Promote Yang Baik

Sedang aku berlayar-layar di alam maya, aku mendapati ada update di blog Allahyarham Mas Afzal. Link ke blog beliau aku tekan, rupa-rupanya blog beliau telah dikemaskini oleh Mama beliau.

Erti Hidup Pada Memberi

MasyaAllah, beliau memang seorang yang sangat mengkagumkan. Moga jadi inspirasi buat kita semua untuk tidak pernah rasa penat, jemu, boring, berkira-kira, dsb dalam memaknakan erti hidup pada memberi dengan seikhlasnya, insyaAllah.

Membaca tulisan Mama Afzal sangat menyentuh hati ini dan menginsafkan diri yang terkadang culas dalam memenuhi tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. (-_-)

I am amazed at the number of hearts that Afzal has touched during his short lifetime, something I have not succeeded in doing after more than half a decade scouring this earth. My husband and I often ask each other just what it is that he has done to warrant massive efforts by several old friends and new acquaintances to deliver kind comments and condolences via blogs, emails and fb, since his passing on December 18th, 2010. Basically, our conclusion is that he must have gone to great lengths giving people a helping hand in their times of need, be it in the form of physical/monetary assistance or advice/suggestions, sincerely. This knowledge has made me feel at peace coping with this loss.”

[Mama Afzal, 2011]

 

Drama ‘Hani’ di TV3

Selepas membaca entri di Saifulislam.com berkenaan drama ‘Hani’ beberapa minggu lepas, aku pun terus tertarik untuk menonton drama tersebut. Aku merasakan drama tersebut bergenre Islamik. Menurut penulis skrip drama tersebut, Zabidi Mohamed di blog beliau, drama tersebut penuh dengan unsur motivasi.

Itu sesuatu yang kurang/jarang aku lihat di dalam industri tempatan! (kalau ada pun, tidak menonjolkan motivasi berunsurkan Islam).

Setakat ini, drama ini telah sampai ke episod 6 di mana aku hanya mampu mengikuti melalui saluran Youtube.

Episod 6 – Hani

Salah satu nilai yang boleh aku kesan melalui skrip drama ini ialah; selaku orang yang beriman, kita perlu meletakkan kebergantungan yang mutlak kepada Allah s.w.t, di samping  perlunya kita berusaha. “Manusia bukan tuhan” banyak diulang-ulang dalam skrip drama ini – yang aku perasan.

Selain itu, keluarga Hani dipaparkan sebagai sebuah keluarga yang moden, ibu bapa yang penyayang, anak-anak yang baik – menutup aurat, menunaikan solat fardhu; yang aku kira kurang ditampilkan dalam drama-drama Melayu.

Drama-drama Melayu di TV3 (maaf, mungkin terdapat banyak dalam RTM, tapi hakikatnya orang ramai ‘kurang’ menonton RTM) selalu memaparkan ‘cara hidup Melayu’ tetapi tidak Islamik.

Salah satu contohnya; apabila ada babak bangun pagi (khususnya pada hujung minggu), dengan latar masyarakat moden, acapkali watak-watak berbangsa Melayu itu dipamerkan bangun dengan alarm clock berbunyi pada pukul 8 pagi!

8 pagi – di mana hari sudah terang-benderang; confirm Subuh dah termiss! (-_-“)

Dengan adanya babak seumpama itu, apakah itu menggambarkan ‘cara hidup’ kebanyakan masyarakat Melayu (yang semulajadinya Islam!) di zaman ini? Cara hidup yang tak bangun untuk bersolat Subuh dan pelbagai lagi yang lain seperti clubbing, membunuh orang dengan mudahnya, dll. (-_-“)

(erk! I should stop. Kalau aku nak komen lagi tentang ketidakpuasan hati ini terhadap filem dan drama di Malaysia, tak habis la post ni jadinya).

Apa-apa pun, sila ajak ahli keluarga dan rakan-kalian untuk menonton siri ‘Hani’ ini ya! Jika yang berada di Malaysia, boleh menontonnya di TV3 pada hari Selasa pukul 9 malam.😉

Heh, kepada yang tidak tahu, membuat filem merupakan salah satu perkara yang pernah menjadi ‘passion’ku semasa di sekolah rendah (haha). Dengan wujudnya drama-drama sebegini, moga-moga industri seni yang bermanfaat akan wujud di Malaysia (bukan semata-mata untuk memuaskan nafsu hedonis rakyat Malaysia sahaja).

Indonesia nampaknya sudah ke depan dengan pelbagai drama dan filem berkualiti bergenre Islamik seperti KCB 1&2, Kiamat Sudah Dekat, Para Pencari Tuhan, dll (walaupun tidak dinafikan terdapat juga lambakan drama mengarut yang mempunyai unsur khurafat seperti jelmaan dan pari-pari).

Akhir kata, aku mendoakan agar pembuat filem dan drama di Malaysia akan membuat filem dan drama dengan iman dan taqwa. Allahumma ameen.

Hadiah Birthday In-Advance!

Rentetan daripada postku sebelum ini, aku telah mendapat hadiah bday awal. hehe. Ini hadiahnya:

CRV yang dilukis menggunakan teknik 'typography'. Hasil seni oleh Mak Usu (yang sedang menunutut di KUIS dalam jurusan IT). Many thanks!🙂

Semua hadiah yang diberikan kepadaku adalah istimewa, terutamanya hadiah bday tahun lepas daripada Mama & Papa – yang hanya aku dapat semasa cuti summer yang lalu; a nice hooded cardigan dan laptop yang aku gunakan sekarang ini. Alhamdulillah.🙂

Mengatasi segalanya, NIKMAT ALLAH jualah yang tersangatlah besar yang telah Allah kurniakan kepadaku, kepada kita semua; masing-masing dengan cara-Nya yang tersendiri – bukan hanya pada hari bday tetapi setiap hari dalam kehidupan kita!

Sebagai refleksi buat diri ini dan kalian, apa yang telah kita ‘beri’ selama ini atau kita hanya SERONOK dan GEMBIRA dengan menjadi mereka yang hanya  MENERIMA sahaja?

Secara jujur, aku bukanlah jenis orang yang selalu memberi hadiah kepada orang (tsk2), namun di ruang-ruang lain yang boleh dan mampu untuk kita ‘beri’, maka kita usahakan untuk ‘memberi dengan sebanyak-banyaknya’ insyaAllah.

Penutup

Okies, selamat maju jaya kepada semua yang ada exam! (termasuk diriku sendiri)

Maknakan hidup dengan memberi.

Allahu’alam.

 


 

3 thoughts on “Promote Yang Baik

  1. Assalammualaikum sya…

    FB sya2 dah sikda gik kah… Tadik maksu ada post satu lagi hasil seni maksu utk maksu punya final projek… Maksu guna gambar kita tiga ngan boy… Nak tag nama sya2 tp nama sya2 dah sikda dlm FB…huhuhu.. Nama imej graphic ya “Palaroids” guna photoshop…. Sya2 pun terrer buat ya… Mun sya2 mok tutorial photoshop yg mudah… gi ctok: http://www.photoshopessentials.com
    ok….
    Selamat maju jaya dalam semua perkara… semoga berjaya dunia dan akhirat…

    1. Waalaikumussalam Maksu,

      Hehe, insyaAllah FB ya masih ada. Cuma tengah deactivate. ^_^”

      Whoaa, cam best jak benda ya. Nway, insyaAllah klak la k.Sya tengok mun dah bukak FB balit.

      Huhu, sik pande polah ‘polaroids’ ya. InsyaAllah, klak lah belajar gney. Thanks share link ya!😉

      Jazakillahu khair atas doa, semoga Allah makbulkan untuk Maksu juak. Allahumma ameen.

      (^_^)

  2. HAHA. Apa nak buat. Tapi memang kebanyakan orang Melayu yang muda-muda sekarang ni yang mengamalkan gaya hidup ala barat. When I was still studying in Mantin (you know where lah xD ) there was a bunch of them yang tak tau sembahyang terawih, apa lagi solat lima waktu. A lot of people have the misconception that to be modern, you have to shed off your native identity or sumtgh like that, which is absolute rubbish.
    I’m not trashing all these kononnya ‘westernised’ Malays (or maybe I am) but just because you’re not a perfect Muslim, doesn’t mean you should abandon all efforts to try and be one. God is great, and I’m pretty sure he’ll reward all of us for our efforts.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s