Mari Membersihkan Debu Di Atas Almari

*Tulisan ini diambil daripada catatan di Facebook yang belatarbelakangkan perkembangan semasa masyarakat Malaysia di UK*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, saya baru selesai menghabistontonkan video ucaptama pelancaran PAS Representative Council UK-Eire (PRC) di YouTube. Selepas selesai menonton, banyak rupanya sejarah silam tentang perjuangan menegakkan Islam di Tanah Melayu semenjak kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah di mana kita berada sekarang selepas kemerdekaan negara; yang saya tidak ketahui dan tidak pernah dengar pun sebelum ini.

 

Pertama sekali, saya harap tulisan ini tidak ditafsirkan sebagai satu bentuk diskusi politik kepartian di Malaysia namun saya ingin mengajak anda semua untuk melihat atau sekurang-kurangnya mendapat gambaran tentang susur-galur perjuangan menegakkan Islam di Tanah Melayu dan Malaysia.

 

 

Apabila kita ingin membicarakan tentang susur-galur perjuangan ini, kita tidak dapat lari daripada satu entiti da’wah dan tarbiyyah yang acapkali dilihat semata-mata sebagai sebuah entiti politik iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Hakikatnya, PAS itu adalah sebuah gerakan Islam yang matlamat perjuangannya untuk menjadikan Islam itu memerintah.

PAS bukan semata-mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar, pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt.

 

Saya harap bermula daripada titik ini dan seterusnya, anda yang membaca dapat melakukan sedikit anjakan paradigma (i.e. mengubah cara melihat sesuatu) dengan melihat PAS ini sebagai sebuah gerakan Islam yang perjuangannya telah bermula lama sebelum merdeka lagi.

Membuang Debu Di Atas Almari

Kalau boleh saya umpamakan, penulisan ini berhasrat untuk ‘membuang debu-debu’ yang selama ini tidak dipedulikan di atas almari. Jika dibiarkan, lama-kelamaan, debu-debu ini semakin menebal dan almari yang sebenarnya cantik kelihatan ‘comot’.

Ramai orang termasuk diri saya sendiri telah berlaku tidak adil (i.e. tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya) apabila menyebut tentang PAS. Ramai orang termasuk saya sendiri telah melihat PAS sebagai almari yang berdebu itu. Tak perlulah saya senaraikan di sini apa bentuk tohmahan dan persepsi negatif yang diberikan kepada PAS. Masing-masing sudah maklum tentangnya.

Secara peribadi, saya tidak hairan jika yang melihat PAS sebagai ‘almari yang berdebu’ ini datang daripada golongan yang menentang perjuangan Islam atau golongan yang merasakan Islam itu hanya membawa kemunduran. Itu sudah lumrah; sunnatullah kepada da’wah zaman-berzaman, dari Nabi Nuh a.s hingga sekarang, pasti ada penentangan.

Apa yang menimbulkan kegusaran kepada saya (sekali lagi, secara peribadi) ialah apabila golongan yang inginkan Islam menang dan memerintah, golongan yang faham erti da’wah dan tarbiyah, serta golongan yang tidak meragui kewajipan amar ma’ruf dan nahi munkar pun turut sama terperangkap dan melihat PAS dengan penuh jelek umpama melihat ke arah ‘almari yang berdebu’ itu tadi.

Hakikatnya, PAS tidaklah ‘secomot’ yang disangkakan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah memberi peluang untuk debu itu dibersihkan dan sedikit demi sedikit melihat kecantikan almari tersebut yang selama ini terhalang.

Terperangkap!

Jika persepsi terhadap PAS sebagai ‘almari yang comot’ itu terbina setelah usaha membersihakn debu itu sudah dibuat namun masih lagi dilihat ‘kecomotan’ pada almari itu, mungkin saya boleh menerima dan akur dengan keadaan itu.

Maksudnya, walaupun kita sudah mengenali PAS daripada sumber first-hand termasuklah penjelasan dan penerangan daripada orang-orang PAS sendiri khususnya pimpinan PAS namun kita masih tidak yakin dengan PAS sebagai gerakan da’wah dan tarbiyah; tiada apa yang boleh saya katakan.

Namun, jika persepsi yang negatif terhadap PAS itu terbina dalam diri hasil daripada dengar-dengar daripada sumber kedua, ketiga, dan seterusnya; maka kita perlu berlaku adil serta memberi ruang dan peluang kepada diri kita sendiri untuk mengenali dan menilai PAS daripada sumber yang pertama.

Saya akui, sukar untuk mendapatkan sumber pertama itu. Iyalah, di manalah kita hendak mencari pimpinan mahupun ahli PAS terutamanya di UK ini? Lebih-lebih lagi, sebagai pelajar kita ditakut-takutkan dengan AUKU, lantas menjadikan kita kurang cenderung untuk berbicara mengenainya.

Atas sebab itulah di awal penulisan ini, saya mengajak anda semua untuk tidak melihat PAS itu sebagai entiti politik tetapi sebuah gerakan Islam yang sama sahaja dengan gerakan Islam lain di seluruh dunia yang ingin mendaulatkan Islam di tanah air masing-masing; umpama Ikhwanul Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Pakistan, HAMAS di Palestin, dan sebagainya.

 

Akhirnya, kerana kekurangan akses kepada pimpinan mahupun ahli PAS serta kurang terdedah dengan PAS walaupun sumber maklumatnya banyak di media massa, telah menjadikan ramai antara kita terperangkap dengan persepsi negatif yang terbentuk hasil analisa dan penilaian dari sumber kedua, ketiga, dan seterusnya (bukan sumber pertama).

 

Pelancaran PRC

Alhamdulillah ‘ala kulli hal, dengan pelancaran PRC baru-baru ini saya melihat ruang atau akses untuk mengenali dan memahami dasar serta perjuangan PAS menjadi lebih terbuka buat kita semua.

Jika sebelum ini kita mendengar tentang PAS itu begitu dan begini dari sumber yang pelbagai dan seakan-akan berkonotasi negatif, kini kita boleh bertanya apa sahaja untuk mendapatkan kepastian daripada wakil-wakil PAS yang dilantik untuk menganggotai PRC tersebut.

Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 6:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Contohnya, jika kita merasakan tindakan PAS tidak patut kerana bekerjasama dengan bukan Islam dalam nak menegakkan Islam; maka bertanyalah.

Ataupun, jika kita mendengar orang mengatakan yang PAS itu ‘tidak mementingkan tarbiyah’ dan ‘terlalu politik’ sehingga pemahaman masyarakat terhadap Islam yang sebenar terabai; maka bertanyalah.

Ataupun, jika kita melihat (perlu diteliti apa sumber kita juga, apakah sumber pertama?) ada akhlak ahli PAS yang tidak selari dengan akhlak Islamiyyah; maka bertanyalah dan tegurlah.

Ataupun, jika kita ada cadangan yang sangat bagus yang dirasakan patut dan wajib diimplementasikan oleh PAS untuk menjadikan misi menegakkan Islam di tanah air lebih hebat; maka sampaikanlah.

Moga kita terhindar daripada menjadi golongan yang zalim kerana serkap jarang kita. Nau’zubillah min zalik.

 

Menjadi Golongan Yang Berfikir : Kitalah Harapan Agama dan Negara

Sebagai golongan yang terpelajar yang dengan izin Allah jua berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, kita diletakkan ekspektasi yang tinggi oleh masyarakat kita. Kita diharap untuk menjadi lebih kritikal yakni mampu menganalisa sesuatu input dengan berhikmah sebelum menatijahkan apa-apa tindakan atau keputusan.

Adalah mengecewakan jika kita hanya menjadi ‘pak turut‘ dan cepat menghukum tanpa mampu membuat penilaian yang adil dan sewajarnya apabila dihadapkan dengan input-input yang mencabar batas kebiasaan kita.

 

Apabila menerima sesuatu input, kita harus berusaha untuk memahami dan yang utama sekali memastikan kesahihan kepada sumber input tersebut sebelum membuat analisa yang lebih mendalam. Bukan sekadar disebabkan rasa hormat kita kepada orang yang menyampaikan input itu lalu kita mudah untuk terus percaya bahawa perkara yang disampaikan itu benar dan tiada keraguan lagi padanya.

 

Sebagai Permulaan

Selama ini kita mendengar begitu dan begini tentang PAS, namun setelah diteliti, sumber yang kita dengar itu bukanlah dari mulut ahli mahupun pimpinan PAS sendiri.

Secara peribadi saya merasakan ucaptama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semasa pelancaran PRC baru-baru ini boleh diambil sebagai sumber pertama untuk kita menilai semula persepsi kita terhadap PAS; sama ada tepat atau tidak.

Oleh itu, saya ingin mengajak kita semua untuk sama-sama meluangkan barang sekejap cuma untuk menonton video ucaptama tersebut yang dimuatnaik ke Youtube dan dikongsikan dengan aktifnya di Facebook.

 

Berikut adalah senarai link kepada video-video yang dimaksudkan:

Part 1 (4:31)

Part 2 (13:43)

Part 3 (10:58)

Part 4 (14:15)

Part 5 (13:52)

Hasil Dapatan Saya

Seperti yang saya tuliskan di awal-awal tadi, melalui video tersebut, banyak info yang dikongsikan merupakan sesuatu yang baru buat saya. Sebahagian yang boleh saya kongsikan di sini antaranya:

1. Tiada pemisahan antara politik dan da’wah. Al-Quran menceritakan bagaimana peranan para rasul sama ada menjadi ketua negara (seperti Daud a.s., Sulaiman a.s., Muhammad s.a.w.) ataupun menjadi ketua pembangkang di zaman masing-masing (seperti Musa a.s. berhadapan dengan Firaun). Inilah PERJUANGAN nabi-nabi dan rasul-rasul Allah.

 

2. Matlamat perjuangan Islam bukan nak berkuasa tetapi mengkehendaki Islam itu memerintah dan berdaulah. Walaupun Rasulullah ditawarkan kuasa di Mekah, namun baginda menolak kerana Islam memerintah tidak diizinkan oleh musyrikin Mekah.

 

3. Penceritaan sejarah kesinambungan da’wah para anbiya hingga ke Rasulullah, diikuti dengan zaman khulafa’ ar-rasyidin dan seterusnya sehingga ke hari ini di tanah air kita secara ringkas.

 

4. Dalam lipatan sejarah, kejatuhan orang Islam adalah disebabkan umat Islam meninggalkan ajaran Islam manakala kejatuhan sistem bukan Islam kerana kekurangan yang ada pada sistem tersebut.

 

5. Penceritaan sejarah asal-usul perjuangan ulama’ di tanah air semenjak kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka di mana para ulama’ dari dahulu lagi telah berjihad menentang penjajah demi memastikan kedaulatan Islam terpelihara.

  • Semenjak penjajahan Portugis ke atas Melaka (yang merupakan pusat pemerintahan Islam di rantau Asia Tenggara) pada 1511, ulama’ di seantero Alam Melayu bersatu dan berjuang menentang penjajah.
  • Atas tujuan untuk berjihad melawan penjajahlah, maka ulama’ dari Banjar, Minangkabau, Jawa, serta Bugis datang ke Tanah Melayu (mungkin selama ini kita tertanya-tanya asal-usul suku kaum ini di Tanah Melayu) – namun perkara ini tidak diceritakan dalam silibus Sejarah
  • Bagi menentang Syarikat Hindia British/Belanda, kumpulan Islam menubuhkan Partai Syarikat Islam di Indonesia (1908) dan cawangan-cawangannya di Tanah Melayu (e.g. Kedah, Perak, Selangor, Johor, Kelantan, Terengganu) – dan di Basrah pada 1924
  • Ini menunjukkan pergerakan Islam secara ilmu dan ke peringkat politik, dll telah wujud di rantau kita lebih awal daripada negeri Arab sendiri (kerana Arab jatuh kemudian) – termasuklah penubuhan Ikhwanul Muslimin yang lebih terkemudian pada 1928, Jamaat Islami di India pada 1938, manakala penubuhan PAS pada 1951
  • Namun penubuhan PAS pada 1951 hanyalah berlaku setelah Syarikat Islam diharamkan pada 1924, kemudian ditubuhkan pula Hizbul Muslimin pada 1940-an yang kemudiannya diharamkan juga

 

6. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Tun Razak telah membawa PAS untuk membentuk kerajaan campuran. Dalam kerjasama ini, PAS telah meletakkan syarat untuk melaksanakan Islam dalam institusi kerajaan dan syarat itu diterima oleh Tun Razak. Hasil penglibatan PAS dalam kerajaan pada ketika itu dengan izin Allah menghasilkan:

  • Penghapusan iklan judi di televisyen dan radio
  • Azan dikumandangkan di televisyen dan radio pada setiap kali waktu sembahyang
  • Dihapuskan arak dalam jamuan negara (disediakan sudut berasingan kepada pimpinan bukan Islam yang ingin meminumnya)
  • dll.

7. Kerjasama antara PAS dengan bukan Islam telah memecahkan tembok antara kita, umat Islam dengan golongan bukan Islam melalui dialog-dialog yang diadakan. Sehingga ke suatu tahap, terdapat golongan bukan Islam ini yang ingin menyertai PAS namun menurut perlembagaan PAS, hanya orang Islam yang boleh menyertai PAS.

  • PAS telah mengadakan satu muzakarah dengan rakan-rakan gerakan Islam bertempat di Leceister, England pada pertengahan tahun 1990-an
  • Antara yang hadir ialah Syeikh Qardhawi, Qadhi Hussin Ahmad (Tunisia), dll.
  • Muzakarah ini membincangkan khusus untuk situasi di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk; apakah boleh untuk PAS menerima orang bukan Islam menjadi ahli dan bertanding dalam pilihanraya
  • Setelah muzakarah dan kajian nas-nas, diputuskan bahawa PAS boleh menarik orang bukan Islam untuk menjadi ahli
  • Namun, mereka bukanlah ahli biasa tetapi dirujuk oleh kitab fiqh sebagai ahli zimmah di mana ahli itu diberi jaminan oleh orang Islam dan mereka tidak boleh membuat dasar/polisi tetapi perlu menerima dan mengikuti dasar/polisi Islam
  • Akhirnya, Dewan Himpunan Penyokong PAS ditubuhkan

Penutup

Akhir kata, jazakumullahu khairan katsira dan terima kasih yang tak terhingga kepada anda yang sudi membaca tulisan picisan ini sehingga ke akhirnya dengan penuh teliti dan penghayatan.

Saya amat menggalakkan anda semua untuk meluangkan sedikit masa untuk menonton video yang dikongsikan di atas untuk berlaku adil dalam menunaikan hak terhadap para ulama’ yang sekian lama berjuang mengakkan Islam (sebelum PAS tertubuh lagi) bagi mengimbangi persepsi kita yang mungkin kurang tepat selama ini.

Saya bukan anggota PRC mahupun ahli PAS dan PAS juga tidak membayar saya untuk menulis semua ini. Penulisan ini tercetus setelah mendengar sendiri dari sumber pertama tentang PAS dan saya berpendapat adalah sangat relevan untuk dikongsikan memandangkan acara tersebut berlaku di bumi UK yang sangat dekat dengan kita semua.

Sekali lagi, tulisan ini bukan satu bentuk dakyah politik tetapi jika anda (terutamanya yang ingin memerangkap saya dan pelajar lain dengan AUKU) meneliti dan memahami apa yang saya tuliskan; PAS yang saya sebutkan di sini bukanlah dari konteks politik kepartian di Malaysia tetapi PAS sebagai gerakan Islam dalam menunaikan kewajipan amar ma’ruf nahi munkar seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Sila betulkan andai saya tersalah dan moga Allah ampunkan kesilapan saya dalam perkongsian ini.

Allahu’alam.

Maklumat tambahan:

Website PRC

PRC di Facebook – PAS Representative Council UK-Eire

21 thoughts on “Mari Membersihkan Debu Di Atas Almari

    1. Alhamdulillah.πŸ™‚

      Nevertheless, mun mok tauk lagik detail, maka kita perlu usaha gik untuk banyak membaca dan bertanyak. Mungkin catatan tok sekadar ‘batu loncatan’ tapi bukanlah rujukan yang boleh merumuskan apa PAS sebenarnya.πŸ˜‰

      Selamat belajar dan mengkaji! Mari menjadi golongan yang berfikir. InsyaAllah.πŸ™‚

  1. mari membersihkan debu? adeq ingatkan laa apa tek..
    ( u remind me to one of my routine now -___-‘ thanks)

    p/s: bila bc koment, igtkan sapa ‘korea’ yaa.. i tot partner baru kakak.. duhal ridhwanπŸ™‚ haha.

    p/s: can i make a nickname too?πŸ˜€ lolπŸ™‚

    1. Hehe, bagus la. Sak adek sentiasa semangat ngan routine ya.πŸ˜›

      p.s. aok, Ridhwan memang dikenali juak dalam kalangan kawan-kawannya sebagai Korea (nya pnah cita)πŸ™‚

      p.p.s uiks, nickname ya orang lain berik ngan kita, bukan polah kedirik. lain la mun artis! -_-”

      p.p.p.s Sik sure mun ada apa-apa yang adek belajar dari post tok. Harap ada lah something.πŸ™‚

      (^_^)

  2. hurm, I’ve heard about this from someone a few while ago. but i didn’t look it seriously. jazakillah khair kak, this reminds me. and it seems interesting to investigate.

    wah, kelaka orang puteh juak. hehe. erm, apa maksud AUKU ya kak?

    1. Hehe, sik salah klaka orang puteh Azizul.πŸ™‚

      Menarik, ktk dengar dari siapa? (hehe, mungkin sik sesuai plak mun ktk mok disclose kat sitok kan. Hantar mesej via Facebook kmk boleh?) and I’m more than happy to help you in that investigation. Sama-sama share skit-skit apa yang kita tauk, mengkali ada manfaat yang boleh dikongsi? insyaAllah.πŸ˜‰

      AUKU – Akta Universiti dan Kolej Universiti

      (^_^)

  3. yoooshhhπŸ˜€
    phl semua org guna nama negara tok??
    -_____-‘
    haha. yossshh
    btw, i still remember the story you told me before.. abt how Islam came to asia.. the sultan of johor in 1800, etc.. and now i understand more about it with this post abt PAS.
    good jobπŸ™‚ tq

  4. Assalammualaikum….
    Sgt sokong 100% post sya2… Maksu ngan kwn sebilit pun dah tgk video ya… Dan kmk org semua sgt teruja… and speechless, tapi terharu ngan perjuangan sidaknya….
    Maksu ada ikut satu program “1 Malaysia” bulan lepas. Anjuran kementerian penerangan. Dalam LDK, sidak suruh kmk org luahkan apa jak yg sik puas hati ttg pemerintahan kerajaan M’sia…. Dari cya maksu nampak, kat KUIS tok paduhal rame lalu org sokong PAS… Rame yg nak sama2 memperjuangkan Islam…tp sik tauk macm ney… Kebanyakan pembentangan kmk org menentang dan sik setuju dgn usaha2 kerajaan yg lebih kepada keduniawi… dan yg paling pnting kmk org mohon untuk di hapuskan AUKU…. huhuhu… (ntahlah, sapa lah nak layan permintaan kmk org ya nak…). Pas ya dpt sijil… dah lah ya…
    Apa2 pun … Tahniah sya… Penulisan yg sangat memberangsangkan dan mmbanggakan… (anak buah sapa laaa ni…? :p) hihi… (^^,)
    (Yg paling penting, telah memberi semangat utk maksu gi mengundi… huhu)

    1. Jazakillahu khair. All in all, pengajaran utama; anjak paradigma, PAS bukan semata-mata parti politik tapi gerakan Islam yang mok mengekkan Islam di Malaysia.

      Anyway, suka ayat last sekalik Maksu dalam kurungan ya; memberik semangat untuk Maksu gi ngundi!

      Alhamdulillah, sik pernah terfikir masa tulis post tok yang boleh berik implikasi macam yang Maksu cakap ya. hehe. Tapi sangat bersyukur lah mun ramei gik fikir macam Maksu.πŸ˜€

      Yang penting, undi biar tepat! Undi kerana Allah, insyaAllah. Ke arah masyarakat dan negara serta individu yang lebih baik, soleh & solehah, dan mendapat keredhaan Allah. InsyaAllah.πŸ™‚

      (^_^)

  5. aslmwbt, sebenarnya saya juga ingin menggunakan nama negara (mesir) seperti pengomen2 di atas, tapi tak mengapalahπŸ˜„

    terima kasih tuan belog, penulisan yang membuka satu perspektif baru dalam menilai PAS sendiri. terutamanya dari segi hasil dapatan saudari kerana saya belum berkesempatan nak tengok sendiri video2 tersebut, terima kasih kerana menyimpulkan.

    perjalanan mengembalikan Islam sebagai world order masih panjang, moga semua diberikan keikhlasan, kefahaman dan rasa cinta sebagai kekuatan meneruskan juang.

    atiqah

  6. syukran kathira atas perkongsian penulis.

    Pada saya, memilih, menyokong dan bernaung di bawah PAS di Malaysia bukanlah satu pilihan, tapi satu kemestian.Bukan atas dasar mengajak kepada parti, tapi mengajak ke arah islam.

    Kita sayang pada perjuangan PAS kerana cinta kita pada Allah dan Rasul-Nya.

  7. Jazakumullahu khair kepada semua yang sudi membaca dan memberi komen. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

    Moga lebih ramai yang memahami dan memilih untuk bersama dengan perjuangan gerakan Islam – yang sesuai dengan waqi’ di Malaysia, di bawah pimpinan ulama’ – pewaris para anbiya’.

  8. Assalamu’alaikum,

    Semoga PAS terus dipertahankan oleh para ‘ulama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan dipelihara daripada pencemaran golongan Wahhabi, mujassimah, musyabbihah, Islam Liberal, Syiah dan lain-lain lagi nama-nama Islam yang bertopengkan Islam.

    Pada masa yang sama, marilah kita menghargai jasa dan sumbangan sahabat-sahabat yang berada dalam platform lain, insya Allah kamil mutakamil (lengkap melengkapi) atas persamaan ‘aqidah shohihah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s