berada sekarang selepas kemerdekaan negara; yang saya tidak ketahui dan tidak pernah dengar pun sebelum ini.

 

Pertama sekali, saya harap tulisan ini tidak ditafsirkan sebagai satu bentuk diskusi politik kepartian di Malaysia namun saya ingin mengajak anda semua untuk melihat atau sekurang-kurangnya mendapat gambaran tentang susur-galur perjuangan menegakkan Islam di Tanah Melayu dan Malaysia.

 

 

Apabila kita ingin membicarakan tentang susur-galur perjuangan ini, kita tidak dapat lari daripada satu entiti da’wah dan tarbiyyah yang acapkali dilihat semata-mata sebagai sebuah entiti politik iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Hakikatnya, PAS itu adalah sebuah gerakan Islam yang matlamat perjuangannya untuk menjadikan Islam itu memerintah.

PAS bukan semata-mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar, pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt.

 

Saya harap bermula daripada titik ini dan seterusnya, anda yang membaca dapat melakukan sedikit anjakan paradigma (i.e. mengubah cara melihat sesuatu) dengan melihat PAS ini sebagai sebuah gerakan Islam yang perjuangannya telah bermula lama sebelum merdeka lagi.

Membuang Debu Di Atas Almari

Kalau boleh saya umpamakan, penulisan ini berhasrat untuk ‘membuang debu-debu’ yang selama ini tidak dipedulikan di atas almari. Jika dibiarkan, lama-kelamaan, debu-debu ini semakin menebal dan almari yang sebenarnya cantik kelihatan ‘comot’.

Ramai orang termasuk diri saya sendiri telah berlaku tidak adil (i.e. tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya) apabila menyebut tentang PAS. Ramai orang termasuk saya sendiri telah melihat PAS sebagai almari yang berdebu itu. Tak perlulah saya senaraikan di sini apa bentuk tohmahan dan persepsi negatif yang diberikan kepada PAS. Masing-masing sudah maklum tentangnya.

Secara peribadi, saya tidak hairan jika yang melihat PAS sebagai ‘almari yang berdebu’ ini datang daripada golongan yang menentang perjuangan Islam atau golongan yang merasakan Islam itu hanya membawa kemunduran. Itu sudah lumrah; sunnatullah kepada da’wah zaman-berzaman, dari Nabi Nuh a.s hingga sekarang, pasti ada penentangan.

Apa yang menimbulkan kegusaran kepada saya (sekali lagi, secara peribadi) ialah apabila golongan yang inginkan Islam menang dan memerintah, golongan yang faham erti da’wah dan tarbiyah, serta golongan yang tidak meragui kewajipan amar ma’ruf dan nahi munkar pun turut sama terperangkap dan melihat PAS dengan penuh jelek umpama melihat ke arah ‘almari yang berdebu’ itu tadi.

Hakikatnya, PAS tidaklah ‘secomot’ yang disangkakan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah memberi peluang untuk debu itu dibersihkan dan sedikit demi sedikit melihat kecantikan almari tersebut yang selama ini terhalang.

Terperangkap!

Jika persepsi terhadap PAS sebagai ‘almari yang comot’ itu terbina setelah usaha membersihakn debu itu sudah dibuat namun masih lagi dilihat ‘kecomotan’ pada almari itu, mungkin saya boleh menerima dan akur dengan keadaan itu.

Maksudnya, walaupun kita sudah mengenali PAS daripada sumber first-hand termasuklah penjelasan dan penerangan daripada orang-orang PAS sendiri khususnya pimpinan PAS namun kita masih tidak yakin dengan PAS sebagai gerakan da’wah dan tarbiyah; tiada apa yang boleh saya katakan.

Namun, jika persepsi yang negatif terhadap PAS itu terbina dalam diri hasil daripada dengar-dengar daripada sumber kedua, ketiga, dan seterusnya; maka kita perlu berlaku adil serta memberi ruang dan peluang kepada diri kita sendiri untuk mengenali dan menilai PAS daripada sumber yang pertama.

Read More »