Ouch!

Alhamdulillah, peperiksaan Semester 1 Tahun 3 sudah tamat tadi, dengan kertas terakhir; subjek Transport Phenomena 3.

(Allahu Allah, nak taip nama subjek tu pun rasa terhiris-hiris hati. Astaghfirullah al-‘Adzim).

Malam ini, ada tetamu dari Cardiff berkunjung ke Bath. Untuk dinner, aku menjamu ala kadar sahaja dengan laksa Sarawak yang mudah disediakan menggunakan paste segera yang aku bawa dari Sarawak.

Bagus juga ada orang datang ke rumahku untuk menjadikan aku occupied. Tidaklah aku berfikir-fikir tentang kertas tadi. Mungkin sebab expectation yang tinggi untuk kertas itu, maka aku sedikit terasa.

Yang aku tidak boleh blah, sedang aku mengacau kuah laksa Sarawak di atas dapur, terngiang-ngiang teori dalam Transport Phenomena 3 – turbulent flow increases the heat and mass transfer. Tiba-tiba aku menjadi sayu hati.

Aku tidak bercadang hendak menulis apa yang bermain di fikiranku, telahanku berkenaan apa yang aku alami. Tidak mahu terjebak dalam perangkap ‘kalaulah kalau’.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”

[e-hadith JAKIM]

Ouch!

Entah kenapa, baru sekarang aku faham kenapa orang takut untuk mencapai sesuatu yang hebat. Contohnya, pelajar SPM, walaupun ramai yang berkobar-kobar untuk capai 10 1A, tetapi tidak kurang ramai juga yang berfikiran ‘kalau lulus pun okay lah’, ‘tahap aku ni, paling-paling tinggi pun 5A saja kot’, dan sebagainya.

Sebabnya, bila kita aim high dan pabila kita tidak capai apa yang kita aimkan, perasaan itu sungguh menyakitkan. Baru sekarang aku faham kenapa kawanku menangis tempoh hari kerana peperiksaannya yang susah (beliau ambil course yang berlainan denganku).

Setiap kali beliau meluahkan tentang perkara itu, aku dengan mudah sahaja mengatakan – tiada yang istimewa – kata-kata tipikal seperti, “Bersabarlah, semua ini dah ditetapkan…bla…bla…” Sehingga pada satu tahap aku bertanya kepada beliau, “Kenapa awak bothered sangat dengar benda ni?” (bukan nada marah, tapi curious)

Dan hari ini aku dapat jawapannya.

Aku pun bothered dengan apa yang berlaku. Like, seriously. Tapi aku tak pasti apa sebab aku bothered. Itu sesuatu yang membingungkan. Bukan apa, aku cuma khuatir jikalau aku terasa bothered atas sebab-sebab yang salah. Sebab yang salah antara contohnya seperti; ‘nanti apa dia kata‘, ‘mungkin juga atas dosa-dosa yang dilakukan; apakah ini satu hukuman?‘, dsb.

Aku tidak pasti surah dan ayat mana di dalam Al-Quran, tetapi aku pernah came across ayat yang lebih kurang maksudnya bahawa manusia ini, kalau Allah bagi nikmat, maka dekatlah mereka dengan Allah, tapi bila sebaliknya, mereka bersangka buruk terhadap Allah. (Ini adalah penerangan untuk ‘sebab yang salah’ kedua yang aku kongsikan dalam perenggan di atas).

Sedang aku meng-Google untuk mencari surah yang berkaitan dengan apa yang aku maksudkan, aku terjumpa petikan di bawah ini daripada sebuah artikel:

“Sebenarnya yang terpenting bukan musibahnya, tetapi apa alasan Allah menimpakan musibah itu kepada kita. Untuk diingat, jika musibah itu terjadi, disebabkan dosa-dosa kita, maka segeralah bertobat kepada Allah. Kalau musibah yang terjadi karena ujian keimanan kita, maka kuatkan iman dan berpegang teguhlah kepada Allah.”

Jadi, sebagai seorang yang beriman, kesusahan yang kita alami adalah di antara 2 sebab; sebagai peringatan/teguran Allah atas kelalaian atau dosa-dosa; satu lagi sebagai ujian keimanan untuk Allah tingkatkan darjat hamba-hamba-Nya.

Hindarkan daripada bersangka buruk terhadap Allah seperti beranggapan Allah saja ingin ‘menyusahkan’ atau ‘tidak sayang’ kita. (Nau’zubillah daripada perasaan sedemikian!)

Kita nilai sendiri, di mana posisi kita. Namun, antara 2 sebab itu, kita patut terus bersyukur kerana kedua-duanya pun baik buat kita andai kita melihatnya daripada perspektif yang betul dan bertindak balas pun dengan betul (macam dalam petikan yang aku quote di atas).

[KLIK untuk artikel berkaitan].

Eskepism?

MUNGKIN ada yang beranggapan – apabila kita buat kesalahan dan dapat kesusahan, lantas kita pun mencari ayat-ayat Al-Quran serta hadith Rasulullah S.A.W untuk ‘menenangkan hati yang lara dan gundah gulana’ –  ianya merupakan satu bentuk eskepism.

Eskepism kerana ‘tidak mahu bertanggungjawab’ atas apa yang berlaku. ‘Semuanya telah ditakdirkan’ diungkapkan untuk mententeramkan diri.

Apakah benar tindakan seperti itu adalah satu bentuk eskepism? Secara jujurnya, aku tidak tahu.

Tetapi, bagiku andai kata selepas dilanda sesuatu ujian/musibah itu mendekatkan diri kepada Allah, apa salahnya bertindak sedemikian (baca: mencari ayat-ayat al-Quran untuk menenangkan jiwa). Sekali lagi, kita juga yang tahu dan kenal diri kita. Kita juga yang memilih apa ‘tindak balas’ kita terhadap sesuatu ujian/musibah itu.

Jika kita menganggapnya sebagai satu peringatan daripada Allah S.W.T, tetapi kita tidak berusaha pun untuk menambahkan amalan kita, maka menjadilah kita dalam kalangan orang yang rugi.

Contohnya, apabila seorang peniaga tiba-tiba jatuh bankrup, lalu dia semakin banyak bermunajat kepada Allah. Sebelum ini, dia hanya buat solat fardhu sahaja, tetapi selepas bankrup, dia banyak berdoa, menangis, dan memohon keampunan-Nya di sepertiga malam. Daripada musibah yang diterimanya, dia menjadi dekat dengan Allah.

Putaran Yang Berulang

Iman yang sentiasa turun dan naik. Kedudukan kita yang juga ke atas dan ke bawah.

Kadang-kadang, walaupun kita rasa kita dah sedaya upaya menjaga amalan kita namun kadang-kadang tersusup penyakit-penyakit hati yang  halimunan sifatnya. Perasan yang ‘kita dah sedaya upaya menjaga amalan’ pun boleh menjadi penyakit di hati iaitu ‘ujub.

Ujub iaitu kagum diri (atau rasa diri best).

Riya‘ iaitu menunjuk-nunjuk.

Sumah iaitu inginkan populariti.

Kaslan iaitu kemalasan.

Mann iaitu mengungkit.

Takabbur iaitu bangga diri (suka show off).

Itulah penyakit-penyakit hati dalam ibadah. Maksiat yang kita buat tanpa sedar.

Jadi, ‘sebaik’ mana pun kita rasa diri kita ini ‘baik’ kita masih terdedah dengan maksiat yang halimunan ini. Astaghfirullah al-‘Adzim!

Sebab itulah barangkali kita mengalami pola ibadah yang berulang-ulang; pabila senang, kita sedikit beribadah, Allah bagi peringatan melalui ujian/musibah, kita bertaubat dan pabila kita senang kembali, kita sikit beribadah semula, Allah beri peringatan lagi, kita pun bertaubat dan menambah ibadah lagi dan putaran ini terus berputar.

(isk, word ‘berputar’ pun mengingatkanku kepada Navier-Stokes equations yang ada theta coordinate, sekali lagi terasa sayu hati)

Dalam waktu-waktu susah, selalu berharap agar perasaan/keinsafan seperti ini kekal. Contohnya, jikalau masa tidak susah, payah sekali ingin bangun solat Subuh namun setelah susah datang, secara tidak semena-mena motivasi sangat tinggi untuk melakukan qiyamullail setiap hari.

Aneh! Maha Suci Allah yang menciptakan dan mentadbir sekalian makhluk-Nya termasuk manusia.

Besi: 22 & 23

“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”

[Surah al-Hadid : 22-23]

Jika kita merasakan kembali kepada Al-Quran itu satu bentuk eskepism, mengapakah perlu berasa sedemikian? Bukankah Allah berulang-ulang kali menyebut di dalam al-Quran bahawa sesungguhnya Al-Quran itu terkandung peringatan di dalamnya, “Demi al-Quran yang mengandungi peringatan,” firman Allah dalam surah Sod, ayat 1.

Dalam surah al-Qamar, Allah ulang tanya kepada kita, “Dan sungguh, telah kami mudahkan al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?”

Sungguh, ayat al-Quran itu menenangkan.

Penutup

Entah bagaimana, menulis boleh menjadi terapi juga. Selepas menulis panjang, perasaanku sedikit ‘kebah’ (macam maksud kebah daripada demam). Cepat-cepatlah aku get over perasaan ini.

Kawan-kawan yang budiman, yang sudi singgah untuk membaca coretanku di laman ini, jika tidak memberatkan, boleh tolong aku sesuatu tak?

Tolong tegur dan ingatkan aku andai dalam penulisan-penulisanku terpamer segala silap dan salahku. Atau mungkin, aku tidak ‘walk the talk‘ atau mungkin ada penulisanku yang menyakitkan hati atau menggurisn perasaan kalian, tolong tegur dan ingatkan aku; selamatkan aku daripada terus-menerus berbuat kesalahan dan maksiat.

Boleh letak di ruangan komen, atau emel, atau SMS, dengan apa cara sekalipun, mohon ditolongin diri ini.

Jazakumullahu khairan katsira (may Allah rewards you for the good).

“Dengan nama Allah, kepada Allah aku bertawakal, tiada daya upaya melainkan dengan Allah”

Allahu’alam.

Wassalam.



5 thoughts on “Ouch!

  1. ‘walk the talk’? interesting.
    btw, dont worry.. we know u’re strong.
    La Tahzan, stp bencana akn mjd kurnia, stp ujian akn mnjd anugerah, stp peristiwa menjd pghargaan & pahala.

    Al-Hadith : siapa yg dikehendaki Allah mnjd baik, nescaya Allah memberinya cubaan.
    ( maybe kesusahan dlm exam kakak ya test dr Allah.. well, Allah knows)

    well, i dont wish u good luck anymore, but semiga segala urusan kakak dipermudahkan Allah.

    ‘always see from the bright side’ (^^,)

    p/s : i shud try ‘walk the talk’. really. =__=’

    1. and btw, adeq pun tkt dgn penyakit hati yaa. na’uzubillahiminzalik.
      ya Allah, aku berlindung kpd Mu drpd dijangkiti penyakit hati.
      mintak2 dijauhkan!

  2. wow. I love the way how you relate your situation to so many other things especially bab eskepism and menjaga amalan. It’s like you do ‘tadabur’ (do I get this right? it’s supposed to mean reflection or something like that) on a daily basis.

    I also write to relief stress and tension sometimes and it works!

    Keep up your awesome stuff😉

    1. Alhamdulillah. Thanks Nadhirah.

      Yup, you got that right, tadabbur means ‘to ponder upon’. Hurm, kadang-kadang bila hidup terasa sangat mencabar, time-time camtu la biasanya kita akan merefleksi diri. Saya rasa semua orang pun buat camtu, termasuk Nadhirah gak kan?😉

      Anyway, I hope your exams went well!🙂

      p.s. err…hopefully you’re not demotivated to learn Transport Phenomena after reading my horrible experience with the subject. ^_^” (it’s very ironic though, the TP3 lecturer is my favourite so far – besides TCA and Semali)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s