Balance Sheet

Aku rasa dalam banyak-banyak perkara, yang paling konsisten yang aku buat dari tahun ke tahun sebagai pelajar universiti ialah frekuensi meng-update blog paling tinggi di musim exam. erk! (-_-“)

Dulu aku ada pernah mengeluarkan satu teori bahawa tindakan meng-update blog yang ‘agak kerap’ dalam musim peperiksaan adalah disebabkan ‘sel-sel neuron yang sedang aktif’ kerana dikerah untuk bekerja secara ekstensif (err..berbanding musim bukan exam).

Balance Sheet

*Contoh*

Tiada komen. Saja letak tajuk tersebut memandangkan itulah antara yang kami pelajari dalam subjek Management 2 – yang menanti untuk dihadapi peperiksaannya. Selain balance sheet, kami juga diajar tentang cash flow statement serta profit and loss account, dan lain-lain.

Kata-kata Sasterawan Negara

Tiba-tiba, tergerak untuk singgah di blog sasterawan negara, A. Samad Said. Aku suka sasterawan, mereka berkebolehan menulis ayat-ayat yang mampu memberi kesan kepada yang membaca. Kekadang sinis, kekadang puitis; lagi menarik bila digabungjalinkan antara sinis dan puitis!

Boleh google ‘Hujan Pagi A. Samad Said’, kalian akan berjumpa dengan blog beliau insyaAllah.

Tulisan beliau di bawah ni menarik minatku untuk aku copy+paste-kan di sini:

“Sambil bersandar antara khayal dan sedar, saya mengharapkan dalam “BukuQalbu” itu nanti sempatlah siswa kita menyedarkan pemimpinnya supaya jangan gelojoh tambah menara; tambahlah rumah murba. Usahlah galak melonggok hutang; pulihkanlah ekuiti bangsa. Kurangkan varsiti klon-klonan; perbanyak varsiti sendiri. Dan, usah galak dengan wang ikhsan; bertuluslah beri royalti.

Akhir-akhir ini saya makin tersedar bahawa kita sangat selesa menjadi bangsa penjanji. Dan janjinya pula sentiasa mega. Kebanyakan janji itu berakar hutang. Akan banyak IPO, juga pelbagai bond—beban hutang bagi generasi datang.

Sementara berwuduk baru, saya terdengar: Bolehkah kita jadi bangsa penjimat, bukan pemboros? Elaklah jadi George Bush dan Gordon Brown yang lebih mewariskan hutang daripada mewariskan khazanah. Tolong abadikan itu dalam “BukuQalbu”. Tolong!”

[A. Samad Said, 27.10. 2010]

 

Tak lama lagi PRU* bakal menjelma lagi. Atau sekurang-kurangnya, PRN *Sarawak, insyaAllah. Tulisan A. Samad Said di atas wajar direnungkan. Terkadang, kita sebagai rakyat seronok dengan janji-janji mega yang ditawarkan kepada kita – untuk kesenangan kita kata ‘mereka’.

Sedarkah kita wang berbillion ringgit untuk menjayakan semua yang dijanjikan itu bukanlah muncul secara ghaib di udara? Jadi dari mana datangnya? (Soalan retorik ni) – dari mana lagi jika bukan dari poket kalian mahupun ibu bapa kalian yang membayar cukai saban tahun, malahan setiap hari barangkali (i.e. cukai perkhidmatan, cukai jalan, cukai pendapatan, etc.)

Negara kita mendapat ‘pendapatan’ daripada cukai yang dikenakan. Selain cukai ke atas rakyat, cukai juga dikenakan ke atas orang luar seperti cukai import, dll (err…aku tak pasti apa lagi jenis cukai yang ada). Poin aku, itulah sumber pendapatan negara.

Namun, apabila ‘perbelanjaan’ negara (seperti yang digariskan dalam Belanjawan Negara saban tahun) itu melebihi ‘pendapatan’ (tambah lagi dengan korupsi yang tidak diragui mungkin berlaku), maka menjadilah negara menanggung ‘hutang’. Maka, apabila ‘hutang negara’ semakin bertambah dan tidak terkawal, mulalah segala-gala keperluan harian kita dinaikkan harga, subsidi itu dan ini ditarik semula, KITA sebagai rakyat pula diseru ‘ubah gaya hidup anda!‘.

Haih, bukankah lebih bijak untuk menguruskan (baca: menjadikan kurus) hutang tersebut, maka KURANGKANLAH BELANJA! Jadi, sebagai rakyat, kita harus pandai menilai bahawa salah satu ciri kepimpinan yang AMANAH ialah membelanjakan harta negara (baca: duit rakyat i.e. duit kita juga) dengan penuh hikmah, bukan secara boros membuat janji-janji buta mahupun mencari gah dengan projek-projek mega; demi kemenangan di pilihanraya!

Ya, seronok memang seronok, gembira memang gembira, juga selesa memang selesa apabila mendengar janji-janji ‘mereka’ yang nampak seolah-olahnya negara kita ini kaya. Usah kabur mata dan sedarlah bahawa; andai hutang negara menggunung sebagaimana tingginya gunungan janji ‘mereka’ dan fatamorgana bahawa negara ini kaya, nantilah saat di mana kita  dan generasi seterusnya juga yang akan menanggung ‘bebanan’ ini akhirnya.

Usah komplen jika esok semuanya semakin naik harga! Tanggunglah, kerana itu pilihan kita. Pilihan kita untuk ‘salah memilih’ dan pilihan kita untuk ‘berkecuali daripada memilih’.

Alhamdulillah atas segalanya; jika yang ‘pernah memilih’, kerana telah memilih dengan penuh iman dan taqwa! Yang belum, pilihlah dengan neraca yang sama, yakni neraca iman dan taqwa.

I rest my case.

*PRU – pilihanraya umum

*PRN – pilihanraya negeri

Penutup

Sebut tentang balance sheet, di dalamnya terkandung rekod ‘aset’ dan ‘liabiliti’. Bayangkan balance sheet itu umpama catatan amalan kita di dunia. Amalan-amalan baik sebagai ‘aset’ kita, manakala segala kemaksiatan yang kita lakukan sebagai ‘liabiliti’ kita.

Mari hidup membanyakkan ‘aset untuk akhirat’ dan jangan sampai ‘liabiliti di akhirat’ melebihi aset yang dikumpul kerana nanti akan ‘kantoi’ pada berakhirnya ‘tahun kewangan ukhrawi’ kita. Na’uzubillah min zalik – moga kita terhindar daripada menjadi golongan yang bankrup di padang Mahsyar!

Sekali lagi, selamat maju jaya bagi yang ada exam (termasuk diriku sendiri)!

Allahu’alam.

5 thoughts on “Balance Sheet

  1. salam
    haha.. adeq phm gne rasa kakak.
    as a student (before😀 ) waktu exam laa plg kuat rasa mok tgk tv and sometimes i failed, i was easily gave up to DONT watch the tv..
    so, lumrah hidup kali. dolok adeq heran, phl dh xda exam xda pulak rsa mk tgk tv.. now i knw y.. hahaha

  2. I love your new layout!
    HAHA. “Menguruskan” hutang. Penggunaan sendi kata yang kreatif!
    I’ve always loved A. Samad Said’s writings. He brings out the beauty of the Malay language to the max and the way he gives out his opinions is in a very subtle, but deep words.
    Tentang perbelanjaan negara pula, telah lama saya hilang harapan terhadap ahli-ahli politik negara kita. Memang lumrah hidup mereka menabur janji-janji manis dan harapan yang menggunung.
    Masalahnya mereka begitu khusyuk mengejar taraf negara maju, kononnya ingin menjadikan Malaysia seperti Dubai atau Taiwan, tetapi mereka tidak sedar akan keadaan sebenarnya. Kemajuan sesebuah negara tidak terletak pada kemajuan infrastruktur, tetapi pada cara pemikiran – itu yang paling penting.
    Bagaimana nak maju kalau masalah perselisihan kaum masih tidak selesai?
    Apa yang majunya kalau kekayaan negara diperah syarikat-syarikat antarabangsa dan keuntungannya dibawa keluar negara?

    1. Thanks! (I love this new layout from WordPress too! Blue is my favourite colour btw).

      Don’t lose hope with our politicians, masih ramai lagi yang boleh kita harapkan. Cuma kita kena bijak memilih. Sebab tu lah elemen iman dan taqwa (fear Allah) perlu ada dalam diri pemimpin.

      Pemimpin yang korup ialah pemimpin yang tak takut tuhan (lagi teruk, kalau dia rasa dia ‘tuhan’).

      Anyway, I agree with with your view; untuk jadi maju, bukan hanya pada infrastruktur tapi dari segi cara fikir gak.

      p.s. waah Nadhirah, you can be an engineer cum politician lah! (I like your spirit!)😉

      (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s