Seribu 3 Ratus Juta

Tahukah anda bahawa isipadu lautan di dunia ini ialah lebih kurang 1300,000,000 (baca: seribu tiga ratus juta atau 1.3 billion) kilometer padu?! (Sumber)

Pun begitu;

“Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.”

[Surah al-Kahfi : 109]

FDG

Alhamdulillah, semalam telah selamat berjumpa dengan supervisor untuk research project pada semester ini – sesuatu berkaitan dengan teknik ‘fluid dynamic gauging’ (FDG).

Kepada yang tertarik dan berminat untuk mengenali teknik FDG ini dengan lebih dekat, boleh melayari laman web berkaitan di SINI.

 

 

Teknik FDG ini telah dibangunkan oleh profesor di Jabatan Kejuruteraan Kimia  dan Bioteknologi di Universiti Cambridge. Supervisorku pula mengkhusus dalam bidang FDG ini semasa membuat PhD beliau di Cambridge dan kini beliau menyambung kajiannya di Universiti Bath.

Menarik juga FDG ini rupanya.

Secara asasnya, teknik FDG ini digunakan untuk mengukur ketebalan (thickness) fouling layers/deposits dan juga untuk menguji kekuatan (strength) fouling layers/deposits tersebut. Perkara tersebut dapat dilakukan dengan meletakkan ‘nozzle’ di atas pemukaan yang ingin dikaji (di dalam cecair tertentu).

Kalau boleh dikatakan, ‘nozzle’ itu berfungsi sebagai ‘sensor’ – dengan melakukan beberapa pengukuran pada pemboleh ubah dan pengiraan – untuk mendapatkan ketebalan atau kekuatan fouling layers/deposits tersebut.

*Sumber*

 

InsyaAllah, aku dan rakan projek diperuntukkan 9 minggu untuk membuat bacaan latar belakang, melakukan eksperimen di makmal, membuat sedikit kajian menggunakan perisian komputer yakni ‘computational fluid dynamics’ (CFD), laporan akhir, poster, dan penyampaian.

Projek kami akan berkisar tentang kajian bentuk ‘nozzle’ (lihat rajah) yang paling optimum untuk digunakan dalam aplikasi FDG ini, insyaAllah.

 

Serba sedikit intro.

 

Penutup

Kadang-kadang, pabila terjumpa perkara-perkara baru, ilmu-ilmu baru, atau penemuan sainitifik baru yang dicapai manusia; terdetik kekaguman kepada manusia.

Hakikatnya, Yang Mencipta manusia itu pastinya Lebih Mengkagumkan dan Lebih Hebat dan Agung kerana Berkuasa Mencipta manusia yang ‘bijak’ dan ‘berilmu pengetahuan tinggi’ itu. Sebagai hamba Allah, pengetahuan yang paling penting untuk disemat dalam hati ini ialah – Allah Itu Esa.

Tahu Allah itu Esa dan BERTINDAK atau BERAMAL selari dengan pengetahuan itu. Yakni melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Hanya manusia yang diberikan pengetahuan dan keyakinan ini memperoleh kejayaan yang hakiki.

Sambungan kepada ayat di atas itu tadi:

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.”

[Surah al-Kahfi : 110]

Percaya sebelum melihat serta bekerja untuk melihat apa yang kita percaya – moga kita semua beroleh kejayaan yang hakiki.

Ikhlas! Ikhlas! Ikhlas! Ikhlaskan hati wahai diri!

Allahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s