Navier-Stokes – Bukan Dalam Buku Jingga

Navier-Stokes equations derivation…

….dalam kepeningan semalam.

‘Buku Jingga’

Dalam salah satu entri yang aku tulis pada tahun lalu, aku ada ‘memuji’ kebagusan intitusi politik di UK ini di mana parti-parti yang bertanding mengemukakan manifesto mereka dengan jelas dan sangat accesible kepada rakyat jelata.

 

“Satu perkara yang menjadi kekagumanku ialah pada cara ketiga-tiga pemimpin parti utama tersebut berdebat dan berkempen. Isu yang mereka sebutkan sememangnya isu ‘national interest‘. Setakat yang aku perasan, tidak disebut pun apa jua bentuk character assasination yang melibatkan masalah/sejarah peribadi pemimpin tersebut.”

[myfikrah, Mei 2010]

Rupa-rupanya, negara kita pun ada juga perkara seumpama itu. Aku baru sahaja membelek ‘Buku Jingga‘ hasil kerja Pakatan Rakyat. ‘Buku Jingga’ ini bolehlah dikatakan sebagai manifesto mereka untuk PRU13 kelak. Manisfesto ini lebih dikenali sebagai ‘Program 100 Hari Pakatan Rakyat’ – di mana di dalamnya terkandung perancangan yang ingin dilaksanakan oleh Pakatan Rayat dalam tempoh 100 hari selepas mendapat mandat untuk memerintah kerajaan.

Tidak dinafikan, aku berasa sedikit ‘cuak’ untuk menulis tentang ini (isk, ni semua AUKU punya pasal, nak tulis perkara yang bermanfaat pun rasa ‘nervous’ -_-“). Namun aku rasa atas semangat ke arah Malaysia yang lebih baik, adalah wajar untuk aku mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada DAN cuba mengajak kalian untuk melakukan yang sama.

Kepada pelaksana AUKU, saya hanya cuba mengongsikan sumber-sumber yang available untuk dibaca dan diteliti oleh rakyat jelata. Adalah tidak adil jika rakyat tidak diberi peluang untuk menilai kerana manifesto seumpama ini tidak mendapat liputan yang sama seperti mana parti pemerintah sekarang yang dari atas, bawah, depan, dan belakang; sentiasa mendapat sokongan dan liputan meluas media massa (TV dan surat khabar). Saya sendiri pun nasib baik terjumpa perkara seumpama ini di alam maya ini.

Generasi Kini : Kita Perlu Lebih Kritikal

Motif aku mengongsikan perkara ini bukanlah untuk menyuruh kalian memilih Pakatan Rakyat. Tetapi, besar harapanku agar kita semua selaku generasi baru untuk menjadi lebih kritikal dan matang dari segi tahap pemikiran dalam menentukan halatuju dan masa depan negara kita.

Kalau sebelum ini – mungkin semenjak kemerdekaan lagi – nenek moyang kita memilih halatuju dan masa depan negara atas rasa ‘terhutang budi’ dengan pemerintah yang telah berjasa dalam ‘memerdekakan’ negara, kemudian ‘membawa pembangunan demi pembangunan’ kepada negara; namun KITA, seharusnya tidak terkongkong dengan kerangka pemikiran yang sebegitu.

Jangan rendahkan tahap intelektual yang telah Allah kurniakan dengan bersikap ‘ignorant’ atau kalau tidak ‘ignorant’ tetapi ‘semberono’ dalam berfikir dan membuat keputusan (kenyataan ini tidak bermaksud bahawa generasi terdahulu ‘tidak intelek’, ‘ignorant’, mahupun ‘semberono’ kerana kita harus mengakui perbezaan tahap pendidikan dan pendedahan yang diterima generasi terdahulu dan kini) – if you get what I mean.

Utamakan Kepentingan Nasional, Tinggalkan ‘Pembunuhan Karakter’

Sekali lagi, aku teringat dengan kempen yang dijalankan oleh parti-parti politik di sini pada pilihanraya umum UK pada Mei tahun lalu:

“…Kalau ada kelemahan pada parti lawan, apa yang ditonjolkan oleh parti berkempen ialah ‘kelemahan pada manifesto’ yang ditawarkan oleh parti lawan….”

[myfikrah, Mei 2010]

Maka, bermula dari sekarang, kita abaikan segala bentuk ‘character assasination’ yang kerap digunakan oleh ahli-ahli politik yang berkempen, baik yang datang dari parti pemerintah mahupun parti pembangkang di Malaysia. Secara peribadi, terutamanya setelah aku mengalami sendiri suasana kempen di UK ini; aku merasakan budaya membuat ‘pembunuhan karakter’ (baca: serangan peribadi) yang sering diamalkan di Malaysia itu sangatlah memalukan dan sebagai seorang Islam, sangatlah menyalahi akhlak Islamiyyah*.

*(Walaupun ada ruang-ruang ‘keharusan’ mengumpat – antaranya ke atas pemimpin yang zalim; namun aku tidak bermaksud untuk membicarakan mengenai keharusan tersebut di sini kerana aku tidak berkemampuan pun untuk menghuraikannya. Kepada yang ingin tahu lebih lanjut, boleh bertanya kepada para ulama’, ustaz, dan ustazah)

Nak tahu apa jenis ‘character assasination’ ini? Baiklah, bawah ini ada satu contoh yang terkini.

Dalam musim kempen PRK Tenang yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini, parti pembangkang telah meletakkan seorang muslimat sebagai calon untuk bertanding. Apa yang menyedihkan, salah seorang pemimpin parti pemerintah telah memberi komen berikut dalam ucapan kempen beliau di Tenang:

“Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi P**,” C*** dipetik sebagai berkata di Malaysiakini.

Sumber: Harakahdaily

 

Itulah contoh ‘serangan peribadi’ yang dibuat dalam berkempen. Jika hendak disenaraikan; semenjak PRU12 pada tahun 2008 – terlalu banyak contoh-contoh ‘serangan peribadi’ yang telah dibuat antaranya; isu liwat, isu Altantuya, isu kaki botol, dll.

Namun, merujuk kepada ‘character assasination’ yang dibuat dalam contoh di atas, ia bukan sekadar satu bentuk ‘serangan peribadi’ namun merupakan satu penghinaan kepada hukum Islam! – yakni mempertikaikan larangan untuk tidak bersentuhan antara yang bukan mahram yang diperintahkan dalam Islam.

Kita dapat melihat di sini bagaimana budaya mebuat ‘serangan peribadi’ ini terlalu mendominasi pemikiran ahli politik dan mempengaruhi pilihan yang dibuat rakyat. Akhirnya, fokus ‘kepentingan nasional’ mahupun setempat tidak dijadikan faktor dalam mebuat pemilihan.

Seharusnya, apa yang WAJAR ‘dijual’ oleh parti-parti yang berkempen ialah manifesto mereka untuk membawa negara ke hadapan dari aspek moral, sosial, dan juga material dan menyakinkan rakyat sejauh mana mereka mampu mencapai apa yang mereka manifesto-kan.

Bukannya membazirkan masa rakyat dan media massa untuk bermain-main dengan isu peribadi mana-mana individu dan mengaburkan mata rakyat tentang hakikat yang sebenar – seperti perkara berkenaan tahap ekonomi dan kewangan negara, masalah sosial yang semakin membimbangkan, gejala rasuah yang tidak dibendung, dll.

‘Buku Jingga’ : Baca dan Nilai

Sekali lagi, apa yang cuba aku seru melalui tulisan ini adalah untuk kita ‘mengambil peduli’ akan negara kita dan cuba untuk menjadi lebih berhati-hati dalam membuat penilaian dan bertindak.

Kita mungkin tersilap dalam penilaian kita selama ini kerana selesa berada dalam ‘comfort zone’ di mana dicanangkan kepada kita realiti yang indah-indah belaka. Contohnya, aku sendiri merasakan bahawa Malaysia tiada apa-apa masalah dari segi kemajuan dan pembangunan ekonomi.

Tapi, bila aku lihat pada ‘Buku Jingga’ banyak perkara yang cuba diketengahkan di dalamnya logik dan making sense. Tidaklah aku mengatakan yang manifesto ‘Buku Jingga’ ini 100% boleh berjaya kah apa – aku tidak tahu tentang itu; tetapi ada relevannya di sudut-sudut tertentu.

Sekarang ni, perkara yang aku tak boleh terima ialah bagaimana projek-projek kerajaan sengaja ‘diwujudkan’ supaya pemimpin boleh mengaut keuntungan daripadanya.

Hakikatnya, dengan pengwujudan pelbagai projek mega oleh kerajaan, itu bermakna kerajaan perlu ‘berbelanja’ (baca: mengeluarkan duit). Masalahnya, apabila terlalu banyak perbelanjaan dan melebihi pendapatan kerajaan, maka itu menjadikan kerjaan terpaksa ‘meminjam’ atau  ‘berhutang’.

Siapa yang perlu tanggung hutang ini? Rakyatlah jawapannya!

Sebagai selitan, di bawah ini sebuah dokumentari menarik yang menjelaskan bagaimana ‘kerajaan boleh berhutang’ dan ‘rakyat yang terpaksa menanggungnya’ – dalam konteks Britain (namun boleh kita analogikan dengan negara kita juga).

Britain’s Trillion Pound Horror Story

Aku tulis di atas tadi bahawa pengwujudan projek-projek kerajaan ini membuka ruang kepada pemimpin untuk mengaut keuntungan. Bagaimana perkara itu boleh berlaku?

Hurm, apa yang aku faham – ambil contoh projek membina bangunan;

 

*Sekadar hiasan*
  • Pertama, kerajaan pun mengumumkan perancangannya untuk membina sebuah bangunan. Kerajaan kata pembinaan bangunan ini penting untuk meng-kehadapan-kan negara
  • Kemudian, tender mebuat bangunan itu diberi kepada syarikat kroni (di mana pemimpin tersebut ada kepentingan di dalamnya)
  • Syarikat tersebut pun buatlah bangunan tersebut
  • Kemudian, kerajaan pun bayar kepada syarikat tersebut namun dengan harga yang tidak berpatutan (mahal)
  • Maka, syarikat tersebut akan dapat untung besar
  • Bila syarikat tersebut untung besar, pemimpin yang juga ada kepentingan dalam syarikat tersebut turut mendapat habuannya

Begitulah cerita bagaimana pemimpin negara/negeri boleh menjadi kaya walaupun kerja mereka hanyalah sebagai ahli parlimen atau ADUN sahaja.

Well, cerita ini mungkin benar, mungkin hanya fiksyen. Tetapi andai kata cerita ini benar, maka rakyatlah yang merana! Rakyat merana kerana rakyat yang bayar cukai; rakyat yang mengalami beban kenaikan harga; rakyat yang ditarik subsidinya – semua ini ditanggung rakyat demi ‘membayar’ perbelanjaan yang tidak telus seperti dalam contoh di atas.

Oleh sebab itulah penting untuk kita membuat pilihan berdsarkan penilaian (atau kalau yang terlebih semangat; kajian) pada manifesto daripada semua pihak dan bukannya atas dasar emosional semata-mata (maksudnya; atas dasar benci/marah, maka kita tolak ataupun atas dasar suka/gembira/terhutang budi, maka kita sokong).

Lagi-lagi, selaku orang yang beriman, kita ada neraca khas yang tersendiri yang harus menjadi panduan kita dalam membuat pilihan. Kita memilih dengan neraca iman dan taqwa (insyaAllah) sebagai manifestasi ketaatan kita pada perintah Allah supaya menentang kezaliman dan mengakkan keadilan serta menyebarkan kebaikan kepada umat manusia.

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”

[Surah ali-Imran : 104]

 

*’Buku Jingga’ boleh dibaca di sini.

Navier-Stokes Equations

Berbalik kepada kisah Navier-Stokes equations, rupa-rupanya…

Haha! A good reminder though (the writings in red) – “…the most important thing is to know how to APPLY Navier-Stokes Equations to solve problems…” – no need to worry about all those tedious derivation steps.😛

Now, the challenge is – KNOWING how to apply Navier-Stokes equations!

Penutup

Sekali lagi aku ‘berjalan-jalan di tepi pantai’ tapi kali ini terasa seperti hendak ‘berkayak’ pula di lautan tersebut.🙂

 

Semoga ada manfaatnya penulisan ini dan semoga Allah ampunkan diri ini atas apa-apa kesilapan dalam penulisan ini.

 

Selamat maju jaya kepada semua yang ada exam (termasuk diriku sendiri)!

 

Allahu’alam.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s