‘Fenomena Pengangkutan 3’

Fenomena Pengangkutan 3 atau Transport Phenomena 3 – itulah nama subjek yang terakhir yang akan aku hadapi peperiksaannya insyaAllah. Menurut sejarah department, subjek ini sepatutnya menjadi subjek yang paling mencabar berbanding subjek-subjek lain kerana tahap algebra yang ada dalam subjek ini. (erk!)

Memandangkan dalam subjek ini berkisar tentang ‘mekanik bendalir’ (fluid mechanics), maka kalian akan terserempak selalu dengan terma-terma seperti, viscosity, shear stress, shear rate, velocity, flowrate, newtonian fluid, non-newtonian fluid, laminar flow, turbulent flow, etc.

Apa yang menarik, semenjak pertama kali dipersembahkan dengan subjek ini pada awal semester ini, lecturerku (merangkap tutorku) tidak jemu-jemu mengulang bahawa subjek ini ‘mudah’; kata beliau, untuk memahirkan, cuma perlu membuat latihan secara berulang-ulang (fair enough, beliau yang berkata yang dapat PhD sebelum berumur 25 tahun – kalau aku tak silap teka, dan sekarang beliau belum mencecah umur 30 tahun pun!).

Secara jujur, aku tak pernah minat Transport Phenomena 1 & 2 kerana kesukaran untuk memahami subjek tersebut. Alhamdulillah, pada tahun ini, lecturer baru sampai dan mengajar subjek ini dengan pendekatan yang menganjak paradigma – bahawa ‘Transport Phenonema bukan subjek yang sukar’!

 

Velocity profile

Sedar atau tidak, pendekatan beliau sememangnya mempengaruhi ‘attitude’ku terhadap subjek tersebut. Tidaklah aku mengatakan subjek itu menjadi senang secara tiba-tiba, hakikatnya aku masih merasakan kesukaran itu; namun aura positif yang beliau bawa sangat membantu diri ini untuk ‘deal’ dengan kesukaran itu.

Itu salah satu komponen Transport Phenomena 3.

Enhanced Oil Recovery

Dalam subjek ini juga, ada lagi seorang lecturer (yang lebih senior). Dalam bahagian yang diajar oleh beliau, kami belajar tentang ‘two phase flow’ yakni teori dan aplikasi yang berkaitan dengan pergerakan gas dan cecair secara serentak dalam sebatang paip.

Kemudian, kami juga didedahkan dengan proses menggali minyak di bawah tajuk ‘enhanced oil recovery (EOR)’ serta aplikasi CFD – ‘computational fluid dynamics’ yakni berkaitan perisian untuk mengkaji kedinamikan bendalir (kedua-duanya disentuh secara brief sahaja).

Jadi, dalam nak memahami EOR ini, aku pun membuat sedikit bacaan latarbelakang (sebab dalam nota yang disediakan agak ringkas). Namun, aku tidak berjaya mendapat pencerahan yang aku harapkan. (T_T)

 

*Salah satu contoh EOR*

Maka, aku pun menulis sebuah emel ke dalam sebuah YahooGroup peribadi yang aku sertai (di mana di dalamnya terdapat kenalan/orang dengan pelbagai latarbelakang akademik dan kerjaya); memohon pencerahan daripada mana-mana engineer yang terlibat dalam oil & gas industry.

Begini petikan emelku:

“Dalam enhanced oil recovery (EOR) processes, ada teknik yang dinamakan ‘in-situ combustion’. Based on my understanding, to achieve the in-situ combustion, a small fraction of the oil in the reservoir are burnt to enable the flow of the unburnt fraction. (heh, ni amik definition dari literature je ni).

By the way, disebabkan topik ni tak disentuh secara detail masa lecture (dan course saya tak mengkhusus pada petroleum engineering), banyak jargon2 yang saya tak faham / tak boleh imagine macam mana bentuknya bila saya cuba baca dari literature.

Antara jargon yang saya tak faham (bukan literally, tapi dalam konteks ‘in-situ combustion’ ni):
– combustion front
– horizontal well / vertical well (apa bezanya?)
– injection well
– production well

Saya berharap kalau ada yang boleh explain ‘in-situ combustion’ ni kepada saya dalam simple terms, sangat-sangatlah dihargai.”

Alhamdulillah, persoalanku mendapat respon daripada seorang graduan universiti yang baru memulakan karier sebagai Geologist di PETRONAS. Disebabkan penerangan beliau yang ringkas dan menarik, aku terfikir, kenapa tidak untuk aku kongsikan di sini?

Mungkin ada manfaatnya – siapa tahu – jika ada insan lain di ceruk dunia ini yang memerlukan pencerahan sepertiku dalam perkara yang nampak ‘remeh’ ini?πŸ™‚

Apa-apa pun, bawah ini penjelasan beliau:

“Saya geologist, dan bukan petroleum/reservoir engineer, jadi saya tak tahu secara terperinci tentang EOR.

Saya respon untuk
1. horizontal & vertical well
2. production well.

ok, asas kepada oil & gas ‘upstream business’ (keje2 mencari & menggali minyak di bawah muka bumi) adalah:

a. Exploration – gi jalan2 buat survey, tebuk satu dua well, tengok ada minyak ke dak. kalau ada, tebuk lagi nak confirmkan lagi

b. Appraisal – bila dah confirm ada minyak, tebuk lagi well untuk dapat gambaran brapa besar sempadan minyak kt bawah tanah tu.

c. Development – bila dah dapat gambaran, kemaskan lagi model telaga minyak tu, pikir cemana nak sedut minyak secara optimum

d. Production – masa yg dinanti-nantikan. masa menyedut minyak naik ke atas, masuk tong, jual. (part ni yg buat duit, part yg sblum ni kene keluar duit)

e. Decomissioning – bila dah puas sedut, ataupun rasa dah tak mampu sedut lagi sebab takde duit, maka well tu pun ditinggalkan.

untuk soalan nombor 1 – horizontal & vertical well

– part a,b & c melibatkan syarikat minyak (cth: Carigali, Shell etc) utk tebuk well dari permukaan laut masuk ke bawah tanah.

– ada well yg ditebuk tu gi stret aje vertically. menegak tanpa simpang siur. kalau 1000m dalamnya, maka 1000m lah well tu ditebuk secara menegak. ni namanya vertical well

– ada well yg ditebuk dengan cara membengkok. sebab apa bengkok? banyak sebab…antaranya:

(i) ada pipeline (batang paip) yang banyak kat lantai laut yg menghalang syarikat utk tebuk stret menegak, so diorang tebuk jauh sket, pastu membengkok ke target kedalamanan yg diorang nak korek tu

(ii) kat bawah tanah ni ada macam2 jenis batu. jadi dia membengkok untuk tebuk kat batu yg dia suka je. n nak elak utk korek menembusi batu2 yg diorang tak suka.

(iii) dan lain2.

– maka…. horizontal well ni adalah apabila bengkokan well tu dah sampai tahap horizontal/melintang.
– kalau bengkokan dia tak capai tahap horizontal, memadai diorang panggil well tu ‘deviated well’.

tentang production well
– well yg dibuat untuk sedut minyak/gas, bukan lagi well yg digunakan utk mengorek tanah.

ni saya dah explain tahap cair. harap dapat faham ya.

Memang cair habis!πŸ™‚

 

Drilling

Kemudian, tambahan daripada beliau:

“Tadi saya dah explain exploration well (vertical & horizontoal & deviated).

– Exploration well ni fungsinya utk korek tanah. keje dia gerudi je dalam2 sampai ke kedalaman yg ditarget.

Lepas dah sampai, maka syarikat letakkan batang paip (casing a.k.a ‘perumah’) dalam lobang tu.

– panjang batang paip tu adalah dari lantai dasar laut sampai la kat kedalaman target yg dah dikorek tadi

– gerudi tadi ditarik keluar dari batang paip tu, maka tinggallah lobang batang paip yg kosong

– patu syarikat tu simenkan ruang diantara bahagian dinding luar batang paip tu dgn permukaan tanah yg circular yg digerudi tadi

– sebab apa? sebab nak kasi batang paip tu berdiri teguh & tegap.

– lepas abes simen etc, maka kat hujung batang paip kat dasar permukaan laut tu, diletakkan gabus, kasi plug jangan kasi bocor

bila syarikat nak sedut minyak, dia masukkan batang paip yg kecik skit dalam batang paip tadi (of course dicabut dulu plug tadi)

– dia masukkan sampailah ke kedalaman yg ada minyak

– patu dia sedut

Paip yang menyedut ni dinamakan ‘production well’. telaga tu dah ‘produce’ minyak

bila sedut-sedut….. semput!
– sebab apa semput? sebab minyak taknak keluar lagi.

saya bagi analogi ginila eh….

katakanla Abu gi beli air sirap limau ais kat kedai mamak. bila dihidangkan, Abu yg tersangat haus pun menyedut air sirap yang lazat tu menggunakan straw. sedut sedut, steady….
– air dalam gelas makin lama makin skit
– bila dah nak dkat abess…..bunyii ‘kruuuukkk….kruuukkk…’ akibat sedutan Abu melalui straw tu
– air dah abes, tapi takde aa 100% abes…
– masih ada lagi air warna merah2 yg berlegar2 di tepi permukaan ais, di tepi2 biji limau etc…
– Abu dahaga super….duit xcukup nak order air extra segelas
– so, sebab Abu betul2 nak minum jugak…. dia sedut extra kuat lagi utk menyerlahkan lagi (enhance) sedutan air sirap (oil recovery) yg berbaki dalam gelas tu.

maknanya, ‘sedutan extra kuat’ itulah salah satu method enhanced oil recovery

‘Production well’ ni digunakan utk menyedut minyak. tapi minyak taknak/liat nak keluar….. maka kena enhance lagi pengeluaran minyak ni…. maka kita pun letaklaa serbuk penaik (ala ala catalyst)

macamana nak masukkan serbuk penaik ni bawah tanah tu? dalam production well, minyak disedut keluar…

so cara lain, tebuk satu lagi well utk sumbatkan serbuk penaik tu….serbuk penaik tu could be anything (bacteria, CO2 etc).

maka well yang ditebuk utk sumbatkan serbuk penaik tu la yg dinamakan injection well….

Allahu’alam

Walaupun mungkin perkongsian kali ini tidak ‘applicable’ kepada semua yang membaca, namun moga ada manfaatnya kepada yang memerlukannya.πŸ˜‰

Oh, btw, jika ada sesiapa yang ingin berkongsi input tambahan, you’re more than welcome to share it here (or probably, just email me personally).

 

Penutup

Kalau sebelum ini aku menulis di sini dengan assumption ‘sel-sel neuron sedang aktif’ namun kali ini, aku menulis kerana aku ‘nervous’ apabila melihat ke-komplikated-an subjek ini dan penulisan ini mungkin satu bentuk ‘berjalan-jalan di tepi pantai’ untukku (huhu, kasihan, di Bath tiada pantai, apatah lagi pantai yang indah nian). (-_-“)

Namun, bak kata pepatah, berpantang maut sebelum ajal! Atas segala support dari pelbagai pihak yang aku terima sepanjang semester ini, tidak dilupakan doa daripada ahli keluarga serta sahabat-sahabat yang dikasihi, dan hakikat yang paling utama – Allah will always be there;Β  maka aku tidak layak untuk ‘berhenti berlari’ walaupun terkadang merasa ‘tercungap-cungap’.

Itu bukan tanda supaya ‘berhenti’, tetapi hanyalah satu isyarat untuk ‘tarik nafas, hembus, dan teruskan berlari!’

InsyaAllah!

 

“So when the time is hard

There’s no way to turn

As He promised He will always be there

To bless us with His love and His mercy

Cause as He promised He will always be there

He’s always watching us, guiding us

And He knows what’s in our little heart

So when you lose your way

To Allah you should turn

As He promised He will always be there”

[‘Always Be There’ by Maher Zain]

 

Selamat maju jaya kepada yang ada exam (termasuk diriku sendiri)!

Allahu’alam.

 

 

8 thoughts on “‘Fenomena Pengangkutan 3’

  1. Assalammualaikum…. Walaupun maksu sik faham apa yg sya2 tulis kat atas ya, tp maksu sgt suka kata2 yg terakhir ya… Huhuhu…. sya….
    I am facing it… Maksud maksu, maksu skrg dlm plan nak surrender ngan subject hafazan maksu… Maksu baru hafal 1 surah, tp final exam dah nak dekat… Lagi 6 surah nak hafal… Maksu sik tauklah apa yg maksu fikirkan…. Sntiasa mohon petunjuk dari Allah, mcm ney nak mghafal dgn cepat… Asignment2 subject lain menjadi penghalang dan cabaran dan mmbuatkan masa utk mghafal ya agak terhad…. Mgkin sya2 ada opinion utk masalah maksu…. Spt kata2 sya2 di atas… Maksu sikmok lah berhenti berlari… Dan kalau boleh, utk mgelakkan dari terpaksa berlari semula di garisan permulaan lagi di sem depan…(repeat) huhuhu…..

    Apa2 pun… all the best to sya2… Innallaha ma’ana….

    1. Waalaikumussalam Maksu,

      Aiseh, Maksu bukan lagik berpengalaman ka dalam industri oil & gas tok? hehe.πŸ™‚

      Alhamdulillah n insyaAllah, sama-sama lah kita berlari. Huhu, memang cabaran ya sentiasa ada, tapi pilihan kita mok teruskan atau give up (nau’zubillah min zalik).

      Sikpa Maksu, yang penting dah cuba sedaya-upaya. The rest, leave it to Allah.

      Hurm, tentang hafazan ya, mungkin Maksu boleh minta tips dari hafizah, mesti ada di KUIS ya. Moga dapat pencerahan berguna dari sidak, insyaAllah.

      All the best to Maksu juak! Moga Allah permudahkan segala urusan.

      (^_^)

    1. Salam,

      hurm, kmk ada dengar pasal UK dan makin strict pasal orang mok datang ke UK untuk tujuan studi n kerja. Tapi sik sure pulang kalau sebagai pelancong. Rasanya sik perlu visa masih untuk melancong. hehe.

      Allahu’alam.

      (^_^)

    1. Salam Nurul,

      Kalau Nurul tanya apa direct translation ‘shear stress’ dalam BM, saya sendiri tak pasti. Tapi kalau Nurul tanya ‘apakah shear stress tu’, insyaAllah saya cuba terangkan setakat yang saya faham.

      ‘Shear stress’ ialah satu bentuk tekanan ke atas permukaan (pressure). Unit bagi ‘shear stress’ ialah ‘Pascal (Pa)’. Definisi lain: daya yang bertindak ke atas satu unit luas permukaan [formula: ‘daya bertindak’ bahagi ‘luas permukaan’].

      Daya tersebut bertindak ke atas sesuatu permukaan bukan secara menegak (perpendicular/normal). Arah tindakan daya tu selari (parallel) dengan permukaan tersebut.

      Berbeza dengan daya graviti (gravitational force), daya graviti bertindak secara menegak (perpendicular/normal) dengan permukaan objek.

      Contoh untuk memahami ‘shear stress’:

      1. Ketika nak sapu butter atas roti, kita akan ambil pisau dan gunakan pisau tu untuk ambil butter dari bekasnya.

      2. Kemudian, gumpalan butter tu kita ‘ratakan’ ke atas roti tersebut.

      3. Daya yang digunakan ke atas permukaan roti semasa butter tu ‘diratakan’ merupakan ‘shear stress’.

      *ni contoh yang lecturer saya gunakan untuk jelaskan kepada kami

      Untuk ‘shear rate’ pula, dari segi formula, didefinisikan sebagai ‘shear stress’ bahagi ‘viscosity’ (kelikatan). Unit bagi ‘shear rate’ ialah ‘per second’.

      Ataupun; kadar di mana ‘shear stress’ tu berlaku.

      p.s. Salam perkenalan; Nurul belajar course ape ek? ^_^

      Allahu’alam.

  2. Assalamualaikum

    Syukran Jazilan atas perkongsian akak kat atas ya. Sangat2 berguna untuk kmk memahami bidang oil n gas memandangkan kmk kinek praktikal kat dayang enterprise. Anyway, kmk mintak izin info yang untuk kmk copy n paste untuk rujukan. Jazakillah. Salam perkenalan sekali lagi.

    1. Waalaikumussalam Aziemah,

      Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Perkongsian ya pun dapat dari kawan kmk. Sebenarnya maklumat kat atas ya sik formal tapi mungkin boleh berik gambaran sedikit sebanyak.

      Tapi kmk cadangkan, kalau untuk kerja-kerja di ofis/assignment boleh baca lebih lanjut kat website-website oil & gas terkemuka di peringkat globl untuk maklumat yang lebih valid.πŸ™‚

      Salam perkenalan.

      Allahu’alam.

      Wassalam.

      (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s